Semalam saya marah anak saya.. berlaku gejolak emosi yg menegangkan
urat saraf.. dan pengakhirannya tangisan sendu meruntun kalbu.. anak
menangis bawa diri merajuk kena marah.. Bonda menangis sedeh sebelum
tido sebab marah anak.. aura negatif menyelubungi rumah.. bila marah
macam² benda tak baik boleh berlaku.. parenting is not easy.. parenting
is an ongoing learning sehingga kamu mati.. macam² method kita akan cuba
utk didik anak kita.. plus.. satu anak ke anak yg lain perangai semua
berbeza.. pendekatan juga berbeza.. kalau boleh memang kita nak berikan
yang terbaik buat anak kita.. nak anak kita jadi seperti yang kita
harapkan.. tapi bila perkara yg dirancang tidak terjadi mengikut apa
yang kita bayangkan.. bersabarlah.. bersabar kerana Allah.. mohon pada
Allah kuatkan dan tabahkan hati kita memelihara amanahNya.. kita bukan
Malaikat.. semoga Allah lindungi kita dari perasaan kecewa dan putus
asa..
Pagi tadi.. saya peluk anak² saya.. terutama yang dimarah
semalam.. saya minta maaf kerana telah memukulnya.. tangisan hari ini
tidak sama dengan tangisan semalam.. tangisan hari ini tangisan penuh
kelegaan.. tangisan penuh kasih sayang.. tangisan penuh rahmat dariNya..
sesungguhnya tiada daya dan upaya kita tanpa bantuan dan pertolongan
Allah.. Alhamdulillah... Allah meniupkan kekuatan buat saya untuk terus
mendidik dan menjadi ibu yang lebih tabah.. demi semua harta dunia
akhirat saya..
Saya sedar hari ini.. ketegangan dalam sesuatu
hubungan akan terjadi.. apabila kurangnya sentuhan.. sentuhan sebenarnya
mempunyai satu kuasa ajaib... kuasa menyembuh kesakitan yg tidak dapat
kita lihat... sentuhan kasih sayang akan berjaya menyentuh jauh ke dasar
hati...