.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, September 28, 2007

...Kita Hanya Mampu Merancang...

Satu kisah penuh pengajaran buat kita yg aku dpt dari Ibuyahoogroups... baca dan hayati kebenarannya!

Rani, sebut saja begitu namanya. Kawan sekuliahku ini berotak cemerlang dan memiliki idealisme yang tinggi. Sejak masuk kampus, sikap dan konsep dirinya sudah jelas meraih yang terbaik, di bidang akademik mahupun profesion yang akan diceburinya. ''Why not the best'' katanya selalu, mengutip ucapan seorang mantan presiden Amerika.

Ketika pihak Universiti menghantar mahasiswa untuk menuntut di International Law Di Universiteit Utrecht , Belanda, Rani termasuk salah seorang daripadanya. Saya pula lebih memilih menyelesaikan pendidikan dalam bidang kedoktoran. Berikutnya, Rani mendapat jodoh yang ''selevel''; sama-sama berprestasi, meskipun berbeza profesion.

Aliffya, buah cinta mereka, lahir ketika Rani dilantik sebagai Staf Diplomat, bertepatan dengan selesai suaminya meraih PHD. Maka lengkaplah kebahagiaan mereka. Kononnya, nama putera mereka itu diambil dari huruf pertama hijaiyah ''Aliff'' dan huruf terakhir ''Ya'', jadilah nama yang enak didengar: Aliffya. Saya tak sempat mengira, apa mereka bermaksud menjadikannya sebagai anak yang pertama dan terakhir.

Ketika Aliff, panggilan puteranya itu, berusia 6 bulan, kesibukan Rani semakin menggila. Bak GARUDA, hampir setiap hari ia terbang dari satu kota ke kota lain, dan dari satu negara ke negara lain. Sebenarnya saya pernah bertanya, ''tidakkah si Aliff terlalu kecil untuk ditinggal-tinggalka n? '' Dengan pantas Rani menjawab, ''oh, saya sudah mengandaikan segala sesuatunya. Everything is ok!'' ucapannya itu betul-betul ia buktikan. Layanan dan perhatian anaknya, ditangani secara profesional oleh baby sitter "mahal". Rani cuma mengawal jadual Aliff melalui telefon. Aliff membesar menjadi anak yang kelihatan lincah, cerdas dan mudah mengerti.

Nenek-neneknya selalu menonjolkan kebanggaan mereka kepada cucu yang amat dikasihi itu, tentang kehebatan ibu-bapanya. Tentang jawatan dan nama besar, tentang kekerapan menaiki pesawat, dan wang yang banyak. ''Contohilah ayah-Bonda Aliff, kalau Aliff besar nanti.'' begitu selalu nenek Aliff (ibu Rani) berpesan di akhir cerita sebelum tidurnya. Ketika Aliff berusia 3 tahun, Rani bercerita kalau dia minta adik. Terkejut dengan permintaan tak terduga itu, Rani dan suaminya kembali menagih pengertian anaknya. Kesibukan mereka belum memungkinkan untuk menghadirkan seorang adik buat Aliff. Sungguh anak kecil ini "memahami" orang tuanya. Buktinya, kata Rani, ia tak lagi merengek minta adik. Aliff, tampaknya mewarisi karaktor ibunya yang bukan perengek. Meski kedua orangtuanya kerap pulang lewat, ia jarang sekali merungut.bahkan, kata Rani, Aliff selalu menyambut kedatangannya dengan penuh ceria. Maka, Rani memanggilnya ''malaikat kecilku''.

Sungguh keluarga yang bahagia, fikir saya. Meskipun kedua orangtuanya super sibuk, Aliff tetap membesar dgn penuh kasih sayang. Diam-diam, saya irihati pada keluarga ini. Suatu hari, sebelum Rani berangkat ke pejabat, entah mengapa Aliff menolak dimandikan baby sitter. "Aliff ingin Bonda mandikan", ujarnya penuh harapan. Serba salah saja Rani, yang setiap detik waktunya sangat berharga, gusar. Ia menolak permintaan Aliff sambil terus berdandan dan mempersiapkan keperluan pejabatnya. Suaminya pun turut memujuk Aliff agar mau mandi dengan Tante Mien, baby sitter-nya. Sesungguhnya, Aliff mengerti dan menurut, meskipun wajahnya berkerut. Peristiwa ini berulang sampai hampir seminggu. ''Bonda, mandikan aku!'' kian lama suara Aliff penuh tekanan. Lalu, Rani dan suaminya berfikir, mungkin itu kerana Aliff sedang dalam masa pra-sekolah, jadinya agak lebih minta perhatian. Setelah dipujuk-pujuk, akhirnya Aliff dapat ditinggal juga.

Pada satu petang, saya dikejutkan oleh telefon Mien, si baby sitter. 'Puan doktor, Aliff demam dan kejang-kejang. Sekarang di emergency” dengan pantas, saya terus ke ICU. But it was too late. Allah SWT sudah punya rencana lain. Aliff, si malaikat kecil, telah dipanggil pulang oleh-Nya.

Rani, ketika diberi tahu tentang Aliff, sedang merasmikan pejabat barunya. Ia sangat terperanjat. Setibanya di rumah, satu-satunya keinginan dia adalah memandikan putranya. Setelah seminggu Aliff mula menuntut dimandikan, Rani memang menyimpan komitmen untuk suatu masa memandikan anaknya sendiri.

Dan siang itu, janji Rani terkabul, meskipun setelah tubuh si kecil terbaring kaku. ''Ini Bonda lif, Bonda mandikan Aliff,'' ucapnya lemah, di tengah-tangah jemaah yang sunyi. Satu persatu rakan Rani menjauhi dari sisinya, berusaha menyembunyikan tangisan.

Ketika tanah merah telah menutup jasad si kecil, kami masih berdiri di sisi pusara. Berkali-kali Rani, sahabatku yang tegar itu, berkata, ''ini sudah takdir, ya kan . Sama saja, aku di sebelahnya ataupun di seberang lautan, kalau sudah masanya, ia dia pergi juga kan ?" saya diam saja.

Rasanya Rani memang tak memerlukan hiburan dari orang lain. Suaminya tegak seperti tak bernyawa. Wajahnya pucat, pandangannya kosong. "ini konsekuensi dari sebuah pilihan," ujar Rani, tetap mencuba tegar dan kuat. Hening seketika. Angin senja meniupkan aroma bunga kemboja. Tiba-tiba Rani berlutut. "aku ibunyaaa!" teriaknya seperti histeria, lalu meraung hebat. Rasanya baru kali ini saya menyaksikan Rani menangis, lebih-lebih lagi tangisan yang meledak. "bangunlah Lif, Bonda mau mandikan Aliff. Beri kesempatan Bonda sekali saja lif. Sekali saja, Aliff....... ..." Rani merintih merayu-hiba. Seketika kemudian, ia mencampakkan dirinya ke pusara dan tertelungkup di atasnya. Air matanya membanjiri tanah merah yang menaungi jasad Aliff. Senja pun makin tua.

§ Nasi sudah menjadi bubur, sesal tidak lagi dapat menolongnya.
§ Hal yang nampaknya mudah sering kali menimbulkan sesal dan kehilangan yang amat sangat.
§ Sering kali orang yang sibuk 'di luar', asyik dengan dunianya dan ambition sendiri hingga mengabaikan orang-orang disampingnya yang disayanginya. Alasannya..akan masih ada waktu 'nanti' buat mereka jadi diabaikan saja dulu.
§ Sering kali orang takabur dan merasa yakin bahawa pengertian dan kasih sayang yang diterimanya tidak akan hilang. Merasa mereka akan mengerti kerana mereka menyayanginya dan tetap akan ada.
§ Pelajaran yang sangat menyedihkan. Semoga yang membacanya dapat mengambil iktibar yang terkandung dalam kisah tersebut.


"Hidup didunia ini .. walau sekaya mana pun .. walau semiskin manapun kita.. kita cuma diberikan 2 pilihan... mahu bersama keluarga atau mahu bersama kawan sekerja... mahu mengubati bila dah sakit atau mahu mengelakkan penyakit..mahu berusaha atau pun membiarkan masa menentukannya... mana satupun .. kita tak dapat lari dari menghadapi risikonya...

Tetapi .. setidak2nya...

- bila kita memilih utk bersama keluarga kita akan rasa lebih gembira kerna gelak tawa anak2..kerna sentuhan suami kita

... setidak2nya..

-bila kita mengelakkan penyakit , kita tak perlu gundah gelana ,tak perlu meminta-minta pada sesiapa ..bila penyakit menyerang .. terkial2 mencari wangnya atau pun ubatnya

... setidak2nya..

-bila kita berusaha untuk dapatkan sesuatu yang baik... kita tak membiarkan masa emas itu..berlalu tanpa berbuat apa-apa..

Kita manusia.. mampu merancang... tapi Allah yang tentukan..

Kita merancang... raya nantilah baru kita jumpa orang tua..

Allah menentukan ..samada kepulangan kita itu masih dapat atau tidak mencium pipinya yang masih bernyawa..

Kita merancang.. ada duit nanti .. baru kita beli ubatnya..

Allah menentukan.. samada bila berduit nanti.. kita masih mampu utk diubati atau tidaknya..

Kita merancang.. ada masa nanti.. baru kita layan dan gembirakan hati anak2 kita..

Allah menentukan... samada sewaktu masa itu tiba.. kita tidak menangisi atau menyesali keadaan..


wallahualam..

Friday, September 21, 2007

..SaLaM RaMaDhaN Sumer..

Hai.. apa khabar korang sumer.. dah lamer aku tak menekan kekunci keyboard utk memasukkan bait² berita ke laman kesayanganku ini.. baru sudah layari blog kengkawan.. macam² citer yg telah korang tinggalkan.. Aku pon byk citer.. cuma dgn penggunaan internet yg terhad tersangat skrg nie mambataskan peluang aku utk dikongsi bersama di sini..

Hmm.. pejam celik.. pejam celik dah masuk 9 hari berpuasa hari nie.. Alhamdulillah setakat nie aku masih boleh bertahan.. blm ada yg ponteng.. sebenarnya aku mmg harap sesangat dpt poser penuh lagi thn nie.. dah 2 thn berturut dpt poser penuh... mintak² lar baby dlm perut nie sabar sikit nak jengok dunia.. biarlah 2.. 3.. hari lepas raya... dpt jugak aku rasa juadah hari raya dari dok terperuk berpantang kat umah... doakan aku kengkawan.. tinggal bih kurang 3 minggu jer lagi utk aku lahirkan permata hati kedua yg sakan bergerak dlm rahim aku yg dah makin sempit membulat nie...

Berdebar menanti saat melahirkan... hari nak pindah rumah... hari nak melapor diri di tmpt keje baru... aku baru jer terima perlantikan tetap dari SPA last two weeks.. ntah.. tatau naper kali nie aku rasa nak joint gov force... mungkin dgn meningkatnya usia.. I want some sort of guarantee of security in my future life... yelah.. keje kat private sector nie mmg nampak cam best jer.. tapi kedudukan kami sentiasa di bawah decision management... actually co. aku nak pindah ke Johor Bahru tak lama lagi.. so ini lar persediaan aku.. tak kan nak tunggu hujan baru nak sediakan payung kan... masa tu basah kuyup dulu lar...

Aku sekadar ringan² tangan apply SPA on line aritu.. masa aku attend interview pon ramai giller candidates utk diinterview utk pelbagai jawatan... ramai jgk org nak keje gomen eak.. hehehe.. terkezutt jgk aku masa masuk ruang menunggu tu.. cam hari pertama nak mendaftar kat UiTM dulu plaks rasernyer... Interviewer dia looks nice and gentleman... sopan tutur kata... aku selesa masa sessi temuduga tu.. walaupon aku tak lar menaruh harapan yg besar utk mendapat jawatan tu... rezeki anak dlm perut nie agaknya...

TERHARU..

Sudah gah seMalaysia menceritakan perihal kehilangan dan kematian adik Nurin Jazlin... aku amat² bersimpati dan tumpang bersedeh atas apa yg menimpa keluarga mangsa.. kenapa lar kat dunia nie wujud manusia IBLIS macam nie... apalar dosa kanak² sekecil itu diperlakukan sedemikian rupa.. ngeri dan pilu sekali aku rasa... aku juga punya anak perempuan... aku juga risau apa yg bakal kami hadapi dlm membesarkan mereka nanti... Semoga kita dilindungi Allah selalu...........

Di bawah nie ada sedikit tips yg aku kutip dari forwarded email dikirimkan kat aku.. semoga ada manfaatnya dikongsi bersama memandangkan rata² handai taulan aku mempunyai anak perempuan... semoga kejadian serupa ini tidak akan berulang lagi...

‘TIPS’ UNTUK ELAK KEJADIAN ROGOL

Terhadap Kanak-kanak:

1- Anak2 kecil mesti sentiasa dibawah pengawasan
ibu-bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai.
Kanak-kanak juga boleh dirogol oleh penjaga atau
keluarga penjaga/pengasuh, oleh itu sentiasa ada rasa
‘curiga’ dan berhati-hati.


2- Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak
dikenali, kalau perlu ingatkan setiap hari iaitu
semasa meninggalkan anak-anak dirumah atau Tadika /
Sekolah.


3- Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang
tidak patut disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh
ibubapa atau pengasuh semasa mandi atau masa buang
air.


4- Galakkan anak2 untuk bercakap atau bercerita apa
yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa supaya
dengan ini dia akan memaklumkan perkara2 yang mungkin
tidak difahaminya yang berlaku keatasnya.


5- Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah
anak2 cuba dicerobohi. Jangan pandang remeh tanda2 ini
takut nanti kita menyesal.


6- Seboleh2nya jangan benarkan anak2 tidor dirumah
orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut
dikenali sebagai keluarga yang amanah dan berhemah.


7- Latih anak2 untuk menjerit minta tolong atau sebut
”API-API” jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap
dirinya. Kajian mendapati jeritan ’API” lebih diberi
perhatian oleh orang ramai dari jeritan minta tolong.


8- Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah
anak2, jadi ibu-ibu perlu maklumkan pada anak2 juga
tentang perkara tersebut.


9- Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau
pengasuh tentang isu-isu keselamatan anak2


10- Pastikan kita berdoa dan ajar anak2 berdoa mohon
keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah
keluar rumah, contoh: ”Bismillahi tawakkaltu ’alAllah”

Sampai jumpa lagi... Selamat Berbuka sumer ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails