.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, March 14, 2013

MaT RaNGGi & MaT RoCK..

Seorg lelaki yg agak ranggi berjumpa dgn sahabatnya, sorg lelaki lain yg agak warak, walaupun rockers. Kebetulan, lalu 2 org wanita bertudung labuh, berjubah dan berpurdah di sebelah depa.

Mat ranggi: bro, aku rasa pompuan yg pakai kelubung2 ni outdated la bro.

Mat rock: apsal ko kata mcm tu lak?

Mat ranggi: ye la. Pompuan ni kan Tuhan cipta cantik. Sayang kalau kecantikan tu disembunyikan. Pa
kai tudung pun mcm bertopengnp ninja je.

Mat rock: jgn kutuk depa beb. X baik tu. Pakaian ikut sunnah tu..

Mat ranggi: aku x kutuk sunnah bro. Cuma, kalau aku la, aku nak la awek aku akan dtg stok up to date, pakai fesyen terkini. At least nampak body cutting dia. Bangga siot jalan dgn awek sevouge tu...eh, kelat pulak tekak ni cakap bebanyak. Ko ada gula2 x?

Mat rock: ada, aku beli hacks tadi. Kenapa? Nak ke?

Mat ranggi: hacks pun hacks la...nak seketul.

Mat rock tu pun mengeluarkan 2 bungkus hacks, dibukanya salah satu lalu dijatuhkannya ke atas tanah.

Mat rock: alamak bro, terjatuh lak gula2 aku tu. Ko ambik la mana yg ko nak. Pinggang aku sakit - x leh bongkok..

Mat ranggi tu pun kutip gula2 yg masih berbalut dengan pembalut.

Mat rock: apesal ko amek yg masih berbalut tu?

Mat ranggi: ko ni bro, soalan mcm budak kecik la. Yg dah terbukak tu dah kena tanah. Dah kotor. Takkan aku nak kutip yg dah kotor? Logik akal la bro...lu pun mcm x ikhlas je nak kasi gua..

Mat rock tersenyum.

Mat rock: bila ada 2 gula2 atas tanah - satu berbalut, satu x berbalut - pandai lak ko kutip yg berbalut sebab "tak kotor".

Mcm tu jugak pompuan ni bro. Dunia ni kotor bro. Yg dok pakai dedah sana sini tu dah terdedah dengan kekotoran dunia. Lu pk la - berapa banyak mata jantan dah jamah tubuh awek yg dedah2 tu? Pastu bayang yg bukan2? X rasa mcm dah x fresh ke awek tu?

Awek yg pakai kelubung2 tu semuanya tertutup bro. Diri depa terhindar dr kekotoran dunia. Takkan ada satu jantan pandang depa dgn pandangan nafsu pastu otak bayang yg bukan2 terhadap awek kelubung tu. Kecantikannya, keindahannya hanya utk lelaki yg halal bagi dia je. X ke fresh namanya?

Sama la kes gula2 tu. Kenapa lu x kutip je gula2 yg terdedah tu? Lu kan suka dedah2?

Mat rock tu pun berlalu dengan senyuman, meninggalkan mat ranggi terpinga2.
 
 

Wednesday, March 13, 2013

10 Tips Orang DiET keNa iNGaT SeLaLu..

Berikut adalah 10 tips mudah cara untuk kurus yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian anda.

1. Jadikan air masak sebagai minu...man utama
Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan!

2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari
Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari
Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari

4. Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda
Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera!

5. Buang pakaian besar anda
Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati (tahniah!), pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah gelebeh itu. Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang!

6. Gunakan pinggan yang kecil
Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan anda maka lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.

7. Makan bijirin untuk sarapan
Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

8. Makan hanya apabila lapar
Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.

9. Makan dengan tenang dan perlahan
Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang. Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.

10. Makan buah-buahan
Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.
 
 
 

10 SuRaH HaLaNG 10 UJiAN BeSaR ALLAH..

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga...
atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-)


Monday, March 11, 2013

BoNDa REVIEW: Huggies Dry Pants

Ingat entry ini.. yeahhh..akhirnya.. setelah hampir seminggu menunggu.. dapat jugak bungkusan kiriman huggies nie ke tangan aku... tak sabarnya nak bagi Amna cuba.. (patut terima 5/3/13.. tapi tak der orang kat rumah dan kebetulan tak der saper yg perasan slip kiriman yg ditinggalkan posmen) Hurrmm.. sip baik lar aku jumpa slip tu kan.. ehehehe... kalau tidak sampai arinie pon tak dapat si Amna aku pakaikan huggies dry pants nie.. tak pakai camner nak review kan..
 
Ini lar dia bungkusan yang ditunggu2 itu..

Makanya masa yang sesuai Amna aku pakaikan dry pants ini tadi.. sesudah dia mandi.. penat.. memang penat nak ambil gambar si kecik nie... nak tunggu momen2 menarik.. terkejar2 ke sana sini... puas lar jadik pengarah visual.. ehehehe... patut lar kan charge photography untuk kanak2 agak mahal.. jom tengok model.. ehehehe
 
Cakkk!!!




 Tengok aksi Amna berlampinkan Huggies Dry Pants.. selesa sekali hingga mahu terlelap..


Ke kiri ke kanan pusing.. budak lasak macam Amna mana boleh tido lelap.. bilamana kakak2nya galak bergelak.. yer.. Amna anak no.4.. yang bongsu buat masa ini.. dia ada tiga orang kakak.. hurrmmm.. yer lagi.. anak aku semuanya perempuan.. perempuan yang bukan sembarangan perempuan.. lasaknya mengalahkan boboiboi... ehehehe.. Tak cayer.. meh kita tengok aper budak kecik nie buat sepanjang sesi penggambaran yg aku buat..

Amna jalan2 naik 'car'..



Amna.. the perfect 'Blogger to be'.. hehehe


Ohh.. Amna tengok aper tue??  Yesss!!
 Dia dah nampak kakak dia naik tangga..
and she climbed the stairs.. nampak??  Budak lasak memang tak boleh duduk diam.. hurrmmm.. boleh korang bayangkan betapa susahnya aku nak pakaikan dia diaper?..

Huggies Dry Pants comes to the rescue.. yesss.. "Change for Better Convenience".. tak payah nak baringkan.. nak bagi toys itu ini untuk bagi dia diam sementara nak capai pelekat diaper.. sambil dia berlari terkedek2 nak ke dapur.. tangkap budak kecik tue .. "Koyak.. Salin & Lepas".. there you go.. pantas dan cepat.. terus sarungkan yang baru.. macam pakai panty jer.. ehehehe..


Dia panjat memunggah almari buku kakak juga.. mencari bahan untuk rujukan..  


Yesss! Bonda.. Yess!! Adik dah jumpa.. Pada uncle2 dan aunty2 di luar sana.. meh tengok site ini: http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx dapatkanlah sample dry pants percuma untuk si manja anda..

Like www.facebook.com/Huggies.Malaysia untuk maklumat lanjut.. Okeh! Jangan lupa yer.. cuba dulu macam sayer..  baru tahu.. ehehehe


Aktiviti harian kanak2 memang meletihkan.. jadi.. kami perlukan yang terbaik.. yess.. berilah kami yang terbaik..

Dry Pants memang sangat bagus untuk papa mama yang sibuk.. anak yang lasak.. dan juga satu kaedah yang sangat bagus untuk melatih anak2 untuk ke tandas.. 'Potty Train' boleh dimulakan seawal anak2 pandai bercakap.. dengan memakai dry pants yang seolah2 seluar dalam.. mudah dilondehkan bila anak berhajat untuk ke tandas.. dalam proses latihan.. iyer.. kadang2 terlepas juga dalam seluar.. tapi tak perlu risau kerana dry pants adalah lampin pakai buang.. tak perlu susah membersihkan najis yg bertaburan..
Bagi aku.. dry pants juga sangat praktikal digunakan ketika emergency.. pernah terjadi.. di dalam kereta.. kakak si Amna mahu terkencing sangat2.. nak cari toilet dah tak sempat.. suruh saja dia sarung dry pants sementara jumpa tandas..

Terdapat banyak dry pants di pasaran.. dan Huggies Dry Pants adalah satu diantara pilihan yang baik.. dengan harga yang berpatutan.. kita mendapat kualiti yg lebih dari dibayangkan..

Berperegang lembut.. selesa dipakai bayi yang berkulit lembut dan secara alaminya sensitif dengan persekitaran..

Selain membantu memberi keselesaan ia juga menghalang kesan merah walaupun bayi itu lasak dan tak boleh duduk diam macam Amna.. dengan sistem pengunci kebocoran dapat dihalang..
 
Jangan tak tahu.. Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal membantu menghalang ruam lampin!

Jadi.. "Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai"..


 

**This is a sponsored post.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails