.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE
Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Friday, May 4, 2012

BOB KUMAN yang DiKeNaLi..



Berita pemergian Bob...membuat saya terkilan. Ketika saya di Sabah...Bob menghubungi saya, katanya, "Man kau ok kat sana...Tentang show dkt Universiti KL yg kau suruh aku pg tu Insyallah aku akn pg. Pasal bayaran kau jgn kisah...aku nak tolong agama Allah je..." ...Kemudian saya berjanji dgn Bob utk menziarahinya sewaktu saya di Kuala Lumpur nanti...Malangnya saya terlupa utk berbuat demikian.


Pengenalan saya dgn Bob bermula pada tahun 1997 lagi. Ketika itu dia baru mengeluarkan album sulungnya. Sejak itu hubungan kami sgt baik. Keluar makan bersama dan kami pernah ke Singapura dan Terengganu bersama-sama.


Orgnya cukup baik dan tak berkira walaupun dia sebenarnya dlm kesusahan. Pertemuan terakhir kami ketika saya menganjurkan konsert Khalifah Seni di Pulau Marina, Manjung Perak. Sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur dia memanggil saya dan kami berbual panjang. Antara topik menarik, kata arwah, "Man aku nak kahwin lagi. Bukan apa kalau aku sorang2 susah juga. Pendapat kau bagaimana,".


Saya bersetuju tetapi dlm perbualan hari itu yg menyentuh perasaan saya katanya, "Man kau jgn bimbang pasal bayaran mana kau panggil aku akan pergi. Aku nak tolong agama Allah ini sampai aku mati. Kau jangan serik panggil aku lagi. Aku betul2 nak bertaubat kpd Allah..."


'Untuk sahabatku Bob...Kau pergi kerana masanya sudah tiba. Sudah tertulis ajalmu pada hari ini. Jgn kau sedih kerana kawan-kawan mu yg lain juga akan dipanggil kembali sepertimu utk berhadapan dgn Allah di padang Masyar nanti. Cuma masa yg ditulis utkmu agak awal dari kami.


"Siapa saya utk bertanya kpd Allah kenapa kau dimatikan di usia yg muda. Sedang kematian itu telah ditetapkan oleh Allah. Apapun Bob, bersyukurlah dan beruntunglah sahabat di saat-saat pemergianmu, kau mendapat hidayah Allah. Sesungguhnya Allah akn mengampuni jika seseorang itu benar2 bertaubat.


'Buat sahabat-sahabatku FB ku, kadang2 bila diingatkan kembali dlm perjalanan kita menuju akhirat...apalah gunanya hidup tanpa beramal kpd Nya, apalah guna hidup jika kita tidak membantu agama Allah (membuat usaha agama), apalah guna hidup jika tiada pengorbanan yg kita lakukan. Apalah guna hidup jika takut menegakkan kebenaran. Oleh itu teman, dgn peluang yg masih ada ni, bertaubatlah dan beramal bersungguh-sungguh...Bila malaikat maut memanggil mu tiada lagi apa yg mampu kau lakukan'
'Buat Bob...Kau tetap diingatan. Ku sedekahkan al-fatihah dan semoga Allah meletakkan Rohmu bersama-sama org beriman dan para sahabat2 Rasulullah.



Kecil Besar.. Tua atau Muda.. Kita akan kembali bila tiba Waktunya..
 Tetapi.. yang tidak dapat dipastikan.. sempatkah kita bertemu denganNya dalam keadaan yang BERSEDIA..

Al-Fatihah
Mudah² Arwah ditempatkan di kalangan hamba²Nya yang Soleh dan Beriman.. Aaamiiin..


Sunday, September 26, 2010

..Kembali satu RoH.. KuRnia SaTu NyaWa..

Salam buat semua pembaca blog Bonda.. maaf kalau semalam blog aku ini membisu seribu bahasa.. sebisu hatiku yg terkedu menyambut berita.. seharian aku tidak di rumah mahupon di pejabat..

Raya tahun nie memang sukar dilupakan.. penuh mencalitkan pelbagai warna dalam diari kehidupan yang aku tempuhi..

Pagi tu (Jumaat, 24/09/10 - semalam)  En. Ady dapat misscall berkali² dari adiknya di pagi buta.. ada sesuatu yang tak kenakah..?  Atas rasa ingin tahu yg penuh tanda tanya.. panggilan kembali dilakukan.. masa
tu kami sedang bersiap untuk ke pejabat.. aku yg sedang menyapu lipstick di bibir memasang telinga mendengar perbualan mereka adik beradik...

"Apa??  Abang Atan... Innalillah hiwainnailahirojiun..." Belum sempat En. Ady menyudahkan perbualannya di telefon aku menyerang dengan soalan bertubi²...

"Sapa bang?? Saper meninggal??!"

"Abang Atan meninggal.. pagi tadi.. suspect denggi berdarah.."

"Ya Allah!!  Innalillah hiwainnailahirojiun.. Aku dah cakap dah.. dah cakap dah malam tu.. demam jangan main².. pegi hospital..." Seolah tenggelam punca aku bercakap pada diri sendiri penuh emosi.. agak terkilan.. baru minggu lepas sepulang dari kampung kami singgah di rumahnya.. hari itu bermula dia demam kuat.. badan panas sekali.. dia kelihatan tidak bermaya..

Apapon ajal dan maut di tangan tuhan.. siapalah kita hendak menghalangnya.. Abang Atan suami kakak En. Ady yang baru 2 tahun 2 bulan melayari rumahtangga meninggal dunia kira² jam 6.00 pg, di hari penuh barakah hari Jumaat penghulu segala hari.. mudah²an roh Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba²Nya yang Soleh.. dilepaskan dari azab siksa alam kubur dan api neraka..


Pemergiannya tidak diduga.. mengenalinya terlalu singkat.. tetapi dia telah meninggalkan kesan di setiap hati insan yang mengenalinya... Allahyarham seorang yang riang.. baik hati.. ramah.. mesra dengan semua orang tidak kira baru mahupun telah lama dikenali.. seorang ayah yang penyayang.. seorang menantu yang rajin.. sentiasa bersedia membantu tidak kira masa.. bila sahaja keringatnya diperlukan.. beliau juga seorang yang pandai mengambil hati juga sangat suka bergurau.. pendek kata di sampingnya diri tidak akan terasa terasing dan suasana sentiasa ceria..

Allahyarham meninggalkan kakak dan enam orang anak (4 anak Allahyarham dan 2 anak Kakak).. kini tinggallah kakak kembali seorang diri menempuhi hidup ini.. alangkah kosong.. alangkah sunyi.. tak terbayangkan dugaan demi dugaan terpaksa ditempuhinya.. aku sangat² simpati.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul... apa perancangan masa depannya.. apa yg terbentang di hadapan.. apa yang harus dihadapi sepanjang jalan.. mudah²an Allah berikannya pelangi..

Melihat keadaan kakak.. membuatkan aku cermin diriku sendiri.. betapa apa yg akan aku lakukan sekiranya perkara yg sama terjadi terhadap diriku... akankah aku setabah dirinya..?  Melihat anaknya Syafikah menangis meratapi pemergian ayah tiri yang baik hati.. membuatkan aku terbayangkan wajah anakku Alyaa yang sebaya dengannya... wanita² di luar sana.. tabahkan lah hati kalian... kuatkan semangat.. tetapkan iman.. bercerai hidup dan bercerai mati.. mana yg lebih pedih??  Lebih sengsara??  Aku menyaksikan kedua²nya.. bagaimanapun.. hidup tetap harus diteruskan... persediakan diri menghadapi sebarang kemungkinan... sesungguhnya kita hanya merancang.. Allah jua yang menentukan..

Di hari yang sama.. iparku pula sedang bertarung nyawa di bilik bersalin.. menantikan kelahiran cahaya mata sulong.. selama lebih 10 jam bertarung akhirnya lahirlah satu nyawa ke dunia.. Mohd Iskandar Zakuan diberi nama.. ahli baru keluarga ini masih di ICU.. di atas pemantauan doktor.. Insyaallah si kecil sihat dan tidak apa².. mudah² dibenarkan pulang sehari dua ini..

Ironinya kehidupan... roda berputar.. kembalinya satu roh.. dikurniakan pula satu nyawa.. Allah Maha Besar..


 

Monday, April 12, 2010

Jenayah BERMAHARAJALELA..

Semalam sedang aku memasak bihun sup permintaan budak².. tiba² telefon En. Ady berdering.. kedengaran suara En. Ady yang terkejut menjawab panggilan.. dlm hati.. terdetik mesti sesuatu yg tidak baik diberitakan...

"Yang.. Paman Darman.. kena rompak.. abis kepala kena tetak ngan parang.. tangan patah.. " En. Ady dengan cepat menjawab pertanyaanku sebelum sempat aku keluarkan dari mulut..

"Astargfirullah halazim.. teruknya.. macam mana boleh jadi.." Aku sungguh terkejut.. dan tak sangka perkara macam nie akan terjadi kepada orang2 yg kami kenal..


"Entah.. abg pon tak tau sangat.. tadi makcik cakap.. dia kena rompak maser bawak teksi.. abis teksi² sekali dorang bawak lari..."

Kitorang lawat Paman Darman tengah hari tu.. masak siap.. makan tak sempat.. sebab nak cepat.. Paman Darman (Sepupu my FIL) dirawat dalam ICU.. ramai jugak yg turun tengok.. Paman Darman keje bawak teksi.. satu pekerjaan difikirkan mudah tetapi sebenarnya amat berisiko.. dan itulah yang telah terjadi.. bilamana Paman menjerat diri sendiri dengan mangambil penumpang yg rupa²nya seorang perompak... sampai di satu selekoh di Selayang.. teksi yang dipandu dilanggar dari belakang.. penumpang yang tadinya ramah bertukar kini terserlah niat sebenar.. tanpa sapa atau kata.. ketika pintu dibuka utk menyelesaikan hal pelanggaran.. Paman terus dilibas dengan parang... seramai 5 orang lelaki berbangsa India termasuk penumpangnya tadi.. membelasah.. merompak wang juga membawa lari teksinya... dia dibiarkan tersadai di tepi jalan... Nasib mengasihani anak²nya yang baru ditinggalkan ibu.. Polis peronda melalui jalan itu dan menyelamatkan nyawa Paman.. sangat malang nasib keluarga ini.. sudah jatuh ditimpa tangga.. kami hanya mampu bersimpati.. yang menanggung tentu lebih berat di hati...

Berhati²lah kawan².. Semoga kalian dan aku.. kita sama² dilindungiNya.. Sangat risau dengan dunia masa kini... jenayah berlaku di mana² walau pon rumah tempat berlindung paling selamat kini sudah tidak setenteram dulu lagi...

Takziah buat famili Paman sekeluarga....


Friday, April 2, 2010

DIN BERAMBOI telah pulang ke RAHMAT Allah...

Sebak mendengar berita pagi tadi... akhirnya janjinya telah tiba jua.. giliran kita entahkan bila... semoga keluarga dan waris beliau tabah dan tenang dengan ujian ini.. redha dan relakan pemergian Allahyarham.. semoga beliau ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh.. dilepaskan dari azab siksa alam kubur... dan siksa api neraka...



Hidup Hanya Sementara....

Gunakan masa yang kita ada sebaik²nya....

~ Al- Fatihah ~


Wednesday, March 31, 2010

Din BeRaMBOi MaSuK ICU!!

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my
2010/03/31

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali Din Beramboi (gambar), 43, kini dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Bahagian Kecemasan Hospital Selayang (HS), di sini, selepas mengadu mengalami demam kuat dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus, kelmarin.

Malah, pihak hospital menjelaskan pelakon ‘Wakenabeb’ di ntv7 itu memerlukan darah jenis O dengan segera dan merayu sumbangan darah daripada orang ramai dalam tempoh masa 24 jam.

Sebelum terlantar di HS, Din Beramboi yang juga deejay di Radio Era dipercayai mengalami demam sebelum mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang, dekat sini.

Bagaimanapun, selepas menjalani pemeriksaan kira-kira jam 9 pagi, beliau yang turut menjadi juri dalam rancangan Raja Lawak kemudian dirujuk ke HS untuk pemeriksaan susulan kira-kira jam 3.30 petang.

Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran, memberitahu ini kali pertama Din Beramboi mengalami masalah kesihatan agak serius sedangkan sebelum ini, dia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam urusan kerja malah sanggup datang bertugas di konti meskipun demam.

“Bagaimanapun, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada mengadu kepada saya mengatakan tidak boleh tidur dan demam menerusi SMS.

“Keadaannya semakin serius semalam (kelmarin) sebelum dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Nazri berkata, Din Beramboi kini dipantau doktor yang menjaganya malah turut ‘ditidurkan’ bagi menjalani pemeriksaan lanjut di hospital berkenaan.

Difahamkan sebelum kejadian, Din Beramboi menggantikan tugas seorang pelakon lain ketika menjalani penggambaran di sebuah zoo di ibu negara.

Bagaimanapun, sejurus selepas selesai penggambaran, pelawak itu mengadu mengalami lemah badan dan kurang sihat kepada isterinya, Suhaini Che Man, berusia lewat 30-an.

Sementara itu, jurucakap HS ketika dihubungi menyatakan, keadaan pelakon itu kini agak kritikal dan sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

*********************************

Petikan berita di atas aku ambil dari MyMetro Online. Berita nie rasernyer mengejutkan banyak pihak.. sebab aku pon terkejut.. dari semalam lagi... sebab dah ada blogger yg blog pasal nie.. ingat ker lawak ker aper ker.. rupa²nyer betul biler tgk TV3 nyer news highlight pagi tadi... dan bacer sendiri berita ini di muka² depan akhbar utama... segala yang berlaku tidak terduga.. kesihatan harta paling mahal di dunia nie.. kesihatan adalah nikmat dari Allah... dan Allah boleh menariknya bila² sahaja... hari ini kita sihat.. kuat.. bergurau gelak ketawa... esok lusa kita sakit.. terlantar.. siapa yang sangka... sama lah juga dengan pepatah yang mengatakan malang tidak berbau... kita tidak pernah mengharapkan ditimpa musibah² yang terjadi... tapi kita juga tidak mampu menghalangnya... hargailah apa yang kita ada... bersyukur dan pelihara amanah diberikan Allah kepada kita... segalanya hanyalah pinjaman... suatu hari harus dipulangkan..

Selalu ingatkan diri dengan segala yang terjadi di sekeliling kita... Allah turunkan musibah sebagai ujian juga peringatan buat kita yg selalu alpa mengingati 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara... muda sebelum tua.. lapang sebelum sibuk.. kaya sebelum miskin.. sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati... aku juga kamu... insan biasa... kita selalu lupa..

Virus Air Kencing Tikus... dikatakan mungkin punca utama Din kritikal dan dimasukkan ke ICU.. Bagaimana virus itu boleh menjangkiti manusia?? Virus ini dikatakan sangat bahaya dan penting bagi kita mendalami penyakit ini... di bawah aku copy artikel juga pengalaman² mereka yang pernah berdepan dengan penyakit ini.. mudah²an bermanfaat buat kita semua...

*********************************

Di Jakarta atau di Indonesia pada umunya, penyakit ini sering muncul setelah banjir. Genangan air merupakan salah satu media penyebar bakteri leptospira yang dikeluarkan oleh tikus lewat air kencingnya. Apabila kulit terluka dan terkena genangan air yang terkontaminasi bakteri leptospira, maka proses penularan penyakit ini mulai terjadi

Leptospirosis merupakan salah satu penyakit zoonosis, yang bisa menular dari hewan ke manusia. Ada banyak serovar dilapangan diantaranya Leptospira canicola, L. pomona. L. icterohaemorrhagiae, L. bataviae, L. harjo dan L. javanica. Pengobatannya sebenarnya relatif cukup mudah, namun apabila terlambat dapat berakibat sangat fatal. Organ yang diserang terutama adalah ginjal. Hati, paru-paru, sistem pembuluh darah dan syaraf juga merupakan target serangan bakteri leptospira ini.

Pada hewan hampir semua jenis hewan dapat terserang leptospirosis, terutama anjing. Masa inkubasi antara 4 – 7 hari. Gejala awal biasanya anjing tidak mau makan, tampak lesu, kemudian diikuti demam, muntah dan dehidrasi. Kadang diare berdarah, sesak nafas dan selaput lendir kekuningan (icterus). Air kencing sangat kuning dan pekat, kadang berdarah . Apabila kerusakan ginjal cukup parah ( bisa dideteksi dengan pemeriksaan laboratorium terhadap fungsi ginjal yaitu ureum kreatinin ) biasanya sangat sulit diatasi, dan anjing penderita akan mati.

Apabila penyakit ini terdeteksi sejak dini, pengobatan dengan antibiotika golongan penicillin masih cukup efektif dan bisa sembuh. Namun biasanya pemilik terlambat membawa anjing penderita ke dokter, sehingga pengobatan pun lambat diberikan. Vaksinasi sebenarnya salah satu cara efektif untuk pencegahan. Namun sayangnya vaksin yang tersedia hanya mengandung 2 – 3 jenis leptospira ( L. canicola & L. icterohaemorrhagiae ), sementara serovar di lapangan tak kurang dari 16 serovar. Dan jenis bakteri yang sering ditemukan dilapangan adalah L. bataviae, L. javanica, L canicola dan L. icterohaemorrhagiae.

Jadi walaupun anjing anda sudah diberikan vaksinasi terhadap leptospirosis, anda harus tetap waspada terhadap leptospirosis ini. Dan yang penting anda harus lebih waspada lagi karena penyakit ini dapat menular ke manusia dan bisa berakibat fatal. Membasmi tikus dan menghindari genangan air adalah salah satu trik pencegahan leptospirosis selain vaksinasi tentunya. (Drh. Amir Mahmud - KlinikHewan.com)

*********************************

Kisah Pertama:

"Tiga tahun lalu ketika pregnant anak sulung, saya berada di semester akhir di Universiti. Ketika kandungan berusia berusia 5 bulan lebih Doktor dapati kelainan pada perut saya dan di refer ke GH di Klang. Setelah di scan didapati hati dan limpa saya membengkak dan Dr suspect hepatitis. Kemudian kerana tak selesa dengan keadaan di hospital itu saya berjumpa Dr Hamid Arshat dan buat pemeriksaan darah. Sebulan selepas itu saya mendapat demam panas selama seminggu dan suatu hari saya merasa sakit dan sukar bernafas. Lalu saya minta untuk ditahan di hospital swasta di Bangsar. Ketika itu kandungan masih baik dan bergerak. Selepas di X-ray saya ditahan di ICU. Keesokan harinya saya merasa begitu sukar bernafas dan anak tidak bergerak lagi dalam perut. Saya merasakan seperti Allah ingin mengambil nyawa dan sempat meminta ampun kepada ayah dan suami yang ada berhampiran. Doktor terpaksa komakan saya kerana kesukaran bernafas dan saya tidak sedar selama 8 hari. Hari ketiga dimasukkan ke hospital. Dr Hamid dapati kandungan sudah turun dan beliau mengeluarkan bayi secara forcep dan menurut beliau bayi saya masih panas bermakna baru meninggal. Ketika itu kandungan berusia 29 minggu. Saya mengalami pendarahan yang teruk dimana darah keluar melalui salur peranakan, mulut dan hidung. Darah baru terpaksa dimasukkan hingga berpuluh-puluh pain mujur ramai datang derma hingga terlebih.

Doktor tidak tahu virus apa yg menyerang. Pada mulanya suspek denggi dan ada sorang Doktor pula dengan yakin telah memberitahu famili saya bahawa saya mengalami leukimia peringkat teruk dan harap keluarga bersedia untuk pemindahan sum-sum. Kami cukup kecewa dengan sikap doktor tersebut yang memberitahu wlaupun belum pasti dan tanpa memikirkan perasaan keluarga saya ketika itu. Esoknya dia kata bukan pula. Keadaan saya ketika itu memang teruk dan temperature memang tinggi. Ramai pelawat yg menitiskan airmata melihat keadaan saya. Kerana terlalu ramai pelawat saya dipindahkan dari katil yg dipisahkan dengan langsir kepada bilik yg pelawat hanya buleh lihat dari tingkap kaca..suami dan ibu hanya dibenarkan masuk..bilik itu memang mahal (ICU)..kerana Dr tak dapat pastikan kuman itu datang dari mana (mungkin dari pelawat ker)... selepas 8 hari saya sedar dan dapati kandungan sudah tiada...ketika itu temperature demam saya naik semula dengan tinggi.

Saya amat lemah ketika itu dan tak berupaya nak bergerak dan tidak selesa dengan darah-darah kering pada hidung dan dalam mulut. Selepas itu banyak hari juga saya langsung tidak dapat melelapkan mata mungkin terlalu lama tak sedar diri. Walaupun sudah 16 hari di ICU ...punca penyakit masih tidak diketahui...Apabila demam sudah kurang Lalu saya dipindahkan ke wad (ketika itu disuruh duduk pun saya akan terlentuk jatuh) dan masih dikawal rapi. Tiada sebarang pelawat dibenarkan masuk kebilik saya (kecuali suami dan ibubapa) dan mereka perlu memakai penutup hidungdan mulut (takut saya kena virus dari pelawat).

Saya ditahan lagi selama 10 hari utk dimasukkan antibiotik (ketika itu memang seksa). Akhirnya doktor mengatakan bahawa saya diserang virus Laptospirosis (virus kencing tikus) yang buleh merosakkan hati limpa, buah pinggang dan jika sampai ke otak buleh membawa maut.Ia masuk ke salur darah. Tidak tahu mana saya terkena virus itu.Tapi selepas saya keluar ada beberapa orang yang kena begitu. Ketika itu juga virus itu sedang merebak di Thailand.

Selama hampir sebulan di tahan dihospital saya terpaksa menahan perasaan sedih kerana kehilangan anak. Saya kena kuatkan semangat untuk cepat sembuh dan keluar dari hospital. Suami saya juga selama itu juga dia berumah-tangga di hospital. Saya tak dapat bayangkan perasaan dia dan keluarga. Kami baru saja 10 bulan berkahwin.

Kerana kemasukkan darah baru juga terlantar lama atas katil serta kehilangan berat badan yg banyak menyebabkan saya lemah untuk berjalan... Saya terpaksa belajar berjalan semula dan berusaha agar tidak mengikut perasaan yang sedih. Saya juga terpaksa menangguhkan study ke semester depan.

Bil hospital pun begitu mengejutkan kami ...dengan bil itu kami hampir boleh memiliki sebuah Proton Waja. Saya tidak melakukan sebarang pembedahan tetapi Ini kerana saya ditempatkan di bilik waktu di ICU dan juga menggunakan alat yg mahal bagi pernafasan . Doktor ada mengesyorkan utk berpindah ke hospital lain ketika itu..tapi keluarga saya mengatakan duit boleh diusahakan tapi nyawa.... Doktor Hamid menyifatkan saya seperti mati hidup semula dan menasihatkan agar tunggu setahun utk pregnant semula kerana keadaan saya yang memang teruk...

Doktor2 yang merawat pun sedih melihat diri saya. Dengan takdir Allah selepas hati, limpa saya mengecut ke saiz asal dan darah sudah stabil , lapan bulan selepas itu saya pregnant. Kini anak kedua saya (lelaki) sudah berusia 2 tahun 4 bulan dan amat lasak. Anak sulung saya yang meninggal itu bayi perempuan.

Selepas kejadian itu saya cukup lagi terkena kerana sudah imun dengan virus itu. Dengan itu berjaga-jagalah dengan haiwan itu dan juga kucing(kencing kucing pun bahaya)."

*********************************

Kisah Kedua:

Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang kawan saya di Bangi untuk berbual kerana dah lama tak berjumpa. Dia bagitahu yang dia baru jer balik dari menguruskan jenazah di negeri di selatan tanahair kerana salah seorang bapa kawannya telah meninggal dunia kerana disyaki keradangan otak.

Menurut beliau sukar dia nak percaya kejadian yang berlaku kepada arwah kawan bapanya. Kerana arwah nie sihat sepanjang hari sebelum meninggal.

Tiba-tiba jer kena macam strok masa kat umah dia. Terus jatuh pengsan tak sedarkan diri sehinggalah ke akhir hayat beliau.

Keluarga arwah pun bawa ler bapanyer tu ker klinik. Doktor yang periksa arwah nie bagi tahu dia kena strok. Dia terus refer kes ni ke hospital besar. Sampai jer ke hospital terus kes nie dirujuk ke bahagian ER. Doktor yang pekse arwah nie cakap takdelah pulak tanda-tanda kena strok. Bila buat pemeriksaan CT pada bahagian kepala arwah doktor kat situ semua terkejut sebab ada sesuatu kat dalam sistem otak arwah. Bila diaorang check pun check diaorang dapati ada sejenis cairan di dalam otak arwah.

Doktor amik sample apa yang patut pada arwah. Tapi saya tak pasti samada dia amik kat kepala jer atau kat bahagian lain. Bila dibuat ujikaji di makmal doktor kat makmal tu heran macam mana cairan sample yang dia amik tu mengandungi peratusan tertinggi kandungan asid yang sering terdapat pada air KENCING TIKUS.

Semua orang heran macam mana kencing tikus nie boleh ada pada sistem otak arwah. Doktor bertanya dengan family arwah ada ke arwah ambil apa-apa makanan di luar rumah baru-baru nie.

Mengikut family arwah, arwah nie bukan lah jenis yang suka makan kat luar. Dia nie suka makan apa yang masak oleh isterinya jer.Tikus pun tak penah nak ada dalam umah diaorang. Bila diselidik semula barulah family arwah nie teringat yang arwah baru-baru nie ada beli beberapa air minuman dalam tin. kalau tak silap saya air tin bergas. Doktor minta pagawainya ke umah arwah bawa sample dalam air tin tu untuk diuji.

Setelah diuji, kandungan air dalam tin tu tak menunjukkan apa-apa tanda ada kesan air kencing. AKAN TETAPI pegawai makmal menguji sampel padapermukaan air tin tu. Doktor pun dapatlah jawapan macam mana arwah nie kena jangkitan pada otaknya.

Rupa-rupanya air dalam tin tak tercemar, yang tercemarnya adalah permukaan air tin tue jer. Mengikut doktor tu mungkin tikus telahmerayap pada air tin tu sebelum tikus tu kencing pada air tin yang arwah beli.

Kalau dilihat secara fizikal manalah mata kasar kita nie bolehnampak kesan air kencing tikus nie kalau air kencing tu dah kering.

Jadi kepada semua rakyat malaysia, berhati-hatilah bila saudara dan saudari membeli mana-mana barangan jenis tin atau berbentuk makanan yang dipack dari mana-mana kedai atau supermarket kerana dikhuatiri perkara nie berulang. Pasti bekas tin atau makanan dipack yang dibeli dicuci sebelum digunakan atau diminum atau dimakan.

Kita semua pun tahu bahawa tikus nie keje dia merayap kita tak boleh nak salahkan dia dah fitrah dia macam tu.....dan kita pun tahu yang tikus nie membawa pelbagai penyakit. Jadi kita kenalah berhati-hatilah ketika membeli barangan untuk keperluan nutrien dan diet kita seharian.

Akhir sekali kita sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah semoga roh arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.

*********************************

Doakan yang terbaik buat Din Beramboi... dia selalu menggembirakan hati orang... menggembirakan hati orang satu perbuatan yang mulia... orang yang suka menggembirakan hati orang lain tidak suka melihat orang lain bersedih... justeru kita harapkan agar keluarga Din tabah dan kuat menghadapi ujian ini... semoga Din Beramboi kuat melawan penyakit yg dideritai dan kembali sihat seperti sediakala... Amin....






Monday, March 22, 2010

..Berita KEMATIAN..

Salam.. semoga korang sumer berada di dalam berkat dan rahmatNya.. berita kematian demi kematian yang diterima.. bermula dengan kejutan dari salah seorang sahabat baikku di UiTM Jengka dulu... geng UiTM.. korang mesti kenal Masitah kan... sahabatku Masitah baru kehilangan ayahanda tersayang.. Pakcik Haron semalam pada 21 Mac 2010... Innalillahhiwainnaila hirojiun... aku harap Sietah tabah dan tenang dengan ujian yg melanda... sesungguhnya janjiNya telah tiba... dunia hanya persinggahan... kita semua pasti akan kembali ke alam yang abadi... Semoga Arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yg soleh.. Aku pernah jumpa pakcik Haron in person masa cuti semester ketika belajar di UiTM dulu... menghabiskan 2..3 hari di rumah Sietah yg ceria dengan suasana kampung mmg sukar dicari oleh budak bandar seperti aku... pakcik ngan makcik sangat baik... melayan aku bagaikan anak sendiri.. ingat lagi aku dijamu makan durian dan rambutan pagi petang siang dan malam... sepanjang berada di rumah Sietah.. aku tgk pakcik seorang yang pendiam... dan banyak menghabiskan masa membaca kitab.. Pakcik merupakan Imam di Felda Keratong... beruntung Sietah dapat belajar banyak ilmu agama dari bapanya...

Kita tidak akan merasa kepedihan kehilangan seseorang.. sehinggalah kita melaluinya sendiri.. aku juga telah kehingan abah seawal usiaku 19 tahun... 28 September 1998.. ketika itu aku di Pre-Dip di UiTM Jengka.. dekat nak final exam... hancur dan luluh hati ini.. aku tidak sempat menatap Abahku di saat² akhir arwah menghembuskan nafas terakhirnya... bagaikan drama swasta.. aku disambut tetamu yang memenuhi ruang lapang rumah yg telah dikeluarkan perabot²nya.. tetamu² semuanya melorotkan mata memandang aku... yg ketika itu tidak tahu menahu tentang berita kematian Abahku... bacaan Yassin memenuhi ruang... dan aku terpana setelah diberitahu ttg perkara sebenar oleh Maktuk... dan ketika itu aku masih tidak dapat menerima keadaan sebenar.. dan merasakan itu semua sekadar lakonan semata²... tetapi.. siapalah kita untuk menolak takdirNya... kita manusia kerdil yang lemah... hanya mampu berserah... redha di atas ketentuan yang telah ditetapkanNya.... sesungguhnya itulah kitaran kehidupan...

Pagi tadi juga dikejutkan berita Yani salah seorang mentor Ning.. juga telah kembali ke rahmatullah atas ketumbuhan di paru² yang dideritainya.. Yani mentor nie masih muda kan dan boleh dikatakan baru juga melayarkan bahtera rumahtangga... semoga roh beliau juga ditempatkan di kalangan hamba²Nya yang dikasihi...

Sesungguhnya kematian tidak mengenal usia.. sampai masa.. tidak dapat diawal atau dilewatkan sesaat pon... pergilah kita.. semoga roh² mereka yg terdahulu kembali ke hadratNya ini dilepaskan dari Azab siksa alam kubur juga api neraka... Amin

Al-Fatihah...


LAST BREATH

From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!
A chilly wind begins to blow,
Within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It’s Time to leave. And I must Go!
So, it is True (But it’s too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body’s core,
And meet with its Eternal Fate.
Oh mark the words that I do say,

Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay!
Come on my brothers let us pray
Decide which now, Do NOT delay!
Oh God! Oh God! I cannot see!
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee
Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!
And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!
Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let’s pray
Decide which now, do not delay ….


Sunday, October 18, 2009

Dedicate to Speed..

Hari2 dilalui dengan pelbagai cerita dan berita.. gembira.. suka.. duka...

Agak terkejut semalam masa check SMS yang aku terima dari Emyfaz... (masa tu aku baru keluar shop barang2 keperluan rumah & budak2 kat Carrefour)..

Aku bacer SMS sambil mengerutkan kening... messagenya exactly seperti di bawah..

Salam kwn2, just 2 inform korang yang speed selamat bersalin lbh krg jam 7pm, tp yg sedihnya her bb, rifa xdpt diselamatkan dan pergi mengadap Illahi jam 9.20pm td. Doakn utk speed. - EmyFaz

Sungguh terkejut dan tak disangka... berat mata memandang.. berat lagi bahu yang menanggung... aku harap... Speed redha dan tabah menghadapi segala yang telah terjadi.. aku turut bersedih atas kehilangan itu... aku memahami perasaanmu itu.. kerana aku juga seorang ibu.... ingat tuhan selalu... anakmu akan bersama bidadari di syurga... Hadith di bawah kutujukan khas buat Speed dan kawan2 yang kehilangan bayi yang kalian cintai...

Menurut Hadits Qudsi: Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak: “Masuklah kalian ke dalam syurga!” Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.” Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mau masuk ke dalamnya. Allah berfirman lagi: “Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam surga!” Mereka menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?” Allah pun berfirman: “Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian.” (Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua’ah yang bersumber dari sahabat Nabi SAW) Istilah “al-wildan” dalam Hadits Qudsi diatas adalah kata jama’, mufradnya (kata tunggalnya) adalah “al-walid”, artinya anak yang baru dilahirkan, iaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh. Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia. Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut: “Anak kecil (yakni yang meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran), masuk syurga.” Maksud hadits di atas, termasuk salah satu di antara rentetan peristiwa yang terjadi pada Hari Kiamat di Padang Masyar. Gambaran ringkas dari peristiwa-peristiwa itu adalah sebagai berikut:

1. Setiap orang dibangkitkan dari kubur masing-masing


2. Masing-masing digiringkan oleh malaikat Zabaniah ke padang Masyar. Setelah itu mereka dikelilingi oleh haiwan-haiwan dan apa saja yang ada sangkut pautnya dengan mereka. Juga dikelilingi oleh malaikat langit masing-masing tingkatan.


3. Matahari diciptakan kembali dan diletakkan di atas mereka pada jarak satu batu, sehingga mereka selain berdesak-desakan dn berjubel-jubel (kaki diinjak oleh seribu kaki-kaki di atasnya), juga dibakar oleh panasnya matahari, berkeringat, lapar, haus dahaga tidak terperikan seksanya.


4. Ketika mereka mengalami lapar dan haus itulah anak-anak yang tadinya meninggal selagi masih kecil dan dilepas oleh orang tuanya dengan sabar dan tawakal, datang kepada orang tuanya masing-masing dengan membawa segelas air untuk diminum, dan apabila sudah diminum, tidak akan lapar dan dahaga lagi selama di alam Masyar itu. Demikian menurut beberapa Hadits.


5. Mulai hisab dengan menerima buku catatan harian masing-masing yang selama hidupnya dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.


6. Dilakukan mizan (penilaian timbangan) terhadap segala macam amalan setiap orang, kecuali orang-orang masuk surga tanpa hisab.


7. Meniti Shirat yang harus dilalui oleh keseluruhan yang ada di padang Masyar itu. Meniti Shirat yang kedua bagi mereka yang telah selamat meniti Shirat yang pertama.


8. Mana-mana yang sudah bersih benar baru diizinkan masuk syurga. Pada saat itulah Allah memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki syurga. Tetapi mereka memohon syafa’at (pertolongan) kepada Allah agar kiranya dapat masuk syurga bersama orang tua mereka. Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mahu memasukinya, sehingga Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi: “
Mengapa Aku lihat anak-anak itu masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu”. Pada saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka. “Kami belum mahu masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami masuk juga bersama kami”.

Demikianlah mereka berhenti dekat pintu syurga, menunggu keputusan Allah SWT dengan penuh harapan.
Akhirnya putusan yang dinanti-nantikan itu datang dengan segera, dengan firman Allah Yang Maha Mengetahui: “Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian”. Penegasan ini oleh Allah kira-kira dimaksudkan untuk menampakkan betapa besar keutamaan anak-anak dan betapa besar pula pengaruh ridla qada dan qadar Allah, sabar dan puji syukur kehadrat-Nya.

(Sumber: Hadits Qudsi, KH.M. Ali Usman dkk, CV. Diponegoro Bandung, 1984)

Ingatlah segala yang berlaku dan terjadi di dunia ini ada hikmahnya...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails