.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

CARILAH SeORaNG IMAM..


“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA



 

Wednesday, August 21, 2013

Duit iNi UnTuK IBu..

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya".

Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya....Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yg sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor

Thursday, July 25, 2013

PoKoK & MaNCis..

Kata² yang kukutip untuk ransangan minda pagi ini:


Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis. Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok. Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita TIDAK perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat. Ketika burung mati, ulat makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. JANGAN merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. 

Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA. 

Ketika kita tua, kita baru tahu masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia. 

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama - sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong. Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat. Believe in "Cause and Effect".

Yang kamu semai, itulah yang kamu tuai! 

Selamat Berpuasa Dan Berjihad..


Monday, July 22, 2013

BARAN

KEMARAHAN adalah emosi semula jadi manusia untuk menangkis persepsi, ancaman atau serangan terhadap diri. Ia juga adalah sebagai refleksi pertahanan seseorang terhadap sesuatu prinsip yang diyakininya. 

Namun, masalah sering terjadi apabila kemarahan itu disalah urus dan lebih teruk sekiranya ia kekal menjadi tabiat yang dilabelkan sebagai ciri peribadinya.

Sikap baran boleh menjadi penyebab utama berlakunya konflik dalam kehidupan peribadi dan perhubungan profesional. 

Tidak hairanlah hari ini, kemarahan yang melampau itu sering dizahirkan dalam perbuatan seperti keganasan domestik, sikap buruk di jalan raya, konfrontasi di pejabat hinggalah kepada perlakuan yang menjejaskan ikatan suami isteri.

Dalam soal cinta, adakah anda seorang yang berjaya mengawal emosi? Bagi setiap perselisihan pendapat yang berlaku, adakah penyelesaian akan diiringi dengan cara mengherdik atau menengking? Mungkin lebih dahsyat, bagi yang tidak dapat mengawal perasaan, kemarahan itu disertai dengan keganasan fizikal.

Sebagai langkah menghadapi situasi seperti itu, adalah disyorkan agar seseorang itu meningkatkan paras kesabarannya. Selain berfikir secara rasional, berikan peluang untuk komunikasi dua hala berlangsung. 

Apabila seseorang sedang bercakap, seorang lagi perlu mendengar. Peluang untuk memberi penjelasan hendaklah diberi secara saksama. Berikut adalah antara tip untuk membimbing mereka yang mempunyai pasangan yang panas baran.

Berdiam diri
Api tidak boleh dilawan dengan api. Maka, apabila salah seorang sedang dalam keadaan marah, hendaklah pasangannya berdiam diri dan cuba mendengar butir bicara itu sebagai input penyelesaian. Setelah habis kemarahan itu dilepaskan, berikannya 'masa tambahan' untuk meredakan perasaan. Tunggu sehingga waktu yang sesuai untuk berkata-kata.

Menjauhkan diri buat seketika
Dalam tempoh yang diberikan kepada orang yang panas baran untuk meredakan kemarahannya, jangan cuba melakukan sesuatu yang mengganggu ruang privasinya.

Ini termasuklah gangguan keselesaan persekitaran dari aspek bunyi, ruang dan pandangan. Orang yang panas baran sentiasa akan mencari sebab untuk menyalahkan orang lain jika sesuatu faktor itu diterjemah sebagai masalah buatnya.

Berikan masa untuk reda
Orang yang panas baran lazimnya akan malu sendiri akan perbuatannya. Waktu yang diberikan kepadanya tanpa diganggu akan membuatkan si baran itu memikirkan semula apa yang telah dilakukannya.
Sama ada kemarahan itu kerana dia di pihak yang benar ataupun tidak, dia akan kembali kepada pasangannya untuk sesi penyelesaian yang lebih terhormat.

Memilih corak percakapan
Berhati-hati dengan pemilihan perkataan anda. Jika anda tersilap menuturkan sesuatu, lebih-lebih lagi ketika kemarahannya belum reda, ia boleh memburukkan lagi keadaan. 

Keras lawannya lembut. Maka, lenggok bahasa yang santun boleh memujuk hati pasangan yang baran. Meskipun berlembut, itu tidak bermakna prinsip dan kebenaran tidak boleh disampaikan secara efektif.

Terapi minda dan fizikal
Kaedah bertenang yang paling ringkas dan mudah adalah dengan mengambil nafas panjang dan dalam. Bayangan visual yang menenangkan dari dalam ingatan atau imaginasi juga boleh membantu meredakan rasa marah. Banyak buku dan majalah yang boleh membimbing seseorang yang sedang marah atau bagi mereka yang menghadapi orang yang sedang marah.

Bagi mereka yang mengakui memiliki tabiat pemarah, boleh mencuba teknik ini. Tarik nafas panjang dan bayangkan udara memenuhi diafragma. Kemudian lepaskannya semula dengan perlahan dan pujuk diri secara psikologi dengan memikirkan perkataan seperti bertenang atau anggap mudah.

Bagi menambah kekuatan diri dalam menghadapi situasi tegang itu, seseorang boleh mencuba teknik regangan seperti dalam riadah yoga ataupun rutin ibadah sembahyang. Dalam berdepan dengan ujian perhubungan itu, kita masih perlu berharap dan berdoa.


Thursday, July 18, 2013

Yang manakah kita?? Lobak, telur atau Kopi...

 


Alkisah lobak merah, telur dan biji kopi

Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?

Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan kasaandan dan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?

Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah anda?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.

Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.


 

Thursday, April 18, 2013

BerSeDiaKaH Kita..??

 
Mengerikan membayangkan dan memikirkannya..
 
 

Saturday, March 30, 2013

He Can.. So Do I..

 
An inspiring story.. never underestimate what you can accomplish... never give up.. kalau dia boleh turunkan berat dlm keadaan dia yg kurang upaya.. kenapa kita tak bolehhh... Kenapa AKU tak BOLEH???
 

Thursday, March 14, 2013

MaT RaNGGi & MaT RoCK..

Seorg lelaki yg agak ranggi berjumpa dgn sahabatnya, sorg lelaki lain yg agak warak, walaupun rockers. Kebetulan, lalu 2 org wanita bertudung labuh, berjubah dan berpurdah di sebelah depa.

Mat ranggi: bro, aku rasa pompuan yg pakai kelubung2 ni outdated la bro.

Mat rock: apsal ko kata mcm tu lak?

Mat ranggi: ye la. Pompuan ni kan Tuhan cipta cantik. Sayang kalau kecantikan tu disembunyikan. Pa
kai tudung pun mcm bertopengnp ninja je.

Mat rock: jgn kutuk depa beb. X baik tu. Pakaian ikut sunnah tu..

Mat ranggi: aku x kutuk sunnah bro. Cuma, kalau aku la, aku nak la awek aku akan dtg stok up to date, pakai fesyen terkini. At least nampak body cutting dia. Bangga siot jalan dgn awek sevouge tu...eh, kelat pulak tekak ni cakap bebanyak. Ko ada gula2 x?

Mat rock: ada, aku beli hacks tadi. Kenapa? Nak ke?

Mat ranggi: hacks pun hacks la...nak seketul.

Mat rock tu pun mengeluarkan 2 bungkus hacks, dibukanya salah satu lalu dijatuhkannya ke atas tanah.

Mat rock: alamak bro, terjatuh lak gula2 aku tu. Ko ambik la mana yg ko nak. Pinggang aku sakit - x leh bongkok..

Mat ranggi tu pun kutip gula2 yg masih berbalut dengan pembalut.

Mat rock: apesal ko amek yg masih berbalut tu?

Mat ranggi: ko ni bro, soalan mcm budak kecik la. Yg dah terbukak tu dah kena tanah. Dah kotor. Takkan aku nak kutip yg dah kotor? Logik akal la bro...lu pun mcm x ikhlas je nak kasi gua..

Mat rock tersenyum.

Mat rock: bila ada 2 gula2 atas tanah - satu berbalut, satu x berbalut - pandai lak ko kutip yg berbalut sebab "tak kotor".

Mcm tu jugak pompuan ni bro. Dunia ni kotor bro. Yg dok pakai dedah sana sini tu dah terdedah dengan kekotoran dunia. Lu pk la - berapa banyak mata jantan dah jamah tubuh awek yg dedah2 tu? Pastu bayang yg bukan2? X rasa mcm dah x fresh ke awek tu?

Awek yg pakai kelubung2 tu semuanya tertutup bro. Diri depa terhindar dr kekotoran dunia. Takkan ada satu jantan pandang depa dgn pandangan nafsu pastu otak bayang yg bukan2 terhadap awek kelubung tu. Kecantikannya, keindahannya hanya utk lelaki yg halal bagi dia je. X ke fresh namanya?

Sama la kes gula2 tu. Kenapa lu x kutip je gula2 yg terdedah tu? Lu kan suka dedah2?

Mat rock tu pun berlalu dengan senyuman, meninggalkan mat ranggi terpinga2.
 
 

Friday, February 22, 2013

RM10..

Melihat rakan-rakan sekolah mengumpul permainan dalam kotak Tora Aman, aku iri hati dan merasakan seolah-olah ibubapa aku tidak menyImahi aku kerana tidak dapat memberikan aku duit untuk berbelanja seperti rakan-rakan sekolah.

Satu hari, Abah pulang dari kerja. Abah terus menukar pakaian dan memakai tuala untuk mandi. Dompet Abah masih di dalam seluar slack lusuhnya.

Disebabkan terlalu iri hati dengan rakan-rakan yang mengejek aku tidak mempunyai permainan yang dikumpulkan daripada kotak makanan Tora Aman, aku mengambil peluang mencuri RM10 daripada dompet Abah ketika Abah sedang mandi.

Aku mengira duit yang ada dalam dompet Abah, ada RM200, tapi semuanya RM10.

“Abah tak akan perasan kot aku mengambil sekeping,” bisik hati ku.

Tiba-tiba… mak memanggil, “Adam tolong angkat baju di ampaian, hari dah gelap.” Aku bergegas meletakkan dompet Abah kembali ke dalam seluarnya dan keluar mengangkat baju di ampaian depan rumah.

Aku bimbang sepanjang malam, takut-takut Abah check dompetnya. Tapi Abah tidak, selepas solat Isyak, Abah terus tidur. Mungkin abah terlalu penat dengan kerja seharian.

Keesokan harinya, aku terus ke sekolah dengan gembira. Selepas waktu sekolah nanti, aku akan membeli 10 kotak Tora Aman dan dapatkan permainan dalam kotak dan aku boleh berbangga di depan rakan-rakan bahawa ibubapa aku pun mampu memberikan aku duit untuk membeli permainan tersebut.

Kawan-kawan menerima aku ke dalam group mereka yang mempunyai permainan Tora Aman. Aku berasa bangga dan gembira sehingga melupakan peristiwa RM10 itu.

Aku pulang ke rumah lewat kerana leka bermain dengan rakan-rakan. Abah sudah berada di rumah.

Mak pula melihat aku dengan air muka yang penuh kelat menahan amarah .Terasa mak ingin memarahi aku. Tapi aku tak tahu mengapa.

Apabila aku memanggil mak, tangan mak hampir menampar aku. Aku ketakutan sambil menutup mata. Tamparan yang dinantikan tidak sampai.

“Imah, biar abang yang handle. Imah gi masak. Abang nak makan sedap dengan Adam malam ini. Buat ayam goreng rempah,” kata Abah yang memegang tangan mak yang ingin menampar aku.

Mak nak berkata sesuatu, tapi Abah dengan tegas berkata, “Pergi masak. Abang akan selesaikan.”

Abah menyuruh aku untuk mengikutnya keluar dengan kereta untuk membeli barang.

“Macam mana sekolah hari ni Adam?” tanya Abah.

“Bagus Abah. Maaf lambat balik sikit. Tapi Adam tak tinggal sembahyang. Takut-takut mak marah sebab rasa Adam tinggal sembahyang,” jawab aku.

Abah tersenyum.

“Nasib Abah hari ni kurang baik,” kata Abah.

“Mengapa Abah? Apa berlaku?” tanya aku.

“Semalam kereta Abah bermasalah, engin air didih. Hari ini keluar awal bawa kereta ke mekanik untuk diperbaiki. Cadangnya Abah naik bas pergi kerja dari tempat mekanik. Lepas itu waktu balik kerja, abah nak naik bas ke tempat mekanik untuk ambil kereta.

Mekanik itu minta bayaran dulu sebelum kereta direpair kerana perlu duit beli spare parts. Abah dah janji semalam untuk bayar habis RM190. Abah beri RM190 pada mekanik, sepatutnya Abah ada RM10 baki untuk naik bas dan makan tengahari, tapi tak tahu mengapa duit RM10 itu hilang,” kata Abah.

“Hilang? Bagaimana hilang? Ada terjatuh mana-mana,” aku tanya berpura-pura.

“Abah terpaksa meminjam duit RM10 daripada mekanik untuk ulang-alik kerja dan makan tengahari tadi. Akaun bank Abah dah kosong untuk bulan ini, hanya tinggal akaun mak ada duit. Jadi Abah terpaksa pinjam RM10 lagi daripada rakan sekerja untuk bayar mekanik,” kata Abah.

Aku simpati pada Abah tapi aku diam takut peristiwa mencuri terbongkar.

“RM10 itu bukan banyak. Tapi itu hasil titik peluh Abah setiap hari. Keluarga kita bukannya berduit, setiap ringgit mak dan Abah perlu fikir sebelum belanja. Jika bukan kerana kereta rosak terpaksa repair supaya Abah dapat ke kerja dengan mudah, Abah takkan guna RM190 itu. Jika RM10 itu pengemis kelaparan ambil, Abah tak kisah. Kalau RM10 itu ada yang ambil untuk bermegah-megah benda tak tentu pasal, Abah akan rasa sakit hati,” kata Abah.

“Abah dah cari baik-baik RM10 itu?” tanya aku yang masih berpura-pura dan Abah terus memandu kereta tanpa destinasi.

“Adam. Abah sangat sakit hati. Abah gagal menjadi seorang ayah,” kata Abah.

“Mengapa pula?” tanya aku dalam keadaan gugup.

“Abah gagal didik Adam bahawa berbohong itu dosa. Abah gagal buat Adam takut berbohong. Sebaliknya Adam takut kesalahan dan kebenaran dibongkarkan. Abah gagal buat Adam faham mencuri itu satu kesalahan dan dosa besar. Abah gagal mencari duit yang cukup untuk duit poket Adam sehingga Adam terpaksa mencuri. Abah sedih kerana Adam buktikan Abah ini memang gagal sebagai sebagai seorang ayah,” kata Abah. Aku lihat air mata abah bertakung, menunggu masa untuk tumpah. Aku rasa sangat bersalah dan berdosa, tapi aku tidak mampu mengeluarkan kata-kata.

“Bila Adam balik lewat, Abah keluar ke sekolah mencari Adam. Nampak Adam bangga dengan permainan baru di depan rakan-rakan. Abah terus balik. Abah renung dan bertanya, Adam perlukan duit, tapi Adam tak berani minta terus-terang daripada Abahnya. Silap Abah dan mak di mana? Silap Abah dan mak mengajar di mana? Abah berbincang dengan mak, kata bukan silap Adam, tapi silap Abah dan mak sebagai ibubapa,” kata Abah lagi yang sudah menghentikan keretanya di tepi sebuah padang.

“Abah. Maafkan Adam Abah. Adam yang mencuri. Adam yang silap. Adam mohon maaf sakitkan hati Abah. Abah tak salah. Bukan Abah yang tak pandai mengajar. Silap Adam tak pandai jadi anak yang soleh. Adam janji pada Allah tak akan buat lagi,” kata aku sambil berpelukan menangis. Aku merangkul abah kuat-kuat sehingga baju lusuh abah dibasahi air mataku. Aku merasa titikan air mata abah jatuh di pipiku, Ya ALLAH aku rasa sungguh berdosa. “Abah sentiasa maafkan anak abah, abah halalkan dan redha segala-galanya untuk anak-anak abah.Abah sayang anak-anak abah”

Sejak itu aku berubah menjadi seorang yang bertanggungjawab pada Abah dan mak. Aku menjadi kebanggaan Abah dan mak di sekolah, di universiti dan tempat kerja.

Jika anda tidak dapat menjadi penulis yang memberikan manfaat, jadilah pembaca yang memberikan manfaat kepada orang lain.
 
 

Wednesday, February 20, 2013

SCaRLeT - Pengorbanan seekor ibu KuCiNG..

 
Scarlett. Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghada...pi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.

Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.

Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati mata yang memandang. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri. (gambar 1 & 2)

Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. (gambar 3) Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.

Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan.

P/S : Duhai Scarlett, dirimu merupakan contoh Ibu yang terbaik. Anak-anak dan keturunanmu pasti berbangga dengan pengorbanan yang engkau lakukan. Manusia yang MEMBUANG dan MEMBUNUH anak mereka perlu malu kepada kamu! Kamu hanyalah seekor haiwan namun hatimu lebih mulia dari manusia yang ramai berperangai seperti syaitan. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan tauladan kepada kita semua.
 


Friday, January 11, 2013

..Zhang Da..

 
 
KISAH BENAR....
(( Hidup kanak-kanak miskin bernama Zhang Da, MOTIVASI buat KITA..))

lepas baca silakan share...

Zhang Da menanggung beban hidup yang berat ketika usianya masih sangat muda. Tahun 2001, ketika usianya mencecah 10 tahun, Zhang Da mesti menerima kenyataan ibunya lari dari rumah. Ibunya keliru karena tidak tahan dengan kemiskinan yang dihadapi keluarganya. Yang lebih tragis, ibunya pergi karena merasa tidak sanggup lagi mengurus suaminya yang lumpuh, tidak berdaya & tiada harta. Dan ia tidak mahu membantu keluarganya..

Maka Zhang Da yang tinggal berdua dengan ayahnya yang lumpuh, terpaksa mengambil-alih semua tanggungjawab keluarga. Ia harus mengurus ayahnya, mencari rezeki, memasaknya, memandikan ayahnya, mencuci pakaian, mengubati ayahnya, & sebagainya..

Yang sangat menjadi inspirasi, ia tidak mahu berhenti sekolah. Setelah mengurus ayahnya, ia pergi ke sekolah berjalan kaki melewati hutan kecil dengan mengikuti jalan menuju tempatnya mencari ilmu. Selama dalam perjalanan, ia makan apa saja yang boleh mengenyangkan perutnya, mulai dari memakan rumput, dedaunan, dan jamur-jamur untuk memberi tenaga. Tidak semua boleh jadi bahan makanannya, ia memelih berdasarkan pengalaman. Jika satu tumbuhan di rasa tidak sesuai dengan lidahnya, ia tinggalkan dan berubah ke tumbahan berikutnya. Sangat bertuah karena ia tidak memakan tumbuhan atau herba yang beracun..

Usai sekolah, agar dirinya boleh membeli makanan dan ubatan untuk ayahnya, Zhang Da bekerja sebagai tukang batu. Ia membawa keranjang di punggung dan keluar menjadi pemecah batu. Upahnya ia gunakan untuk membeli plbagai keperluan seperti ubat-ubatan untuk ayahnya, bahan makanan untuk berdua, dan sejumlah buku untuk ia pelajari..

Zhang Da ternyata cerdas. Ia tahu ayahnya tak hanya memerlukan ubat yang harus diminum, tetapi juga memerlukan ubat yang harus disuntikkan. Karena tidak mampu membawa ayah ke doktor atau ke klinik terdekat, Zhang Da justeru mempelajari bagaimana cara menyuntik. Ia beli bukunya untuk ia pelajari caranya. Setelah boleh ia membeli jarum suntikan dan ubatnya lalu menyuntikkannya secara rutin pada ayahnya..

Kegiatan merawat ayahnya terus dijalaninya hingga sampai lima tahun. Rupanya kegigihan Zhang Da yang tinggal di Nanjing, Provinsi Zhejiang, menarik perhatian pemerintahan setempat. Pada Januari 2006 pemerintah China mengadakan penghargaan peringkat nasional pada tokoh-tokoh inspirasi peringkat nasional. Dari 10 nama yang dipilih, satu di antaranya terselip nama Zhang Da. Ternyata ia menjadi tokoh terpilih yang termuda..

Acara tersebut diadakan melalui siaran langsung dimedia secara nasional. Zhang Da diminta tampil ke depan pentas. Seorang pengacara bertanya kenapa dia mahu berkorban seperti itu padahal dirinya masih kanak-kanak. "Hidup mesti terus berjalan. Tidak boleh menyerah, tidak boleh melakukan kejahatan. Mesti menjalani hidup dengan penuh tanggung jawab," katanya.

Setelah itu terdengar tepukan gemuruh dari seluruh penonton. Pengacara bertanya pada dia lagi. "Zhang Da, sebut saja apa yang kamu mahu?, sekolah di mana?, dan apa yang kamu inginkan? Berapa banyak duit yang kamu perlukan sehingga kamu habis belajar dan mahu sambung belajar di mana. Pokoknya apa yang kamu mahu sebutkan sahaja. Di sini ada banyak pejabat, perniagaan, dan orang terkenal yang hadir. Saat ini juga ada ratusan juta orang yang sedang melihat kamu melalui layar television, mereka boleh membantumu!" Jelas pengacara.

Zhang Da terdiam. suasana menjadi sunyi menunggu ucapanya. pengacara mesti mengingatkannya lagi. "Sebut saja!" kata pengacara menegaskan.

Zhang Da yang saat itu sudah berusaha 15 tahun pun mulai membuka mulutnya dengan bergetar. Semua hadirin di situ, dan juga jutaan orang yang menyaksikannya secara langsung melalui television, terdiam menunggu apa yang diinginkan oleh Zhang Da. "Saya mahu mama kembali. Mama kembalilah ke rumah, aku boleh membantu papa, aku boleh cari makan sendiri. Mama kembalilah!" kata Zhang Da yang disambut titisan air mata terharu para penonton.

Zhang Da tak meminta hadiah duit atau kebendaan atas keikhlasannya berbakti kepada orang tuanya. Sedangkan pada masa itu tetamu yang hadir boleh membantu menolongnya. Di mata Zhang Da, mungkin kebendaan boleh dicari mengikut dengan keperluannya, TETAPI SEORANG IBU & JUGA KASIH SAYANG DARIPADA IBUNYA ITU SANGAT TIDAK TERNILAI~
 
 

Tuesday, January 8, 2013

BerSeDeKaLaH..

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata, ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetu...k pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang: ''Demi Allah, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu.

Rasullullah S.A.W bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''. Allahuakhbar.


Friday, November 2, 2012

PaBiLa GuRu & MuRiD BeRBiCaRa..

Satu perbualan antara guru dan anak muridnya..

guru : Apakah yang paling dekat dalam dunia ini?
murid : Ibu bapa, guru, sahabat.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling dekat dalam dunia ini ialah mati.

guru : Apakah yang paling jauh dalam dunia ini?
murid : negara China, angkasa lepas.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling jauh dalam dunia ini ialah masa lalu.

guru : Apakah yang paling besar dalam dunia ini?
murid : Gunung, pokok.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling besar dalam dunia ini ialah nasfu kita.

guru : Apakah yang paling berat dalam dunia ini?
murid : Besi dan gajah.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling berat ialah memegang amanah.

guru : Apakah yang paling ringan dalam dunia ini?
murid : Kapas, kertas.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling ringan ialah meninggalkan solat.

guru : Apakah yang paling tajam dalam dunia ini?
murid : Pedang, pisau.
guru : Benar, semua itu juga betul tetapi yang paling tajam ialah lidah kita.
 
 
**************************
 
So.. so  true... muhasabah diri sebentar...
 

Friday, September 7, 2012

SaKit Di DuNia PeNGHaPuS DoSa..

 
 

Monday, September 3, 2012

SeLiSiH TePi JaLaN Tak KeNaL!! SeDaRa RuPaNya..

Sakit kepala!!  Berat sangat nak bangun pagi tadi.. badan letih.. tapi tak lena tido... hilang satu kenikmatan dalam hidup.. cuba lelapkan mata dari 2.30 pg tadi... sampai ke Subuh tido² ayam.. agaknyer ayam musti selalu stress kan.. tak cukup tido sokmo... ehehehe... arinie bos ada kat opis.. nak sakit kepaler lama² pon tak bleh.. pagi² dah macam² amanat dia bagi.. uhuhuhuuuuu... baru ingat nak layan tido kan... so.. sambil menunggu HRMIS yg apsal lar super lembab nak mampos arinie.. tak complete² GL bos aku suh buat dari pagi tadi.. bukan salah aku... and just now I've give up.. dan call officer HRMIS.. rupa²nya mmg tak bleh buat GL thru HRMIS sekarang nie.. sebab maklumat gaji belum update since kenaikan aritue... huhuhu.. sib baik call kan... so officer buatkan... kalau tak tanya.. berjanggut sampai balik pon tak siap ler GL tue.. ehehehe
 
So.. ammacam long weekend?  Kami?  Memenuhi jemputan rumah terbuka dan walimatul urus.. makan.. makan.. makan... air manis sana.. air manis sini.. air manis kat umah juga melayan tetamu yang bertandang.. woohaa..  perut yg kempis bulan posa aritue terpaksa buat OT sekarang nie.. kerja keras lepas cuti panjang.. ahahaha.. so nak bagi dia rileks balik.. moh kita posa enam... takut woo badan naik.. aku nie spesis cepat naik tapi payah nak turun... tue yg nyampah tue.. kan bagus boleh makan apa saja tapi badan menten jer.. haiiii.. indahnya impian... tapi hakikatnya... hmmmpppphhh.. membuatkan org yg suka makan putus selera... nak kurus cepat.. senang jer sebenarnya.. kuat tak kuat jerlar melawan nafsu kan.. sila lar kurangkan minum manis dan makan yg manis².. kurangkan carbo juga.. nasi ler tue.. lauk dan sayur lebih tak per.. buat seminggu... cer timbang tak cayer..
 
Raya.. bulan ziarah... bulan jejak kasih.. bulan maaf memaafkan... bulan kuar duit dan pening paler jadik akauntan duit raya anak².. sib baik baru 4.. bayangkan orangnya yg beranak 8.. 12... wahhhh... pening... macam aku adik beradik dulu lar.. kitorang kumpul sendiri duit raya kitorang... hmmmph... aper eak kitowang buat duit raya tue... pelik... aku tak ingat langsung!
 
Yang tua makin kurang... yg muda makin tua.. yg kecik makin besar.. yg kenit makin ramai.. hehehe... jadi kini masanya kita menghubungkan silaturahim...perkara yg sangat dititikberatkan dalam Islam... seperti yg diterangkan ruangan Persoalan Agama BH macam kat bawah nie:
 
Dalam hadis diriwayatkan Imam al-Bukhari dan Muslim bermaksud: “Daripada Anas Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang suka (dan ingin) dimurahkan rezeki serta dilewatkan ajalnya, hendaklah dia menghubungkan silaturahimnya.”
Maksud silaturahim ialah berbuat baik kepada kaum kerabat. Disebabkan inilah perkataan silaturahim (menghubungkan ikatan kekeluargaan) diguna dengan maksud berbuat baik kepada sanak saudara.

Hubungan kekeluargaan dapat dijalin melalui harta, khidmat atau sebagainya yang menjadi sebab diberi taufik melaksanakan ketaatan dan dipelihara daripada melakukan maksiat dalam hidup. Justeru, lahir pujian selepas seseorang meninggal dunia. Pujian itu bagaikan umur kedua untuknya.

Bagaimanapun, jelas ajal tidak ditangguh kerana Allah SWT berfirman dalam surah al-A’raf ayat 34 bermaksud: “Maka apabila ajal sudah datang, mereka tidak dapat menangguhnya (walaupun) satu detik dan tidak juga dapat mendahulukannya.”

Firman-Nya lagi dalam surah al-Munafiqun ayat 11 (bermaksud): “Allah tidak akan menangguh kematian sesuatu yang bernyawa (sama ada manusia atau lainnya) apabila ajalnya sampai.”

Oleh itu, maksud ajal dilewatkan dalam hadis berkenaan adalah pujian kepada orang yang menghubungkan silaturahim berkekalan selepas kematiannya. Seolah-olah dia belum mati.

Namun, ada ulama yang menghukum pandangan ini lemah. Antaranya ialah Imam an-Nawawi rhm dalam kitabnya Syarhu Muslim ketika menghuraikan hadis itu. Menurut beliau, ulama mengutarakan beberapa jawapan dan huraian kepada persoalan dilewatkan ajal bagi sesiapa yang menghubung silaturahim.

Pertama, jawapan yang benar ialah tambahan ajal adalah dengan keberkatan umurnya, diberi hidayah untuk taat, dipenuhkan masa hidupnya dengan perkara berguna kepadanya di akhirat, dipelihara waktunya daripada sia-sia dan seumpamanya.

Kedua, tambahan ajal itu berdasarkan apa yang zahir kepada malaikat seperti tertulis di Luh Mahfuz dan seumpamanya. Sebagai contoh, malaikat mendapati di Luh Mahfuz umur seseorang ialah 60 tahun, tetapi jika dia menyambung silaturahim, umurnya ditambah 40 tahun lagi. Padahal Allah SWT mengetahui apa yang terjadi. Berdasarkan ilmu dan takdir Allah SWT, tambahan ajal adalah mustahil, namun berdasarkan apa yang zahir kepada malaikat, ia tidak mustahil.

Ketiga, ialah tambahan umur bermaksud kekalnya sebutan dan pujian yang baik selepas kematian seseorang seolah-olah dia masih hidup. Boleh jadi sebutan yang baik itu disebabkan ilmu yang bermanfaat atau sedekah jariah (seperti wakaf) atau anak salih yang mendoakannya.

Dalam kitab al-Mu’jam as-Saghir, karangan at-Thabrani, diriwayatkan daripada Abu Darda: “Disebutkan di sisi Rasulullah SAW bahawa sesiapa yang menghubungkan silaturahimnya, ajalnya akan ditangguh untuknya. Lalu Baginda SAW bersabda: Ia bukanlah tambahan umurnya kerana Allah SWT berfirman (dalam surah al-A’raf ayat 34 bermaksud): Maka apabila ajal mereka datang, mereka tidak akan dapat melewatkannya walaupun satu detik dan mereka juga tidak akan dapat mendahulukannya. Tetapi lelaki itu mempunyai zuriat salih yang berdoa untuknya selepas kematiannya.”

Justeru, menghubungi silaturahim ialah punca rezeki dimurahkan dan pujian yang akan mendorong orang masih hidup memohon rahmat Allah SWT dan berdoa perkara yang baik untuk si mati berkenaan. Wallahua’lam.

 
 
Dulu² kita main ikut² jer mak pak.. tok nenek p beraya... walhal kita tak kenai pon rumah sapa yg kita dok sibuk kutip duit raya tue... kita tak amik kisah sangat pon kan hubungan susur galur ikatan orang tue dengan kita.. orang bawak kita ikut jer... tapi sekarang.. tukang bawak semua dah meninggal... siapa lagie nak diharapkan sebagai penghubung silaturahim??  Baru tersedar kini.. akibat sikap tidak mahu ambil tahu itu akan memakan diri.. keluarga yg sebenarnya besar akan semakin menguncup dan mengecil... sedara sama sedara selisih tepi jalan pon tak kenal kan... sangat kesian... so... bagi menyuburkan kembali ikatan kekeluargaan... kita kena baja selalu.. kunjung mengunjungi.. haruslah dititikberatkan... amik tau hubungkait  ikatan.. ingat rumah... ingat jalan... sebab satu hari nanti... kita kena juga berjalan sendiri... kita lah penyambung warisan.... cheewahhh!!  Tak.. serius... menda nie aku dah nampak... dah terbuka mata aku... sedara mara ramai... tapi... bila nak pegi... hmmm... tak tau jalan.. tak tau rumah... tak tau nak cari kat mana... sebab dulu² tue take for granted... tok nenek ada.. depa bawak kita ikot... tapi sekarang depa dah tak dak... sapa nak bawak??  Jadi bermula sekarang... kita yg dah semakin tua nie kena tanamkan dalam jiwa anak² kita.. betapa pentingnya menghubungkan silaturahim.... kita kena mula sekarang... kalau tidak bila lagie?
 
 

Wednesday, July 25, 2012

KiTaRaN HiDuP..



Monday, July 23, 2012

TanDa² Hati KoToR..


Kadang² kita tak sedar betapa kotornya hati kita.. masih belom terlambat.. mari kita cuci hati..

Macam mana??

**menangislah di atas sejadah.. bertaubat padanya**
**akui kesilapan dan kealpaan kita**
**mohon keampunan dari setiap makhluk Allah yang pernah kita lukai**
**banyakkan berzikir.. kurangkan bercakap**
**bacalah Al-Quran**

 

Tuesday, July 17, 2012

HaRGa SeGeLaS SuSu..



Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

“Kakak, boleh berikan saya segelas air?”
...
Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.

“Tak perlu bayar.”

“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan terima kasih.”

“Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak” Budak it uterus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di Bandar tersebut., dengan kelolaan doctor pakar.

Rupa-rupanya doctor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doctor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”

Pengajaran ::
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 41

Kredit Izinkan Saya Share
 

Sunday, June 17, 2012

JaNGaN ReMeHKaN iBUMu..

JANGAN SESEKALI MEREMEHKAN IBU (WANITA)
HARGAILAH MEREKA !

Tahukah Anda ?


1. Wanita mengandungkan janin/buah hatinya dalam kandungannya selama +- 9 bulan 10 hari tanpa sedikitpun waktu melepaskannya. Jika dikirakan rata-rata berat kandungannya adalah 1 kg maka selama itu wanita mengandungkan beban seberat (1kg x 30hari x 9bulan) + 10hari = 2,700 kg atau 2.7 Ton!!!. Sesudah melahirkan, wanita ma...sih saja mendukung bayinya, sedangkan seorang suami apabila mendukung anaknya sebentar saja sudah merasa lelah, letih, dan pelbagai alasan yang lain.

2. Setiap hari seorang wanita memasak untuk dirinya dan keluarganya. Jika di dikirakan seorang wanita memasak mulai umur 17 hingga 55 (berarti 38 tahun) dan setiap hari ia memasak untuk 2 orang maka ia memasak sebanyak untuk 2 x 365 x 38 = 27.740 orang.

3. Setiap hari wanita membersihkan rumah/ tempat aktivitinya misalnya menyapu. Misal dikira setiap hari ia membersihkan ruangan/rumah berukuran 4 x 10 = 40 m2 dan ia menyapu sejak usia 15 tahun hingga 45 tahun (bererti 30 tahun) maka ia membersihkan seluas 40 x 365 x 30 = 438,000 m2. atau seluas 105 kali luasnya padang sepakbola.

4. Jika setiap hari seorang wanita mencuci pinggan mangkuk yang dikirakan mempunyai tinggi lebih kurang 20 cm dan mencuci selama 30 tahun maka tingginya mencapai 20 x 365 x 30 = 219,000 cm = 2,190 m atau hampir 5 kali tinggi menara berkembar Petronas. Belum ada bangunan di dunia yang mencapai tinggi 2,190 m.

5. Jika setiap hari seorang wanita mencuci baju dengan dikirakan panjang jemuran 5 meter setiap hari maka selama 30 tahun panjang jemuran akan mencapai = 5 x 365 x 30 = 54,750 m = 54.7 km.

LUAR BIASA... Dahsyatnya kekuatan seorang ibu (wanita). Tentu saja masih banyak lagi kekuatan ibu yang tidak mampu difikirkan oleh kita. Ketika melahirkan kita pun , seorang ibu menggunakan semua dayanya untuk membuat kita muncul di dalam dunia ini, dengan kekuatan antara hidup dan mati.

Pernah mendengar pepatah “Dibalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang wanita hebat di belakangnya”. Pepatah ini ternyata juga benar, seorang ibu (wanita) mempunyai kekuatan tersembunyi untuk melakukan hal itu.

Ada suatu riwayat yang mengutamakan seorang ibu, menunjukkan bagaimana kedudukan ibu (wanita) dalam Islam itu mulia.

--- Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab lagi: Kemudian ayahmu. (Shahih Muslim No.4621)

 

MULIAKAN...! HORMATI...! & DO'AKAN SELALU IBUMU...!

Terima kasih Mak!


Friday, May 4, 2012

BOB KUMAN yang DiKeNaLi..



Berita pemergian Bob...membuat saya terkilan. Ketika saya di Sabah...Bob menghubungi saya, katanya, "Man kau ok kat sana...Tentang show dkt Universiti KL yg kau suruh aku pg tu Insyallah aku akn pg. Pasal bayaran kau jgn kisah...aku nak tolong agama Allah je..." ...Kemudian saya berjanji dgn Bob utk menziarahinya sewaktu saya di Kuala Lumpur nanti...Malangnya saya terlupa utk berbuat demikian.


Pengenalan saya dgn Bob bermula pada tahun 1997 lagi. Ketika itu dia baru mengeluarkan album sulungnya. Sejak itu hubungan kami sgt baik. Keluar makan bersama dan kami pernah ke Singapura dan Terengganu bersama-sama.


Orgnya cukup baik dan tak berkira walaupun dia sebenarnya dlm kesusahan. Pertemuan terakhir kami ketika saya menganjurkan konsert Khalifah Seni di Pulau Marina, Manjung Perak. Sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur dia memanggil saya dan kami berbual panjang. Antara topik menarik, kata arwah, "Man aku nak kahwin lagi. Bukan apa kalau aku sorang2 susah juga. Pendapat kau bagaimana,".


Saya bersetuju tetapi dlm perbualan hari itu yg menyentuh perasaan saya katanya, "Man kau jgn bimbang pasal bayaran mana kau panggil aku akan pergi. Aku nak tolong agama Allah ini sampai aku mati. Kau jangan serik panggil aku lagi. Aku betul2 nak bertaubat kpd Allah..."


'Untuk sahabatku Bob...Kau pergi kerana masanya sudah tiba. Sudah tertulis ajalmu pada hari ini. Jgn kau sedih kerana kawan-kawan mu yg lain juga akan dipanggil kembali sepertimu utk berhadapan dgn Allah di padang Masyar nanti. Cuma masa yg ditulis utkmu agak awal dari kami.


"Siapa saya utk bertanya kpd Allah kenapa kau dimatikan di usia yg muda. Sedang kematian itu telah ditetapkan oleh Allah. Apapun Bob, bersyukurlah dan beruntunglah sahabat di saat-saat pemergianmu, kau mendapat hidayah Allah. Sesungguhnya Allah akn mengampuni jika seseorang itu benar2 bertaubat.


'Buat sahabat-sahabatku FB ku, kadang2 bila diingatkan kembali dlm perjalanan kita menuju akhirat...apalah gunanya hidup tanpa beramal kpd Nya, apalah guna hidup jika kita tidak membantu agama Allah (membuat usaha agama), apalah guna hidup jika tiada pengorbanan yg kita lakukan. Apalah guna hidup jika takut menegakkan kebenaran. Oleh itu teman, dgn peluang yg masih ada ni, bertaubatlah dan beramal bersungguh-sungguh...Bila malaikat maut memanggil mu tiada lagi apa yg mampu kau lakukan'
'Buat Bob...Kau tetap diingatan. Ku sedekahkan al-fatihah dan semoga Allah meletakkan Rohmu bersama-sama org beriman dan para sahabat2 Rasulullah.



Kecil Besar.. Tua atau Muda.. Kita akan kembali bila tiba Waktunya..
 Tetapi.. yang tidak dapat dipastikan.. sempatkah kita bertemu denganNya dalam keadaan yang BERSEDIA..

Al-Fatihah
Mudah² Arwah ditempatkan di kalangan hamba²Nya yang Soleh dan Beriman.. Aaamiiin..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails