Walaupun perjalanan menentang barah dikelilingi pengalaman yang
pahit dan sakit, ia membawa keluar keindahan sifat manusia yang mungkin telah
lama terpendam dalam individu atau sesebuah keluarga. Dewasa ini, keluarga dibelah-bahagikan
oleh kerja-kerja harian dan komitmen-komitmen persendirian yang lain. Masa yang
diluangkan bersama ahli keluarga tercinta semakin kurang. Demi kerjaya dan kehidupan
yang diimpikan semua itu dikorbankan. Kita menjadi leka dan mengabaikan keluarga
kita. Dalam kesibukkan kita mengambil mudah segala-galanya hingga beranggapan orang
tua kita tidak akan jatuh sakit atau menua sama sekali dan sentiasa berada di
sisi kita. Ahli keluarga terkadang dianggap membebankan dan mengikat kita
daripada bergerak lebih pantas mengejar impian duniawi.
Barah tidak diundang.
Menjadi tamu secara menekan merubah segalanya dengan drastik. Seringkali perubahan hadir bersama
kesan-kesan negatif. Namun begitu, setiap musibah ditemani hikmah, masa keluarga
yang dahulunya jarang kini bertambah kerap. Kita mula menghargai
perkara-perkara yang tidak pernah kita sedari sebelum adanya barah. Kita mula
mencari keseimbangan antara impian duniawi dengan orang-orang tersayang dalam
hidup kita. Malah, barah membuatkan kita lebih cenderung menghargai
masa yang terhad bersama mereka yang terpaksa mengharungi sisa- sisa hidup dengan barah.
Proses mengenali barah memberikan satu pengajaran yang amat
berharga. Dalam hidup kita, akan ada ketika berlaku sesuatu yang di luar
kawalan kita. Kita cuma insan biasa tidak mampu mengubah takdir. Yang tersurat
tidak boleh diubah, namun, kita boleh mengubah cara kita menghadapi suratan
yang telah ditentukan itu. Kita mampu dan boleh mengawal emosi dan perlakuan
kita menghadapi situasi yang berlaku. BAGAIMANA? Dengan bersikap optimis dan belajar
menghargai detik-detik masa yang kini terhad. Dengan menjadi positif, kita
mampu mendatangkan impak positif kepada semua orang di sekelilling kita.
Harapan, ialah pemberian yang terbaik kepada seseorang.
Terutamanya bagi mereka yang terpaksa mengharungi detik-detik tidak diimpikan
dalam hidup mereka. Harapan membolehkan seseorang terus berjuang meneruskan
hidup dan cita-cita. Harapan dapat mengubah semangat yang pasrah. Pada ketika
ini, AXA AFFIN bekerjasama dengan National Cancer Society Malaysia dalam satu inisiatif untuk membantu
pesakit barah. AXA AFFIN akan menyumbangkan dana kewangan kepada National
Cancer Society Malaysia untuk setiap blogger yang menghasilkan blogpost untuk
inisiatif ini. Dana kewangan yang disumbangkan akan digunakan untuk membiayai
perbelanjaan pusat jagaan pasca rawatan para pesakit barah.
Untuk turut serta dalam inisiatif yang mampu mengubah persepsi
para pesakit barah melalui harapan yang kita berikan, sila hubungi Richard Moh
di richard.moh@lionandlion.com atau 0168022801. Bersama-sama kita memberikan
harapan kepada mereka yang memerlukan.