.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

TeNTaNG LiPaS..

1) Nama lipas @ dlm BI = cockroach berasal drpd pkataan Sepanyol “cucaracha” yg membawa maksud serangga gila.. (patot laaa)

2) Seekor lipas boleh menahan nafas slama 40min..(uiyooo!)
...
3) Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus.. (zombie nih!)

4) Kalau blaku peperangan nuklear, lipas adalah satu2nya makhluk yg still boleh hidup (haaaa?)

5) Lipas mempunyai darah berwarna putih (mcm mahsuri la pulak)

6) Kebanyakkan lipas boleh terbang tp bkn kesemuanya.. (run 4 ur life!)

7) Lipas yg paling besar d dunia adalah Macropanesthia Rhinocerus berasal drpd Australia yg beratnya adalah 50gram (ayarkkk!)

8) Lipas goreng adalah makanan yg biasa d stengah2 tempat d dunia (errr...)

9) Lipas hanya perlu mengawan sekali & mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya..(mak oi aihhh.....)

10) Agak mustahil utk menangkap seekor lipas sbb ia ade bulu2 halus yg boleh mengesan angin drpd pergerakan apa2 yg menghampirinya. ( tangkap? oh nooo!)

11) Lipas yg d lumatkan boleh membantu menghilangkan kesan bisa yg x begitu kuat jika d lumurkan pd tempat tu ( tu diaaa...bau mesti kow2 punye!)

12) Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya & bkn melalui hidung

13) Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam ( mak oi laju nyeeee)

14) Lipas d katakan menghabiskan 75% masa sehari dgn hanya duduk tanpa buat ape2...(amboi rilek nampak)
 

Friday, May 18, 2012

LOGO HALAL MaLaYSiA & AnTaRaBaNGSa YaNG DiiKTiRaF..

Terdapat banyak logo halal digunakan bagi menyakinkan pengguna Islam sekarang nie.. sampai aku pon kadang² pernah timbul rasa sangsi.. Ehhh.. betul ker logo nie sah.. entah² main cop jer kan..

Maka.. adalah sangat membantu biler dapat panduan logo seperti di bawah..



Sebagai orang Islam.. kesucian apa pon benda yg kita guna dan makan adalah amat penting bagi memelihara akhlak dan keturunan yang baik..

Thursday, May 17, 2012

JoM KaRi KaMBing CiCaH RoTi.. Pastu KiTa MiNuM KoPi..


Sedarkah kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi?

1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Coladan Pepsi-Cola.

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

"Aku suka makan daging kambing.. daging kambing yang dimakan mengambil masa 7 jam untuk dihadam manakala daging lembu selama 36 jam.. jadi.. fikir²kan lah..."


Mari kita Ikut Sunnah!!


Monday, April 23, 2012

PoKoK CaNCeR..

 Saper pernah tengok pokok nie.. angkat tangan!  Ini pokok apa??  Bagi yang tak tau dan tak pernah jumpa.. inilah dia Pereskia sacharosa/saecnarosa nama saintifik yang diberi tetapi lebih glemer dikenali sebagai Pokok Tujuh Jarum.. atau Rose Cactus.. atau Pokok Kanser.. atau Pokok Jarum Tujuh Bilah.. atau Pokok Bintang Tujuh.. atau Pokok Chat Sim Chan..
 
 
Pokok yang asalnya dikatakan dari Korea Selatan ini tergolong dari keluarga 'kaktus' dan satu²nya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.. pokok nie sangat tahan lasak.. aku tau sebab aku yang tanam.. memuler aku tanam dalam pasu.. amik batang dia dari umah makcik aku.. dalam pasu kan.. kadang² tuan yg super rajin nie lupa siram.. maka pokoknya hidup segan mati tak mahu.. lalu aku pindahkan ke laman depan... dari satu batang... sedar² dah berbatang².. segar bugar membiak dengan suburnya.. tak perlu jaga.. tak perlu baja.. dia diklasifikasikan genus paling primitif yang mudah beradaptasi hampir dalam semua iklim..

Aku pelik jugak naper pokok nie dikaitkan dengan nombor tujuh sebab kalau nak dikira betul² duri dia banyak giller dan di setiap tumpuk adalah lebih daripada 7 bilah.. dan lagi.. hati² duri pokok nie boleh dikatakan agak berbisa.. kalau tercucuk bagaikan terkena selumbar.. payah nak kuarkan... raser macam nak cantas buang pon ada jugak biler bengang tercucuk duri.. tapi sayang lar pulak.. sebab pokok yang berduri bisa nie banyak khasiatnya..

Korang tau.. daun.. bunga dan buah pokok nie boleh mengubat penyakit barah??  Dimakan secara mentah sebagai ulam atau salad.. diambil secara rebusan dari tumbuhan segar.. dipercayai mempunyai nilai perubatan kanser seperti anti-ketumbuhan (tumor).. anti-sengal otot (rheumatic).. anti-ulcer.. dan anti-inflammatory.. ia juga digunakan dalam ubatan melegakan sakit kepala.. sakit perut (gastric pain).. ulcers.. bawasir (hemorrhoids).. penyakit kulit (atopic dermatitis).. dan kesegaran badan (revitalizing the body)..

Di Panama, orang tempatan menggunakan seluruh tumbuhan Pereskia bleo untuk merawat masalah usus (gastrointestinal problems).. sementara di India.. Pereskia grandifolia digunakan sebagai ubat sakit pembengkakan.

Tumbuhan herba nie juga mempunyai keluarga yang besar.. sebanyak 31 jenis darinya telah dikenalpasti seperti senarai di bawah..

1) Pereskia aculeata - Barbados gooseberry
2) Pereskia aculeata var. rotundifolia
3) Pereskia aureiflora
4) Pereskia bahiensis
5) Pereskia bleo
6) Pereskia colombiana
7) Pereskia corrugata
8) Pereskia cubensis
9) Pereskia diaz-romeroana
10) Pereskia godseffiana
11) Pereskia grandifolia
12) Pereskia grandifolia var. violacea
13) Pereskia guamacho
14) Pereskia horrida
15) Pereskia humboldtii
16) Pereskia humboldtii var. rauhii (syn. P. horrida)
17) Pereskia lychnidiflora
18) Pereskia marcanoi
19) Pereskia nemorosa
20) Pereskia philippi
21) Pereskia portulacifolia
22) Pereskia quisqueyana
23) Pereskia sacharosa
24) Pereskia stenantha
25) Pereskia subulata
26) Pereskia vargasii
27) Pereskia vaugasii var. longispina
28) Pereskia weberiana
29) Pereskia zehntneri
30) Pereskia ziniiflora
31) Pereskia zinniaefolia

Jom baca artikel yang aku amik dari Herba & Tumbuhan nie..

Bertepatan dengan pertambahan penggemar penggambilan tumbuhan herbal sebagai rawatan alternative, maka adalah amat perlu menjalankan satu penyelidikan bagi meyokong nilai perubatan terkandung dalam tumbuhan herbal disamping memastikan tumbuhan itu selamat untuk penggambilan manusia.
Keputusan adalah bertetapan dengan kajian in vitro dimana pati ekstrak Pereskia bleo dan Pereskia grandifolia tidak menunjukkan cytotoxicity keatas sel normal MRC-5. Berdasarkan kepada keputusan kajian acute toxicity keatas tikus makmal kedua dua pati Pereskia sp. Diterima sebagi selamat untuk kegunaan kesihatan manusia
Pereskia bleo dan Pereskia grandifolia tidak mempunyai kesan sampingan (acute oral toxicity), Ujian makmal keracunan telah dilakukan keatas haiwan ujikaji dimana, jumlah sukatan tinggi (A single, high dose) telah diberikan kepada haiwan ujikaji dan diperhatikan sama ada ia mendatangkan kemudharatan atau membunuh haiwan tersebut dalam jangka waktu 14 hari, tapi tiada kematian dicatit sama ada disebabkan kematian semulajadi maupun disebabkan dari ujikaji. Kajian ini penting bagi mentukan tahap keselamatan ubat ini keatas kesihatan.
Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun jarum tujuh bilah menunjukkan jumlah aktiviti antioksidan (total antioksidan activity) yang tinggi. Walaupun nilai jumlah aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C (asid askorbik) dan vitamin E (alfa-tokoferol), tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang. Daun jarum tujuh bilah ini juga mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.
Bagi membuktikan sama ada jarum tujuh bilah mampu untuk mengubati atau mencegah barah, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak daun jarum tujuh bilah secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak daun jarum tujuh bilah bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan juga sel kanser ovari.
Bagi kajian haiwan pula, ekstrak daun jarum tujuh bilah pada kepekatan 10% (100g daun jarum tujuh bilah dikisar dengan 1,000ml air) telah diuji keberkesanannya terhadap tikus yang diaruh kanser hati. Keputusannya menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati dengan menurunkan paras enzim penanda kanser. Walau bagaimanapun, penurunan paras enzim penanda kanser tidak sampai ke paras normal yang menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah hanya mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati, tetapi bukannya mengubati kanser hati secara keseluruhan.
Kajian secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan) menunjukkan bahawa daun jarum tujuh bilah tidak menunjukkan kesan toksik atau kesan sampingan yang buruk kepada sel yang normal atau tikus yang normal.
Kesimpulannya, daun jarum tujuh bilah mempunyai kesan untuk melawan atau mengubati barah, tetapi kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah atau kanser. Tiada kesan toksik dilaporkan pada sel yang normal atau tikus yang normal yang menunjukkan ia selamat untuk dimakan dalam kuantiti yang sederhana. Diharap dengan penemuan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan mempromosikan pemakanan ulam-ulaman tempatan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. - Profesor Madya Dr. Asmah Rahmat, (UPM).

Phytochemical
Kajian kimia keatas daun Cacatceae (komponan Cytotoksik Pereskia bleo) tidak banyak dijalankan dibanding dengan spisis pereskia yang lain. Hanya tiga (3)lapuran kajian phytochemical dan biological dilapurkan berkenaan tanaman ini. Kajian terawal berkenaan phytochemical oleh Doetsch etal yang melapurkan pengasingan Empat (4) alkaloids, dikenali sebagai 3,4-dimethoxy-β-phenethylamine, mescaline, 3-methoxytyramine and tyramine.

Rumusan
Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat dari jarum tujuh bilah ini, daunnya yang matang dipetik (satu atau dua helai daun) dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau makan secara mentah, daunnya terasa rangup. Daun jarum tujuh bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit. Jika diamalkan daun ini secara berterusan, ia mungkin boleh melindungi badan daripada pelbagai jenis barah.

Kegunaan dan Rawatan.
1. Merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain.
2. Sakit Buah pinggang.


Tiga Cara Rawatan:

1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum.
2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.
3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum.


Peringatan:

a) Amalan perubatan ini amat popular di kalangan masyarakat Cina. Pengambilan sebarang jenis teh dilarang kerana ia dapat menghapuskan khasiat daun di dalam badan. Jadi yang sedang mengambil atau makan daun herba ini, cuba elak minum teh apa jenama pun. Kopi o tak mengapa. Ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.
b) Adalah amat amat digalakkan memakan Asparagus @ meminum jus perahan Aspargus apa bila kita memakan atau menggambil ubat pembunuhan sel kanser.

***************************

Fuhhhh.. panjang dan padat.. haa.. baru kau tahu kelebihannya.. sib baik tak tebang..
ehehehehehe...

 ^_________^

 

Thursday, April 19, 2012

jOM ReDeeM HaDiAH..

Anak anda masih menyusu.. tak bukan susu nenen.. susu tepung??  Korang tak join moms club ker.. aku raser tiap² jenis susu tepung utk membesar sumer ada club² nieh.. anak aku ada 4 kan.. sumernyer masih minum susu.. of course walau kita yg tua nie.. masih tetap kena minum susu..

Alyaa, Aisha, Ainna.. kecuali Amna yg menyusu badan.. yang lain sumernyer minum susu Dutch Lady.. tiap² bulan aku akan beli 15 pack susu Dutch Lady 123 + Dutch Lady 456... wah.. makanya harus tidak sesusah mana aku nak kumpul barcode utk claim hadiah nie.. hehehe.. lama jugak aku simpan.. tertangguh² nak post.. dan hari itu.. 25 Februari 2012 aku telah mengeposnyer.. lega..

Cara nak redeem??  Mudah jer.. tapi perkara pertama yg ko perlu make sure ialah anak ko mmg minum susu Dutch Lady.. then ko register as member kat www.dutchlady.com.my.. dan selepas itu bolehlah korang mula mengumpul barcode di setiap pek susu yg korang beli... setiap barcode mempunyai klasifikasi point yg dikumpul... berapa dan berapa.. boleh semak jadual kat website dia..

Alang² hantar barcode kan.. aku terus redeem sekali.. jimat stem akak.. hehehe..

dan.. sekelip mata... nin diaaaaa... hahaha tak lah bukan sekelip mata.. kena juga lar ko tunggu beribu² kerlipan mata iaitu pada tarikh 22 Mac 2012.. bungkusan yang dinanti²kan ini sampai.. bih kurang sebulan jugak lar masa yg diambil... tapi... SAYA SUKA!! (kata Mei Mei dalam Upin Ipin)..

Ada tiga mender sumernyer yg aku redeem.. 2 menan utk si kakak².. dan satu menan utk si tecit.. seperti yg kat atas nie..

Dan.. pengumpulan barcode bermula lagie... aku.. sedang SABAR mengumpul..


Tuesday, April 10, 2012

18 SeBaB JiN MeRaSuK MaNuSia..

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Friday, March 2, 2012

NaK TaU SeJaRaH LoLi AiS??


Loli ais pertama yang direkodkan dicipta secara tidak sengaja pada tahun 1905 oleh seorang budak lelaki berumur 11 tahun bernama Frank Epperson dari San Francisco, yang tertinggal segelas air soda di belakang rumahnya dengan kayu pengacau di dalam gelas tersebut. Pada malam itu, suhu jatuh ke bawah paras beku; akibatnya, apabila Epperson kembali untuk minum air tersebut, dia mend...apati air sodanya itu sudah beku, dan setelah dia melalukan air panas pada gelas itu, dia berupaya untuk menanggalkan (dan seterusnya memakan) air soda beku itu dengan menjadikan kayu pengacau tersebut sebagai tangkainya. loli ais mula diperkenalkan kepada umum buat pertama kalinya di Oakland untuk ahli bomba pada tahun 1922. Pada tahun 1923, Epperson memohon paten bagi "ais beku pada tangkai" yang dipanggil Epsicle, dan seterusnya dinamakan semula sebagai Popsicle. Jenama tersebut kini merupakan antara jenama loli ais paling popular di Amerika Syarikat.

Sumber : Info Dunia

lolicon loli ais ais history first recorded accidentally created in 1905 by a 11 year old male slave named Frank Epperson of San Francisco, who left behind a glass of soda water behind his home with wood jamming in the glass. That night, the temperature dropped to below freezing levels; as a result, when Epperson returned to drinking the water, she found the water sodanya it has been frozen, and after he conveniently to hot water in a glass, he is attempting to uninstall (and beyond consuming) frozen it with soda water made of wood such as jamming the stem. lolicon ais began to be introduced to the public for the first time in Oakland for expert bomba in 1922. In 1923, Epperson pleading patent for "frozen ice on the stalk" called the Epsicle, and so named originally as a Popsicle. Jenama is now between jenama lolicon ais the most popular in the United States.

Source: World-has-Info ^ _ ^ (Translated by Bing)

Wednesday, February 22, 2012

CaRa MeNGeNaL BeRuS BuLU KHiNZiR..



Memang takot kan kalau terbeli berus bulu babi.. eiiii... dah lar tak kenai.. sekarang dah ada sikit panduan.. korang ada tips lain??

Tuesday, February 21, 2012

KeNaPeR X ELOk MiNuM BeRDiRi??


Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara pe...rubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

Monday, January 16, 2012

Dia DiJaNGKiTi ROTAVIRUS!..

Seperti post aku sebelum nie.. korang tau kan Ainna tak sihat.. dia start muntah² hari Selasa malam.. diikuti cirit birit.. berak cair meleleh.. Rabu siang.. kami laki bini balik awal bawak dia jumpa doc.. sbb mak aku risau satu hari tue dia tak makan apa... minum susu pon muntah... apa saja yg masuk dimuntahkan balik.. badan layu... kesian tengok dia.. badan yg bobot dulu pon dah ketara susutnya.. lepas makan ubat ingat makin ok... tapi.. still.. dia tak leh makan apa²... muntah cirit berterusan.. yg dia boleh masuk mulut pon cuma air kosong.. tapi tak sampai setengah jam masuk mulut.. kat bawah dah keluar... dia cirit... tak tahan tengok keadaan dia... sampai bila nak macam tue.. aku takut dia kena gastrik sebab tak makan apa².. Jumaat kami laki bini amik EL.. bawak Ainna pegi hospital.. aku rasa dia dah dehydrated... dan maser check.. mmg doc suh admit... percutian 3 hari 2 malam di hospital.. En. Ady lar kena jaga sebab Amna exclusively breastfeed.. tak leh nak buat macam mana dah.. merasa lar ayah tido spital kan... betapa boringnya.. tapi demi anak.. lagipun Ainna mmg lebih rapat ngan En. Ady berbanding aku.. biasa lar budak dah ada adik kecik.. sendirian membawa diri.. huhuhu...

Dari rumah.. tak habis aku berdoa.. pagi petang siang malam aku call.. nak pantau keadaan Ainna... Alhamdulillah dia recover cepat.. air doc masukkan melalui tiub memandangkan air banyak hilang dari badan dia.. dari sampel najis anak aku.. doc sahkan ada rotavirus.. mak aiii.. penyakit tue??  Memang aku takot anak² aku terkena virus tue dulu.. tapi aku tak amik vaksin dia.. vaksin dia quite expensive... Ainna dah keluar spital semalam.. nampak lebih segar.. ceria.. dan dah boleh makan... sekarang aku risaukan Amna... jangan lar virus tegar mudah menular tu kena kat si kecik tue... amin.....


 

Ini artikel yang aku jumpa semasa aku search pasal sakit nie... ibu bapa sekalian.. sila ambik tahu... penyakit nie memang bahaya untuk si kecil anda..

*********************************


SETIAP lima minit, empat kanak-kanak atau bayi berumur kurang daripada lima tahun meninggal di seluruh dunia akibat cirit-birit akut sehingga menyebabkan penyahhidra

tan/dehidrasi yang teruk bagi tempoh 1986 hingga 2000.

Setiap tahun, secara global, dianggarkan penyakit tersebut menyebabkan 111 juta kejadian cirit-birit akut yang memerlukan penjagaan di rumah, 25 juta lawatan ke klinik, 2 juta bayi dan kanak-kanak dimasukkan ke hospital, dan 440,000 kematian.

Mereka adalah mangsa penyakit Gastroenteritis Rotavirus (GR) yang disifatkan seorang pengamal perubatan sebagai penyakit yang serius dan sukar dijangkakan.

Pensyarah Perubatan Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Chai Pei Fan berkata demikian kerana kanak-kanak mungkin mendapat jangkitan ini tanpa menampakkan gejala manakala yang lain pula mungkin mengalami gastroenteritis (keradangan gaster dan usus) yang mengakibatkan dehidrasi.

Dalam tempoh semalaman, jangkitan yang awalnya kelihatan ringan boleh melarat kepada peringkat yang mengancam nyawa.

Semua kanak-kanak termasuk di negara ini menghidap penyakit GR sekurang-kurangnya sekali sebelum mencecah usia lima tahun,?katanya pada majlis pelancaran RotaTeq, vaksin yang menyasarkan lima strain rotavirus G1, G2, G3, G4 dan P1 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Buktinya, ujar beliau, satu kajian yang dijalankan di negara ini mendapati seorang dalam setiap 61 kanak-kanak di bawah usia lima tahun telah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan GR.

Dalam perkembangan sama, antara tahun 2001 hingga 2003, kajian berasingan yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Umum Sarawak mengenal pasti GR sebagai punca bagi 38 peratus kes pesakit berumur di bawah lima tahun yang dimasukkan ke hospital kerana gastroenteritis akut. Kajian mendapat kerjasama Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

Bagi menangani GR, sebuah syarikat farmaseutikal global, Merck Sharp dan Dohme baru-baru ini memperkenalkan satu vaksin yang diambil secara oral (melalui mulut). Dikenali sebagai Rotateq, vaksin tersebut berupaya mencegah GR di kalangan bayi dan kanak-kanak yang disebabkan oleh serotip atau strain G1, G2, G3 dan G4, serta G yang mengandungi P1A[8] misalnya, G9).

Sementara itu, menurut Profesor Pediatrik, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Colorada, Dr. Eric Simoes, vaksin itu diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) setelah menjalani ujian klinikal rapi yang melibatkan lebih 70,000 bayi di 11 buah negara.

Katanya, salah satu ujian tersebut ialah Percubaan Kemujaraban dan Keselamatan Rotavirus (REST).

Hasil ujian tersebut mendapati vaksin ini berupaya mencegah 98 peratus kes GR yang serius dan berpunca daripada strain G1, G2, G3 dan G4.

Lagi kes yang melibatkan keempat-empat strain itu, bilangan pesakit yang dirujuk ke hospital dan bilik kecemasan turut dikurangkan sebanyak 94.5 peratus. Bagi kes yang melibatkan strain G9, penurunannya ialah 100 peratus, katanya.

Dalam pada itu, Dr. Chai menyatakan, beberapa gejala jangkitan GR termasuklah demam dan muntah-muntah diikuti cirit-birit berair yang banyak.

Kanak-kanak yang dijangkiti oleh GR yang teruk mengalami cirit-birit atau muntah-muntah lebih 20 kali sehari. Keadaan ini boleh berlarutan selama tiga hingga sembilan hari,?jelasnya sambil menegaskan, kehilangan bendalir tubuh yang banyak boleh membawa maut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penyakit GR mudah tersebar melalui laluan najis ?mulut dan pencemaran makanan oleh najis dan transmisi/pemindahan virus tersebut dari tangan ke mulut.

Sejumlah besar virus ini disingkirkan dalam najis daripada pembawa yang terjangkit (mereka yang dijangkiti virus GR menyebarkan virus berkenaan melalui najisnya).

Selain itu, virus yang tahan lasak itu berupaya hidup dan aktif selama berminggu-minggu pada pakaian, permukaan lantai dan alat permainan kanak-kanak.

Atas sebab itulah, menurut Dr. Chai, ia sering menjangkiti bayi dan kanak-kanak dalam lingkungan umur enam hingga 24 bulan kerana golongan ini kerap memasukkan jari atau mainan yang tercemar ke dalam mulut.

Ditanya tahap kesedaran masyarakat negara ini terhadap GR, beliau menyifatkannya sebagai rendah. Tambahnya: penyakit tersebut tidak memilih mangsanya. Ia berlaku di negara yang maju dan juga negara-negara membangun, tanpa mengira tahap kebersihan dan sanitasi.?

Sehingga kini, ubat tersebut yang berharga lebih RM130 sedos hanya boleh diperoleh di klinik kanak-kanak, klinik biasa dan hospital swasta. Vaksin ini diberikan kepada kanak-kanak mahupun bayi antara usia enam minggu hingga 32 minggu untuk dimakan dalam tiga dos.

Apa itu Rotavirus
Rotavirus merupakan penyebab utama cirit-birit teruk sehingga menyebabkan tubuh menjadi kontang (dehidrasi/tidak cukup air dalam tubuh badan) di kalangan bayi. Ia bertanggungjawab kepada hampir sebahagian besar kes cirit-birit teruk yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital.

Adalah dianggarkan, hampir semua kanak-kanak di serata dunia akan mengalami episod gastroenteritis rotavirus. Seorang daripada lima kanak-kanak akan membuat lawatan ke pakar perubatan manakala seorang daripada 65 kanak-kanak akan dimasukkan ke hospital dan seorang daripada 293 pesakit akan mati.

Gejala-gejala
Lumrahnya, gastroenteritis menyebabkan muntah dan cirit-birit. Untuk menentukan punca-puncanya, pakar perubatan mesti menanyakan sama ada kanak-kanak itu terdedah kepada salah satu punca jangkitan (makanan, minuman atau haiwan), tempoh dan jenis tanda-tandanya, kekerapan muntah atau episod cirit-birit, dan usia kanak-kanak.

Tanda-tanda jangkitan rotavirus merangkumi demam, sakit perut, muntah dan cirit-

birit berair. Cirit-birit boleh menjadi ringan, sederhana atau serius dan boleh berlanjutan sehingga sembilan hari. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi.

Penularan Rotavirus
Bentuk utama jangkitan ialah dari najis ke mulut. Disebabkan oleh keadaan virus ini yang stabil dalam persekitaran, jangkitan boleh berlaku selepas minum air atau makan makanan tercemar dan melalui sentuhan dengan permukaan yang telah dijangkiti.

Seperti penyakit-penyakit mudah berjangkit lain, Rotavirus disebarkan daripada seorang ke seorang lain (daripada individu yang dijangkiti ke individu sihat) atau melalui pengambilan air atau makanan tercemar, atau bersentuhan dengan permukaan yang aktif dengan virus tersebut (seperti lampin, mainan, atau bantal).

Malangnya, membasuh tangan dengan betul sahaja ada kalanya tidak mampu mencegah jangkitan rotavirus kerana ia kebal terhadap kebanyakan jenis sabun dan langkah-langkah menjaga kebersihan.

Jangkitan masih boleh berlaku walaupun pada kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kebersihan yang sepatutnya. Ini mencadangkan bahawa perbezaan dalam persekitaran (air, kebersihan dan sanitasi) tidak mempengaruhi insidennya.

Umur yang berisiko tinggi
Hampir semua kanak-kanak dijangkiti oleh gastroenteritis rotavirus dalam tempoh awal kehidupan mereka, peringkat di mana mereka mudah diserang penyakit tersebut.

Rotavirus:
* Menjangkiti 95 peratus kanak-kanak yang berumur kurang lima tahun

* Biasa menjangkiti kanak-kanak berumur antara empat dan 36 bulan. Kumpulan ini mudah terdedah dan berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk sehingga perlu dimasukkan ke hospital

* Melibatkan semua kanak-kanak dari sebarang etnik, budaya dan sosioekonomi.

* Ia merupakan punca kematian kira-kira 440,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.

Komplikasi
Rotavirus boleh berubah menjadi komplikasi yang teruk dalam masa yang singkat memandangkan jangkitan virus ini yang boleh menyebabkan kehilangan bendalir badan yang banyak.

Jika jangkitan rotavirus tidak ditangani segera, ia boleh mendatangkan akibat yang serius seperti penyahhidratan yang boleh menyebabkan hipovolemia (suatu gangguan yang memperlihatkan jumlah darah yang beredar makin berkurangan), kegagalan peredaran darah malah, kematian.

Kanak-kanak lebih berisiko mendapat komplikasi serius dan kematian akibat jangkitan rotavirus berbanding orang dewasa.

Apabila digabungkan muntah yang kerap, cirit-birit yang berpanjangan boleh menyebabkan penyahhidratan serius dan membahayakan.

Kanak-kanak yang tidak mendapat terapi penghidratan mulut ataupun intravena bagi kes-kes yang lebih serius, mahupun jagaan hospital, boleh mati kerananya.

Apakah yang patut dilakukan dalam tempoh jangkitan?
* Berhati-hati dengan tanda-tanda awal penyahhidratan iaitu hilang selera makan, mulut kering dan kerengsaan

* Kerap membekalkan cecair kepada kanak-kanak yang dijangkiti untuk menggantikan kehilangan bendalir dalam badan ekoran muntah dan cirit-birit.

Apabila kanak-kanak dijangkiti rotavirus dan berada dalam peringkat serius, menjadi satu perkara biasa jika pesakit muntah dan cirit-birit sebanyak 20 kali sehari.

Sehubungan itu, adalah perlu untuk memasukkan kanak-kanak terbabit ke hospital bagi dibekalkan cecair secara intravena (suntikan dalam pembuluh darah).

Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus biasanya mendapat rawatan sokongan bagi mengawal gejala-gejala dan komplikasi penyakit itu. Penyahhidratan selalunya dikawal melalui terapi rehidrasi/penghidratan semula melalui mulut.

Bila perlu berjumpa doktor
* Jika kanak-kanak gagal mengekalkan kandungan cecair bagi tempoh lebih 24 jam

* Jika kanak-kanak terbabit ternyahhidrat

* Jika muntah-muntah lebih daripada tiga jam

* Kanak-kanak yang dijangkiti itu mestilah tidak diberikan sebarang ubat-ubatan untuk menghentikan cirit-biritnya kecuali yang diarahkan oleh pakar perubatan.

RotaTeq mencegah RotavirusOleh: AU YEONG HOW

Thursday, January 12, 2012

JaNGaN BiARKaN KeJaHiLaN MeRaCuN DiRi..

Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.

Dari manakah arsenik yang datang?

Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu.

Profesor dengan berhati-hati melihat kandungan dari < h. Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan. Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!' Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan? Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si mati.'

Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah. Masalahnya ialah bahawa dia makan sebahagian besar udang semasa makan malam. Makan udang tidak mendatangkan masalah dan tiada apa yang berlaku kepada keluarganya walaupun mereka telah sama-sama udang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama si mati juga mengambil vitamin C ', itulah yang mendatangkan masalah!

Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat, mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium. Makanan itu segar dengan sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia. Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.

Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata.

Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, JANGAN makan udang apabila mengambil vitamin C '.




Thursday, December 15, 2011

HaTi² PeMaLSuAN BoRaNG BaNTuAN RM500 : BR1M


Perhatikan semua yang di-highlight-kan.. sebar²kan pada pakcik makcik sumer.. kesian pada mereka yang teraniaya dan tak tau apa².. sekarang nie macam².. ada² jer makhluk² yang suka menangguk di air keruh.. mengambil kesempatan bila saja berpeluang..

Untuk makluman.. di bawah adalah borang asal BR1M.. nampak bezanya??





Untuk makluman, borang-borang permohonan BR1M boleh didapati secara percuma di Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah- sekolah terpilih, Pusat Cawangan dan Pusat Khidmat Hasil LHDN di seluruh negara serta boleh dimuat turun dari laman web Kementerian Kewangan ( www.treasury.gov.my ). Borang BR1M tersebut juga boleh didapati di akhbar-akhbar utama tempatan pada hari ini.

Bagi sebarang pertanyaan dan perkara berkaitan, Bilik Operasi BR1M, Kementerian Kewangan beroperasi pada setiap hari bekerja (Isnin-Jumaat) mulai 9.00 pagi hingga 5.00 petang di talian 1-800-222-500 (Hotline) atau email belanjawan2012@treasury.gov.my.

Kat bawah nie pulak.. mekanisma kerajaan lakukan bagi memastikan siapa yang layak menerima bantuan ini..





Klik pada gambar untuk tumbesaran okeh!

Akhir kata.. Jangan tertipu..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails