.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, October 7, 2011

Pandai MaCaM LEMBU..

Si LEMBU DAN SI ANJING

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?


ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?

... ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disertu. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak sertu dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di sertu.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


..JoDoH iTuE DaRi ALLAH..

Assalammualaikum.. sihat pengikut setia blog Bonda??  Semoga kalian semua di bawah lindungan dan rahmatNya..

Arinie rasernya nak mengutarakan sesuatu dari hati.. semua orang tahu.. jodoh pertemuan di tangan tuhan.. korang dah kawen?  Baper tahun??  Aku dah nak masuk 7 thn... pejam celik.. pejam celik... lama jugaklah rupernyer kitorang berdikari melayarkan bahtera ikatan perkahwinan... hidup bersama.. suka duka.. berdua.. bertiga.. berempat.. berlima dan sekarang berenam.. hidup ini penuh dengan rencah ratusnya.. begitu juga alam rumahtangga.. ada pasang surutnya.. sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pula suami isteri... tapi.. Alhamdulillah.. berkat persefahaman.. hormat-menghormati.. dan.. kasih yang mendalam.. segalanya dapat diharungi hingga ke saat ini.. mudah²an juga.. hingga ke hujung nyawa..

Jodoh datang awal.. orang kata.. gatai merenyam.. ikhs.. ikhss.. ikhss.. elok lar kan kawen awal.. jauhkan dosa banyakkan pahala.. perkahwinan ini sebenarnya gerbang kedewasaan.. nak tanak orang yang dah kawen perlu menjadi dewasa.. kerana ada peranan dan tanggungjawab yang harus digalas.. jodoh datang lambat pulak.. orang kata memilih... yer.. mmg betul lar kena pilih.. nak hidup bersama bukan 2..3 hari.. tapi dengan harapan hingga ke mati.. jadi kena  lar pastikan jodoh yang kita pilih itu benar² orang yang boleh kita hadap hari².. menerima kita seadanya.. kelebihan dan kekurangan.. vice versa.. tapi jangan lar sampai terover pilih.. we are not perfect.. begitu juga pasangan kita.. paling utama.. pilihlah pasangan dari agamanya.. bagi aku.. bila seseorang itu menjaga agamanya.. Insyaallah.. kita akan dijaga sebaiknya... pilihlah pemimpin yang mampu membawa kita ke syurga..

Tak ada manusia yang sempurna.. kerana sifat sempurna itu hanya untuk Allah.. sebab itu kita semua dicipta berpasang².. untuk saling mengenali dan lengkap melengkapi.. ada pasangan yang sorang diam.. sorang banyak cakap.. sorang penyepah.. sorang pengemas.. sorang boros.. sorang kedekut... haaa... baru lar kena kan.. ada kontranya.. yang penting sifat yang tidak elok jangan dilebih²kan hingga mendominasi rumahtangga.. ambil yang elok² sahaja.. pasangan yang mengenali kelemahan pasangannya.. cuba perbaiki.. bentuk pasangan kita ke arah kebaikan.. misalnya.. dah tau pasangan kita boros.. jangan.. jangan.. jangan bagi dia pakai credit card.. undang bala tue!

Kenali pasangan dari fasa pengenalan.. maser couple² nie lar masa yang paling afdal melihat kesesuaian kita dengan seseorang... maser dating.. perhatikan.. adakah si dia menjaga solatnya.. maser jalan² bersama.. perhatikan adakah si dia mengambil kesempatan... walaupon sekadar cuba memegang tangan.. orang yang tau halal haram tak akan suka suki memegang anak dara orang.. untuk apa pegang sekarang.. pegang lar selepas kahwin.. luruh dosa² dari celah² tangan.. tengoklah samada si dia menyukai binatang atau kanak².. kalau dia suka.. penyayang lar jodoh kita itu.. dalam kenderaan awam.. perhatikan adakah si dia seorang yang prihatin... nampak orang tua atau wanita mengandung.. adakah si dia meng-offer-kan tempat duduk... kalau yer.. budiman lah pasangan kita itu... biler datang ke rumah kita.. adakah si dia membawa buah tangan.. kalau yer.. si dia seorang yg tidak kedekut dan pandai mengambil hati... tengok kesungguhannya dalam berhubungan.. sanggupkah si dia bertemu ibu bapa kita ketika ingin mengajak kita keluar.. kalau yer.. dia memang serius mahukan kita dan dia juga seorang yang bertanggungjawab.. ketika berjalan.. si dia membantu membawa barang kita.. hinggakan handbag kita sanggup digalasnya.. menandakan egonya tidak ke langit... dia seorang yang gentleman..  prihatin dan sikapnya mudah dilentur.. ketika bergaduh adakah kita dipujuk.. kalau yer.. dia mampu menyejukkan hati kita... ketika dia keputusan wang.. adakah si dia meminjam dari kita.. jika tidak walaupon setelah di-offer.. maksudnya si dia punya harga diri yang tinggi.. tidak suka meminta² apatah lagi dari seorang perempuan.. ketika bersama adakah si dia seorang yang slumber.. kalau yer.. dia bukanlah seorang yang hipokrit dan dia juga tidak pandai berpura².. apa lagie.. hurrmmm.. macam² lar kita boleh tahu sejak dari fasa berkenalan..

Maser remaja dulu.. aku agak takut dan sangsi dengan orang yang mendirikan rumahtangga.. aku takut melihat mereka yang mendapat suami baran... tidak bertanggungjawab dan selalu mendera isteri.. aku selalu dengar.. "perempuan yang baik.. untuk lelaki yang baik".. tapi macammana pula kita seorang perempuan yang baik mendapat lelaki yang jahat?  Itu gunanya kita berdoa.. mak aku dah ajarkan aku berdoa agar dijodohkan dengan lelaki yang baik² sedari aku 14 tahun.. mak kata bila kita mahukan sesuatu yang baik.. kita kena mulakan dari sekarang.. berdoa mudah²an Allah jodohkan kita dengan lelaki yang beriman.. penyayang.. bertanggungjawab... berdoa setiap kali sesudah solat.. minta dengan bersungguh².. Allah mendengar setiap yang kita hajatkan.. tapi.. kalau tetap juga kita mendapat jodoh yang tidak seperti yang dihajatkan.. ketahuilah.. kita sedang diuji... Allah menyayangi kita dan Dia sedang cuba mengangkat martabat keimanan kita melalui ketabahan kita... bersabarlah..



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ...ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.See More

By: Ustaz Azhar Idrus ( Original )


Wednesday, October 5, 2011

Resepi Bonda: Sambal Siam Mak

Salam.. dah lamer kita  tak ke dapur kan.. ececehhh.. hari² jer ke dapur.. tapi tak pernahnyer nak up entri masak.. okeh.. arinie Bonda nak kongsikan sambal kegemaran Bonda.. resepi asal mak Bonda yang bagi.. sebab Bonda nie mmg suker sangat masakan mak.. kalau mak masak.. lauk sesempoi maner pon.. makan berselera jer.. tambah² kalau mak buat sambal nie.. entah.. mak panggil sambal siam.. tak tau mana mak belajar.. sambal nie kan.. sesuwai sangat untuk orang yang resdung yg tingin nak makan pedas.. tapi tokleh makan belacan.. bab aper?  Sebab sambal nie idak ler menggunakan belacan.. moh kiter..

Sediakan bahan² nie.. cili api/padi.. dalam 30 biji.. bawang putih 4/5 biji..

Limau nipis separuh.. ikan bilis sejemput atau..

 isi ikan goreng.. isi jer.. tulang buang.. kang tercekik dah tokleh habiskan nasik..

 Cili tadi dan bawang putih.. tumbuk lumat².. awas air cili dari terpercik ke mata.. sediakan alat pelindung yang sewajarnya.. Bonda guna tutup tupperware cover air tumbukan dari memercik ke tempat tak sepatutnya.. sebelah tangan tumbuk.. sebelah lagi pegang shield.. hehehe

dah lumat.. macam kat atas nie..

masukkan isi ikan yang dah diperisi tadi atau ikan bilis (ikan bilis tak payah goreng dulu.. masuk jer gitue.. tapi basuh dulu lar..)

Perah air limau nipis.. hati² jangan sampai biji limau termasuk dlm sambal.. pahit nanti sambal kamu.. kendian..

masukkan garam dan..

gula.. utk seimbangkan raser.. jangan terlebih.. pandai² lar raser ekot lidah sendiri kan.. sebatikan gula dan garam dalam sambal.. tumbuk ler kasik lumat.. okey.. dah siap!

Tapi kan.. bagi yang suker tempoyak.. boleh jer tambahkan.. kalau nak buh tempoyak.. takyah taruk air limau nipis pon takper.. sebab dah kompem masam.. gaulkan.. dan..

hidangkan... layan woo makan dengan nasi panas.. ngan ulamm.. fuhhh... ok ini nak kasi tip sikit.. nak raser pedas lebih.. lebihkan cili.. isi ikan/ikan bilis jgn banyak sangat sampai overshadow sambal.. nanti tak sedap..

Setakat itu dulu resepi arinie... Selamat Menjamu Selera.... ^__________^


Monday, October 3, 2011

..HaRi iNie..

Baru berkesempatan nak update.. wohooo... surirumah nie sebenarnya mmg bz.. lagi bz dari org yg keje pejabat.. ohohoh... tambah² arinie budak² sumer ader kat umah.. tak ke tadika katanyer.. sebab.. baju sukan yg sepatutnya dorang pakai arinie tertinggal kat umah tok.. dan tak berbasuh... semalam aku baru sedar maser sidai baju.. cari punya cari tak jumpa.. tepon mak.. mmg betul ada kat sana... En. Ady tak bawak balik.. huhuhu... lagipon arinie mak ada appointment kat spital.. tak der orang nak tunggu dorang balik sekolah.. mak kena follow up checkup sakit batu karang aritue.. mak bagitau doc kata maser last visit aritue buah pinggang mak dah tak bengkak.. Alhamdulillah.. bertambah sihat lar emak hendaknyer..

Hari ini juga hari ke 45 rahimku kosong kembali.. membawa maksud.. fasa berpantang telah pon berakhir semalam... heheh.. tapi mak masih lagi ingatkan aku.. walaupon dah abis pantang.. makan tue masih kena beringat².. mak tau aku nie jenis tak makan saman.. tapi aku raser mak juga tau.. setiap larangannya walaupon aku persoalkan.. masih juga aku turutkan.. melainkan larangan kuterima setelah segalanya selesai sudah.. ehehehe.. tak dapek lar den nak undur waktunyer..

Dan.. macam² aku belajar sepanjang tempoh berpantang.. sentiasa bereksperimen dengan diri sendiri.. walaupon adik aku cakap.. "Kakak.. ko nie berpantang macam org tak pernah beranak.. padahal anak dah empat.."  Yer.. mmg anak dah empat.. dari yang sulong sampai yg sekarang.. samer jer pantang aku.. jadi aper yg nak dipersoalkan lagie..

Okey.. ok.. nie hasil pengalaman aku sendiri... biler lepas beranak.. dlm tempoh berpantang.. kaki kena pakai stoking.. walaupon tak pakai param pilis segala.. aku mmg tak pernah pakai mender tue.. stoking tu harus.. kalau tak pakai.. kaki nanti seram sejuk.. urat raser sengal²... selain drpd tue.. tumit dan tapak kaki nanti bersih.. kembali licin walaupon sebelum nie pecah².. ok per.. dan lagie.. dlm fasa berpantang.. jgn makan nasi sejuk... maksudnyer.. tak boleh makan nasi yg masak semalam... kalau makan jugak.. menanggung lar kepaler pening... hat nie mmg aku dah pernah kena.. sib baik sehari jer... lagie.. jgn makan bubur pulut hitam... yg nie aku makan kat spital.. dorang hidang time makan.. aku nie membujur lalu melintang patah.. malamnyer menggigil² satu badan... nak tau lagie... maser pantang juga.. tak leh makan buah anggur dan plum.. aku tak pasti yg mana satu.. yg aku pasti lepas makan buah tue menangkap urat belakang badan sampai ke kaki.. raser tegang.. nak gerak² sakit.. perghhh.. sib baik 2 hari jer camtue.. lagie.. ermmmm... tokleh makan buah jambu/jus jambu.. nanti sembelit.. kebetulan aku sembelit aritue.. kebetulan juga aku mmg dok bantai minum kordeal guava yg En. Ady beli.. tapi entah lar.. aku raser semua org lepas bersalin pon sembelit.. sbb yelah.. usus kita maser mengandung dah dilentur melembik utk tampung baby membesar.. biler baby dah kuar amik maser jugak lar kan untuk usus kembali ke bentuk asal... ohhh.. tapi kan kalau sembelit jugak dan tak ada ubat pekat manis melecas yg dibekalkan doktor tue.. bleh cuba minum vitagen atau susu kultur yang lain.. insyaallah... yang lain²... hurmmm... setakat nie tak dak masalah.. org kata takleh makan udang.. sotong.. ayam.. sumer aku dah tibai.. niatkan sahaja setiap yg masuk ke mulut menjadi ubat.. setiap yg dibuang membuat badan sihat.. hihi..


Hari ini.. hari ini juga adalah hari ulangtahun anakandaku yg kedua.. Putri Aisha Ameerah.. genaplah usianya 4 thn hari ini.. Alhamdulillah.. Aisha membesar dengan sihat.. walaupun Aisha nie agak lain dari yg lain.. perangai dia ada sikit lain... payah sikit nak paham dan nak dipahamkan.. tapi tak per.. lain anak.. lain peelnya... Bonda akan cuba faham Aisha selayaknya seorang ibu yang mengandungkan.. Insyaallah Aisha akan menjadi anak yg dapat Bonda banggakan... segala yang baik buatmu sayang.. di dunia dan di akhirat......



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails