.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE
Showing posts with label Coretan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Coretan Ramadhan. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

10 Malam TeRAkHiR..

Aku tertarik dengan perkongsian teman di FB.. sedar tak sedar kita dah memasuki 10 malam terakhir Ramadhan.. cepat betul masa berlalu kan.. _________________________________________________________________

Hari ini 17 Julai 2014 bersamaan 19 Ramadan 1435H.

Jika hari raya pertama jatuh pada 28 Julai 2014, ini bermakna kita hanya berpuasa selama 29 hari untuk bulan Ramadan pada tahun ini.

Oleh itu kiraan 10 malam terakhir dikira seperti berikut:

29 Ramadan - 0 malam hari raya
28 Ramadan - 1 malam terakhir
27 Ramadan - 2 malam terakhir
26 Ramadan - 3 malam terakhir
25 Ramadan - 4 malam terakhir
24 Ramadan - 5 malam terakhir
23 Ramadan - 6 malam terakhir
22 Ramadan - 7 malam terakhir
21 Ramadan - 8 malam terakhir
20 Ramadan - 9 malam terakhir
19 Ramadan - 10 malam terakhir

Semoga kita semua dianugerahkan hidayah dan taufik untuk menunaikan solat sunat terawih setiap hari sebagai anugerah hanya pada bulan Ramadan terutama menjelang Lailatul Qadr. (Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu menyamai amalan selama 83 tahun 4 bulan).

Memperbanyakkan amalan sunat seperti tilawah Al-Quran, bersedekah dan lain-lain dengan tidak mengabaikan amalan fardu yang terlebih afdal iaitu Solat lima waktu yang menjadi syarat penerimaan seluruh amalan.

Wallahu A'lam

#SuhaimiMS
#Ramadan
 

 

Thursday, July 10, 2014

12 Ramadhan Dah..

Sedar tak sedar sudah hari ke-12 kita berpuasa.. Alhamdulillah berjumpa kita dengan Bulan Ramadhan tahun ini.. posa korang macam mana?  Posa aku.. hurm.. masih mencuba membentuk diri menjadi lebih baik dari yang sebelum² nie..

Ramadhan tahun nie aku rasa agak mencabar.. dugaan datang silih berganti.. bukan pd kami sahaja tapi juga pada insan2 yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam kehidupan kami.. kadang² aku tak tau nak letak level iman aku kat mana.. masih pada tahap yang samakah.. lebih baik atau lebih teruk.. menakotkan bila pk.. ajal semakin hari semakin dekat.. tapi bekalan takat² tu jer.. cukup ker??

Minggu pertama posa.. kelam kabut adjust masa.. yerlah waktu pejabat pon dah berubah.. masuk lebih awal sebab nak balik lebih awal.. bulan posa = bulan jem.. kadang² aku tak tau apa yg depa nie kalut sangat pakat nak balik awai.. termasuk yg non muslim semua... adoyaiiii.. kalau semua balik macam biasa rasanya tidaklah sesesak ini.. letih ooo main cluth bg yg drive manual car macam aku nieh..

Orang kata bulan posa.. bulan mengawal nafsu.. termasuklah amarah.. yg aku perhatikan.. aku menjadi agak emosi dan pemarah semenjak dua menjak nie.. dah macam rabbit beranak kecik.. aduhaiii.. kadang² bukan nak sangat.. tapi tak boleh nak control.. emosi bergolak disebabkan hormonkah??  Ntahlah.. sekarang aku sedang belajar bagaimana untuk menenangkan diri..

Tahun nie aku ikut saran ustaz².. tak paksa anak² posa.. tapi paksa depa semayang.. wahhh.. kemain happy lar depa.. kalau terlajak tak sahur.. pagi² dorang dah bangun makan sarapan.. amboiboi... padahal kalau bangun sahur sekali pon.. bukannyer dorang makan sangat.. nak suh minum air pon sampai kena paksa.. huhhh... macam² peel.. tak macam aku kecik² dulu.. nak ponteng sehari posa pon rasa sayang.. kalau boleh tetiap thn nak posa penuh..

Bermula bulan Ramadhan nie.. aku dah paksa si Aisha solat sama² ngan kakak dia.. dia dah darjah 1 pon.. masalahnya dorang nie awal² nak solat jer semangat.. bila hari² dah makin liat.. pening paler aku.. asyik kena tanya.. kena suruh.. selalu pulak persoalkan.. kenapa kena solat.. solat penat lar.. macam² lar.. mudah²an Allah permudahkan aku dalam mendidik dorang mengenal Allah.. mengenal agama.. biar ilmu dunia selari dengan ilmu akhirat.. aku takmo anak² jahil ilmu agama..

Aku harap sangat dapat harungi bulan penuh barokah ini dengan tenang.. fokus untuk beribadat.. tapi hati tersayat pilu atas apa yang menimpa saudara² kita di Palestin.. Syria.. Myanmar.. sedih.. sedih.. sedih.. kenapa umat Islam selalu tertindas dan ditindas.. dan kenapa negara² yang bergolak kebanyakkannya negara² Islam.. sampai bila perkara nie akan berlarutan.. akan datangkah satu masa.. semua umat Islam seantario dunia bersatu demi agama Allah.. aku menanti saat itu..

Oklah.. Selamat Berpuasa.. semoga ibadah kita diterima Allah..

Ramadhan Kareem..



Tuesday, August 6, 2013

RoH YaNG KeMBaLi Di BuLaN RaMaDHaN..


Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.

Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.

Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.

Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.

Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan...........

****************************

Esok nak ziarah kubur Abah... 


 

Wednesday, July 31, 2013

TaNDa-TaNDa LaiLaTuL QaDaR..


1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)

(1). Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik
, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.

(2). Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.
Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.

3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
Rasulullah SAW bersabda:

Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.

Hendaknya memperbanyak membaca doa pada Lailatul Qadar:
Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:

“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:

Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. HR Ibnu Majah, no. 3982.

4. Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.

Formula Malam Lailatul Qadar :-

Menurut Formula Malam Lailatul Qadar oleh Imam Ghazali
Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
[1] Ahad @ Rabu – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa @Jumaat – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
[4] Khamis – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-25
[5] Sabtu – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-23

Wallahulam bissawab… Marilah kita merebutlah 10 malam terakhir ramadhan.. Jangan lupa rujuk Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar. Sesungguhnya belum tentu ada untuk kita ramadhan yang akan datang.
 
 

KaSuT BuRuK..

Korang pernah dengar citer nie.. memang dah lama ada kat internet kan.. membacanya aku sedeh.. menontonnya aku menangis.. 

Menjadi guru bukan setakat menghukum.. guru yang baik bukan setakat mengajar.. tetapi mengambil berat tentang anak didiknya.. aku salute ngan cikgu nie.. sanggup turun sendiri melihat keadaan sebenar.. budak².. bukan semua pandai berterus terang.. jangan gunakan bahasa kekerasan.. tetapi gunakan bahasa kasih sayang.. sekeras² manusia.. ada satu sudut lemah baginya... sempena Aidilfitri bakal menjelang.. jgn dilupakan mereka yang malang.. berilah apa yg kita mampu.. berkongsilah dengan mereka walau sedikit..

Salam kasih sayang..

 

Friday, July 26, 2013

Salam NuZuL QuRAN..

Sejuk sungguh hari nie.. hujan lebat betul.. sekarang baru pukul 12.26 tengahari.. Hari ke 17 berpuasa.. yer.. hari inie hari Nuzul Quran.. Alhamdulillah  di atas rahmat dan berkat Allah.. masih berpeluang berpuasa penuh.. 


Orang Selangor cuti.. Anak² bersekolah di Selangor pon cuti.. jadi jalan lengang lar sikit.. Orang KL macam kami nie jer tetap bekerja walaupon tinggal di Selangor.. huhuhu... walaupon keluar awal dan almost sampai awal ke opis pagi nie.. tapi.. tersangkut jgk dek sekatan lalulintak pak polisi... aduyaiiii... bikin tensi pagi².. tak pasal² aku kena balik lewat 9 minit gara² masuk lewat 9 minit... sib baik lar sekarang nie diawalkan balik setengah jam awal dari waktu bekerja biasa.. walaupon lewat sikit tapi legaaa... masih tetap awal dari hari biasa..
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5) 

SALAM NUZUL QURAN...


Wednesday, July 24, 2013

FitNaH itu LeBiH DahSYaT dari MeMBuNuH..

Betapa mudahnya fitnah tersebar dalam dunia yang serba canggih inie.. dunia makin maju tapi sikap manusia tidak pernah berubah.. menabur fitnah.. menghukum tanpa usul periksa.. khabar angin tersebar lebih pantas dengan ketikan satu jari.. Astagfirullah! Mudah²an kita tidak tergolong di kalangan mereka yang suka menyebarkan fitnah dan menjadi mangsa fitnah... aaammmiiinnn...

Jangan terlalu mudah mengeji.. kita tidak tahu duduk perkara sebenarnya.. jangan terlalu mudah menghukum.. kita bukan Tuhan untuk menentukan syurga neraka.. kepada yang menyebarkan fitnah.. diharap cepat bertaubat.. dosanya lebih besar dari membunuh!!

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Baca luahan  Farah Asyikin anak kepada Pengetua Sekolah yang tersebar beberapa keping gambar.. kononnya menyuruh pelajar non-muslim dan yang tak puasa makan di tandas sekolah..
*************************

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

I'm usually fast at writing my post but this time I'm stuck. No words can reveal my frustration about what has been happening. I scroll through my facebook wall and I just couldn't bear all the fitnahs that have been going. I'm crying inside. Very loud. Trying my best not to curse out-loud during this holy month. People are talking as if they knew everything. I can't even believe some of them are actually my friends. I can't blame them. They don't know the real story. So they have the right to talk?? To post whatever they want? Even things that are damaging to people involved?

As most of you have known or heard of it's the very famous story of the school that 'forced' non-muslims to eat in the TOILET. Oh my goodness for the sake of your religions and beliefs it is a CHANGING ROOM to begin with. Now some other people don't even care to know the difference. They ARE DIFFERENT! And do you even know the condition of the place to say that it's dirty, not hygienic and whatnot? You're not even there. Why are you rubbing salt to the wounds? Do you really not know, heard or even care about RACIAL SENSITIVITY? If you do why is there only non-muslims in that photo even though muslim students ARE ASKED to do the same if they aren’t fasting. They are not given extra treatment, to eat in a luxurious dining hall. They are all treated equally. Just the fact that there are more non-muslims who aren’t fasting makes it a bigger deal. Do you see what I see now?

I'm very deeply wounded by this and ESPECIALLY WOUNDED because it's my dad who is involved in this matter. Yes it's my freaking DAD. He is the headmaster of the school and only God knows how many times I have rethink about posting this on my wall but things have gotten too serious for what it's worth and I can't help but to do something, at least by doing this. Who am I again? Who are going to read my post? I'm just like any other medical student studying overseas under the blessings of duit rakyat, and temporarily back in Malaysia for summer holiday, hoping to spend a good time with my family, but now this?

My dad is the most motivated headmaster I've ever met and yes you may think I say this out of bias as a daughter but hey aren't your dad the best dad in the whole world for you? I know my dad so well. He may be a person who is inclined to support the government, but he will NEVER abuses his power to do anything like has been accused by some irresponsible parties. He comes back everyday from work boasting about his school's potential. About how the kids have grown better in both academics and co-curiculums. He never stops asking me and my brother questions about how to improve his school. Urging us to go to his school to give out speeches to motivate the students to reach out for their dreams. To become role models to the society and do not let the society ruins you no matter what. Ironic enough, it's the society who ruined him.

What makes things worse is people keep on posting bad things about my dad, even attacking his posts he's made in the past that I need to deactivate his facebook for a while to protect him from those horrendous comments and threatening messages that he didn't even know about.

Please people, if you still have the slightest bit of humanity stop the fitnah. Do you not fear of the consequences of spreading fitnah? Do you not fear of God's punishment? I'm writing crying my heart out with the intention of being able to reach out to your decent hearts, please STOP! In the name of Allah, in the name of God, please, PUTTING ASIDE WHICH POLITICAL PARTIES YOU'RE ON, just think of me from a perspective of a daughter who cares about her dad. I'm sure you all know how I feel. If you think I'm writing this to gain sympathy, you're damn right I am. If that's the least that I can do for my dad.

FYI, because of your ruthless thought Mr. Author, my dad is now with the police, to be investigated. Seriously is my dad really that bad of a person? I think it's enough for me not to agree with that. And I'm sure all of the people who truly knows him would be on my side. Tabahkan hati Farah. InsyaAllah Allah bersama org teraniaya. The truth will be revealed. I’m praying hard for that. And I believe those who are my friends are with me. No matter what your skin colour or beliefs. People who knows me knows me well and I believe in them and those who don't, don't even bother to stalk my life finding faults in mine. Cause I'm sure some of you have done that to my dad. May God guide your life. You can read the post in the picture if you would even bother.
 *************************

Hal sebenar di sebaliknya untuk mencerahkan kabut.. menjernihkan suasana... menghentikan permusuhan kaum... hidup satu Malaysia jangan suka berbalah.. bersatu kita teguh.. bercerai orang lain tepuk tangan... baca lagie.. 






 *************************
Isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang saya jumpa (terima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan link blog tersebut). Ini adalah terjemahan nya.

Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:

1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.

2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.

3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.

4. Bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.

5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin"

6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.

7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.

7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.

8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.

9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.

10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .

11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.

12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.

Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.

- gambar dibawah sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi "layanan buruk" kepada pelajar bukan islam. Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu selera.
 

Link: http://dhanyaraam.blogspot.com/2013/07/canteen-in-changing-room-facts-that-you.html -- N.A
 ************************* 

Mudah-mudahan kita selalu bersangka baik.. latihlah diri untuk tidak berburuk sangka.. sangkaan yang kotor datang dari hati yang tidak bersih.. sama²lah kita muhasabah diri di hari dan bulan yang mulia ini..

 

Wednesday, July 17, 2013

Monday, July 15, 2013

ISTIDRAJ itu LuPa DaRaTaN..


Mudah²an kita tidak tergolong di dalamnya.. ammiiinnn...

*************************
 
APA ITU ISTIDRAJ?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!

Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.

Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj.

Jangan!

Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam


Friday, July 12, 2013

BuaH TuE MaCaM BoNtOt!!

Salam.. hari ke 3 sudah puasa.. dan hari pertama juga terlajak tido.. maka tidak bersahur lar kami sefamili.. hehehe.. macam lar tak biasa tak bersahur... org kata biler kita niat jer puasa.. otomatik.. rasa lapar tu kurang.. walaupon kita tak bersahur... kalau terlajak lar.. tapi adalah sangat bagus kita bersahur walaupon hanya dengan sebiji kurma dan air kosong... dapat pahala.. 

Alhamdulillah semalam dapat solat tarawikh dengan tenang.. tak pedih ulu ati macam first day aritue.. agaknyer betul mak aku cakap.. aku pedih ulu ati maybe sebab berbuka minum air asamboi yg adik aku beli... perut kosong masuk benda masam² kan... jadi acidic.. hmmm pandai Tok.. ekekeke

Alyaa?? Arinie aku tak tau lar dia nak posa ker tak.. yerlarr.. kan tak bangun sahur.. sian pulak kan budak².. jadi aku cakap kat dia.. "Kakak... airinie Kakak cuba posa dulu.. kalau tak tahan kakak boleh bukak sebab kakak tak sahur.." Aku tak nak dia paksa diri dia.. berpuasa belum wajib atasnya.. ini sekadar latihan untuk membiasakan ibadah dalam kehidupan.. selamat si Aisha tido umah Tok.. maka bersahur lar dia dengan jayanya... 

Semalam mak aku citer.. dia saja² tanya Ainna.. Ainna posa tak arinie.. dia ngaku dia posa.. sebab dia bangun makan sahur sekali ngan kakak² dia.. bagi dia bersahur itu lar maksudnya berpuasa... makan tak makan waktu siang belum masuk dalam pemahaman seorang anak yang baru berusia 4 tahun ini.. hehehe... tak per pelan² konsep akan diterapkan.. 

Waktu berbuka semalam (kitorang hari kerja berbuka kat umah mak.. sama² masak.. sama² p solat tarawikh.. umah mak aku depan surau.. jadi.. senang) En. Ady ada beli buah appricot yg segar.. katanya tingin nak raser masa berbuka.. korang pernah tengok buah appricot yg belum diproses??  Nin dia..


Budak² amik sorang satu... makan... masing² buat muka pelik... (aku suker jer.. tapi mmg lebih sedap yg telah diproses..) tak suka dengan rasa dia... hurrrmmm biasa lar budak².. sebelum balik ke rumah sendiri lepas tarawikh tue... En. Ady tanya lar si Ainna... "Nana.. sedap tak buah appricot tue?? Nak bawak balik tak??"  Tau dia jawab apa?... "Nana tanak lah... buah tue tak sedap.. dah lar rupa dia macam bontot!"  Wakakakaka... ada² jer budak² nie... terus aku amik buah tu dan belek²... a'aa larrr.. ada lar jugak ruper bontotnyer tue... hehehehe

 Korang raser??

 

Thursday, July 11, 2013

Puasa hari Ke-Dua..

Tetiba mood terlebih romantik arinie..  ujan.. sejuk.. suram.. suasana melankolik di pagi Ramadhan membuatkan perasaan terbuai².. mengantuk.. ekekeke... dan aku tujukan lagu kat blog aku nie buat semua lady² yang perasaan kasih sayangnya melimpah ruah... your the lady... YEAH!! YOU yang tengah baca entry inie...Oooppsss you lelaki eak.. sowiii... hihihi

Hari kedua berpuasa dah meraban merapu pepagi buta... bukan per.. aku senaman jari yg dah kebekuan dek air cond dan cuaca yg mendung... I teraser macam berpuasa kat London you... hahaha!! Posa korang camner??  Aku camnie lar... masih dengan pegangan tahun lepas... puasa tahun ini juga nak wasatiah.. atau wasatiyyah yang juga bermaksud Moderate dalam bahasa Inggerisnya... yer.. bersederhana dalam segala hal... untuk berbuka pon... masak makan macam biasa² sahaja.. tak rambang mata.. tak pening kepaler nak makan mana dulu waktu berbuka... hehehe... rileks dan konsentrasi... lauk biar tak banyak.. tapi bangkit seleranya... dan mengenyangkan... dan... ek eh eh.. citer pasal makan lar pulok... sowiiiii.... ada lapan jam lagi sebelum maghrib... 

Ohhh yer... kalau tahun lepas Alyaa sorang berpuasa... dan dia berjaya ponteng 9 hari... itu jumlah hari kami terlepas sahur.. terlambat bangun.. abis.. sian kat dia... kami yg tua nie posa lar.. tapi dia diberi kelonggaran.. tahun nie Alyaa ada saing posa sama²... Aisha pon dah mula berlatih puasa... aku cakap kat dorang... kita tgk sapa terer.. hehehe... Alyaa dari semalam balik dari sekolah.. tak abis² suh tgk jam... "Baper minit lagi Yah.. baper minit lagi Bonda... Kakak lapar lar...."  yang si Aisha laks Tok dia kata puas berperang... biler Tok suap adik dia si Ainna ngan Amna makan dia tenung² dalam² macam org tak puas hati... dia cakap ngan Tok.. "Makan tak boleh.. Aisha nak minum sikit boleh... Aisha dahaga sangat nie".. sampai satu tahap dia jerit kuat²... "BILA NAK BUKA POSA NIIIIEEE???" Ekekeke... aduhai Aisha.. maka pening lar mak aku bagi ayat penenang... siap sediakan spray air kononnyer air jampi boleh kuatkan badan... ekekeke...

Tapi biler aku balik dari keje.. tgk dia kat umah Tok.. bukan main bertenaga lagie... baru sudah mandi... depan kakak dia bukan main dia berlagak dia kuat posa satu hari... dorang dua org nie memang tak sah kalau tak bersaing.. masing² nak tunjuk hebat.. dalam belajar... dalam bersukan... dalam pertunjukkan atas pentas... dalam agama pon... anak²... dedua berjaya menyudahkan puasa di hari pertama dengan susah payahnya... Alhamdulillah...

Selamat Berpuasa Semua..
Aku??  Telah mula diserang pedih ulu hati start yesterday.. sangat² tak tahan solat tarawikh sampai nak terbongkok pegang perut... berpeluh².. menggigil... hypo... rasa macam nak pitam tunggu imam abiskan surah yg agak panjang... aku memang dari kecik tak bleh berdiri statik satu tempat lama²... low blood... tingat time kawad rumah sukan sekolah rendah juga kawad Kesatria maser kat UiTM... memang aku akan dikeluarkan dari barisan.. tak tertahan lagi.. sebelum aku pengsan dan menyusahkan semua orang.. nak tanak aku solat duduk masa rakaat kedua... biler duduk tahan sikit pedih tue... org mesti pelik tengok org sihat dari luaran cam aku nie semayang duduk... sakitnya hanya Allah yang mengetahui...

Well... hari nie harap dijauhi serangan pedih ulu ati itu... sungguh selesa kalau dapat beribadat dengan tenang...  mudah²an ibadah kita diberkati... aaamiiinnn..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails