Penyakit psoriasis ini telah pun dibincangkan serba sedikit menerusi kolum yang sama tidak berapa lama dulu. Sebelum menjawab soalan pertama dan kedua, eloklah diterangkan faktor-faktor yang mungkin menyebabkan penyakit ini.
Sistem imun
Dalam sistem imun seseorang yang normal, sel-sel darah putih dalam badan menghasilkan antibodi yang digunakan untuk melawan kuman-kuman seperti bakteria dan virus.
Selain itu, sel-sel darah putih juga menghasilkan bahan-bahan kimia sitokines yang dapat membantu badan kita melawan kuman-kuman tadi serta terlibat dalam proses pemulihan tisu.
Namun demikian, dalam badan seseorang yang menghidap psoriasis, sel-sel darah putihnya menghasilkan antibodi-antibodi serta sitokines yang merosakkan kulit dan sendinya sendiri.
Penyakit sebegini digelar penyakit autoimun dan terdapat banyak lagi penyakit yang dapat diklasifikasikan sebagai penyakit autoimun seperti artritis reumatoid, eritematosus lupus sistemik atau lebih popular dengan singkatannya, SLE.
Antara sitokines yang kerap dijumpai pada kulit serta sendi seseorang yang ada psoriasis termasuklah Interleukin 2, interferon gamma, TNF-alpha dan sebagainya. Kajian telah menunjukkan bahawa sitokines berkenaan terlibat dalam kerosakan tisu.
Ini bermakna, jika ada ubat yang boleh menunjukkan kesan yang berlawanan dengan sitokines tadi, kemungkinan besar kerosakan tisu bukan sahaja dapat diberhentikan, bahkan juga dihindari.
Antara rawatan yang mana kajian telah menunjukkan keberkesanannya adalah agen-agen anti-TNF alpha iaitu agen yang berlawan dengan kesan TNF-alpha seperti etanercept dan infliximab.
Etanercept telah pun diluluskan di sesetengah negara untuk digunakan dalam merawat psoriasis manakala Infliximab pula digunakan dalam kes-kes psoriasis yang melibatkan sendi dan sedang dalam kajian untuk rawatan psoriasis kulit.
Kajian turut dijalankan untuk sitokines-sitokines lain.
Faktor genetik
Para penyelidik mendapati, terdapat sekurang-kurangnya empat gen yang terlibat dalam kejadian psoriasis. Gen-gen ini mengawal atur sistem antigen sel darah putih manusia (Human leucocyte antigen-HLA).
Sistem HLA ini digunakan agar bendasing dalam darah kita dapat dimusnahkan melalui sistem imun tetapi dalam pesakit psoriasis, sistem HLA ini didapati tidak berfungsi secara betul.
Pesakit yang mempunyai psoriasis didapati mempunyai HLA-B27, HLA-Cw6, HLA-DR7 dan sebagainya. Namun demikian, hanya 10 peratus individu yang mempunyai gen-gen ini, yang akan mendapat psoriasis.
Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan penyakit ini bertambah teruk. Antaranya:
* Cuaca; cuaca yang sejuk atau kering mudah menyebabkan psoriasis tercetus manakala cuaca yang panas dan lembap menyebabkan simptom pesakit menjadi lebih baik.
* Tekanan/stres, kemarahan yang dipendam, depresi/kemurungan serta kebimbangan/gemuruh juga boleh menyebabkan psoriasis memarak.
* Jangkitan kuman; Psoriasis boleh menjadi meluap- luap disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria atau virus. Antara kuman-kuman yang boleh menyebabkan flare-up ini adalah seperti kuman bakteria Streptokokus dan human-immunodeficincy virus (HIV).
* Kecederaan kepada kulit; Kecederaan yang sedikit pun boleh mencetuskan flare-up psoriasis. Pemerhatian ini mungkin dapat menjelaskan kenapa psoriasis selalu melibatkan bahagian siku dan lutut.
* Ubat-ubat berikut mungkin boleh menyebabkan psoriasis menjadi lebih teruk atau menyebabkan flare-up; Chloroquine – perencat ACE seperti captopril – penghalang beta seperti atenolol – Progesterone – Lithium – Indomethacin.
Seperti yang dihuraikan sebelum ini, terdapat kemungkinan yang besar penglibatan sistem imun dalam penyakit psoriasis.
Dengan demikian, ubat atau bahan kimia yang dapat mengubah sistem imun kita yang dipanggil proses imunomodulasi dapat mengelakkan kerosakan tisu atau setidak-tidaknya diberhentikan.
a) Ubat yang telah disebutkan di atas misalnya Eternecept. Terdapat sekurang-kurangnya lima kajian besar yang menunjukkan keberkesanannya dalam rawatan psoriasis.
Namun demikian, kos rawatan ini adalah mahal dan ia perlu diambil untuk jangka masa yang panjang. Kesan sampingan jangka masa panjangnya pula tidak diketahui sangat dan masih berada dalam tempoh pengawasan.
Atau
b) Pil yang dikatakan boleh menambahkan sistem imun dan terdiri daripada suplemen makanan, antioksidan dan sebagainya. Pil-pil ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Berbanding ubat-ubat dalam bahagian a seperti yang telah saya sebutkan di atas, pil-pil ini tidak melalui proses penyelidikan dan pembangunan serta ujian klinikal yang menyeluruh dan dengan itu, keberkesanannya mungkin tidak konsisten di kalangan penghidap penyakit psoriasis. Baik buruknya pil-pil ini selalunya berdasarkan kepada testimonial pesakit.
* Kesan sampingannya tidak diketahui dengan mendalam.
* Selalunya pil-pil ini tidak bertindak secara spesifik ke atas sistem imun kita yang tertentu. Sebagai contoh, Eternecept bertindak ke atas TNF-alpha dan kurang kesannya ke atas sitokines-sitokines. Rangsangan sistem imun kita yang menyeluruh seperti penghasilan-penghasilan antibodi yang boleh merosakkan tisu ini mungkin boleh memburukkan psoriasis.
Oleh itu, saya menyarankan agar saudari mengenal pasti jenis ‘pil’ yang diberikan serta keberkesanannya terlebih dahulu dalam menangani penyakit psoriasis sebelum ia diambil. (Rujuk kepada kajian-kajian yang mendalam (ujian klinikal) yang pernah dijalankan oleh pembuat ‘pil’ ini).
Buat masa ini, semua penyakit autoimun termasuklah psoriasis tidak dapat disembuhkan tetapi boleh melalui peringkat remisi (berkurangnya gejala-gejala yang teruk ataupun kehilangan sementara gejala-gejala tersebut) di mana psoriasis ini dapat dikawal dari segi frekuensi simptom dan kejadiannya.
Selain dari menghindari faktor-faktor yang boleh memburukkan psoriasis seperti telah disebut, ubat-ubatan bergantung kepada penglibatan kulit dan boleh melibatkan krim/sapuan steroid, vitamin D (calcipotreine), retinoid (tazarotene) dan tar.
Disediakan oleh Pakar Perunding Perubatan, Dr. Zulkarnain A. Hamidy.
*******************************************
Psoriasis adalah satu keadaan kulit meradang yang kelihatan berwarna merah disebabkan oleh pembaharuan sel-sel kulit yang abnormal (terlalu pantas), iaitu empat kali lebih cepat berbanding kulit normal. Ia juga disebabkan oleh pertambahan bilangan saluran darah kecil yang membesar pada kulit yang menyebabkan penebalan kulit dan seterusnya pengupingan.
Psoriasis kelihatan sebagai tompok-tompok kulit berwarna merah yang diliputi oleh kuping-kuping yang mengelupas. Mana-mana bahagian badan boleh mengalaminya. Termasuk di bahagian yang sering terlibat seperti siku, lutut, dan kulit kepala. Psoriasis tidak berjangkit. Bahkan ianya tidak boleh merebak kepada orang lain. Penyakit ini juga tidak disebabkan oleh tahap kebersihan yang rendah.
Punca
- Psoriasis dipercayai disebabkan oleh satu gabungan faktor-faktor genetik dan persekitaran.
- Satu perempat hingga ke satu pertiga daripada orang-orang yang mengalami psoriasis berasal dari keluarga yang mempunyai sejarah sedemikian. Faktor-faktor genetik juga memainkan peranan dalam sebilangan kes-kes.
- Tekanan fizikal dan emosi, jangkitan kerongkong, flu, sebilangan jenis ubat-ubatan (sebagai contoh hormon steroid, sesetengah anthihipertensif) mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk.
- Meminum alkohol dan merokok mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk atau susah untuk hilang.
Rawatan Psoriasis
- Krim
Krim ini termasuk pelembap, tar, ditranol, kalsipotriol dan steroid topikal. Kebanyakan orang yang mengalami Psoriasis akan menghdap penyakit yang tidak begitu teruk dan mendapat kelegaan yang bayak dengan topikal.
Sejenis krim topikal yang diformulasi dan disediakan melalui penyelidikan dan teknologi inovatif. - Terbukti secara saintifik sebagai rawatan untuk psoriasis, sejenis penyakit kulit kronik yang bertompok kemerah-merahan dan bersisik perak berkilat. - Mengandungi 100 % ekstrak tumbuhan daripada famili Zingiberaceae. - Selamat digunakan sekerap mungkin. - Selamat digunakan untuk jangkamasa yang panjang dan boleh digunakan bersama ubatan yang lain. - Selamat untuk kanak-kanak serta ibu mengandung. - Keberkesanannya dapat dilihat selepas 2 - 4 minggu sapuan.
KOMPOSISI FITOTERAPEUTIK UNTUK RAWATAN PSORIASIS
Psorcare merupakan komposisi fitoterapeutik ekstrak tumbuhan daripada famili Zingiberaceae. Ia dihasilkan khas untuk rawatan psoriasis, iaitu sejenis penyakit kulit yang agak serius dan melanda lebih kurang 2-3% penduduk dunia.
Rawatan PSORCARE dalam jangka masa 2 minggu sahaja berjaya mengurangkan tompokan merah,pigmentasi melanin dan keradangan yang mencirikan psoriasis.
PROSECARE merancat progresi psoriasis dengan mengaruh apoptosis (program bunuh diri sel) di samping mengurangkan kandungan melanin.
Berikutan pelakuan PSORCARE, sel HM3KO yang berproliferasi menjalani peringkat-peringkat apoptosis (daripada belahan DNA ke kondensasi nuckleus dan pembentukan jasad apoptotik) bersandar masa.
Diluluskan oleh KKM. MAL No. 06070088K
HARGA : RM45.00
Hubungi Puan Farah 012-3381 051
Fototerapi
Psoriasis bergerak balas kepada rawatan cahaya ultraungu (UV), cahaya UV, sama ada UVB atau UVA telah didapati berkesan dalam menghilangkan Psoriasis jika digunakan dalam dos yang ditambah secara beransur-ansur menjelang tempoh beberapa bulan.
- Ubat-ubatan
Ahli dermatologi mungkin mempreskripsikan pil-pil oral untuk Psoriasis yang teruk. Contohnya adalah metotreksat, asitretin, siklosporin dan sulphasalazin. Ubat-ubatan ini menyebabkan kesan-kesan sampingan dan pesakit-pesakit akan memerlukan ujian darah yang tetap untuk mengesan kesan-kesan sampingan.
- Jangan menggaru kulit kerana ini akan melambatkan pemulihan.
- Jangan terlalu lekas berhenti mendapatkan rawatan kerana ianya mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk memberikan kesan.
- Jangan berhenti mengambil pil-pil yang dipreskripsi atau rawatan secara tiba-tiba kerana ianya boleh membuat Psoriasis lebih teruk.
- Gunakan rawatan secara kerap.
- Amalkan keadaan kulit yang lembap kerana ini akan membantu mengurangkan rasa gatal dan pengupingan.
- Secara amnya, pendedahan kepada cahaya matahari mendatangkan faedah.
- Jangan dedahkan diri anda terlalu lama sehingga anda mendapat selaran matahari. Selaran matahari menjadikan Psoriasis lebih teruk.
- Tekanan boleh menjadiakn Psorisis lebih teruk. Belajarlah cara-cara menenangkan hati, bersenam dan mengambil masa rehat atau cuti.
Aloe Vera
According to the Mayo Clinic, aloe gel is one of the best psoriasis treatment home remedies. The substance may reduce itchiness, redness, scaling and inflammation, though it may take several applications per day for a month or more before you notice results. Aloe contains anti-inflammatory agents and magnesium lactate, both of which help control itching caused by psoriasis. Apply aloe vera gel, harvested fresh from the aloe plant for the best results, directly to the affected areas of skin.
Oregon Grape
Oregon grape, an effective home remedy for psoriasis, has been clinically proven to work. A study published in the “Journal of Dermatological Treatment” found that symptoms improved significantly or completely disappeared in psoriasis patients treated with 10 percent Oregon grape cream after 12 weeks. Use a cream containing 10 percent Oregon grape (Mahonia aquifolium). Apply the cream directly to your skin at least once per day for the best results.
You can typically find creams containing this botanical substance in natural health stores, or order it online from a reputable retailer. As with all natural remedies, this treatment takes time to yield results. Stick with it and you should see results within 3 to 4 months, depending on the severity of the condition.
Coleus Forskohlii
Coleus forskohlii, an herb in the mint family used for centuries in Ayurvedic medicine, has been used historically as a psoriasis home remedy and for treating various other inflammatory skin conditions. Though scientific evidence is lacking to prove the herb’s efficacy, in her book “Smart Medicine for Healthier Living,” Janet Zand suggests that this herb slows the high rate of cell division that characterizes the development of psoriasis. Take 50 to 100 milligrams of Coleus forskohlii supplements two to three times per day for relief from psoriasis. Continue the treatment for a few months, preferably in conjunction with an external remedy.
Herbal Bath
Soaking in an herbal bath is one of the best home remedies for psoriasis treatment, especially for immediate relief from symptoms. A long bath softens scaly patches and soothes itching, but it can also dry the skin afterward. For the best results, sit in a tub of warm water for about 10 minutes, allowing the skin to become thoroughly soaked. Add a few spoonfuls of avocado or olive oil to the water to soothe and moisturize the skin about five minutes before getting out. If desired, you can also add 5 to 10 drops peppermint essential oil, or a small cheesecloth or muslin bag filled with dried peppermint or other anti-inflammatory herbs.
Capsaicin Cream
Apply capsaicin cream to the affected area several times per day for relief from psoriasis symptoms. The Mayo Clinic suggests that the cream may reduce the severity of the condition when used on a regular basis. You may feel a burning sensation at first, but this typically subsides after a few applications. Always wash your hands after handling capsaicin, which is an extract of chili peppers, to avoid rubbing the substance into your eyes. You can purchase capsaicin cream from drugstores and health food stores, or order online from a reputable retailer.
If necessary, you can make your own capsaicin cream for psoriasis by combining 2 tbsp. habanero chili powder with two cups canola or vegetable oil, heating over low heat for 15 minutes while stirring every 15 minutes, and then adding 1 1/4 ounces beeswax and heating until melted. Pour the mixture into a storage jar, label with the contents and use as needed. When not in use, store the cream in cool, dark place out of direct sunlight.
1 comment:
Saya mengalami masalh ini dan saya ada baca satu blog , kelimumur yg serious . Dia syorkan guna selfide . Tapi agak jauh kat cheras , saya nak buat tempahan dari akak , boleh ? Saya berumur 18 dan akan menduduki matriks , malu ada kulit kepala mcmni . Hm kalau boleh saya nak cuba krim dulu ? - Hidayah
Post a Comment