.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE
Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Sunday, December 22, 2013

ReSePi BoNDa: NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge

Salam.. dah lama tak masuk dapur Bonda kan.. hmmm... mimpi apakah.. ekekeke... jom kita join NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge.. see inilah dia pemangkin semangat Bonda terinspirasi untuk memasak dengan penuh tertib dan merajinkan pula diri membuat entri masak memasak ini.  

Bonda nak masak apa??  Sebab lauk ini kegemaran seisi keluarga termasuk lar si kecik Amna.. makanya telah sebulat suara mereka meminta lauk udang.. dan terciptalah resepi ini..

Bonda Yogurt Butterprawn

Bahan-bahannya:
1.  300 gm udang (dapat yang segar dan besar memang sesuai sangat lar)
2.  1 sdb mentega
3.  5 ulas bawang putih (ditumbuk)
4.  2 cm kunyit hidup(ditumbuk)
5.  5 cm lengkuas (ditumbuk)
6.  3 batang serai (1 btg cincang halus, 2 btg diketuk)
7.  1 sdb lobak masin (dicincang)
8.  1 helai daun kunyit (dimayang halus)
9.  1 biji bawang besar
10. 50 ml susu sejat
11. 2 sdb NESTLE Natural Set Yogurt
12. 50 ml air
13. Garam dan Gula ikut rasa

Hiasan:
1.  Daun Bawang
2.  Daun Ketumbar

Ok.. dah sedia bahan2 di atas.. jom kita masak.. cara-caranya:
1.  Panaskan kuali.. masukkan mentega.. tumis semua bahan tumbuk.. biarkan wangi..
2.  Masukkan kentang.. biar separa garing..
3.  Masukkan susu sejat.. dan air.. biar mendidih.. masukkan serai yang dititik.. ratakan.. api perlahan..
4.  Masukkan yogurt.. kacau sebati..
5.  Masukkan udang.. goreng sekejap.. masukkan bawang.
6.  Perasakan garam dan gula.. tutup api.

Nak lebih jelas.. jom kita tengok gambar..

Udang dibuang kaki dan janggut.. guna gunting mudah dan cepat..
Anak bonda sampai dah tak kenal.. dia ingat ini ulat besar.. wakakaka.. tak der kaki.. tak der janggut kan..

Ini lengkuas, kunyit hidup, bawang besar dan bawang putih..

Buang kulit dan tumbuk lengkuas, kunyit hidup dan bawang putih tadi..

Daun bawang, daun ketumbar, daun kunyit dan kentang nie cost me only RM1.00.. daun bawang dan ketumbar potong kecik2 macam kat atas.. simpan untuk hiasan sahaja..

 Ini lobak masin.. seplastik tu baru RM1.69.. nak guna sikit jer.. yang lain simpan.. untuk kegunaan di masa akan datang..

 Tiga batang serai.. dua diketuk.. satu dihiris halus2.. sama macam lobak masin dan daun kunyit.. 

 Yeaa.. nindia bahan rahsia.. Nestle Natural Set Yogurt.. ambil 2 sudu sahaja..

Nestle Natural Set Yogurt ini bukan sahaja rendah lemak tetapi juga tidak ditambah gula.. harganya baru RM5.20 sebekas.. susu sejat nie guna suku tin sahaja..

Jom masak!!

Panaskan 1 sudu besar mentega..

Tumiskan bahan tumbuk dan bahan hiris.. kacau hingga naik bau.. perlahankan api.. api kena jaga.. jangan sampai tumisan hangit..

Masukkan kentang dan tuangkan susu sejat..

Masukkan pula serai yang telah dititik.. biar menggelegak dan kentang agak empuk.. kemudian masukkan  2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt..

Tambahkan air supaya kuah tidak pekat sangat dan perasakan garam dan gula..

Masukkan udang.. kacau sekejap dan tambahkan bawang..

Kacau dan sebatikan bahan.. biar mendidih sekejap dan tutup api..

Tadaaaa!!... Selesai satu lauk untuk tengahari ini.. hehehe.. kos bahan untuk resepi ini tidak sampai pon RM30.00.. masa penyediaan lebih kurang 20 minit..

Korang tahu.. ada macam-macam resepi kita boleh masak guna NESTLE natural Set Yogurt nie..  agak-agak tak idea nak olah sendiri.. boleh jer rujuk http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset untuk macam-macam resepi hebat dan maklumat lanjut tentang produk NESTLE Natural Set Yogurt.



Monday, July 15, 2013

..Wall Make Over By Na..

Dah lamer tak layan contest kan... tetiba laks ari terklik entry blog Ms. Ieda nie.. dan teruja pulak nak join contest dari WallMakeOverByNa nie.. syarat² dia mudah.. 

1.  Like facebook fanpage Wall Makeover By Na ----> Done!
2.  Like facebook fanpage NadiaFahida ---> Done!
3.  Pilih satu gambar yang aku berkenan untuk makeover dinding rumah aku nanti (kalau terpilih sbg pemenang lar kan..)  Okeh... aku pilih yang nie..


"Saya nak http://www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall Make Over By Na dengan design pilihan saya ini kerana dinding rumah saya tu dulu saya pernah tampal dengan DIY gambar pelekat dinding yang dijual kat downtown tue.. tapi anak² dara kecik saya sangat notty.. dorang dah koyak pelekat tue satu persatu!!  Jadinyer.. dinding tu sekarang dah BURUK.. kosong.. boring.. tak cantik dan menyedihkan.. saya mengaku.. saya nie bukanlah pro dalam menghias dinding.. saya sedar kelemahan saya yang itu jadi saya ini memang sangat.. sangat.. SANGATTTTT LAR harap http://www.nadiafarahida.com pilih saya sebagai pemenang supaya tidak lah lagi pening kepala saya nak memikirkan macammanakah nak menutup ketidakcomelan dinding itu di mata umum.. khasnya tetamu² yang berkunjung ke teratak saya yang serba kekurangan ini di hari raya ini nanti."

Sekian.
 
Yang menaruh harapan,

Tuesday, September 4, 2012

8th GiveAway (GA) UMIYUMI

Dah lama sangat sangat sangat kan tak join giveaway... entah mimpikan aper.. arinie teringan tangan nak menyertakan diri.. ehehehe... sebabnyer.. peralatan dapur adalah satu daripada aku punya obsession... hadiah dia memukau mindaku.... nindia....
 

 
Nie pulak syarat² dia.. tak lar rumit sangat kan... so jom reramai kita tambahkan koleksi periuk kita... kalau bertuah lar kan...
 
1) Penyertaaan dibuka kepada semua pembaca.
2) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Bagi pembaca yang tidak mempunyai blog anda masih perlu meninggalkan email address di ruangan komen.
 
3) Bagi pembaca yang ada blog, sila buat post/entry di blog anda tentang GA ini dan sertakan link ke Give Away ini.Link ke GA ini adalah : http://umiyumi2.blogspot.com.au/2012/09/8th-giveaway-ga.html
 
4) Untuk memberi peluang sebaik2nya kepada pembaca yang mempunyai blog dan yang tidak mempunyai blog, pembaca dengan blog dan yang membuat post & link akan mendapat 2 entries utk undian. Pembaca tanpa blog akan mendapat 1 entry.
 
5) Tarikh tamat GA ialah : tepat jam 12 tgh malam pada *25 September 2012. Pemenang akan diumumkan pada *26 September 2012.
 
6) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.
 

Thursday, December 23, 2010

PILIH THEME BLOG sw33tdarling.com

Okeh.. dah lamer tak join GA kan.. tiba² diriku bagai diseru utk menjoinkan diri ngan GA nie.. syarat dia mudah dan senang sahaja... sapa² pon boleh buat.. okeh Cik Halimunan aka Sw33tdarling.. saya pilih theme blog di bawah utk wajah baru blog awak... sebab rasernyer sesuwai lar dengan tagline "aku - Halimunan" tu... sebab theme tu tak dak gambar orang.. permandangan jer.. awan² gitue kan... seperti yg kita tahu.. halimunan tu bermaksud seseorang yg tidak disedari kewujudannya.. orang tak nampak kan... penuh misteri kan... so do this theme... paling suka tang langit tu... kejadian dan keindahan alam nie memang penuh dengan rahsia dan misterinya.. lagi satu pasai apa eak saya nak awak pakai theme nie.. sebab nampak sedikit ekslusif.. warna gelap sok² kalau ubah/tuka header tak pening nak match warna... apa pon masuk kan ngan warna gelap.... dan lagie.. rasernyer tak sesuwai amik tema "Lady Green" sebab tema tu more to fantacy.. dan lagie.. header tu bekas header blog yg pernah saya guna dulu... tak syok lar kan masuk blog member teringat blog sendiri... hehehehe.. ;)


Okeh bagi melengkapkan syarat.. aku tag 3 orang untuk join GA nie..

1.  Ena
3.  Imah

Akhir kata.. join jangan tak jon ;)


Monday, December 20, 2010

..GuLLiVeR's TRaVeLs..


Heh.. saper tak pernah tengok citer nie kecik² dulu??  Seronok kan citer nie.. dongeng barat seorang pelayar yg terdampar di sebuah pulau dihuni oleh orang² kenit.. sangat mengujakan jiwa kecil yang menontonnya.. biler dah tengok citer tue kan.. selalu lar pulak berangan jumpa orang kenit kan... kecik² dulu aku memang kuat berangan... sekarang pon.. hehehe.. Kak Pah adalah sangat suka menonton cerita fantasi dan dongeng.. sebab.. kisah dongeng nie tak terjadi di alam realiti.. tak dapat tengok di alam nyata.. melainkan dalam mimpi.. tapi untungnya kita dapat tengok dalam movie..

Jom kita terjah wayang sambil berangan pada 22 Disember 2010.. citer nie ada dalam format 3D tau!

Untuk maklumat lanjut pasal movie nie.. sila ke web rasminya.. GulliversTravelsthemovie.com ;)

Ohh ya!  Astro ada buat contest tau... syarat dan panduan seperti di bawah nie..


TERMA DAN SYARAT PERADUAN 3D : GULLIVER'S TRAVELS

Penganjur
ASTRO ENTERTAINMENT SDN BHD

Nama Peraduan
Gulliver's Travels

Huraian Ringkas Peraduan/ Rancangan
Peraduan Gulliver's Travels adalah sebuah peraduan yang dianjurkan oleh Astro Ceria bagi pelanggan Astro yang aktif dengan menguji dua soalan berserta slogan yang kreatif bagi memenangi cenderamata eksklusif Gulliver's Travels dan tiket menonton tayangan eksklusif anjuran Astro Ceria.

Mekanisma Ringkas Peraduan
a) Peserta yang layak diperlukan untuk menghantar jawapan melalui e-mail pada ceria@astro.com.my.

b) Peserta dikehendaki untuk menjawab soalan berserta lengkapkan slogan seperti di bawah:

Soalan:

1. Apakah nama sebenar bagi watak Gulliver di dalam Filem ini?
A) Jack Blac
B) Black J
C) Jak-J

2. Di manakah Gulliver ditugaskan untuk berkerja?
A) Muda Mudi
B) Bermuda Triangle
C) Bermuda Castle

Slogan:

"Cuti sekolah saya lebih menyeronokkan dengan Astro Ceria kerana..." (in not more than 20 words)

Para Peserta mesti mematuhi mekanisma Peraduan ini sepertimana diterangkan dan diberitahu kepada para Peserta oleh pihak Penganjur semasa Tempoh Peraduan.

Kriteria Kelayakan
Peraduan ini terbuka kepada kepada semua rakyat Malaysia yang merupakan "Active Astro Customers"*(Pelanggan Aktif Astro).

"Active Astro customer" means a subscriber of the Astro Service and whose account is current and active with no outstanding payments due and owing to Astro and who has not breached the Astro subscription agreement nor given any instructions to terminate and /or suspend his/her subscription to the Astro Service as at the date of winner notification. Winners must remain active Astro customers until the date of collection of prizes.

Ketidaklayakan
Kakitangan Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd, Astro Entertainment Sdn Bhd, Astro Productions Sdn Bhd, Astro Arena Sdn Bhd, Digital Five Sdn Bhd dan Astro All Asia Network plc dan ahli keluarga terdekat mereka.

*ahli keluarga terdekat bermaksud suami/isteri, anak, ibubapa, dan adik-beradik.

Umur Kelayakan
Peraduan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur antara 7-14 tahun pada 16 November 2010.

Di mana Umur Kelayakan membenarkan penyertaan Peserta di bawah umur 18 tahun, Peserta mesti mendapatkan keizinan ibu bapa dan/atau penjaga terlebih dahulu untuk layak menyertai Peraduan dan memenangi Hadiah. Penganjur menganggap bahawa ia adalah tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk mengawasi penyertaan anak-anak mereka dalam Peraduan ini.

Caj
Penganjur tidak mengenakan apa-apa caj untuk penyertaan dalam Peraduan ini.

Tempoh Peraduan
Peraduan ini akan diadakan dari 16 November 2010 kepada 13 Disember 2010 dan akan tutup pada atau pada apa-apa masa yang lain yang akan ditentukan oleh pihak Penganjur dari semasa ke semasa.

Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal untuk mengubah, menangguh atau menukar Tempoh Peraduan atau mana-mana tarikh yang berkenaan.

Bahasa Peraduan
Peraduan ini akan dianjurkan oleh pihak Penganjur dalam Bahasa Malaysia. Penyertaan yang dihantar dalam mana-mana bahasa lain akan tidak akan diterima oleh pihak Penganjur.

Prosedur Penyertaan
Untuk penyertaan, Peserta dikehendaki untuk menjawab soalan dan melengkapkan slogan yang tertera di dalam Klausa 4 diatas.

Semua Penyertaan yang lengkap perlu dihantar ke ceria@astro.com.my, berserta maklumat penting di bawah:

1. Nama penuh seperti di kad pengenalan
2. Nombor kad pengenalan atau surat beranak
3. Nama Ibu / Bapa / Penjaga
4. Nombor kad pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga
5. Alamat surat menyurat
6. Nombor akaun Astro
7. Alamat e-mel
8. Nombor yang boleh dihubungi (telefon bimbit / rumah / pejabat)

Pihak Penganjur berhak untuk meminta salinan asli Kad Pengenalan/ Sijil Surat Beranak atau salinan asli dokumen-dokumen sokongan yang lain untuk tujuan pengesahan dan pengiktirafan.

Tarikh Tutup Penyertaan
Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 11.59 malam pada hari Isnin 13 Disember 2010. Penyertaan yang diterima selepas masa yang telah ditetapkan akan dibatalkan kelayakan dan tidak layak untuk menerima hadiah.

Cara Penghantaran
Melalui e-mel.

Alamat
ceria@astro.com.my

Pemilihan Pemenang
Pemenang Peraduan akan dipilih berdasarkan kepada jawapan yang betul dan daya cipta dan kreatif slogan yang dihantar oleh Peserta sepertimana yang ditentukan oleh Penganjur. Keputusan Penganjur adalah muktamad.

Hadiah

Hadiah Utama x 1
• Build Your Own Catapult (set)
• Giant And Mini Pencil Set
• A5 Notepad with Activity Sheets
• 4 x Tiket untuk Tayangan Ekslusif "Gulliver's Travels" dalam 3D
Tarikh : 26 Disember 2010
Masa : 11.00 pagi.
Lokasi : GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama

Hadiah Kedua x 1
• Compass Pen And Presentation Box
• Reverse Magnifying Glass
• A5 Notepad with Activity Sheets
• 4 x Tiket untuk Tayangan Ekslusif "Gulliver's Travels" dalam 3D
Tarikh : 26 Disember 2010
Masa : 11.00 pagi.
Lokasi : GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama

Hadiah Ketiga x 1
• Mini Travel Journal Keychain
• A5 Notepad with Activity Sheets
• 4 x Tiket untuk Tayangan Ekslusif "Gulliver's Travels" dalam 3D
Tarikh : 26 Disember 2010
Masa : 11.00 pagi.
Lokasi : GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama

Hadiah Istimewa x 94
• 2 x Tiket untuk Tayangan Ekslusif "Gulliver's Travels" dalam 3D
Tarikh : 26 Disember 2010
Masa : 11.00 pagi.
Lokasi : GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama

Pemberitahuan Pemenang Peraduan
Nama para Pemenang Peraduan akan diumumkan oleh pihak Penganjur melalui e-mail sebelum 17 Disember 2010.

Tempoh Pengambilan Hadiah
Hadiah perlu dituntut di lokasi tayangan (seperti dibawah) sebelum tayangan bermula:
Tarikh : 26 Disember 2010
Masa : 9.30 am – 11.00 am

Tempat Pengambilan Hadiah
GSC 1 Utama (New Wing), Bandar Utama.

Terma-terma tambahan, jika ada
(a) Peserta layak boleh menghantar sebanyak mungkin penyertaan untuk Peraduan ini. Tetapi, setiap akaun Astro hanya layak unutk menerima satu hadiah. Apa-apa hadiah yang berikutan jika diumumkan akan dibatalkan penerimaan.
(b) Pemenang Peraduan mesti terus melanggan kepada servis Astro sehingga pengambilan hadiah, jika tidak, para Pemenang Peraduan akan dibatalkan kelayakan dalam Peraduan ini dan apa-apa hadiah yang dimenangi akan dibatalkan.
(c) Contestants will not be eligible to win prizes in this Contest if he/she has won any form of prizes in any other Contest organized by the Organizer in the past two months (from the commencement of the Contest).

Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan akan mengikat kesemua peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini ("Peserta"). Definisi-definisi dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan akan digunakan kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Terma-terma Asas. Jika terdapat sebarang ketidakselarasan antara Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan, Terma-terma Asas akan mengatasi setakat ketidakselarasan tersebut.

Kemasukan dan penyertaan di dalam Peraduan ini akan dianggap sebagai penerimaan Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan secara tanpa syarat oleh para Peserta.


Thursday, December 9, 2010

..DaPaT PuN TaNGKaP!!..


Wohooo.. setelah lama ku intai².. akhirnya berjaya jua..


terkojut ko.. sekali tujuh yg berjaga.. hehehe... tahniah buat semua.. dan.. mekasih pada wansteddy yang sudi anjurkan GA ini.. saya memang sangat adore hasil kerja kamu..

Wednesday, December 1, 2010

Ada Product NESTLE kat umah??



Sunday, November 21, 2010

aNNiVeRSaRy GiVeaWaY..!!


Mekasih Cik Ena yang tag KakPah untuk join anniversary giveaway Cik Ana ini.. GA berlangsung sehingga 26 Nov nie.. ada 6 hari lagi.. jom lar ramai² kita meriahkan suasana..  Cik Ana bagi hadiah best tau.. nak tau?  Terjah² lar blog Cik Ana yer..

Saya tag 2 orang untuk join GA ini.. 


Buat Cik Ana..
"May the love that you share grows deeper with bless and laughter each passing year.."

Tuesday, November 16, 2010

..AriTue.. KaMi MaKaN ExTrEMe CHeeSY 6 PiZzA..

The Extreme Cheesy 6 Pizza
"A mix of cheese so good, you’ll do anything to get it! It’s a whole lotta cheesy goodness that will satisfy any cheese lover!" 
Satu hari.. aku dapat request dari anak dara En. Ady... "Bonda.. Bonda.. Kakak rasa nak makan pizza larr.." tiba² kata² itu menyapa telinga.. "Bonda.. ajak lar ayah.. kita makan pizza... kakak dah lama tak makan pizza.."  Ayat pujuk rayu untuk mencairkan hatiku.. seperti biasa.. aku ibu yang tidak sampai hati untuk kempunankan anak... tambah² aku tahu.. Si Alyaa memang giller cheese.. stok cheese sentiasa harus ada dalam peti ais.. giller meroyan dia kalau buka peti beku tu tapi tak ada cheese di dalamnya... ikss..ikhss..ikhssss... tengok badan lar.. semakin lebar.. semakin tembam... berat tu toksah cakap.. dia memang membesar bagai johan.. tapi tak per.. cheese itu asal dari susu.. dan susu itu banyak khasiatnya bagi kanak² membesar seperti Alyaa..

Sebab apa aku kata cheese tu bagoss??  Haa baca fact kat bawah nie..

****************************
Maka.. dipendekkan cerita.. pagi tu lepas siap²kan apa yang patut.. aku pon dengan lapang dada mengajak En. Ady makan di luar.. kami bawak sekali mak bagi memenuhi korum.. sian mak asyik duduk rumah jer kan.. Aku tau Alyaa buat request sebab terpengaruh dengan iklan.. sebab aku pon terpengaruh juga.. dulu² kita dengar satu dua jenis jer topping cheese pizza.. sekarang dah macam².. dan sekali enam di atas sekeping pizza yg besar... waaaahhhh... terujernya rasa... tu belom raser lagi tu... maka seperti manusia biasa.. aku sukakan pembaharuan.. aku nak cuba pizza baru nie.. Extreme Cheesy 6 Pizza.. pizza² yg diadun sebati di atas loyang katanya parmesan, mozzarella, romano, cheddar, provolone and Monterey Jack.. wahhh.. banyak kan.. aper lar rasernyer eak.. aku order Extream Chessy 2 untuk 4 org makan.. baru RM38.00 satu set.. aku pilih topping pepperoni delight sebab mak tak makan ayam.. side dish pulak aku amik Spagetti Marinara dan 3 gelas ice cream untuk anak² dara En. Ady yang nakal..

Memula macam biasa kami dihidangkan side dish macam chicken soup.. garlic bread dan air.. and of course.. ais krim dah sampai dulu... dan... biler tiba saja pizza... tenng! teng! teng!  Saper lambat dia tak dapat.. hehehe... tengok lar.. tak sempat nak snap gambar.. tup.. tup dah tinggal 2 slice jer..

Manusia manerkah yang cekap menyerang itue??  Tu dia kat bawah nie.. hehehe..

Makan tak pandang kiri kanan dah.. sangat khusyuk..
Makan bang.. makan.. makan kenyang²...

E'ehhh baru perasan gambar kena snap.. hehehe sedap sangat ker pizza terbaru nie??
Jangan lepas peluang.. kena rasa juga nie.. kang rugi.. hmmmppp... raser dia kan.. macam cheese... ermm.. a new kind of cheese.. nak tau.. pi lar pizza hut terdekat... order dan rasa lar sendiri..  >--< lidahmu dan lidahku tebalnya tidak sama.. apatah lagi deria rasanya.. hehehe

Alamakkkkk!!!  Tinggal satu jer lagiiiieeee!!!

Siapakah yang bakal merebutnya??
Nak..nak..nak.... Ainna nak...
Kakak nak jugak... huhuhu... "Alarr.. kakak dah makan banyak.. kasi lar adik.."
Akhirnya.. peluang dah ada...
Yeayyyy!!!  Adik dapat!!!
"Tak per lar.. kali nie kakak mengalah.. jilat jari jerlah.. tapi lenkali.. Bonda jangan luper datang lagie tau!! “You know..  I’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeese!”
  Ooooppppssss!!  Ayah lar pulak yang banjer.. hehehe



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails