.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE
Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

NiLai SeKePiNG KuiH..


Biar hati berbicara.. 

Wednesday, July 31, 2013

KaSuT BuRuK..

Korang pernah dengar citer nie.. memang dah lama ada kat internet kan.. membacanya aku sedeh.. menontonnya aku menangis.. 

Menjadi guru bukan setakat menghukum.. guru yang baik bukan setakat mengajar.. tetapi mengambil berat tentang anak didiknya.. aku salute ngan cikgu nie.. sanggup turun sendiri melihat keadaan sebenar.. budak².. bukan semua pandai berterus terang.. jangan gunakan bahasa kekerasan.. tetapi gunakan bahasa kasih sayang.. sekeras² manusia.. ada satu sudut lemah baginya... sempena Aidilfitri bakal menjelang.. jgn dilupakan mereka yang malang.. berilah apa yg kita mampu.. berkongsilah dengan mereka walau sedikit..

Salam kasih sayang..

 

Friday, January 11, 2013

..Zhang Da..

 
 
KISAH BENAR....
(( Hidup kanak-kanak miskin bernama Zhang Da, MOTIVASI buat KITA..))

lepas baca silakan share...

Zhang Da menanggung beban hidup yang berat ketika usianya masih sangat muda. Tahun 2001, ketika usianya mencecah 10 tahun, Zhang Da mesti menerima kenyataan ibunya lari dari rumah. Ibunya keliru karena tidak tahan dengan kemiskinan yang dihadapi keluarganya. Yang lebih tragis, ibunya pergi karena merasa tidak sanggup lagi mengurus suaminya yang lumpuh, tidak berdaya & tiada harta. Dan ia tidak mahu membantu keluarganya..

Maka Zhang Da yang tinggal berdua dengan ayahnya yang lumpuh, terpaksa mengambil-alih semua tanggungjawab keluarga. Ia harus mengurus ayahnya, mencari rezeki, memasaknya, memandikan ayahnya, mencuci pakaian, mengubati ayahnya, & sebagainya..

Yang sangat menjadi inspirasi, ia tidak mahu berhenti sekolah. Setelah mengurus ayahnya, ia pergi ke sekolah berjalan kaki melewati hutan kecil dengan mengikuti jalan menuju tempatnya mencari ilmu. Selama dalam perjalanan, ia makan apa saja yang boleh mengenyangkan perutnya, mulai dari memakan rumput, dedaunan, dan jamur-jamur untuk memberi tenaga. Tidak semua boleh jadi bahan makanannya, ia memelih berdasarkan pengalaman. Jika satu tumbuhan di rasa tidak sesuai dengan lidahnya, ia tinggalkan dan berubah ke tumbahan berikutnya. Sangat bertuah karena ia tidak memakan tumbuhan atau herba yang beracun..

Usai sekolah, agar dirinya boleh membeli makanan dan ubatan untuk ayahnya, Zhang Da bekerja sebagai tukang batu. Ia membawa keranjang di punggung dan keluar menjadi pemecah batu. Upahnya ia gunakan untuk membeli plbagai keperluan seperti ubat-ubatan untuk ayahnya, bahan makanan untuk berdua, dan sejumlah buku untuk ia pelajari..

Zhang Da ternyata cerdas. Ia tahu ayahnya tak hanya memerlukan ubat yang harus diminum, tetapi juga memerlukan ubat yang harus disuntikkan. Karena tidak mampu membawa ayah ke doktor atau ke klinik terdekat, Zhang Da justeru mempelajari bagaimana cara menyuntik. Ia beli bukunya untuk ia pelajari caranya. Setelah boleh ia membeli jarum suntikan dan ubatnya lalu menyuntikkannya secara rutin pada ayahnya..

Kegiatan merawat ayahnya terus dijalaninya hingga sampai lima tahun. Rupanya kegigihan Zhang Da yang tinggal di Nanjing, Provinsi Zhejiang, menarik perhatian pemerintahan setempat. Pada Januari 2006 pemerintah China mengadakan penghargaan peringkat nasional pada tokoh-tokoh inspirasi peringkat nasional. Dari 10 nama yang dipilih, satu di antaranya terselip nama Zhang Da. Ternyata ia menjadi tokoh terpilih yang termuda..

Acara tersebut diadakan melalui siaran langsung dimedia secara nasional. Zhang Da diminta tampil ke depan pentas. Seorang pengacara bertanya kenapa dia mahu berkorban seperti itu padahal dirinya masih kanak-kanak. "Hidup mesti terus berjalan. Tidak boleh menyerah, tidak boleh melakukan kejahatan. Mesti menjalani hidup dengan penuh tanggung jawab," katanya.

Setelah itu terdengar tepukan gemuruh dari seluruh penonton. Pengacara bertanya pada dia lagi. "Zhang Da, sebut saja apa yang kamu mahu?, sekolah di mana?, dan apa yang kamu inginkan? Berapa banyak duit yang kamu perlukan sehingga kamu habis belajar dan mahu sambung belajar di mana. Pokoknya apa yang kamu mahu sebutkan sahaja. Di sini ada banyak pejabat, perniagaan, dan orang terkenal yang hadir. Saat ini juga ada ratusan juta orang yang sedang melihat kamu melalui layar television, mereka boleh membantumu!" Jelas pengacara.

Zhang Da terdiam. suasana menjadi sunyi menunggu ucapanya. pengacara mesti mengingatkannya lagi. "Sebut saja!" kata pengacara menegaskan.

Zhang Da yang saat itu sudah berusaha 15 tahun pun mulai membuka mulutnya dengan bergetar. Semua hadirin di situ, dan juga jutaan orang yang menyaksikannya secara langsung melalui television, terdiam menunggu apa yang diinginkan oleh Zhang Da. "Saya mahu mama kembali. Mama kembalilah ke rumah, aku boleh membantu papa, aku boleh cari makan sendiri. Mama kembalilah!" kata Zhang Da yang disambut titisan air mata terharu para penonton.

Zhang Da tak meminta hadiah duit atau kebendaan atas keikhlasannya berbakti kepada orang tuanya. Sedangkan pada masa itu tetamu yang hadir boleh membantu menolongnya. Di mata Zhang Da, mungkin kebendaan boleh dicari mengikut dengan keperluannya, TETAPI SEORANG IBU & JUGA KASIH SAYANG DARIPADA IBUNYA ITU SANGAT TIDAK TERNILAI~
 
 

Friday, May 4, 2012

BOB KUMAN yang DiKeNaLi..



Berita pemergian Bob...membuat saya terkilan. Ketika saya di Sabah...Bob menghubungi saya, katanya, "Man kau ok kat sana...Tentang show dkt Universiti KL yg kau suruh aku pg tu Insyallah aku akn pg. Pasal bayaran kau jgn kisah...aku nak tolong agama Allah je..." ...Kemudian saya berjanji dgn Bob utk menziarahinya sewaktu saya di Kuala Lumpur nanti...Malangnya saya terlupa utk berbuat demikian.


Pengenalan saya dgn Bob bermula pada tahun 1997 lagi. Ketika itu dia baru mengeluarkan album sulungnya. Sejak itu hubungan kami sgt baik. Keluar makan bersama dan kami pernah ke Singapura dan Terengganu bersama-sama.


Orgnya cukup baik dan tak berkira walaupun dia sebenarnya dlm kesusahan. Pertemuan terakhir kami ketika saya menganjurkan konsert Khalifah Seni di Pulau Marina, Manjung Perak. Sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur dia memanggil saya dan kami berbual panjang. Antara topik menarik, kata arwah, "Man aku nak kahwin lagi. Bukan apa kalau aku sorang2 susah juga. Pendapat kau bagaimana,".


Saya bersetuju tetapi dlm perbualan hari itu yg menyentuh perasaan saya katanya, "Man kau jgn bimbang pasal bayaran mana kau panggil aku akan pergi. Aku nak tolong agama Allah ini sampai aku mati. Kau jangan serik panggil aku lagi. Aku betul2 nak bertaubat kpd Allah..."


'Untuk sahabatku Bob...Kau pergi kerana masanya sudah tiba. Sudah tertulis ajalmu pada hari ini. Jgn kau sedih kerana kawan-kawan mu yg lain juga akan dipanggil kembali sepertimu utk berhadapan dgn Allah di padang Masyar nanti. Cuma masa yg ditulis utkmu agak awal dari kami.


"Siapa saya utk bertanya kpd Allah kenapa kau dimatikan di usia yg muda. Sedang kematian itu telah ditetapkan oleh Allah. Apapun Bob, bersyukurlah dan beruntunglah sahabat di saat-saat pemergianmu, kau mendapat hidayah Allah. Sesungguhnya Allah akn mengampuni jika seseorang itu benar2 bertaubat.


'Buat sahabat-sahabatku FB ku, kadang2 bila diingatkan kembali dlm perjalanan kita menuju akhirat...apalah gunanya hidup tanpa beramal kpd Nya, apalah guna hidup jika kita tidak membantu agama Allah (membuat usaha agama), apalah guna hidup jika tiada pengorbanan yg kita lakukan. Apalah guna hidup jika takut menegakkan kebenaran. Oleh itu teman, dgn peluang yg masih ada ni, bertaubatlah dan beramal bersungguh-sungguh...Bila malaikat maut memanggil mu tiada lagi apa yg mampu kau lakukan'
'Buat Bob...Kau tetap diingatan. Ku sedekahkan al-fatihah dan semoga Allah meletakkan Rohmu bersama-sama org beriman dan para sahabat2 Rasulullah.



Kecil Besar.. Tua atau Muda.. Kita akan kembali bila tiba Waktunya..
 Tetapi.. yang tidak dapat dipastikan.. sempatkah kita bertemu denganNya dalam keadaan yang BERSEDIA..

Al-Fatihah
Mudah² Arwah ditempatkan di kalangan hamba²Nya yang Soleh dan Beriman.. Aaamiiin..


Friday, March 30, 2012

TeRSeNTuH HaTiKu..


Demi meneruskan kelangsungan hidup, ibu ini sanggup mengenepikan masa berpantangnya untuk mencari kerja bagi menyara keluarga. Biarpun ujian yang dilalui sangat berat tetapi ibu ini terus tabah mengharunginya.

Rutin hariannya kini sebagai pekerja di dobi Uncle Samad dimanfaatkan sepenuhnya. Norzarina Suhaimi, 30, bersyukur kerana masih ada lagi insan yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya. Jika dahulu kehidupannya umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang tetapi kini dengan sedikit pendapatan yang diperoleh sebagai pembantu kedai dobi dapat dia meringankan bebanan suami, Mohd Azman Jidin, 27, yang bekerja di sebuah kilang perabot di Subang.

Ibu tiga anak ini menceritakan bagaimana dia mengerah tenaga mencari pekerjaan walaupun ketika itu masih dalam tempoh berpantang anak ketiganya. Usahanya bertanyakan kepada pemilik dobi telah membuka pintu rezeki buatnya.

Kasihan melihat kesempitan hidup keluarga ini, pemiliknya bukan sahaja menawarkan pekerjaan malah menyewakan sebuah bilik kecil untuk dihuni oleh keluarga ini dengan kadar sewa RM100 sebulan. Sebelum ini Norzarina dan suami menyewa rumah mahupun bilik yang ada di Pangsapuri Resak berdekatan UiTM, Puncak Perdana. Kesempitan hidup membuatkan pasangan ini seringkali berhadapan dengan bebanan kewangan yang menghimpit.

Di kedai dobi Uncle Samad inilah dunia mereka sekeluarga. Biarpun kecil tetapi Norzarina bersyukur kerana kehidupannya lebih baik berbanding dahulu.

“Saya bersyukur sebab waktu saya tidak bekerja, kehidupan kami amat tertekan. Mana hendak bayar sewa, hendak beli susu mahupun makan pakai untuk anak-anak. Sekarang, walaupun tinggal di dalam bilik kecil, kehidupan kami lebih baik lagi,” tutur ibu muda ini ketika ditanya tentang kediamannya itu.

Nostalgia Kelahiran Triesya
Fatin Norsyaqilla Qhairiena,7, Triesya Norsyazliana Qhairieah, 5 dan Damia Norsyamimie Qhairanie, 7 bulan masih belum mengerti apa-apa tentang kehidupan yang penuh cabaran ini.

Di bilik kecil yang memuatkan sebuah katil bujang, almari pakaian mini dan sebuah peti televisyen comel itulah mereka membesar. Namun, mereka tidak pernah merungut malah bersyukur dengan kediaman baharu yang mereka peroleh. Rutin hariannya bekerja di kedai dobi yang terletak bersebelahan dengan bilik yang disewanya memudahkan urusan pemantauan dua anak yang ditinggalkan.

Ketika si kakak sulung, Fatin yang sudah masuk ke darjah satu ke sekolah, Norzarina terpaksa meninggalkan Triesya bersama Damia. Biarpun jauh di sudut hatinya berasa risau tentang keselamatan anak-anak tetapi apakan dayanya kerana tidak mampu untuk mengupah orang menjaga mereka.

Apatah lagi anak keduanya, Triesya disahkan menghidap hydrocephales sebaik sahaja dilahirkan ke dunia. Penyakit yang dialami membuatkan Triesya hanya mampu berbaring dan memerlukan bantuan penuh daripada ibunya untuk makan, minum, memakai pakaian mahupun bergerak.

“Semasa mengandungkan Triesya, doktor memaklumkan yang anak saya ini akan lahir cacat. Waktu itu, lagi dua minggu Triesya akan dilahirkan. Tiada siapa yang mahukan anaknya lahir cacat namun ia sudah ketentuan-NYA. Walau apa pun terjadi, saya reda untuk terima hakikat ini.

“Doktor beri saya dua pilihan sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan. Risiko normal boleh membawa kematian, akhirnya saya akur dengan bersalin secara pembedahan. Bila lahir, ada air berlebihan di dalam kepala Triesya yang membuatkan bahagian itu membesar.

Semasa berusia 27 hari, doktor melakukan pembedahan untuk memasukkan alat yang boleh mengawal air di dalam kepalanya.

“Selepas empat hari, Triesya dibenarkan pulang. Tetapi dia demam panas selama seminggu. Apabila dirujuk ke hospital, rupanya alat tersebut terkena jangkitan kuman. Sekali lagi, kepala Triesya perlu dibedah.

Setiap hari kepala Triesya akan membesar sebanyak 1cm. Oleh itu doktor perlu menebuk kedua-dua belah kepalanya untuk membuang air berlebihan itu. Bulan seterusnya, doktor belah sebelah kiri, bulan seterusnya, sebelah kanan pula.

“Ketika itu tubuh Triesya semakin menyusut sehingga tinggal tulang sahaja. Semasa usianya lima bulan, doktor mahu melakukan pembedahan sekali lagi tapi tubuh Triesya sudah tidak mampu untuk menerimanya.

Akhirnya saya berbincang dengan suami untuk bawa Triesya pulang. Saya reda dengan apa juga kemungkinan yang akan terjadi. Kata doktor, kalau Triesya balik dia hanya mampu hidup dalam tempoh sebulan tanpa bekalan ubat.

Saya sudah tidak mampu melihat pembedahan demi pembedahan ke atas tubuh kecil Triesya. Saya nekad dan menandatangani surat yang dihulurkan oleh doktor dengan seribu satu pertanyaan yang bersarang di dalam hati,” luah Norzarina sayu.

Tiada Kenderaan Ke Hospital
Namun demikian doktor hanyalah manusia yang mampu merancang tetapi Allah SWT juga yang menentukan segalanya. Nyawa Triesya yang diramalkan mampu bertahan sebulan sahaja selepas lahir terus dipanjangkan usianya sehingga kini oleh Yang Maha Kuasa.

Walaupun demikian, si ibu tetap berasa bimbang dengan masa depan anak keduanya itu. Pengalaman menjaga Triesya selama enam bulan di hospital menjadi panduan berguna buat Norzarina sehingga ke hari ini.

Anak keduanya sangat sensitif dan mudah dijangkiti demam atau batuk. Bahkan jangkitan tersebut akan menyebabkan Triesya mengalami kekejangan otot. Oleh itu dia perlu dijaga dengan teliti dan rapi.

Selain dari itu, masalah tiada kenderaan untuk membawa Triesya ke klinik mahu pun hospital turut membuatkan mereka bimbang jika Triesya sakit.

“Kenderaan kami cuma motosikal sahaja. Kalau Triesya demam sukar hendak membawanya ke klinik atau pun hospital. Kalau ikutkan sebenarnya Triesya perlu melakukan rawatan fisioterapi di hospital dan rawatan susulan lain tetapi saya sudah lama tidak membawanya kerana tiada kenderaan. Saya dan suami perlu bekerja.

Syukurlah Triesya jarang diserang sakit cuma kebelakangan ini air liurnya kerap meleleh. Dia sudah tidak berupaya untuk menelan. Triesya tidak boleh mengeluarkan kahaknya sendiri malah tubuh sebelah kirinya kurang aktif berbanding sebelah kanan,” ujarnya sayu.

Bantulah Triesya Melihat Dunia Luar
Pemakanan anak yang tidak sihat seperti Triesya bukan seperti kanak-kanak normal lain. Triesya hanya boleh makan makanan yang lembut sahaja. Makanan rujinya adalah bijirin dan dia memerlukan sehingga lapan tin bijirin setiap bulan. Sebelum ini Norzarina membelikan susu khas untuk usia anaknya tetapi sejak menimang anak ketiga sumber kewangannya terpaksa diagihkan.

Kesempitan hidup itu memaksa Triesya berkongsi susu dengan adiknya yang masih usia bayi. Bahkan Triesya juga masih menggunakan lampin pakai buang yang sudah tentu memerlukan kos yang tinggi.

Bagaimanapun ibu ini bersyukur kerana Triesya mudah dijaga. Selepas dimandikan dan diberi makan dia tidak akan merengek lagi. Mujur dobi tempat saya kerja bersebelahan dengan bilik sewa, sesekali saya jenguk dia untuk lihat keadaannya selain mengalih-alihkan tubuhnya yang penat berbaring.

Norzarina bukan sengaja membiarkan anak-anaknya sekadar bermain hanya di dalam bilik kecil tersebut tetapi dia tidak mampu membawa Triesya terutamanya menghirup udara segar di luar. Dengan berat Triesya mencecah 30 kg, dia dan suami tidak mampu mengangkatnya. Justeru, dia sangat mengharapkan bantuan kerusi roda daripada pihak tertentu agar Triesya dapat melihat dunia luar yang sangat luas.

Itulah hakikat hidup anak kecil ini. Dunianya hanya di dalam bilik kecil bersebelahan kedai dobi tempat ibunya mencari rezeki. Bagi pembaca yang mahu menghulurkan bantuan boleh salurkan bantuan kewangan ke nombor akaun 162200057035 Maybank atas nama Norzarina Suhaimi.

Tuesday, March 27, 2012

SuSu TeRakHiR BuAt ANaKkU..

Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...
 

Thursday, February 9, 2012

JaNGaN HaMPiRi ZiNa..


Jangan menghampiri zina, kelak berlakulah kejadian seperti begini. Nyawa insan yang tak bersalah dan berdosa digadaikan demi menjaga maruah dan malu diaibkan manusia .

 Dengan Allah swt tak malu tak jaga maruah buat perkara keji , dengan manusia malu plak bila bunting anak luar nikah ..

**********************

Ya Allah Ya Tuhanku.. peliharalah diriku.. anak²ku dan keturunanku dari perbuatan Zina..

Monday, January 16, 2012

Dia DiJaNGKiTi ROTAVIRUS!..

Seperti post aku sebelum nie.. korang tau kan Ainna tak sihat.. dia start muntah² hari Selasa malam.. diikuti cirit birit.. berak cair meleleh.. Rabu siang.. kami laki bini balik awal bawak dia jumpa doc.. sbb mak aku risau satu hari tue dia tak makan apa... minum susu pon muntah... apa saja yg masuk dimuntahkan balik.. badan layu... kesian tengok dia.. badan yg bobot dulu pon dah ketara susutnya.. lepas makan ubat ingat makin ok... tapi.. still.. dia tak leh makan apa²... muntah cirit berterusan.. yg dia boleh masuk mulut pon cuma air kosong.. tapi tak sampai setengah jam masuk mulut.. kat bawah dah keluar... dia cirit... tak tahan tengok keadaan dia... sampai bila nak macam tue.. aku takut dia kena gastrik sebab tak makan apa².. Jumaat kami laki bini amik EL.. bawak Ainna pegi hospital.. aku rasa dia dah dehydrated... dan maser check.. mmg doc suh admit... percutian 3 hari 2 malam di hospital.. En. Ady lar kena jaga sebab Amna exclusively breastfeed.. tak leh nak buat macam mana dah.. merasa lar ayah tido spital kan... betapa boringnya.. tapi demi anak.. lagipun Ainna mmg lebih rapat ngan En. Ady berbanding aku.. biasa lar budak dah ada adik kecik.. sendirian membawa diri.. huhuhu...

Dari rumah.. tak habis aku berdoa.. pagi petang siang malam aku call.. nak pantau keadaan Ainna... Alhamdulillah dia recover cepat.. air doc masukkan melalui tiub memandangkan air banyak hilang dari badan dia.. dari sampel najis anak aku.. doc sahkan ada rotavirus.. mak aiii.. penyakit tue??  Memang aku takot anak² aku terkena virus tue dulu.. tapi aku tak amik vaksin dia.. vaksin dia quite expensive... Ainna dah keluar spital semalam.. nampak lebih segar.. ceria.. dan dah boleh makan... sekarang aku risaukan Amna... jangan lar virus tegar mudah menular tu kena kat si kecik tue... amin.....


 

Ini artikel yang aku jumpa semasa aku search pasal sakit nie... ibu bapa sekalian.. sila ambik tahu... penyakit nie memang bahaya untuk si kecil anda..

*********************************


SETIAP lima minit, empat kanak-kanak atau bayi berumur kurang daripada lima tahun meninggal di seluruh dunia akibat cirit-birit akut sehingga menyebabkan penyahhidra

tan/dehidrasi yang teruk bagi tempoh 1986 hingga 2000.

Setiap tahun, secara global, dianggarkan penyakit tersebut menyebabkan 111 juta kejadian cirit-birit akut yang memerlukan penjagaan di rumah, 25 juta lawatan ke klinik, 2 juta bayi dan kanak-kanak dimasukkan ke hospital, dan 440,000 kematian.

Mereka adalah mangsa penyakit Gastroenteritis Rotavirus (GR) yang disifatkan seorang pengamal perubatan sebagai penyakit yang serius dan sukar dijangkakan.

Pensyarah Perubatan Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Chai Pei Fan berkata demikian kerana kanak-kanak mungkin mendapat jangkitan ini tanpa menampakkan gejala manakala yang lain pula mungkin mengalami gastroenteritis (keradangan gaster dan usus) yang mengakibatkan dehidrasi.

Dalam tempoh semalaman, jangkitan yang awalnya kelihatan ringan boleh melarat kepada peringkat yang mengancam nyawa.

Semua kanak-kanak termasuk di negara ini menghidap penyakit GR sekurang-kurangnya sekali sebelum mencecah usia lima tahun,?katanya pada majlis pelancaran RotaTeq, vaksin yang menyasarkan lima strain rotavirus G1, G2, G3, G4 dan P1 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Buktinya, ujar beliau, satu kajian yang dijalankan di negara ini mendapati seorang dalam setiap 61 kanak-kanak di bawah usia lima tahun telah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan GR.

Dalam perkembangan sama, antara tahun 2001 hingga 2003, kajian berasingan yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Umum Sarawak mengenal pasti GR sebagai punca bagi 38 peratus kes pesakit berumur di bawah lima tahun yang dimasukkan ke hospital kerana gastroenteritis akut. Kajian mendapat kerjasama Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

Bagi menangani GR, sebuah syarikat farmaseutikal global, Merck Sharp dan Dohme baru-baru ini memperkenalkan satu vaksin yang diambil secara oral (melalui mulut). Dikenali sebagai Rotateq, vaksin tersebut berupaya mencegah GR di kalangan bayi dan kanak-kanak yang disebabkan oleh serotip atau strain G1, G2, G3 dan G4, serta G yang mengandungi P1A[8] misalnya, G9).

Sementara itu, menurut Profesor Pediatrik, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Colorada, Dr. Eric Simoes, vaksin itu diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) setelah menjalani ujian klinikal rapi yang melibatkan lebih 70,000 bayi di 11 buah negara.

Katanya, salah satu ujian tersebut ialah Percubaan Kemujaraban dan Keselamatan Rotavirus (REST).

Hasil ujian tersebut mendapati vaksin ini berupaya mencegah 98 peratus kes GR yang serius dan berpunca daripada strain G1, G2, G3 dan G4.

Lagi kes yang melibatkan keempat-empat strain itu, bilangan pesakit yang dirujuk ke hospital dan bilik kecemasan turut dikurangkan sebanyak 94.5 peratus. Bagi kes yang melibatkan strain G9, penurunannya ialah 100 peratus, katanya.

Dalam pada itu, Dr. Chai menyatakan, beberapa gejala jangkitan GR termasuklah demam dan muntah-muntah diikuti cirit-birit berair yang banyak.

Kanak-kanak yang dijangkiti oleh GR yang teruk mengalami cirit-birit atau muntah-muntah lebih 20 kali sehari. Keadaan ini boleh berlarutan selama tiga hingga sembilan hari,?jelasnya sambil menegaskan, kehilangan bendalir tubuh yang banyak boleh membawa maut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penyakit GR mudah tersebar melalui laluan najis ?mulut dan pencemaran makanan oleh najis dan transmisi/pemindahan virus tersebut dari tangan ke mulut.

Sejumlah besar virus ini disingkirkan dalam najis daripada pembawa yang terjangkit (mereka yang dijangkiti virus GR menyebarkan virus berkenaan melalui najisnya).

Selain itu, virus yang tahan lasak itu berupaya hidup dan aktif selama berminggu-minggu pada pakaian, permukaan lantai dan alat permainan kanak-kanak.

Atas sebab itulah, menurut Dr. Chai, ia sering menjangkiti bayi dan kanak-kanak dalam lingkungan umur enam hingga 24 bulan kerana golongan ini kerap memasukkan jari atau mainan yang tercemar ke dalam mulut.

Ditanya tahap kesedaran masyarakat negara ini terhadap GR, beliau menyifatkannya sebagai rendah. Tambahnya: penyakit tersebut tidak memilih mangsanya. Ia berlaku di negara yang maju dan juga negara-negara membangun, tanpa mengira tahap kebersihan dan sanitasi.?

Sehingga kini, ubat tersebut yang berharga lebih RM130 sedos hanya boleh diperoleh di klinik kanak-kanak, klinik biasa dan hospital swasta. Vaksin ini diberikan kepada kanak-kanak mahupun bayi antara usia enam minggu hingga 32 minggu untuk dimakan dalam tiga dos.

Apa itu Rotavirus
Rotavirus merupakan penyebab utama cirit-birit teruk sehingga menyebabkan tubuh menjadi kontang (dehidrasi/tidak cukup air dalam tubuh badan) di kalangan bayi. Ia bertanggungjawab kepada hampir sebahagian besar kes cirit-birit teruk yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital.

Adalah dianggarkan, hampir semua kanak-kanak di serata dunia akan mengalami episod gastroenteritis rotavirus. Seorang daripada lima kanak-kanak akan membuat lawatan ke pakar perubatan manakala seorang daripada 65 kanak-kanak akan dimasukkan ke hospital dan seorang daripada 293 pesakit akan mati.

Gejala-gejala
Lumrahnya, gastroenteritis menyebabkan muntah dan cirit-birit. Untuk menentukan punca-puncanya, pakar perubatan mesti menanyakan sama ada kanak-kanak itu terdedah kepada salah satu punca jangkitan (makanan, minuman atau haiwan), tempoh dan jenis tanda-tandanya, kekerapan muntah atau episod cirit-birit, dan usia kanak-kanak.

Tanda-tanda jangkitan rotavirus merangkumi demam, sakit perut, muntah dan cirit-

birit berair. Cirit-birit boleh menjadi ringan, sederhana atau serius dan boleh berlanjutan sehingga sembilan hari. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi.

Penularan Rotavirus
Bentuk utama jangkitan ialah dari najis ke mulut. Disebabkan oleh keadaan virus ini yang stabil dalam persekitaran, jangkitan boleh berlaku selepas minum air atau makan makanan tercemar dan melalui sentuhan dengan permukaan yang telah dijangkiti.

Seperti penyakit-penyakit mudah berjangkit lain, Rotavirus disebarkan daripada seorang ke seorang lain (daripada individu yang dijangkiti ke individu sihat) atau melalui pengambilan air atau makanan tercemar, atau bersentuhan dengan permukaan yang aktif dengan virus tersebut (seperti lampin, mainan, atau bantal).

Malangnya, membasuh tangan dengan betul sahaja ada kalanya tidak mampu mencegah jangkitan rotavirus kerana ia kebal terhadap kebanyakan jenis sabun dan langkah-langkah menjaga kebersihan.

Jangkitan masih boleh berlaku walaupun pada kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kebersihan yang sepatutnya. Ini mencadangkan bahawa perbezaan dalam persekitaran (air, kebersihan dan sanitasi) tidak mempengaruhi insidennya.

Umur yang berisiko tinggi
Hampir semua kanak-kanak dijangkiti oleh gastroenteritis rotavirus dalam tempoh awal kehidupan mereka, peringkat di mana mereka mudah diserang penyakit tersebut.

Rotavirus:
* Menjangkiti 95 peratus kanak-kanak yang berumur kurang lima tahun

* Biasa menjangkiti kanak-kanak berumur antara empat dan 36 bulan. Kumpulan ini mudah terdedah dan berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk sehingga perlu dimasukkan ke hospital

* Melibatkan semua kanak-kanak dari sebarang etnik, budaya dan sosioekonomi.

* Ia merupakan punca kematian kira-kira 440,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.

Komplikasi
Rotavirus boleh berubah menjadi komplikasi yang teruk dalam masa yang singkat memandangkan jangkitan virus ini yang boleh menyebabkan kehilangan bendalir badan yang banyak.

Jika jangkitan rotavirus tidak ditangani segera, ia boleh mendatangkan akibat yang serius seperti penyahhidratan yang boleh menyebabkan hipovolemia (suatu gangguan yang memperlihatkan jumlah darah yang beredar makin berkurangan), kegagalan peredaran darah malah, kematian.

Kanak-kanak lebih berisiko mendapat komplikasi serius dan kematian akibat jangkitan rotavirus berbanding orang dewasa.

Apabila digabungkan muntah yang kerap, cirit-birit yang berpanjangan boleh menyebabkan penyahhidratan serius dan membahayakan.

Kanak-kanak yang tidak mendapat terapi penghidratan mulut ataupun intravena bagi kes-kes yang lebih serius, mahupun jagaan hospital, boleh mati kerananya.

Apakah yang patut dilakukan dalam tempoh jangkitan?
* Berhati-hati dengan tanda-tanda awal penyahhidratan iaitu hilang selera makan, mulut kering dan kerengsaan

* Kerap membekalkan cecair kepada kanak-kanak yang dijangkiti untuk menggantikan kehilangan bendalir dalam badan ekoran muntah dan cirit-birit.

Apabila kanak-kanak dijangkiti rotavirus dan berada dalam peringkat serius, menjadi satu perkara biasa jika pesakit muntah dan cirit-birit sebanyak 20 kali sehari.

Sehubungan itu, adalah perlu untuk memasukkan kanak-kanak terbabit ke hospital bagi dibekalkan cecair secara intravena (suntikan dalam pembuluh darah).

Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus biasanya mendapat rawatan sokongan bagi mengawal gejala-gejala dan komplikasi penyakit itu. Penyahhidratan selalunya dikawal melalui terapi rehidrasi/penghidratan semula melalui mulut.

Bila perlu berjumpa doktor
* Jika kanak-kanak gagal mengekalkan kandungan cecair bagi tempoh lebih 24 jam

* Jika kanak-kanak terbabit ternyahhidrat

* Jika muntah-muntah lebih daripada tiga jam

* Kanak-kanak yang dijangkiti itu mestilah tidak diberikan sebarang ubat-ubatan untuk menghentikan cirit-biritnya kecuali yang diarahkan oleh pakar perubatan.

RotaTeq mencegah RotavirusOleh: AU YEONG HOW

Thursday, January 12, 2012

X aDa KeR BeRiTa GeMBiRa TaHuN 2012 Nie??

Sejak mula utk melangkah ke tahun baru.. yer tahun nie lar.. tahun 2012.. tak habis² aku disambut dengan berita malang... sedeh.. tak tersangka.. tak diduga... aku raser sangat down memikirkan masalah dan musibah yang datang silih berganti..

Di penghujung tahun.. 3 hari sebelum menyambut tahun baru.. kawan baik mak aku Cik Piah.. meninggal... sedehnya.. anak tunggal dia Diana sebatang kara kini.. suami Cik Piah dah meninggal 6 thn dulu.. mak aku sedeh sebab Cik Piah antara best pren dia kat taman umah mak tu dan Cik Piah suami isteri juga org kampung mak... aku pon sedeh... harap sangat Diana anak arwah dapat mengharungi hidup ini penuh tabah.. bertemu jodoh dengan orang baik² yang dapat menjaga dan melindungi dia.

Di ambang tahun baru... kami dapat tapak untuk berniaga.. tapi.. indah impian dari kenyataan... perniagaan cukup balik modal sahaja.. sedeh!

Bermula tahun.. laki bini berniat nak pergi melancong.. tapi.. FIL pula diserang sakit.. sedeh lagie...

Hari nie.. dapat berita bos pulak accident.. hurmmm dan rumah Wardina Safiyyah masuk perompak... (walaupon tak der kena mengena ngan aku..) aku tetap berkongsi kesedehan!

Tak ada ker berita gembira tahun 2012 nie??


Monday, January 9, 2012

JaGa DiRi BaiK²..

Dari ICU telah ke wad biasa... Alhamdulillah.. satu perkembangan yang baik buat hati² yang gundah gulana.. semoga kesihatan papa bertambah baik.. terima kasih kepada semua yang mendoakan..

Jaga diri baik² kawan²... sayangkan diri... kenanglah orang² lain di sekeliling kita.. kita tidak mahu mereka bersedih.. jangan skip makan.. jangan malas bersenam.. jangan makan yang bukan².. jasad kita amanah dari Allah... semuanya hanya pinjaman..


Saturday, January 7, 2012

..selain BeRDoA..

Assalammualaikum pengunjung setia blog Bonda.. yg tak setia salam buat kamu jua... setia atau tidak.. kamu2 lah penaik trafik blog Bonda.. terima kasih..

Bersiaran langsung dari rumah bapa mertuaku di Puchong.. sudah 2 hari di sini.. my FIL critically ill.. sekarang masih berada di Unit Rawatan Rapi.. doktor sedang memantau keadaan dan mengenalpasti punca sebenar sakit Papa... sedih.. ya... bila melihat papa di Unit Kecemasan semalam.. wajah Abah di saat2 akhir hayatnya terbayang kembali di ruang mata.. layu lemah tidak bermaya.. sakit Papa besar kemungkinan berpunca dari sejarah rawatan buah pinggangnya... membuatkan aku turut teringat akan ibuku yg turut menghidap penyakit yang sama.. sampai sekarang mak masih follow up di hospital...

Melihat insan2 terdekat menderita menanggung sakit.. membuatkan aku insaf betapa tingginya nilai kesihatan itu dalam hidup setiap manusia.. betapa kita selalu mensia2kan nikmat Allah yang satu ini... kita insan yang lemah.. tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya...

Kumohon.. Allah ringankan penderitaan Papa.. permudahkan musibah yg melanda keluarga kami... tabahkan hati2 insan yang lemah... kuatkan setiap kami menghadapi ujian ini... tiada apa yang dapat kami lakukan selain berdoa....


Monday, November 21, 2011

Aku TuRuT TeRSeNTuH..

Seorang anak yatim melukis gambar “ibu”nya dan tidur bersama lukisan itu :

Terbaca kisah adik ni dalam internet…. mak dia mati dalam peperangan. Dia terlalu rindukan mak dia, so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia….dia cuma budak berusia 4 tahun….


Ya Allah…sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui….

Sudah berapa lama kita tidak mencium pipi dan dahi anak-anak kita yang belum baligh? Sudah berapa lama kita tidak memeluk anak kita?

Note:
Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti?
Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti?
Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?…
Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?…
Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?…
Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkanyang lain-lain, tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi.
Ya Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik. KepadaMu jua aku meminta berikanku perlindungan

Panjangkan umurku Ya Allah, bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa.



Berikanlah aku kekuatanMU Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah Ya Allah.
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang. Maha Pengampun .Maha SegalaNya.

Amin

********************************

Amin.. aku ikut tersentuh.. dan apa yg dikatakan penulis itu benar.. begitulah naluri kami yang mempunyai anak²... mudah²an tercapai hasrat kita melihat buah hati kita membesar dan berjaya di dunia dan akhirat..

Monday, October 17, 2011

LeBiH KeJi DaRi HaiWaN!!

Andai itu anak kita... sanggupkah kita bayangkan.. hari² dengar berita² menyayat hati.. apa nak jadi manusia zaman sekarang??

Dulu ustaz aku pernah cakap.. bila kita tidak merasa/terasa apa² melihat penderitaan orang lain.. tandanya.. hati kita telah mati.. bila hati telah mati.. bunuh orang pon dia dah tak rasa apa²..

Keji!!... Keji!!! KEJI!!!!!!!!!!!!!!!!!!




 
 

Apa punca hati mati??  Salah satunya.. makan dari sumber tidak bersih.. tidak halal.. ustaz kata.. makanan menjadi darah daging.. bila makan benda tidak halal.. hati kita ditumbuhi titik hitam.. bila keseluruhan hati diselaputi titik hitam... hati itu MATI!!..


Friday, October 14, 2011

TiDaK aDA AyAH YaNG SEMPURNA..

Airmataku menitis tatkala menyaksikan klip ini.. terkenang Arwah Abah di alam sana..
-_______-
 
 
"There are no perfect fathers.. but a father will always love perfectly.."
 
"Remember to care for those who care for you.."



Friday, July 15, 2011

Aku TiDaK PeRLuKaN kamu.. kerana AkU aDa DIA..

Biler hati sedeh aku selalu terbayangkan aku duduk dalam sebuah taman dalam hutan.. sorang².. hanya bertemankan kicauan burung.. unggas hutan... deruan air terjun yg damai.. pejam mata rapat².. tarik nafas dalam².. semua masalah hilang.. hilang semua wajah² yg membuatkan hati dan jiwa ini tidak tenteram.. aku dan alam.. aku dan tuhanku... bila kita menggantungkan harap pada manusia.. kita akan kecewa... Allah tidak akan sekali mengecewakan hambanya.. kasih sayang Allah diberi dalam banyak cara.. hanya kita seringkali salah mentafsirkannya..

Tuesday, May 10, 2011

..BeGiNiKaH AnAK² KiTa NaNTi.. MeMBuLi @ DiBuLi??

 
Ini yang bakal terjadi pada anak² kita.. pembuli/dibuli... Ya Allah.. jadikan anak²ku penegak keadilan.. benteng ketenteraman... srikandi di jalanMu..
 
Sangat kesian aku pada budak itu.. mana perginya guru² sekolah nie yer... yg membuli itu.. adakah akalnya telah dirasuki syaitan??  Kejam dengan rakan taulan.. yg dibuli punya perasaan.. dia bukan bahan permainan... mudah²an budak² yang membuli ini menerima balasan setimpal apa yang mereka kerjakan.. semoga akhlak mereka dapat diperbetulkan sebelum terlewat..


Friday, April 15, 2011

..THiS iS SaD..

Tolong jangan bazirkan makanan.. bersyukurlah dengan rezeki yang diberikan Tuhan.. rahmat yang dinikmati tidak terbandingkan.. kadang² kita lupa.. tidak semua menikmati apa yang kita ada...

Please.. Don't ever waste your food...







Tuesday, January 18, 2011

..NaLuRi SeORaNG IBu iTue MeMaNG CuKuP KuAT..

Pernah merasakan sesuatu yang buruk akan terjadi pada anak korang... pernah terdetik di hati.. berdenyut di nadi.. tak henti².. pernah??  Aku pernah.. dan ianya telah terjadi... tapi Alhamdulillah.. Allah melindungi anakku dari perkara yang lebih buruk dari itu..  ianya satu yang tidak disangka.. dalam masa yang sama memberi pengajaran beharga.. ibu² di luar sana... setiap kali hatimu terdetik.. mohonlah padaNya.. sesungguhnya Dia Maha Mendengar... Dia akan melindungi anakmu yang tidak berdaya..

Tuesday, January 11, 2011

..Nur Dania meninggal dunia dengan 73 KeSaN DeRa..

Manusia bertopengkan syaitan di mana²... hatiku sakit setiap kali melihat/membaca kanak² didera.. hanya manusia yg hatinya telah mati sanggup mendera kanak² kecil yg tidak berdosa.. kanak² itu naif.. belum matang untuk berfikir.. apatah lagie mempertahankan diri sendiri... 

Kalau lar ada hukuman lain yg lebih layak.. ikut hatiku biar pendera² ini direjam sampai mati di depan khalayak.. biar mereka tahu.. tiada tempat untuk mereka di dunia ini melainkan mati dan biar malaikat pula yg mendera mereka di dalam kubur nanti..

Kawan²... ayuh kita pelihara hati kita..

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)
كَلّا ۖ بَل ۜ رانَ عَلىٰ قُلوبِهِم ما كانوا يَكسِبونَ
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
فَوَيلٌ لِلقٰسِيَةِ قُلوبُهُم مِن ذِكرِ اللَّهِ ۚ أُولٰئِكَ فى ضَلٰلٍ مُبينٍ
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22)
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
    1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
    2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
    3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
    4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
    5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
    6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
    7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
    8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
    9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
    10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Dipetik dari artikel cheahmad.blogspot.com

Hati ibu mana yang tidak luluh.. bayi yang dikandung 9 bulan.. mati di tangan orang dengan sangat menyayat hati.. satu soalanku pada bapa adik Dania... utk apa larikan anak² itu sekadar untuk didera.. apakah maknanya kasih seorang bapa.. tak kan tidak sedar anak²mu itu didera??  Pulangkan mereka pada ibu yang merindui dan mengasihinya...

Mersing: Nur Dania Qistina Nurafizan, 3, yang dipercayai mati akibat didera ibu tirinyua, didakwa dilarikan bapanya hampir tiga bulan lalu dan ibu kandungnya juga tidak dibenarkan bertemu mangsa serta dua adiknya yang lain.
"Siapa sangka selepas hampir tiga bula;n bekas abang ipar melarang kakak bertemu ketiga-tiga anak kerana masalah rumahtangga, akhirnya kakak (Nur Aquilla, 27) kehilangan seorang cahaya matanya.
"Hatinya luluh kerana meratap jasad kaku Nur Dania dalam keadaan menyayat hati termasuk luka dan lebam di seluruh badan," kata bapa saudara Nur Dania, Mohd Kamaruzzaman Razali, 25, ketika ditemui di Felda Tenggaroh 6, di sini, semalam.
Kamaruzzaman berkata, keluarganya terkilan dengan nasib menimpa anak kedua daripada tiga beradik selepas dilarikan bapa mereka pada Oktober lalu.
Menurutnya, kakak sulungnya itu terlalu merindui Nur Dania serta kakak mangsa berusia lima tahun dan adik lelaki berusia setahun, selepas ketiga-tiga kanak-kanak itu dilarikan bekas abang iparnya.
Difahamkan, anak lelaki Nur Aquilla turut mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berikutan kesan lebam pada muka, belakang telinga dan punggung selain mengidap demam sejak kelmarin. -Berita Harian-

Bersemadilah dengan tenang.. di dunia dirimu didera.. di sana engkau dikasihiNya..

JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.

Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.


Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.

Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.

“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.

“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.

“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.

Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Saturday, January 1, 2011

..Dia SuDaH MeNiNGGaL..


Sesungguhnya MATI itu pasti... cepat atau lambat pasti akan datang menjemput kita.. Al-Fatihah buat Allahyarham Faizal Yusof yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pada pagi Sabtu 01.01.11 dan takziah buat keluarganya.. 

Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.
“Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal,” katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.
Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti. – mstar online

DariNya kita datang.. kepadaNya kita kembali..  Allahyarham meninggalkan seorang anak Mohamad Rayyan Nakhai berusia 2 tahun.

..Al-Fatihah..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails