Tuesday, September 27, 2011
"SoFFiYa" SLoT AkaSia TV3 best!
Monday, December 27, 2010
..No OrDiNaRy FaMiLy..
"To me, it's a show about a family that is repaired in the unlikeliest of ways, whose new abilities allow each family member to feel special in ways each of them always wanted to, yet perhaps never thought possible. It's a show about the blessings and burdens of being extraordinary." - Jon Harmon Feldman, co-creator/executive producer
"It's kind of a fun throwback to some of the action-adventure series I watched so much as a kid. As audiences get more sophisticated you try to blend genres. We wanted to make something the whole family could watch together." - Greg Berlanti, co-creator/executive producer
Wednesday, December 22, 2010
..Novel Dulu²..
Di Pilot cafe satu lembaran cinta telah mula berputik. Kehidupan ini bermula di mana-mana…tak menentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya..dia bertemu Ameer..lelaki yang hanya tau menodai cinta. Bermula dengan secangkir kopi panas di Pilot Cafe..segala-galanya berubah untuk mereka berdua. Ameer mula merasai apa itu cinta manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci. Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini…
Monday, December 20, 2010
..GuLLiVeR's TRaVeLs..
Tuesday, September 7, 2010
..Letters to Juliet..
![]() |
| Ini lar dinding tempat pengadu² mengadu masalah mereka kepada Juliet.. |
![]() |
| Sophie yang menemukan Claire kepada cinta lamanya Lorenzo Bartolini.. |
![]() |
| Sophie berjumpa Victor merungkaikan kemelut yang membelenggu dirinya.. di sini mereka berpisah.. |
![]() |
| Sweet moment.. ketika ini perasaan mula bersemi.. Charlie sangat memahami.. |
Monday, July 12, 2010
..JoM TeNgOk MaGiKa..
Aku terbacer review citer ni di blog Cikgu Man.. (heh.. Orang Perlis nie pandai menulis! Entri penuh berisi.. tak cayer?? Silakan membuat terjahan..) macam best jer jalan cerita yang digambarkan.. mesti seronok kalau bawak budak² pegi tengok.. saper lagi nak sokong industri tempatan kalau tidak kita sendiri... aku memang peminat cerita fantasi... maklum ler dalam hati ada taman... ekekekeke... ;) 
Berpeluang menonton filem Magika di Dewan Kapitol, Perlis pada 4 Julai 2010. Dewan Kapitol yang dahulunya sebuah panggung kini bergema dengan filem pertama yang ditayangkan setelah bergelar dewan selepas diambil alih oleh pihak Universiti Malaysia Perlis yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia. Setelah berbelas tahun tidak pernah jejakkan kaki ke dalam panggung itu, kini aku menjenguk kenangan panggung Kapitol bersama alam imaginasi Magika.
Review
Magika merupakan sebuah filem Edry Abdul Halim yang mengetengahkann konsep imaginasi dan campuran karakter rakyat yang dikenali ramai. Melihat pada poster, Magika nampak mirip seperti The Spiderwick Chronicles. Malah, jika digambarkan tanpa menonton filemnya, Magika nampak mirip seperti The Chronicles Of Narnia. Namun, sangkaan itu harus dibuang ke tepi kerana Magika bukan seperti itu. Ianya sebuah filem imaginasi yang cukup menarik dan lain daripada yang lain.
Ayu (Diana Danielle) mempunyai adik yang memberontak, Malik (Fimie Don). Disebabkan rajuk kisah silam, Malik lari ke hutan pada kala senja dan terjatuh ke dalam perigi lama. Ayu yang mengekori terjatuh ketika menyelamatkan Malik. Namun, mereka kini sudah berada di alam lain, Magika. Di alam fantasi itu, Malik diculik Nenek Kebayan (Ziana Zain) yang ingin kekayaan untuk jamu awet muda terbarunya. Kisah bermula apabila Ayu mengembara dibantu Badang (Mawi) mendapatkan adiknya dan juga keluar dari dunia Magika.
Alam Magika penuh dengan imaginasi Edry, mungkin. Edry nampak bijak menggarap karakter cerita dongeng dan rakyat menjadi satu filem yang mirip parodi, jika semua karakter2 ini mempunyai filem tersendiri. Khayalan Hang Tuah bercakap utara, Mahsuri bercakap Siam dan dibunuh Awang kerana menyangkakan Mahsuri itu Dayang, Pak Pandir dan Mak Andeh yang lucu, juga kejahatan Nenek Kebayan mencuri perhatian. Selain itu, Bawang Putih dan Bawang Merah, Orang Minyak menjual minyak Nenek Kebayan dan Penunggu Tasik Cini memang penyeri kepada filem ini.
Naratif Magika bermula pantas. Awal cerita, kita sudah ditunjukkan dengan pergaduhan Ayu dan Malik pada senja hari. Atas sebab apa mereka bergaduh, itu akan diimbau dari masa ke semasa. Tidak beberapa minit selepas bergaduh, alam Magika muncul. Plot nampak pantas disusun sehinggakan kejahatan Nenek Kebayan tidak jelas. Namun, lagu Rahsia Awet Muda memperjelaskan kejahatan Nenek Kebayan secara santai. Mungkin sebelum pergaduhan dua beradik ini, kalau ditunjukkan intro Nenek Kebayan yang inginkan seorang budak dari alam lain untuk dijadikan bahan awet mudanya, ia mungkin nampak lebih kemas dan jelas jalan penceritaannya.
Filem ini penuh dengan lagu-lagu yang menyusuri penceritaan filem ini. Dari permulaan hingga tamat, filem ini penuh warna dengan pelbagai rentak lagu yang disesuaikan dengan keadaan. Nampaknya, filem ini seperti muzikal yang lebih sarat dengan lagu berbanding filem Hindi zaman 90an. Filem hindi selalunya tak sampai 10 lagu. Magika, lebih dari 10 lagu. Lagu-lagu dalam Magika mengembalikan kegemilangan filem muzikal komedi era P Ramlee. Cubaan kali ini berjaya mengimbau zaman filem hitam putih Malaysia itu. Keseluruhannya, lagu-lagu ciptaan Edry cukup sesuai dan penuh dengan mesej. Lagu Kita Bersaudara nyanyian KRU adalah satu trek yang memikat telinga. Dengan rentak acapella, Kita Bersaudara punyai mesej tersendiri.
Dengan barisan pelakon yang ramai, jalan cerita yang penuh dengan karakter yang pelbagai digarap dengan baik. Setiap subplot digabung jalin dengan baik. Namun, antara yang tidak dapat diperjelaskan adalah kata-kata Pak Pandir yang berlainan dengan kata-kata Badang. Pada awal filem, Pak Pandir menyatakan bahawa ada 7 pintu keluar dari Magika dan pintu terdekat adalah di Batu Belah Batu Bertangkup yang terletak di Tasik Chini. Namun, di rumah Badang, Badang menyatakan bahawa itu saja satu-satunya jalan untuk keluar dari Magika dan walaupun ia berbahaya, ia mesti ditempuh untuk pulang. Namun, seperti kata Badang "dengan kuasa imaginasi, semua boleh berlaku", jadi abaikan saja.
Selain tu, babak jambatan yang menghubungkan Tasik Chini nampak berserabut. Walaupun adegan akhir itu dipenuhi aksi hebat, beberapa masalah CGI nampak mencacatkan adegan akhir. Babak jambatan itu terbina dengan sendiri adalah menarik. Masa ini, hanya Malik dan Badang saja yang nampak jambatan. Selepas beberpa ketika, dengan kuasa imaginasi Ayu, jambatan terbentuk sendiri. Namun, jika jambatan itu baru terbina, bagaimana Malik dan Badang boleh nampak dahulu sebelum Ayu nampak? Kenapa babak ini tidak diperjelaskan dengan adegan Badang dan Malik berjalan saja di atas jambatan imaginasi dan meminta Ayu membayangkannya sebelum berjalan di atas jambatan? Namun, pujian harus diberikan kerana visual effect yang cukup menakjubkan.
Keseluruhannya, Magika adalah sebuah filem imaginasi. Ianya setanding The Chronicles Of Narnia, The Spiderwick Chronicles dan filem fantasi hollywood yang lain. Tak perlu lagi mengatakan filem kita teruk kerana KRU Pictures sudah membuktikan bahawa dengan imaginasi, filem kita juga boleh setanding dengan filem luar. Magika adalah alam fantasi yang sesuai ditonton oleh semua lapisan umur. Tonton dengan minda terbuka. Abaikan logik kerana imaginasi boleh melangkau apa saja batasan. Disebalik Magika, terselit pelbagai mesej yang sesuai untuk penonton cilik juga dewasa.
Apapun, saksikan Magika di pawagam September 2010. - CikguMan
Thursday, May 20, 2010
..The Descent 2 dari KanTa MaTaKu..
Ini lar dia Sherif yg poyo dan bodoh itu.. sangat menjengkelkan.. boleh pulak di saat² kecemasan dia p garikan tangan si Sarah tu dengan tangan dia sbb takot si Sarah tu.. adalah tindakan yg sangat² IDIOT... camner lar bleh jadik polis... dlm keadaan memperjudikan nyawa camtu dia berani amik risiko bodoh!!
..ruang yang sempit.. berbucu.. berliku² dan gelap pulak tu.. ketelitian yang tinggi dalam melangkah amat diperlukan dalam keadaan itu.. (teringat maser join xpdc jelajah gua maser kat UiTM dulu maser tengok citer nie..)
..ini lar dia makhluk hodoh lagi mengerikan itue..
..dorang tengah kenduri daging org.. tapi dorang buta.. tu pasal tak pasan Deputy Rios yg ada kat situ..
Out of 5 stars.. aku bagi 4 stars utk citer nie.. sebab mampu buat aku tercungap²!! (Walaupon En. Ady kata budget dia lebih murah dari The Descents yg pertama dulu.. En. Ady kata darah dia cam tomato.. ahhh janji merah kan.. hehehe)
Kepada yg suka jerit².. boleh lar tgk citer nie.. jerit puas².. ahahahahha....



















