.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, December 21, 2010

..EnTRy SaKiT HaTi..


Sangat.. sangat... SANGAT SAKIT HATI.. geram... my blood gone up the mountain you know... kenaper lar buat macam nie kan... tunggu dekat 15 minit.. gate tak bukak².. sorang manusia pon takder... call pulak tak berjawab²... berkali²... last² antar sms jer... sekarang aku sakit kepaler.. aku biler dah naik angin sangat memang akan sakit kepala.. dari hati naik ke kepaler...kitorang blah tak lamer lepas tu sebab si Alyaa dah tak tahan sangat nak terkucil... sib baik tak jauh dari situ ada petrol pump... sms pon di waktu sedang aku menaip nie.. masih belum berjawab...

Kalau korang.. korang marah tak... korang dah bayar.. bayar up front every month.. tapi biler nak antar anak.. nursery tutup tanpa sebarang berita... tak kan nak bawak tiga² anak pi opis kan... kang jadik keje lain plak... orang lain kat opis pon leh naik menyampah kan.. kita buat opis nie macam bapak kita punya.. bawak sumer anak beranak datang berkampung.. opis dah jadik taska kekdahnyer kan..  huhuhu..... luar nampak ok.. dalam hati sapa yang tahu kan... uwaaaaa!!!  Raser nak menangis tekup bantal dah nie...

Ooowwhh.. interuption.. baru lepas cakap ngan owner nursery.. sib baik dia call.. seperti biasa.. sorry sangat... staff yg patutnya standby sambut budak² dtg lambat sebab tayar keta pancit.. lambat inform dia... dia pulak tak jawab call sebab sibuk memasak di dapur dan telefon di depan... dan aku tanyer pulak.. abis parent² lain tak antar anak jugak ker?? Dia kata memang kebanyakkan tak antar sebab arinie one whole day tak der elektrik.. dia ingat dia dah msg aku spt biasa...  dia kasik msg pd sumer parent pada hari Ahad but biasa mmg dia msg tu yg aku pelik sbb tak dapat msg apa² then suddenly tak dak sapa kat taska... owhhh my... apa nak dikata yer.. dia mintak maaf.. dan aku kena lar maafkan... sedangkan nabi maafkan umat.. aku nie sapa kan... tapi... still aku raser taska nie kurang cekap dalam mengendalikan hal² tak terjangka seperti ini...

Sekarang budak² tu kat umah... En. Ady terpakser EL jaga anak².. aku dah tak dak cuti... dan lagie.. aku seriau lar.. dia banyak sangat cuti since conjunctivitis menyerang... keje menambun.. nanti bos pon tak senang... payah kan biler rutin harian kita terpakser bergantung dengan pihak ketiga... kadang tu bukan salah kita pon... tapi kita yg kena tempiasnya...


..Dah Gosok Gigi??..


Bangun pagi.. Gosok gigi..
Cuci muka.. Terus mandi..
Pakai baju.. Minum susu..
Salam Ayah dan Ibu..

Pergi sekolah.. Jalan kaki..
Jumpa cikgu.. Depan pintu..
Selamat pagi Cikgu Sa'amah..
Selamat pagi Cikgu Aishah..

Rajin belajar.. Cikgu ajar..
Pandai tulis.. Pandai lukis..
Pandai nyanyi.. Baca buku..
Semua orang.. Suka hati..

Kalau kita.. Rajin usaha..
Ibubapa gembira..
Mari kawan.. Sama-sama..
Pasti kita berjaya!



    • Try to develope a consistent schedule for your kids to brush their teeth each day. Kids thrive on consistency and repetition. Try to have them brush their teeth when you are not in a hurry. Being in a hurry tends to add more stress to this already stressful situation.

    • Put up a reward chart in the bathroom for the children to see. After they brush their teeth each time during the day add a sticker to show them their progress. After the week's chart is full, provide a treat such as a healthy snack or other reward to encourage them.

    • Educate your children on the importance of keeping healthy teeth and gums. Explain to them the consequences of not brushing on a regular basis without using scare tactics.

    • After your child has attempted to brush his teeth himself (if he is young) make sure you go over his teeth as well to reach the back molars. Brushing your teeth while your child brushes usually helps the child learn by example and shows them that EVERYONE has to brush, not just them.


    • Make brushing teeth fun. Look for ways to engage your children in brushing. Make it seem as if if brushing is a fun thing to do rather than a chore. Get your child a fun and colorful toothbrush to start.
    • Allow your children to brush your teeth. Have fun with that, then allow them to brush their own teeth. Finish the session by brushing your child's teeth.
    • Have your child brush their favorite doll's teeth before you brush theirs. Remember to routinely give them the opportunity to brush their own teeth and then follow up by brushing their teeth correctly.
    • Use only a pea-size amount of toothpaste on your child's toothbrush. Larger amounts tend to be difficult for kids to handle by creating too much foam an overwhelming your child's mouth with toothpaste!
    • Be careful of the toothpaste you use. Many toothpastes contain strong flavorings that adults may not notice, but that can sting young mouths. Use a toothpaste that's specially made for kids.
    • Have the primary caretakers go up to the bathroom eager to brush. Laugh and make it sound really fun. Your child just may realize that they are missing out on something fun and will want to join in.
    • An oral hygiene chart can make brushing fun and rewarding. Check out some of our free printable charts!
    • Don't forget to praise, praise, praise your kids for their awesome brushing.

    Sumber:  http://www.freeprintablebehaviorcharts.com/brushing_teeth.htm


    Monday, December 20, 2010

    ..GuLLiVeR's TRaVeLs..


    Heh.. saper tak pernah tengok citer nie kecik² dulu??  Seronok kan citer nie.. dongeng barat seorang pelayar yg terdampar di sebuah pulau dihuni oleh orang² kenit.. sangat mengujakan jiwa kecil yang menontonnya.. biler dah tengok citer tue kan.. selalu lar pulak berangan jumpa orang kenit kan... kecik² dulu aku memang kuat berangan... sekarang pon.. hehehe.. Kak Pah adalah sangat suka menonton cerita fantasi dan dongeng.. sebab.. kisah dongeng nie tak terjadi di alam realiti.. tak dapat tengok di alam nyata.. melainkan dalam mimpi.. tapi untungnya kita dapat tengok dalam movie..

    Jom kita terjah wayang sambil berangan pada 22 Disember 2010.. citer nie ada dalam format 3D tau!

    Untuk maklumat lanjut pasal movie nie.. sila ke web rasminya.. GulliversTravelsthemovie.com ;)

    Ohh ya!  Astro ada buat contest tau... syarat dan panduan seperti di bawah nie..


    TERMA DAN SYARAT PERADUAN 3D : GULLIVER'S TRAVELS

    Penganjur
    ASTRO ENTERTAINMENT SDN BHD

    Nama Peraduan
    Gulliver's Travels

    Huraian Ringkas Peraduan/ Rancangan
    Peraduan Gulliver's Travels adalah sebuah peraduan yang dianjurkan oleh Astro Ceria bagi pelanggan Astro yang aktif dengan menguji dua soalan berserta slogan yang kreatif bagi memenangi cenderamata eksklusif Gulliver's Travels dan tiket menonton tayangan eksklusif anjuran Astro Ceria.

    Mekanisma Ringkas Peraduan
    a) Peserta yang layak diperlukan untuk menghantar jawapan melalui e-mail pada ceria@astro.com.my.

    b) Peserta dikehendaki untuk menjawab soalan berserta lengkapkan slogan seperti di bawah:

    Soalan:

    1. Apakah nama sebenar bagi watak Gulliver di dalam Filem ini?
    A) Jack Blac
    B) Black J
    C) Jak-J

    2. Di manakah Gulliver ditugaskan untuk berkerja?
    A) Muda Mudi
    B) Bermuda Triangle
    C) Bermuda Castle

    Slogan:

    "Cuti sekolah saya lebih menyeronokkan dengan Astro Ceria kerana..." (in not more than 20 words)

    Para Peserta mesti mematuhi mekanisma Peraduan ini sepertimana diterangkan dan diberitahu kepada para Peserta oleh pihak Penganjur semasa Tempoh Peraduan.

    Kriteria Kelayakan
    Peraduan ini terbuka kepada kepada semua rakyat Malaysia yang merupakan "Active Astro Customers"*(Pelanggan Aktif Astro).

    "Active Astro customer" means a subscriber of the Astro Service and whose account is current and active with no outstanding payments due and owing to Astro and who has not breached the Astro subscription agreement nor given any instructions to terminate and /or suspend his/her subscription to the Astro Service as at the date of winner notification. Winners must remain active Astro customers until the date of collection of prizes.

    Ketidaklayakan
    Kakitangan Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd, Astro Entertainment Sdn Bhd, Astro Productions Sdn Bhd, Astro Arena Sdn Bhd, Digital Five Sdn Bhd dan Astro All Asia Network plc dan ahli keluarga terdekat mereka.

    *ahli keluarga terdekat bermaksud suami/isteri, anak, ibubapa, dan adik-beradik.

    Umur Kelayakan
    Peraduan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur antara 7-14 tahun pada 16 November 2010.

    Di mana Umur Kelayakan membenarkan penyertaan Peserta di bawah umur 18 tahun, Peserta mesti mendapatkan keizinan ibu bapa dan/atau penjaga terlebih dahulu untuk layak menyertai Peraduan dan memenangi Hadiah. Penganjur menganggap bahawa ia adalah tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk mengawasi penyertaan anak-anak mereka dalam Peraduan ini.

    Caj
    Penganjur tidak mengenakan apa-apa caj untuk penyertaan dalam Peraduan ini.

    Tempoh Peraduan
    Peraduan ini akan diadakan dari 16 November 2010 kepada 13 Disember 2010 dan akan tutup pada atau pada apa-apa masa yang lain yang akan ditentukan oleh pihak Penganjur dari semasa ke semasa.

    Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal untuk mengubah, menangguh atau menukar Tempoh Peraduan atau mana-mana tarikh yang berkenaan.

    Bahasa Peraduan
    Peraduan ini akan dianjurkan oleh pihak Penganjur dalam Bahasa Malaysia. Penyertaan yang dihantar dalam mana-mana bahasa lain akan tidak akan diterima oleh pihak Penganjur.

    Prosedur Penyertaan
    Untuk penyertaan, Peserta dikehendaki untuk menjawab soalan dan melengkapkan slogan yang tertera di dalam Klausa 4 diatas.

    Semua Penyertaan yang lengkap perlu dihantar ke ceria@astro.com.my, berserta maklumat penting di bawah:

    1. Nama penuh seperti di kad pengenalan
    2. Nombor kad pengenalan atau surat beranak
    3. Nama Ibu / Bapa / Penjaga
    4. Nombor kad pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga
    5. Alamat surat menyurat
    6. Nombor akaun Astro
    7. Alamat e-mel
    8. Nombor yang boleh dihubungi (telefon bimbit / rumah / pejabat)

    Pihak Penganjur berhak untuk meminta salinan asli Kad Pengenalan/ Sijil Surat Beranak atau salinan asli dokumen-dokumen sokongan yang lain untuk tujuan pengesahan dan pengiktirafan.

    Tarikh Tutup Penyertaan
    Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 11.59 malam pada hari Isnin 13 Disember 2010. Penyertaan yang diterima selepas masa yang telah ditetapkan akan dibatalkan kelayakan dan tidak layak untuk menerima hadiah.

    Cara Penghantaran
    Melalui e-mel.

    Alamat
    ceria@astro.com.my

    Pemilihan Pemenang
    Pemenang Peraduan akan dipilih berdasarkan kepada jawapan yang betul dan daya cipta dan kreatif slogan yang dihantar oleh Peserta sepertimana yang ditentukan oleh Penganjur. Keputusan Penganjur adalah muktamad.

    Hadiah

    Hadiah Utama x 1
    • Build Your Own Catapult (set)
    • Giant And Mini Pencil Set
    • A5 Notepad with Activity Sheets
    • 4 x Tiket untuk Tayangan Ekslusif "Gulliver's Travels" dalam 3D
    Tarikh : 26 Disember 2010
    Masa : 11.00 pagi.
    Lokasi : GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama

    Hadiah Kedua x 1
    • Compass Pen And Presentation Box
    • Reverse Magnifying Glass
    • A5 Notepad with Activity Sheets
    • 4 x Tiket untuk Tayangan Ekslusif "Gulliver's Travels" dalam 3D
    Tarikh : 26 Disember 2010
    Masa : 11.00 pagi.
    Lokasi : GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama

    Hadiah Ketiga x 1
    • Mini Travel Journal Keychain
    • A5 Notepad with Activity Sheets
    • 4 x Tiket untuk Tayangan Ekslusif "Gulliver's Travels" dalam 3D
    Tarikh : 26 Disember 2010
    Masa : 11.00 pagi.
    Lokasi : GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama

    Hadiah Istimewa x 94
    • 2 x Tiket untuk Tayangan Ekslusif "Gulliver's Travels" dalam 3D
    Tarikh : 26 Disember 2010
    Masa : 11.00 pagi.
    Lokasi : GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama

    Pemberitahuan Pemenang Peraduan
    Nama para Pemenang Peraduan akan diumumkan oleh pihak Penganjur melalui e-mail sebelum 17 Disember 2010.

    Tempoh Pengambilan Hadiah
    Hadiah perlu dituntut di lokasi tayangan (seperti dibawah) sebelum tayangan bermula:
    Tarikh : 26 Disember 2010
    Masa : 9.30 am – 11.00 am

    Tempat Pengambilan Hadiah
    GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama.

    Terma-terma tambahan, jika ada
    (a) Peserta layak boleh menghantar sebanyak mungkin penyertaan untuk Peraduan ini. Tetapi, setiap akaun Astro hanya layak unutk menerima satu hadiah. Apa-apa hadiah yang berikutan jika diumumkan akan dibatalkan penerimaan.
    (b) Pemenang Peraduan mesti terus melanggan kepada servis Astro sehingga pengambilan hadiah, jika tidak, para Pemenang Peraduan akan dibatalkan kelayakan dalam Peraduan ini dan apa-apa hadiah yang dimenangi akan dibatalkan.
    (c) Contestants will not be eligible to win prizes in this Contest if he/she has won any form of prizes in any other Contest organized by the Organizer in the past two months (from the commencement of the Contest).

    Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan akan mengikat kesemua peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini ("Peserta"). Definisi-definisi dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan akan digunakan kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Terma-terma Asas. Jika terdapat sebarang ketidakselarasan antara Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan, Terma-terma Asas akan mengatasi setakat ketidakselarasan tersebut.

    Kemasukan dan penyertaan di dalam Peraduan ini akan dianggap sebagai penerimaan Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan secara tanpa syarat oleh para Peserta.


    ..Tak TaHU KeR?? TaNyA SaMa PoKoK..

    Tanya Sama Pokok
    Penyanyi: P. Ramlee
    Filem: Anakku Sazali

    Tanya pada pokok apa sebab goyang,
    Nanti jawab pokok angin yang goncang,
    Tanya sama langit apa sebab hujan,
    Nanti jawab langit tanyalah awan.

    Awan nanti kata aku kandung air,
    Sampai tempat sejuk aku pun cair,
    Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
    Campak satu batu bayang pun hilang.

    Tanya sama hati apa rasa sayang,
    Adakah tandanya nampak dipandang,
    Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
    Punya tanda-tanda hubungan mesra.

    Tanya sama hati pernahkah merindu,
    Tiba masa lena apa mimpimu,
    Masa berjauhan apa nan dikenang,
    Bila difahamkan itulah sayang.

    Jikalau tidak kerana sayang,
    Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
    Andainya jemu mengganti rindu,
    Jambangan mesra tentulah layu.

    Tanya sama hati pernahkah merindu,
    Tiba masa lena apa mimpimu,
    Masa berjauhan apa nan dikenang,
    Bila difahamkan itulah sayang.




    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails