.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Saturday, November 21, 2009

KakaK Ada `Booloo'..

Pagi tadi... sedang aku susukan si Ainna di atas katil... si Alyaa masuk bilik aku... seperti biasa.. sebangun tidur.. Alyaa mulutnya becok berbicara..

"Bonda... kakak dah ada bulu.. boleh lar pakai nie.." Agak hairan dengan perkataan yang dikeluarkan.. lantas aku memandang apa yang ditunjukkan si Alyaa...

Haaaa!!! Memang sungguh tak disangka kadang2 apa yang keluar dari mulut kanak2 yang galak membesar... Tahu apakah benda yang ditunjukkan padaku??

Botol deodoran yang aku gunakan... Budak bertuah nie... conversation did not end there..

"Mana bulu kakak?"

"Nie.." Seraya mengangkat ketiaknya... "Nie.. ketiak kakak dah ada bulu.. boleh lar pakai nie.." Dengan slumbernyer.. dia pulas tutup deodoran tu... dan sapu kat ketiak dia... budak bertuah nie... dlm hati aku... "ikhss...ikhss..ikhsss.... ada2 jer.."

Alyaa mmg pandai.. macam2 tektik akan digunakan bagi mencapai maksud... kira bahagian analitikal otak dia berfungsi sepenuhnya... dan makin berkembang I can say... well.... tujuan dia cakap macam tu semata2 nak cuba deodoran yang dia tgk bonda dia selalu pakai... aduhai... maka sbb tu dia gunakan alasan ketiak dia dah berbulu.... hahaha.. I dunno dari mana munculnya idea itu... tapi... sungguh mencuit hati... aku beralih meneruskan penyusuan sambil tersenyum dgn keletah anak dare yg selalu mahu dianggap sudah besar ini..... sumer benda nak dicuba...
p/s: Jangan ada yang ingat ketiak Alyaa betul2 berbulu dah larrr.... dia kecik lagi... baru tiga tahun... :)

No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails