.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, September 21, 2007

..SaLaM RaMaDhaN Sumer..

Hai.. apa khabar korang sumer.. dah lamer aku tak menekan kekunci keyboard utk memasukkan bait² berita ke laman kesayanganku ini.. baru sudah layari blog kengkawan.. macam² citer yg telah korang tinggalkan.. Aku pon byk citer.. cuma dgn penggunaan internet yg terhad tersangat skrg nie mambataskan peluang aku utk dikongsi bersama di sini..

Hmm.. pejam celik.. pejam celik dah masuk 9 hari berpuasa hari nie.. Alhamdulillah setakat nie aku masih boleh bertahan.. blm ada yg ponteng.. sebenarnya aku mmg harap sesangat dpt poser penuh lagi thn nie.. dah 2 thn berturut dpt poser penuh... mintak² lar baby dlm perut nie sabar sikit nak jengok dunia.. biarlah 2.. 3.. hari lepas raya... dpt jugak aku rasa juadah hari raya dari dok terperuk berpantang kat umah... doakan aku kengkawan.. tinggal bih kurang 3 minggu jer lagi utk aku lahirkan permata hati kedua yg sakan bergerak dlm rahim aku yg dah makin sempit membulat nie...

Berdebar menanti saat melahirkan... hari nak pindah rumah... hari nak melapor diri di tmpt keje baru... aku baru jer terima perlantikan tetap dari SPA last two weeks.. ntah.. tatau naper kali nie aku rasa nak joint gov force... mungkin dgn meningkatnya usia.. I want some sort of guarantee of security in my future life... yelah.. keje kat private sector nie mmg nampak cam best jer.. tapi kedudukan kami sentiasa di bawah decision management... actually co. aku nak pindah ke Johor Bahru tak lama lagi.. so ini lar persediaan aku.. tak kan nak tunggu hujan baru nak sediakan payung kan... masa tu basah kuyup dulu lar...

Aku sekadar ringan² tangan apply SPA on line aritu.. masa aku attend interview pon ramai giller candidates utk diinterview utk pelbagai jawatan... ramai jgk org nak keje gomen eak.. hehehe.. terkezutt jgk aku masa masuk ruang menunggu tu.. cam hari pertama nak mendaftar kat UiTM dulu plaks rasernyer... Interviewer dia looks nice and gentleman... sopan tutur kata... aku selesa masa sessi temuduga tu.. walaupon aku tak lar menaruh harapan yg besar utk mendapat jawatan tu... rezeki anak dlm perut nie agaknya...

TERHARU..

Sudah gah seMalaysia menceritakan perihal kehilangan dan kematian adik Nurin Jazlin... aku amat² bersimpati dan tumpang bersedeh atas apa yg menimpa keluarga mangsa.. kenapa lar kat dunia nie wujud manusia IBLIS macam nie... apalar dosa kanak² sekecil itu diperlakukan sedemikian rupa.. ngeri dan pilu sekali aku rasa... aku juga punya anak perempuan... aku juga risau apa yg bakal kami hadapi dlm membesarkan mereka nanti... Semoga kita dilindungi Allah selalu...........

Di bawah nie ada sedikit tips yg aku kutip dari forwarded email dikirimkan kat aku.. semoga ada manfaatnya dikongsi bersama memandangkan rata² handai taulan aku mempunyai anak perempuan... semoga kejadian serupa ini tidak akan berulang lagi...

‘TIPS’ UNTUK ELAK KEJADIAN ROGOL

Terhadap Kanak-kanak:

1- Anak2 kecil mesti sentiasa dibawah pengawasan
ibu-bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai.
Kanak-kanak juga boleh dirogol oleh penjaga atau
keluarga penjaga/pengasuh, oleh itu sentiasa ada rasa
‘curiga’ dan berhati-hati.


2- Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak
dikenali, kalau perlu ingatkan setiap hari iaitu
semasa meninggalkan anak-anak dirumah atau Tadika /
Sekolah.


3- Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang
tidak patut disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh
ibubapa atau pengasuh semasa mandi atau masa buang
air.


4- Galakkan anak2 untuk bercakap atau bercerita apa
yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa supaya
dengan ini dia akan memaklumkan perkara2 yang mungkin
tidak difahaminya yang berlaku keatasnya.


5- Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah
anak2 cuba dicerobohi. Jangan pandang remeh tanda2 ini
takut nanti kita menyesal.


6- Seboleh2nya jangan benarkan anak2 tidor dirumah
orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut
dikenali sebagai keluarga yang amanah dan berhemah.


7- Latih anak2 untuk menjerit minta tolong atau sebut
”API-API” jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap
dirinya. Kajian mendapati jeritan ’API” lebih diberi
perhatian oleh orang ramai dari jeritan minta tolong.


8- Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah
anak2, jadi ibu-ibu perlu maklumkan pada anak2 juga
tentang perkara tersebut.


9- Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau
pengasuh tentang isu-isu keselamatan anak2


10- Pastikan kita berdoa dan ajar anak2 berdoa mohon
keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah
keluar rumah, contoh: ”Bismillahi tawakkaltu ’alAllah”

Sampai jumpa lagi... Selamat Berbuka sumer ;)

No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails