Heh.. saper tak pernah tengok citer nie kecik² dulu?? Seronok kan citer nie.. dongeng barat seorang pelayar yg terdampar di sebuah pulau dihuni oleh orang² kenit.. sangat mengujakan jiwa kecil yang menontonnya.. biler dah tengok citer tue kan.. selalu lar pulak berangan jumpa orang kenit kan... kecik² dulu aku memang kuat berangan... sekarang pon.. hehehe.. Kak Pah adalah sangat suka menonton cerita fantasi dan dongeng.. sebab.. kisah dongeng nie tak terjadi di alam realiti.. tak dapat tengok di alam nyata.. melainkan dalam mimpi.. tapi untungnya kita dapat tengok dalam movie..
Jom kita terjah wayang sambil berangan pada 22 Disember 2010.. citer nie ada dalam format 3D tau!
Untuk maklumat lanjut pasal movie nie.. sila ke web rasminya.. GulliversTravelsthemovie.com ;)
Ohh ya! Astro ada buat contest tau... syarat dan panduan seperti di bawah nie..
TERMA DAN SYARAT PERADUAN 3D : GULLIVER'S TRAVELS
Penganjur
ASTRO ENTERTAINMENT SDN BHD
Nama Peraduan
Gulliver's Travels
Huraian Ringkas Peraduan/ Rancangan
Peraduan Gulliver's Travels adalah sebuah peraduan yang dianjurkan oleh Astro Ceria bagi pelanggan Astro yang aktif dengan menguji dua soalan berserta slogan yang kreatif bagi memenangi cenderamata eksklusif Gulliver's Travels dan tiket menonton tayangan eksklusif anjuran Astro Ceria.
Mekanisma Ringkas Peraduan
a) Peserta yang layak diperlukan untuk menghantar jawapan melalui e-mail pada ceria@astro.com.my.
b) Peserta dikehendaki untuk menjawab soalan berserta lengkapkan slogan seperti di bawah:
Soalan:
1. Apakah nama sebenar bagi watak Gulliver di dalam Filem ini?
A) Jack Blac
B) Black J
C) Jak-J
2. Di manakah Gulliver ditugaskan untuk berkerja?
A) Muda Mudi
B) Bermuda Triangle
C) Bermuda Castle
Slogan:
"Cuti sekolah saya lebih menyeronokkan dengan Astro Ceria kerana..." (in not more than 20 words)
Para Peserta mesti mematuhi mekanisma Peraduan ini sepertimana diterangkan dan diberitahu kepada para Peserta oleh pihak Penganjur semasa Tempoh Peraduan.
Kriteria Kelayakan
Peraduan ini terbuka kepada kepada semua rakyat Malaysia yang merupakan "Active Astro Customers"*(Pelanggan Aktif Astro).
"Active Astro customer" means a subscriber of the Astro Service and whose account is current and active with no outstanding payments due and owing to Astro and who has not breached the Astro subscription agreement nor given any instructions to terminate and /or suspend his/her subscription to the Astro Service as at the date of winner notification. Winners must remain active Astro customers until the date of collection of prizes.
Ketidaklayakan
Kakitangan Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd, Astro Entertainment Sdn Bhd, Astro Productions Sdn Bhd, Astro Arena Sdn Bhd, Digital Five Sdn Bhd dan Astro All Asia Network plc dan ahli keluarga terdekat mereka.
*ahli keluarga terdekat bermaksud suami/isteri, anak, ibubapa, dan adik-beradik.
Umur Kelayakan
Peraduan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur antara 7-14 tahun pada 16 November 2010.
Di mana Umur Kelayakan membenarkan penyertaan Peserta di bawah umur 18 tahun, Peserta mesti mendapatkan keizinan ibu bapa dan/atau penjaga terlebih dahulu untuk layak menyertai Peraduan dan memenangi Hadiah. Penganjur menganggap bahawa ia adalah tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk mengawasi penyertaan anak-anak mereka dalam Peraduan ini.
Caj
Penganjur tidak mengenakan apa-apa caj untuk penyertaan dalam Peraduan ini.
Tempoh Peraduan
Peraduan ini akan diadakan dari 16 November 2010 kepada 13 Disember 2010 dan akan tutup pada atau pada apa-apa masa yang lain yang akan ditentukan oleh pihak Penganjur dari semasa ke semasa.
Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal untuk mengubah, menangguh atau menukar Tempoh Peraduan atau mana-mana tarikh yang berkenaan.
Bahasa Peraduan
Peraduan ini akan dianjurkan oleh pihak Penganjur dalam Bahasa Malaysia. Penyertaan yang dihantar dalam mana-mana bahasa lain akan tidak akan diterima oleh pihak Penganjur.
Prosedur Penyertaan
Untuk penyertaan, Peserta dikehendaki untuk menjawab soalan dan melengkapkan slogan yang tertera di dalam Klausa 4 diatas.
Semua Penyertaan yang lengkap perlu dihantar ke ceria@astro.com.my, berserta maklumat penting di bawah:
1. Nama penuh seperti di kad pengenalan
2. Nombor kad pengenalan atau surat beranak
3. Nama Ibu / Bapa / Penjaga
4. Nombor kad pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga
5. Alamat surat menyurat
6. Nombor akaun Astro
7. Alamat e-mel
8. Nombor yang boleh dihubungi (telefon bimbit / rumah / pejabat)
Pihak Penganjur berhak untuk meminta salinan asli Kad Pengenalan/ Sijil Surat Beranak atau salinan asli dokumen-dokumen sokongan yang lain untuk tujuan pengesahan dan pengiktirafan.
Tarikh Tutup Penyertaan
Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 11.59 malam pada hari Isnin 13 Disember 2010. Penyertaan yang diterima selepas masa yang telah ditetapkan akan dibatalkan kelayakan dan tidak layak untuk menerima hadiah.
Cara Penghantaran
Melalui e-mel.
Alamat
ceria@astro.com.my
Pemilihan Pemenang
Pemenang Peraduan akan dipilih berdasarkan kepada jawapan yang betul dan daya cipta dan kreatif slogan yang dihantar oleh Peserta sepertimana yang ditentukan oleh Penganjur. Keputusan Penganjur adalah muktamad.
Hadiah
Hadiah Utama x 1
• Build Your Own Catapult (set)
• Giant And Mini Pencil Set
• A5 Notepad with Activity Sheets
• 4 x Tiket untuk Tayangan Ekslusif "Gulliver's Travels" dalam 3D
Tarikh : 26 Disember 2010
Masa : 11.00 pagi.
Lokasi : GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama
Hadiah Kedua x 1
• Compass Pen And Presentation Box
• Reverse Magnifying Glass
• A5 Notepad with Activity Sheets
• 4 x Tiket untuk Tayangan Ekslusif "Gulliver's Travels" dalam 3D
Tarikh : 26 Disember 2010
Masa : 11.00 pagi.
Lokasi : GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama
Hadiah Ketiga x 1
• Mini Travel Journal Keychain
• A5 Notepad with Activity Sheets
• 4 x Tiket untuk Tayangan Ekslusif "Gulliver's Travels" dalam 3D
Tarikh : 26 Disember 2010
Masa : 11.00 pagi.
Lokasi : GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama
Hadiah Istimewa x 94
• 2 x Tiket untuk Tayangan Ekslusif "Gulliver's Travels" dalam 3D
Tarikh : 26 Disember 2010
Masa : 11.00 pagi.
Lokasi : GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama
Pemberitahuan Pemenang Peraduan
Nama para Pemenang Peraduan akan diumumkan oleh pihak Penganjur melalui e-mail sebelum 17 Disember 2010.
Tempoh Pengambilan Hadiah
Hadiah perlu dituntut di lokasi tayangan (seperti dibawah) sebelum tayangan bermula:
Tarikh : 26 Disember 2010
Masa : 9.30 am – 11.00 am
Tempat Pengambilan Hadiah
GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama.
Terma-terma tambahan, jika ada
(a) Peserta layak boleh menghantar sebanyak mungkin penyertaan untuk Peraduan ini. Tetapi, setiap akaun Astro hanya layak unutk menerima satu hadiah. Apa-apa hadiah yang berikutan jika diumumkan akan dibatalkan penerimaan.
(b) Pemenang Peraduan mesti terus melanggan kepada servis Astro sehingga pengambilan hadiah, jika tidak, para Pemenang Peraduan akan dibatalkan kelayakan dalam Peraduan ini dan apa-apa hadiah yang dimenangi akan dibatalkan.
(c) Contestants will not be eligible to win prizes in this Contest if he/she has won any form of prizes in any other Contest organized by the Organizer in the past two months (from the commencement of the Contest).
Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan akan mengikat kesemua peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini ("Peserta"). Definisi-definisi dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan akan digunakan kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Terma-terma Asas. Jika terdapat sebarang ketidakselarasan antara Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan, Terma-terma Asas akan mengatasi setakat ketidakselarasan tersebut.
Kemasukan dan penyertaan di dalam Peraduan ini akan dianggap sebagai penerimaan Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan secara tanpa syarat oleh para Peserta.
No comments:
Post a Comment