.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Wednesday, June 29, 2011

Aku MenCaRi SeMaNgaTKu Yg HiLang...

Nak post sesuatu.. tapi asyik lar tertagak².. buntu lar.. biler nak up entry.. ada jer mender lain nak buat.. berlingkar² kat kepaler otak nie... serabut... last² tak tulis apa²... kesian blog aku nie.. terabai dek kecelaruan tuannya yg sarat di kepaler dan sarat juga di perut... aper nak buat nie??  Aku mencari semangat yang hilang... di mana harusku bermula?? Peniang kepala...


SEMANGAT!!!!  Ohhhhh Semangat... ko sembunyi kat maner semangat oiiiii???


Monday, June 27, 2011

..SePah OH SEPAH!!..

"Wow..wow.. wow.. OMG!! OMG!!.."
 
"Kenaper??.. Kenaper???"
 
"Rumah nie ada gambar DAFI!!" 
 
*******************
Perghhh... "Kurma ini memang manis.. sayangnya perangai kamu tak berapa manis.. mentang² lah Ling saya tiada di rumah......" Hahahah
 
*********************
 
"Kita ada agama nak... kita ada bangsa.. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh" semput ko.. ustajah biasa cakap satu nafas jer.. ekekeke... ustazah maner??  Tak kan tak tau kot..
 
*********************
 
I will survive ustajah.. hehehe
 
 
 
Anyway.. tahniah!! Pemenang Maharaja Lawak tempat pertama.. Lawak yg penuh mesej dan tauladan.. keep up!
 


Thursday, June 23, 2011

Colbie Cailat - I Do...

Suker lagu nie... I really dooooo...





Wednesday, June 22, 2011

...KARAK...

KISAH KARAK.....
 
Sebenarnya Karak ada dua jalan, satu jalan lama Karak (KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak (baru)
Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu, pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantu. Mana tidaknya seingat aku hampir 10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak.

Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak :-
Langsuir
Budak Sekolah (merayau-rayau)
Wanita Tua
Bas Lama
Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
Pontianak
Hantu Pocong
Hantu yang Makan orang (Paling popular)
Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).
 
 
MAKA TERSEBUTLAH KISAH….
Semasa ingin menulis artikel ini ada la tanya kawan-kawan aku tentang jalan lama Karak ni…dan antara cerita yang aku dapat kumpulkan..
Lebuhraya Karak
Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2. Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3. Volkswagen kuning
Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang, dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..
Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4. Kereta Misteri
KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.

Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.
Usaha mengangkat

Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!
(sumber dari kosmo!)
 
Jalan Lama Karak
1. Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).
Jalan Lama Karak

2. Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3. Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di Stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi ?.

4. Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang  ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5. Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai  kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam.  dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6. Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta  dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota  badannya hancur!
 
ANTARA LEBUH RAYA YANG BERHANTU :-
GURUN, KEDAH
SUNGAI PETANI - Gara-gara terkejut ternampak kelibat ‘wanita berkebaya merah’ melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.



Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.
Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko’bah, Pendang.

“Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.

“Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.
(sumber dari Kosmo!)
 
Orang ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.
Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.
Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.

“Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.
“Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi,” dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.
Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak daripada melanggar seorang wanita berkebaya merah yang melintas jalan di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara, berdekatan Sungai Lalang.
(sumber dari Kosmo!)


Sorry.. gambo tak sempat upload...

Tuesday, June 21, 2011

kOrAnG PeRCaYeR SIHIR??

Something happens around us.. memaksa aku mencari semua maklumat mengenainya... susah nak percaya.. di zaman serba moden dan canggih nie.. masih ada yg mengamalkan ilmu² hitam macam nie.. sekadar perkongsian.. aku dapat dari satu laman forum...
 
 
Kelas Usz. Fatma El-Zahra .. She continued to talk about sihir -

Sambungan from her previous class. Dr. Fatma amanahkan anak murid dia untuk sampaikan kepada kaum keluarga dan sahabat handai. So, I want to share this knowledge to you all, since kita pun terdedah dengan perbuatan sihir ni everyday.

Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu ect. Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.


Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah tukang sihir?
1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelekat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.

2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' like ayam hitam ke, kambing putih ke etc

3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/ menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.

4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect as orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you be! lieve there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu.


Bagaimana kita tahu kena sihir?

1. Cannot sleep at night

2. Suka ketawa sendiri

3. Tak suka mandi

4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!

5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.

6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!


Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?

1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib - read loudly, not in heart!
"Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim"
Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.

- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati

- Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?

- Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don't just laugh it off. Cepat -cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.

2. Turut perintah Allah.

- Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don't prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!

3. Lebihkan zikir.

- Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu

- Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari "Aamanarasul. ."

- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect.

Note!

"Arasy" atau tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis 'bisnes' keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.

4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang. So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah! waktu maghrib. Time to change!

5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.

- Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.

6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.

8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings.
Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir.Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca:
Bismillaahi (3x)
A 'uudzu bi 'iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru
Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan.
Bacalah ayat di atas 7 kali.
Kemudian baca doa: Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-aillaa syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa.
Ertinya: Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan melainkan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.

Treating Orang yang Kena Sihir

1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. It is a symbolic action to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara ini, baca:

- Ayatul Kursi
- Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)
- Qul ~ Ahad
- Qul ~ Falaq
- Qul ~ Naas
- Surah Yunus ayat 81
- Surah A'Raf ayat 120-121
- Surah Thaahaa ayat 69 mulai " Wala yuflinu..."

2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi air yang boleh diminum.

3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.

4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.

5. Ulangi selama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus. Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangan sampai seminggu gap...tak menjadilah! Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi (could be a strong sihir).

Another method is the 'dry way'. That is, tak payah mandi, but baca terus pada pesakit sambil sapu kepala dia.

Sekian, Wallahu a'lam.
 

Sunday, June 19, 2011

RePuTaSi iTuE SeGaLaNya BaGiku..

Salam.. bersiaran di malam hari bukan satu kebiasaan bagiku... tiga hari yang membosankan telah melanda.. bosan dan sangat bosan... serba tak kena lar rasanya... Jumaat aritu aku half day.. paginya aku bawak si Ainna ke opis.. sebab tak dak sapa nak jaga budak² since my  mom balik kg with my sis to attend resepsi Majlis Perkahwinan adik pompuan aku.. sebenarnya kami nak hantar.. tapi mak takmo.. berkeras tak kasi aku pegi.. mak kata aku dah sarat.. tak elok jalan jauh... lagipon nak pegi sekejap jer.. abis majlis dah nak balik... penat badan jer.. ntah lar.. tak ekot kang.. jadik apa² aku balik yang kena.. so... keadaan berjalan seperti yg emak hendakkan... adik laki aku sorang demam.. sorang lagi jaga bini dia dalam pantang.. abg aku laks bukan kat sini.. kat Riyadh sana satu famili... jadik harapkan keluarga belah utara jerlar memenuhkan kerusi resepsi... agak terkilan.. tapi terpaksa telan..

Tadi ada call mak tanya pasal kelancaran majlis.. sapa yg datang mewakili pihak perempuan... ramai juga.. hati lega.. tapi yg tak syoknya.. mak tak sihat... macam mana nak balik kan.. nak² anak² aku mak yg jaga sekarang nie.. maid??  Tak.. tak jadik amik... mak jugak yg kata tak payah.. biar dia jaga cucu dia... tapi camnie lar keadaannya kan... Isnin sebenarnya aku ada routine prenancy checkup.. dah trimester ketiga.. sebulan 2 kali checkup... Jumaat tu.. balik awal sebab nak kena amik Alyaa & Aisha kat Tadika...  ingat ke boleh lar terus buat checkup.. sekali maser kat klinik.. nurse situ cakap hari Jumaat dorang memang tak dak buat checkup ibu mengandung.. aduhhhh... ni lar yg aku geram... sepagian tu aku sibuk call klinik kesihatan tu nak tanya pasal hal nie.. berkali² call tapi tak dak sapa yg pick up call .. pelik.. sakit kepaler datang balik... ingat ke hari Isnin nanti dah tak payah lar datang checkup lagi alang² dah half day hari Jumaat buat checkup terus lar.. so boleh aku keja seperti biasa Isnin nie... tapi cempedak dah jadik nangka.. lain dirancang lain yg jadi... aper aku nak bagitau bos aku kan... sedangkan aku tak pernah suka² tak pegi keje... paling² pon atas sebab² emergency.. terpakser cuti dulu... menda² macam nie betul² mencalarkan imej keje aku... kredibiliti aku sebagai seorang penjawat awam... alasan apa aku nak bagi??  Aku buntu... tension dan serabut bertandang sekali... what is the best solution for me... last² aku call En. boss... but no answered... so.. aku teruskan berfikir lagie... hal² melibatkan reputasi nie memang akan membuatkan aku cepat emo... kadang² over pon iyer.. then.. tak sangka.. my boss reply my call... so... automatically everything bloated out of my mouth... aku dah tak pk apa yg aku cakap kan tu professional atau tak... I spoke straight of what I thought in my heart... perkara yg aku paling benci kan.... biler aku disangsikan... biler kita berkata benar tapi orang berprasangka pada kita... aku risau perkara tu akan terjadi... so I be as transparent as I can... to me... no one will understand ur situation melainkan mereka benar² duduk dalam kasut kita... dari awal melangkah hingga kaki berhenti... so.. nak tanak kita kena cuba fahamkan orang itu akan situasi kita... apalah yg tinggal pada kita biler kepercayaan dibawa pergi.. kan... ~sight~

My boss kata ikut yg mana senang pada aku... ikut senang aku kena bercuti jugak lar kan Isnin tu... tak kan suka² hati aku nak keje separuh² hari... company mak bapak pon boleh lingkup kan... so... aku bagitau boss.. kalau tak dak apa² yg penting.. I request to just have a leave... that would be better for everyone... kalau aku tak cuti...tak kan aku nak heret tiga² puteri keteng tu turun opis... satu boleh lar nak handle..  kang satu keje pon tak jadik nanti!

Wednesday, June 15, 2011

Makan Sedap.. Bersyukur HaRuS Selalu..

Aku paling tak suker orang makan suka membazir.. itu nak amik.. ini nak amik.. last² makan secoet.. yg len bagi tong sampah makan..
 
"Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang." (Hadis Abu Daud)
 




Tuesday, June 14, 2011

Di SuAtu MaLaM..

Semalam masa nak tido.. seperti biasa Ainna menyibuk atas tilam ayah dan bonda sambil membebel²..

Ayah: Ainna.. Ainna boleh tolong ayah tak.. ayah nak tido nie.. esok ayah work.. Ainna boleh tolong diam tak??

Ainna: Adeeee atuuu keshah... (OMG.. can u believe it.. the words actually came out of a 2 yrs old toddler mouth??!  Kuang ajaran nor bunyinyer.. )


Aku yg baring di tilam yg sama.. nak marah pon tak jadik sebab lawak lar pulak.. tak dapat nak tahan² ketawa aku terbahak².. Ainna nie nampak melow².. tapi dia paham ko cakap apa.. dan menggunakannya di masa yg tepat..

Pasnie buat larr lagie lawak depan anak.. bajet anak tak paham.. hahahaha


2011 nie byk Yang BaRu..

Semalam hari yang mengujakan juga menyebakkan dada... meruntun² jiwa.. hati berlagu sendu.. sesungguhnya dia akan tetap di hati kami... dalam memori selamanya...

Apa perasaan dapat yg baru.. seronok.. mengujakan... penuh kesyukuran.. raser lain.. janggal jugak.. berdebar.. takut.. mudah² dapat disesuaikan secepat mungkin... kesian En. Ady kena jalan kaki dari opis aku utk ke opis dia.. gara² keseriauan menguasai diri...

Ohhh... memang banyak yg baru thn ini... ahli keluarga baru dalam keluarga besar kami... 2 orang ipar baru seorang anak buah yg comel cucu ke-11 ibuku.. juga Insyaallah 2 bln lagi.. yg di dalam perut nie pulak.. akan keluar menjenguk dunia..

Aper lagie yang baru... adaaa... akan datang.. tapi biar lar rahsia...




Friday, June 10, 2011

Salam HaRi JuMaAT..

Salam pagi Jumaat... bersiaran dari rumah.. yea.. aku tak keje.. cotiii... bukan sajer².. tapi harus mencotikan diri.. sebab adik aku no. 7 nak kawen arinie.. menikah lepas solat Jumaat.. so.. sekarang tengah prepare apa² yang patut.. prepare lar sangat kan.. actually satgie nak pi cari gaun utk anak² aku.. permintaan cik pengantin nak suh anak² buah keteng dia nie jadik flower girl.. ada² jer.. huhhhh...

Ok lah... nak get ready... nak bersiap.. nak pi shopping...

Selamat berhujung minggu yer... pastikan anak² sumer dah dah siapkan homework masing².. baju sekolah.. kasut.. buku²... alatulis sumer dah ready... coz... minggu depan.. sekolah dah mula balik... maka bermulalah kembali hiruk pikuk kehidupan... jalan confirm sesak.... owhhhhhhhh... malas nak pk... daaaaaaaaaaa...


Thursday, June 9, 2011

..It's A WiLD WoRLD..

Kowang musti perasan kan.. aku nie banyak sangat buat entri klip lagu²an.. musti kowang cakap.. elehhhh... tak der idea lar tue.. balik² post lagu... ada aku kisah??  Tak..tak..tak.. tu lar kowang tak paham.. sebenarnya ini lar idea tue.. ideanya aku nak share yg aku memang minat dan suka lagu² nie.. lagu rileks dan penuh maksud.. aku tak minat lagu semborono.. wahhh.. bahasa apakah itue.. hehehe.. mana lar tau sok² aku dah tak dak.. nie lar kenang²an untuk anak² aku.. lagu² yang aku post kat sinie dalam maksudnya bagi mereka yang menghayati.. khas untuk kowang dan anak² yang aku sayangi..  
 
 




Wednesday, June 8, 2011

..SePeTaNG Di RainFoResT NuRSeRy..

Salam.. hai.. hai.. haiii... lamernyer aku pi bertapa kan.. ehehehe.. entri nie dah lama dlm draf.. maksud aku gambar²nya... hari² aku bukak nak edit entri.. tapi.. akhirnya at the end of the day.. aku tutup balik... berkepam dia dalam folder draf tu.. alahaiii... nak wat camner.. bahan ada.. mood tak dak... sekarang.. finally the mood is coming.... dia dtg pelan².. lenggang lenggok Mak Limah.. sbb En. Ady dah bagi aku kiss dahi.. pipi kanan.. pipi kiri.. maser dtg amik keta kat aku di opis tadi.. dia dah balik... sebenarnya aku sentap.. sebab... dia janji nak balik jengok² bini buyong dia nie.. tapi.. 5 days straight dia cuma call sahajer.. gerammm lar kan... huhhhh la.. la.. tu jugak akhakkkk feeling guruh kilat sabung menyabung... paling pantang org janji tapi tak buat... sedey.. huhuhu... emo mmg extraordinary biler pewut makin buncit.. tak bleh kawal kan.. hmmmm... tapi biler tgk dia tadi.. tak sampai ati laks nak marah lama².. kesian... he looks really tired.. teruk sangat ker laki aku gheja nie??  We had lunch together.. petang nanti driver aku dtg amik.. best.. takyah pakser diri bawak keta cam lipas kudung lagi... aku biler drive mmg feeling Michael Schumacher.. tak cayer??  Tengok punch card aku.. tak merah pon sepanjang pi keje drive keta sengsorang.. ahahaha.. padahal jalan memang lengang sebab budak cuti sekolah.. poyo jer ko nie Kakpah!..

Okay.. okey.. tulisan di atas tiada kena mengena dengan gambar² di bawah.. moh ler reader² ku sekalian kita jenjalan utan tropika barang seminit dua...
Aritu... berminggu² yg lepas sepulang dari pejabat kami datang sini.. maner??  Nursery jual pokok jer.. Kat maner??  Kat Ampang.. of course lar kan dedekat area umah jer.. tak koser nak pi jejauh.. time balik keje.. jalan melekatt... jammed.... so.. kita rileks² tengok ijo² dulu..

Saper tau nie pokok aper??  Deng.. deng.. deng.. yaaa.. You are 100% rite!  Pokok bunga kemboja.. ntah camner aku bleh jatuh ati ngan pokok kemboja nie.. yg biasanya ditanam di taman² persemadian.. huhuhu.. aku cukup suker tengok yg warna merah hati.. ada byk pesyen bunga dia tau.. dulu aku ingat ada warna putih jer.. skrg dah famous ditanam di taman² perumahan.. nak² umah² banglo yg lamannya luas²..

Hai.. sonok lepak² tengok pokok kat sini.. tenang... damaiii...

Ada macam² jenis pokok... tempat dia bleh tahan luas.. cuma org tak baper tak perasan tempat nie.. siyes.. macam tertutup dari pandangan orang ramai walaupon located di tepi jalan jer..

Pokok pegaga air nie sesuwai lar sangat ditanam dalam kolam.. kolam ikan yg aku  nak buat nanti.. biler lar tue?? Ehehehe..
Nie gambar kat depan entrance nursery tue..agak² kalau orang angkut pokok bunga kecik² nie dia pasan tak??  Sure tak pasan kan.. tapi jangan tak tau.. owner nie ada bela anjing.. tapi biler ada client.. dia akan suruh pekerja dia ikat itu anjing..

Nak cari pokok bunga.. alatan berkebun.. boleh datang sinie..  rujuk gambar di atas..

Kolam² buatan pon banyak ada kat sini.. harga sumer boleh dirunding.. tak lar mahal sgt.. affordable..
Nie owner dia.. aper nama dia eak.. sorry memori jangka pendek dah luput.. lupa.. hehehe.. malu² plak aku amik gambar dia.. aku kata.. "Saya ambil gambar ya.. mau promote kat blog.."

Pokok aper tah nie.. aku tak tau.. bagi aku sumer menarik dan unik²..

Maka.. bergambar lar kami laki bini..

Dia ada bela burung.. berkicau² jugak lar tempat tue..

Nie aksessori taman.. cantik²..

Terbekenan pulak aku tengok pasu daripada sabut kelapa nie.. nice.. harga.. murah jer.. tapi spt biasa.. memori ingatan jangka pendek dah luput.. hehehe


Lagie.. dan lagie.. hiasan taman..

Bunga² gantung yg comel²..

Hijau semua.. sangat relaxing.. dah tak tau nak tulih caption apa.. hehehe

Tersusun.. rapi..


Tempayan besar.. bleh buat sup org nie.. hihihi

Pokok lagie..

Pokok jugak..

Dah²... pi buat keje..


 

Friday, June 3, 2011

--@@ LaGu UnTuK En. Ady @@--

Tiap² tahun pon macam nie.. dah.. dah tau.. tetap akan jadi.. huhuhu... En. Ady nak tinggalkan aku... lagie.. 5 hari pulak tue... dengan 3 org puteri notty dan perut terboyot² nie.. sedeh.. tapi.. berlagak kental.. huhuhu.. nak buat cemmaner.. tiap² tahun pon camnie jugak... tak kawen ngan doktor orang.. konon takut nanti asyik kena on call.. tapi.. kawen ngan doktor pc nie pon samer jugak situasinya... ditinggal²kan.. antara tugas dan keluarga.. maner yg utama??  Tak per bang... duit tue yg penting.. keje rajin² eak.. duit kasik sama saya.. ahahaha...

Lagu nie untuk En. Ady yg nak tinggalkan aku...




I'm a big² Girl.. it's ok... it's all right..

Thursday, June 2, 2011

..I Do iT My WaY..

 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails