Kat mana² pon dah tak selamat sekarang.. di sekolah.. tempat kerja.. kawasan kejiranan.. mahupun di rumah sendiri.. sama² lah kita doakan keselamatan adik ini dan mohon Allah lindungi insan² yang teraniaya.. keluarga kita dan semua orang² yg kita sayang dari makhluk² yang tiada hati dan perasaan.. dilahirkan manusia.. berhatikan syaitan... Allah Maha Besar!! Ingat setiap apa yg kita lakukan ada yang melihat... cepat atau lambat.. kalau tidak dibayar cash.. kredit anda akan dituntut di akhirat kelak... sedarlah dan bertaubat sebelum terlewat.. hidup kita tidak menongkat dunia!
Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts
Tuesday, March 20, 2012
Thursday, March 8, 2012
Saturday, February 11, 2012
ROTAVIRUS MeNYeRaNG!! JaNGAN AmBiL MuDaH...
at
1:31 PM
TAPAH - Dua bayi berusia dua dan 10 bulan maut manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes 'Acute Gastroenteritis' (AGE).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, dalam kes kematian itu, seorang dibawa ke hospital dalam keadaan tenat manakala seorang lagi telah meninggal dunia.
"Siasatan mendapati ada taburan kes AGE dikesan di beberapa kawasan daerah Batang Padang iaitu di Tapah dan Bidor, manakala di Hilir Perak pula kes ini dikesan di Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai dan Langkap," katanya kepada pemberita di Klinik Kesihatan Tapah di sini hari ini.
Beliau berkata, kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit serta muntah dan kebanyakan pesakit pula hanya mendapat rawatan pesakit luar.
Sejak 27 Januari lepas sehingga hari ini, sebanyak 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah terbabit iaitu 1,397 kes di Hilir Perak manakala 839 kes dikesan di Batang Padang, katanya.
Daripada jumlah itu, hanya 45 peratus yang menular di kalangan pesakit berusia 12 tahun ke bawah di Batang Padang manakala 56 peratus di Hilir Perak.
Jumlah kes serangan virus, yang dipercayai berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan, bagaimanapun menurun sejak seminggu lepas di kedua-dua hospital daerah itu, katanya.
Katanya, kajian terperinci sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak berkenaan.
"Pihak berkenaan telah menjalankan ujian makmal ke atas pesakit yang terbabit. Sebanyak 39 sampel najis pesakit telah diuji kehadiran virus manakala 45 sampel lagi diuji untuk mengetahui bakteria. Hasilnya hampir semua sampel yang diuji tidak mengandungi bakteria namun 18 daripada 39 sampel yang diuji di dapati mengandungi virus jenis Rotavirus," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, dalam kes kematian itu, seorang dibawa ke hospital dalam keadaan tenat manakala seorang lagi telah meninggal dunia.
"Siasatan mendapati ada taburan kes AGE dikesan di beberapa kawasan daerah Batang Padang iaitu di Tapah dan Bidor, manakala di Hilir Perak pula kes ini dikesan di Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai dan Langkap," katanya kepada pemberita di Klinik Kesihatan Tapah di sini hari ini.
Beliau berkata, kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit serta muntah dan kebanyakan pesakit pula hanya mendapat rawatan pesakit luar.
Sejak 27 Januari lepas sehingga hari ini, sebanyak 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah terbabit iaitu 1,397 kes di Hilir Perak manakala 839 kes dikesan di Batang Padang, katanya.
Daripada jumlah itu, hanya 45 peratus yang menular di kalangan pesakit berusia 12 tahun ke bawah di Batang Padang manakala 56 peratus di Hilir Perak.
Jumlah kes serangan virus, yang dipercayai berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan, bagaimanapun menurun sejak seminggu lepas di kedua-dua hospital daerah itu, katanya.
Katanya, kajian terperinci sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak berkenaan.
"Pihak berkenaan telah menjalankan ujian makmal ke atas pesakit yang terbabit. Sebanyak 39 sampel najis pesakit telah diuji kehadiran virus manakala 45 sampel lagi diuji untuk mengetahui bakteria. Hasilnya hampir semua sampel yang diuji tidak mengandungi bakteria namun 18 daripada 39 sampel yang diuji di dapati mengandungi virus jenis Rotavirus," katanya.
Beliau meminta penduduk di kedua-dua daerah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak merebaknya virus berkenaan ke tahap yang lebih serius kerana pencegahan awal sangat penting.
Katanya, Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil tindakan efektif dengan mempertingkatkan pengesanan dan laporan kes melalui klinik dan hospital, membuat pengesanan aktif kes di komuniti, memberi rawatan awal terhadap kes yang dikesan serta merujuk ke hospital jika perlu.
Pendidikan kesihatan di kawasan terbabit melalui risalah dan poster berhubung gejala AGE serta rawatan dan langkah pencegahan, pemantauan kualiti air bersama-sama Lembaga Air Perak (LAP) di samping pemantauan terhadap premis makanan di sekitar lokasi wabak turut dilakukan, katanya.
"Antara langkah paling berkesan bagi mengelak wabak ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas," katanya.
Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis makanan yang bersih, katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mengalami mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan agar segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital berhampiran tempat tinggal mereka. - Bernama
**********************************
Two infants, aged between two and 10 months, have died from a suspected Rotavirus outbreak in Perak.
It is also feared that more than 2,200 victims, mainly children, are infected with the virus.
Perak State Executive Councillor for Health, Datuk Dr. Mah Hang Soon says, the number of victims have increased in the past two weeks.
Among the symptoms are fever, vomitting, diarrhoea and lost of appetite.
"For children under 12, they could experience serious diarrhoea very fast but adults have stronger immune system. However, it can be seen as not harmful at first but can lead to serious consequences later on," said Datuk Dr Mah.
Datuk Dr Mah adds that since the outbreak began two weeks ago, two babies have died from the disease.
However, based on initial investigation, the deaths could have been due to several factors such as the parents did not seek early treatment for their babies and only sending them for treatment at private clinics.
He says in Hilir Perak, it has been reported that 1,387 people were infected by the disease, including 144 new cases.
All the victims are from Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai and Langkap.
839 more victims including 45 new cases are from Tapah and Bidor, while 26 victims, who were admitted to Hospital Teluk Intan and Hospital Tapah, received outpatient treatment.
Most of the victims are children below the age of 12.
Rotavirus is usually an easily managed disease of childhood, but worldwide nearly 500,000 children under five years of age still die from rotavirus infection each year and almost two million more become severely ill.
It is also feared that more than 2,200 victims, mainly children, are infected with the virus.
Perak State Executive Councillor for Health, Datuk Dr. Mah Hang Soon says, the number of victims have increased in the past two weeks.
Among the symptoms are fever, vomitting, diarrhoea and lost of appetite.
"For children under 12, they could experience serious diarrhoea very fast but adults have stronger immune system. However, it can be seen as not harmful at first but can lead to serious consequences later on," said Datuk Dr Mah.
Datuk Dr Mah adds that since the outbreak began two weeks ago, two babies have died from the disease.
However, based on initial investigation, the deaths could have been due to several factors such as the parents did not seek early treatment for their babies and only sending them for treatment at private clinics.
He says in Hilir Perak, it has been reported that 1,387 people were infected by the disease, including 144 new cases.
All the victims are from Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai and Langkap.
839 more victims including 45 new cases are from Tapah and Bidor, while 26 victims, who were admitted to Hospital Teluk Intan and Hospital Tapah, received outpatient treatment.
Most of the victims are children below the age of 12.
Rotavirus is usually an easily managed disease of childhood, but worldwide nearly 500,000 children under five years of age still die from rotavirus infection each year and almost two million more become severely ill.
**************************************
Tuesday, May 24, 2011
..iSu EnZiM BaBi: PeNJeLaSaN SECRET RECIPE..
at
12:46 PM
Sebagai pengguna yang bijak.. pandai² lar kita buat penilaian sewajarnya.. sharing is caring.. :)
_________________________________________________
Secret Recipe Malaysia: Maklum-balas terhadap Artikel Blog di Harian Hullahup dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusykilan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut :
*********************************************************************************
ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe
Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu...
Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!
kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!
Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!
Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.
Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’
Syarikat tersebut adalah:
Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!
kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!
Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!
Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.
Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’
Syarikat tersebut adalah:
Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )
8. | TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE BRAND: PURATOS -PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. | 30/11/2011 | |
9. | TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS -PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. | 30/11/2011 |
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.
Tuesday, January 11, 2011
..Nur Dania meninggal dunia dengan 73 KeSaN DeRa..
at
10:42 AM
Manusia bertopengkan syaitan di mana²... hatiku sakit setiap kali melihat/membaca kanak² didera.. hanya manusia yg hatinya telah mati sanggup mendera kanak² kecil yg tidak berdosa.. kanak² itu naif.. belum matang untuk berfikir.. apatah lagie mempertahankan diri sendiri...
Kalau lar ada hukuman lain yg lebih layak.. ikut hatiku biar pendera² ini direjam sampai mati di depan khalayak.. biar mereka tahu.. tiada tempat untuk mereka di dunia ini melainkan mati dan biar malaikat pula yg mendera mereka di dalam kubur nanti..
Kawan²... ayuh kita pelihara hati kita..
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)
كَلّا ۖ بَل ۜ رانَ عَلىٰ قُلوبِهِم ما كانوا يَكسِبونَ"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
فَوَيلٌ لِلقٰسِيَةِ قُلوبُهُم مِن ذِكرِ اللَّهِ ۚ أُولٰئِكَ فى ضَلٰلٍ مُبينٍ"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22)
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
- Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
- Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
- Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
- Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
- Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
- Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
- Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
- Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
- Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
- Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Dipetik dari artikel cheahmad.blogspot.com
Hati ibu mana yang tidak luluh.. bayi yang dikandung 9 bulan.. mati di tangan orang dengan sangat menyayat hati.. satu soalanku pada bapa adik Dania... utk apa larikan anak² itu sekadar untuk didera.. apakah maknanya kasih seorang bapa.. tak kan tidak sedar anak²mu itu didera?? Pulangkan mereka pada ibu yang merindui dan mengasihinya...
Mersing: Nur Dania Qistina Nurafizan, 3, yang dipercayai mati akibat didera ibu tirinyua, didakwa dilarikan bapanya hampir tiga bulan lalu dan ibu kandungnya juga tidak dibenarkan bertemu mangsa serta dua adiknya yang lain."Siapa sangka selepas hampir tiga bula;n bekas abang ipar melarang kakak bertemu ketiga-tiga anak kerana masalah rumahtangga, akhirnya kakak (Nur Aquilla, 27) kehilangan seorang cahaya matanya."Hatinya luluh kerana meratap jasad kaku Nur Dania dalam keadaan menyayat hati termasuk luka dan lebam di seluruh badan," kata bapa saudara Nur Dania, Mohd Kamaruzzaman Razali, 25, ketika ditemui di Felda Tenggaroh 6, di sini, semalam.
Kamaruzzaman berkata, keluarganya terkilan dengan nasib menimpa anak kedua daripada tiga beradik selepas dilarikan bapa mereka pada Oktober lalu.
Menurutnya, kakak sulungnya itu terlalu merindui Nur Dania serta kakak mangsa berusia lima tahun dan adik lelaki berusia setahun, selepas ketiga-tiga kanak-kanak itu dilarikan bekas abang iparnya.
Difahamkan, anak lelaki Nur Aquilla turut mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berikutan kesan lebam pada muka, belakang telinga dan punggung selain mengidap demam sejak kelmarin. -Berita Harian-
Bersemadilah dengan tenang.. di dunia dirimu didera.. di sana engkau dikasihiNya..
JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.
Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.
Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.
“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.
“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.
“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.
Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Saturday, January 1, 2011
..Dia SuDaH MeNiNGGaL..
at
5:45 PM
Sesungguhnya MATI itu pasti... cepat atau lambat pasti akan datang menjemput kita.. Al-Fatihah buat Allahyarham Faizal Yusof yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pada pagi Sabtu 01.01.11 dan takziah buat keluarganya..
Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.
“Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal,” katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti. – mstar online
DariNya kita datang.. kepadaNya kita kembali.. Allahyarham meninggalkan seorang anak Mohamad Rayyan Nakhai berusia 2 tahun.
..Al-Fatihah..
Wednesday, December 15, 2010
..3 HaRi TeMaNi MaYaT iBu.. OMG!!
at
8:26 AM
Tiap² hari dihidangkan dengan berita² mengejutkan.. korang dah bacer berita pagi nie... sedihnya.. sayunya hati aku biler tengok muka budak nie.. tak terbayangkan trauma yang dilaluinya.. biler aku tengok budak nie aku teringat anak aku si Alyaa.. dorang sebaya... sanggup dia tunggu di sisi ibunya yang dah mati tiga hari... dah berulat.. berbau busuk... Ya Allah.. besarnya dugaan budak sekecil ini... semoga dia dilindungi... **sangat sebak. :(
SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.
Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.
Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.
“Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.
Friday, December 3, 2010
..PerSeDiaAN BuAt AnAK HaDaPi DuNia..
at
11:41 AM
Macam² kisah pelik² masyarakat kita sekarang.. biler bacer akhbar seram sejuk jer badan nie.. dah lar cuaca memang sejuk.. risau macam maner lar keadaan anak² kita akan datang.. kita tak mampu nak jaga dorang sepanjang masa... tak selamanya mereka akan bergantung pada kita.. zaman sekarang.. susah nak percayai sesiapa lagie.. gunting dalam lipatan.. pagar makan padi.. gunting dalam selimut.. benda yang dulunya kita rasakan mustahil dah jadi satu perkara biasa..
Tertuduh, Mohd Sairi Munajar@Munajat, 56, yang cacat kedua-dua tangannya dipenjara 10 tahun dan enam sebatan semalam selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol remaja berusia 13 tahun di asrama pekerja di Kampung Dalam, Ayer Hitam pada Oktober 2009. ** Berita penuh
Pelindung apa yang mampu kita beri pada anak² kita? Kita mesti nak keje dan jalani kehidupan ini dengan tenteram dan tenang... bagaimana nak damaikan hati bila kita hidup dalam era jenayah yang menjadi²??
i) Anak kita cukup akal... bercakap dan berbicara dengan jelas dan terang... agar pemikiran mereka dapat berkembang dan memahami secara telus melalui kaedah dua hala... soalan dan penerangan.. jangan biarkan soalan mereka tergantung tanpa jawapan.. bagi mengelakkan mereka mencari jawapan sendiri dan tersalah pula menafsirnya..
ii) Selalu bertanya tentang aktiviti seharian yang dilakukan mereka.. galakkan mereka untuk berkongsi cerita dan perasaan.. hapuskan ruang keterbatasan berbicara antara anak² dan ibubapa..
iii) Kukuhkan ikatan kekeluargaan.. ingati tarikh² penting.. raikan bersama.. berikan hadiah.. berikan penghargaan.. supaya anak² kita tahu bahawa mereka dikelilingi keluarga yang sayang dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.. supaya mereka akan kembali pada keluarga ketika diri dalam dilema dan diselubungi masalah.. supaya mereka tidak mencari alternatif lain yang tidak sesuai untuk menyelesaikannya..
iii) Kukuhkan pegangan agama dan akhlak dalam diri anak kita.. ajarlah sembahyang dan mengaji.. jelaskan apa yang baik dan buruk.. perlakuan dan akibatnya... syurga dan neraka..
iv) Kenali semua kenalan anak² kita.. sahabatnya.. musuhnya (kiranya ada).. guru²nya.. secret admirer-nya... tahu di mana mereka tinggal.. setidak²nya no. tel. BFF anak² kita.. galakkan mereka bergaul secara sihat.. terangkan batas² pergaulan yang perlu ada dalam percampuran individu samada lelaki ataupun perempuan apabila anak kita menginjak dewasa..
v) Berikan anak² tanggungjawab dan kepercayaan.. supaya mereka merasakan mereka sebahagian daripada kita.. mempunyai peranan dalam menentukan baik buruknya hasil tindakan atas satu² perkara..
vi) Berikan anak² ruang membela diri.. dibicarakan dan diadili sebelum kita jatuhkan hukuman.. dalam mendidik ibu bapa perlu tegas tetapi memahami keadaan yang dihadapi anak².. kenapa dan mengapa satu² perkara itu terjadi..
Apa lagi yang boleh dikongsikan.. sudi² berikan pandangan..
Wednesday, November 10, 2010
..Ibu Mati DIKAPAK Anak..
at
12:36 PM
Sedih dan ngeri betul baca berita pagi tadi.. ramai yg dah baca kan.. lately banyak betuk berita² tak masuk dek akal.. ingat dulu citer pasal Pegawai bank bunuh 4 ahli keluarga.. penggal leher bapa.. kedua kisah anak 3 tahun disembelih bapa.. dan hari nie kisah Ibu mati dikapak anak sendiri... siapa sangka kan.. anak yg dilahirkan dengan jerih payah bakal mengambil nyawa si ibu.. Semuanya berkaitan mistik.. misteri atau sebenarnya masalah kejiwaan.. Nauzubillah!! Menakotkan.. mudah²an keluarga kita terpelihara dan tidak diduga sedemikian rupa..
PEKAN: Pemuda yang menetak kepala ibunya menggunakan kapak sehingga maut di Felda Chini Timur 1 di sini, kelmarin memberi alasan berbuat demikian kerana ibunya itu jelmaan saka.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 23 tahun mengaku menetak ibunya, Che Wa Isa, 57, kerana kononnya mahu menghapuskan saka itu.
"Dalam keterangannya, suspek memaklumkan dia mendapat bisikan kononnya mangsa sudah lama mati dan yang hidup sekarang jasad dikuasai saka yang menyerupai ibunya.
"Oleh itu, suspek membunuh mangsa kerana mahu menghapuskan saka terbabit. Suspek juga mempertahankan perbuatannya yang dianggap tindakan betul mengikut kefahamannya berdasarkan beberapa buku mengenai menentang makhluk halus yang dibacanya," katanya.
Menurutnya, suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam juga mendakwa mempelajari hal berkaitan iblis dan makhluk halus menerusi beberapa buku sejak empat bulan lalu selain membuat kajian sendiri.
"Bagaimanapun, suspek dipercayai menuntut ilmu salah apabila dia belajar tanpa guru di samping tidak merujuk mereka yang pakar dalam bab berkenaan," katanya.
Anak mangsa dikatakan terpengaruh dengan buku² mistik yang dibaca.. berguru dengan buku.. berpaksikan pendapat dan akal yang dangkal.. buruk akibatnya..
Orang² yang pendiam nie sebenarnya bahaya.. kita tak tahu apa yang mereka fikirkan... apa yang mereka lakukan.. apa yang mereka rancangkan... betul lar kata mak aku kan.. pernah mak kata.. antara anak² dia.. biar yg riuh dia tak risau.. kalau yg senyap.. sepi.. buat hal sendiri.. itu yg sangat dirisaukan... ibu bapa perlu pantau tingkah laku anak.. apa aktiviti dan keganjilan mereka.. supaya tidak terjurus ke arah ketaksuban dan tenggelam ke jurang masalah jiwa...
Thursday, October 7, 2010
..Bayi 4 Hari MATI DISERANG Kera Liar..
at
9:35 AM
Terkejut beruk aku bila dengar sari berita kat TV3 pagi tadi.. terkejut beruk sebab baby 4 hari mati diserang spesis beruk... mak aiii... 4 hari.. anak pertama pulak tu... mati bukan sebab dibuang.. atau dibunuh... tapi diculik sekumpulan kera liar.. digigit dan dicampakkan dari atas bumbung... sedehnya.. sedeh sangat... apa lar malang nasib bayi tu dikerjakan si kera... bayi tu diletakkan dalam rumah.. ditinggalkan sekejap datuknya yg ke dapur mengambil air.. tiba² dah hilang..
Dulu kita selalu baca kisah anak orang dibela monyet dlm hutan.. kera sekarang dah tak boleh dibuat main.. kalau nak tau.. kera.. monyet.. cimpanzi dan sespesis dengannya seekor binatang yang pendendam.. sebab anak toksu aku pernah kena serang ngan kera/monyet peliharaan toksu.. kera tu dendam sebab hari² kena usik dan diejek anak toksu.. terlepas jer.. dia tak cari orang lain dah... dan akibat serangan tu daging peha anak toksu koyak digigit.. ngeri sangat masa tu...
Korang pernah pegi Bukit Belacan.. kat sana pon banyak kera berkeliaran.. dalam entry lepas² pernah aku ceritakan si Alyaa dikejar kera sebab mahukan makanan di tangannya... kat Tasik Perdana pon banyak kera.. kat umah Mertua aku pon ada... bersepah kera... tolong jaga anak anda.. jangan sesekali biarkan dia tengok kera sorang²... bahaya... jarang kita dengar kera serang orang... tapi harus diingat.. binatang tetap binatang...
..kera ganas tu dah kena tembak.. takutnya kalau dia masih hidup.. eiii
Monday, August 30, 2010
OMG.. Kubur MJ Nak Digali Semula..
at
11:08 AM
Itulah bahananya biler kematian disabitkan kes jenayah... tak tenang jenazah.. tak tenang.. hidup susah.. (yelah.. perhatian orang sana sini..) mati pon susah.. mudah²an kematian kita nanti dipermudahkan olehNya..
*******************************
LOS ANGELES: Kubur Michael Jackson mungkin terpaksa digali semula dalam usaha peguam mempertahankan doktor peribadinya daripada tuduhan membunuh.
CONRAD...hadapi tuduhan. Menurut sumber, peguam bela Dr Conrad Murray bercadang untuk mencabar keputusan bedah siasat ke atas mayat penyanyi berkenaan yang mengaitkan kematian Raja Pop berkenaan dengan salah laku perubatan.
Antara lain, Michael (gambar atas) dikatakan menemui ajal kerana diberi ubat pelali Propofol berlebihan.
Kata sumber itu, peguam bela Murray mahu membuktikan bahawa Michael - yang menyambut ulang tahun ke-52 jika hidup, semalam - mungkin maut kerana mengambil dadah lain.
“Justeru, mereka menuntut supaya kubur penyanyi itu digali supaya ujian baru dapat dijalankan sebelum Murray dibicarakan tahun depan,” katanya.
Antara kemungkinan yang boleh dikesan adalah tanda tusukan jarum yang bukan dilakukan suspek.
Sumber itu berkata, pasukan peguam bela Murray akan cuba meyakinkan hakim bahawa tubuh Raja Pop itu gagal berfungsi selepas berdekad-dekad menerima pil penahan sakit dan ubat pelali.
Jika berjaya, katanya, hakim mungkin mengetepikan tuduhan membunuh secara tidak sengaja yang dikenakan ke atas Murray.
Pada masa sama, ketua peguam, Ed Chernoff, mendapat lampu hijau bagi menjalankan ujian semula ke atas sampel tisu Michael yang diambil dan disimpan dalam peti sejuk selepas dia mati pada Jun tahun lalu.
Sementara itu, rakan keluarga Michael berkata, berita itu amat membimbangkan mereka.
“Mereka menguburkan Michael dengan harapan dia dapat berehat dengan aman, tetapi berita ini amat memualkan,” katanya.
Menurutnya, peguam akan cuba mendapatkan keputusan ujian terkini dan jika ia berbeza daripada apa dilaporkan koroner, mereka mempunyai alasan kuat untuk mencabarnya.
“Langkah selanjutnya adalah menggali semula kubur Michael dan menjalankan ujian baru,” katanya. - Agensi
Sunday, August 15, 2010
PEMBUNUH!!
at
6:51 PM
Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah... Kau hukumlah pelaku² tidak berperikemanusiaan ini selayaknya di sisimu.... hukumlah mereka agar mereka tahu... mereka bukan tuhan.. serakusnya mencabut nyawa insan kerdil tidak berdosa....... memperlakukan anugerah dan amanahmu sedemikian rupa... Kau hukumlah mereka Ya Allah...
Lagi kes bayi dibuang.. di Kota Damansara sebelah kolej Segi... hatiku disayat²... aku sedehhhh... sedeh yang teramat sangat.... wahai kalian manusia² pembuang bayi.. pembunuh.................. hati yang kering tiada ikhsan... ingin kembali ke zaman jahilliahkah??? Kalian yang berdosa mengapa mereka menerima akibatnya?? Bagaikan jantungku direntap saat menatap gambar ini... its a torture... jangan siksa mata dan hati kami lagi... hentikan perbuatan terkutuk ini!!! Hentikannnnnnnnnnnn!!!
Aku tak sabar nak lihat siapa kena gantung dulu!! Pembuang bayi! Pembunuh!!!!!!!!!! Nantikan pembalasannya!

Lagi kes bayi dibuang.. di Kota Damansara sebelah kolej Segi... hatiku disayat²... aku sedehhhh... sedeh yang teramat sangat.... wahai kalian manusia² pembuang bayi.. pembunuh.................. hati yang kering tiada ikhsan... ingin kembali ke zaman jahilliahkah??? Kalian yang berdosa mengapa mereka menerima akibatnya?? Bagaikan jantungku direntap saat menatap gambar ini... its a torture... jangan siksa mata dan hati kami lagi... hentikan perbuatan terkutuk ini!!! Hentikannnnnnnnnnnn!!!
Aku tak sabar nak lihat siapa kena gantung dulu!! Pembuang bayi! Pembunuh!!!!!!!!!! Nantikan pembalasannya!
Thursday, August 5, 2010
..Aku PeRNaH JuMPa CiCaK Nie..
at
2:09 PM
Aku pernah jumpa cicak nie.. betul.. dua kali.. pertama masa baru² duduk umah aku sekarang.. sebelum renovate... kedua maser balik kg pegi kenduri kawen sepupu aku baru nie.. masa kitorang menyewa bilik di Pulau Gaya.. besar.. memang besar.. maser memula jumpa kat umah.. memang aku terperanjat giller.. saper tak takot ko tengok cicak besar macam tu... aku ingat raja cicak ker.. cicak jadian ker... yerlah.. umah kitorang atas bukit tu dekat jer ngan utan... sekali tengok ingat ker bengkarung.. tapi bukan... aku pasti sangat itu cicak... panjang dalam 30 cm... huhu... seriau jer maser tu.. En. Ady plak tak der... tapi maser tu aku tak tau lar pulak menatang cicak gergasi yg aku jumpa tu rupa²nya ada nama glemer.. "Gecko" dan yang paling tak percayer.. harga cicak tu kalau dijual mencecah RM30 ribu... giller kentang betul lar! Kalau aku tahu... mesti aku tangkap punya! Hahaha.. ilang sumer takot nampak duit jer.. Kali kedua jumpa dalam bilik kitorang tido.. tepi pantai.. juga dekat ngan hutan.. cicak tu sedap jer merayap kat dinding bilik.. sampai kitorang nak tido pon takut.. maner lar tau itu spesis menggigit.. besor tu.. panik lar En. Ady cuba menghalau cicak tu... ikhsss... kenapa lar masa tu tak tau harga cicak tuuu... kalau tidak senang lenang aku sekarang... wakakaka!!
Hah.. bacer berita nie..
***************************
Cicak RM30,000
Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my
2010/08/05 PENDANG: Segelintir penduduk kampung di beberapa daerah di negeri ini dikatakan sibuk mencari sejenis haiwan daripada spesies cicak sejak dua bulan lalu yang didakwa boleh dijual dengan harga mencecah RM30,000 untuk dijadikan ubat tradisional.
Namun, reptilia yang dikenali sebagai cicak gekko-gecko itu didakwa sukar dijumpai dan ditangkap, tetapi terdapat penduduk kampung yang berjaya menangkap dan menyimpannya.
Daud Derani, 50, dari Kampung Paya Mat Inson, dekat sini, adalah antara penduduk yang berjaya menangkap haiwan terbabit yang turut dikenali dengan nama ‘Pok-Ke’ di kalangan penduduk berikutan ia mengeluarkan bunyi seakan-akan namanya itu dan boleh didengari dalam jarak hampir satu kilometer.
Daud ketika ditemui berkata, dia menangkap haiwan itu di dalam hutan di sekitar Nami, dekat sini kira-kira dua bulan lalu, namun dia hanya memperoleh saiz yang kecil iaitu kira-kira 20 sentimeter panjang dengan berat kira-kira 80 gram.
Difahamkan, reptilia berwarna kelabu keputihan itu hanya boleh dijual jika beratnya melebihi 300 gram.
“Saya tidak ada niat untuk menjualnya kerana saiznya agak kecil, tetapi saya difahamkan ada penduduk di Gajah Mati, dekat sini yang berjaya menangkap haiwan itu dengan saiz yang agak besar ditawarkan harga kira-kira RM30,000 oleh seorang tauke dari Sabah dan Ipoh kira-kira dua bulan lalu.
“Saya tidak tahu untuk apa kegunaannya, tetapi saya difahamkan ia boleh dijadikan ubat untuk penyakit tertentu,” katanya. Daud berkata, penduduk di beberapa kampung di Sik dan Baling turut sibuk mencari haiwan terbabit, namun belum pernah mendengar mana-mana penduduk yang sudah menjual haiwan itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Rahim Ahmad berkata, cicak gekko-gecko bukanlah spesies yang dilindungi dan bukan menjadi kesalahan sekiranya ada individu yang menangkap dan membelanya.
“Habitat haiwan itu ialah di dalam belukar di sekitar rumah dan juga hutan, tetapi memang agak sukar dijumpai,” katanya.
************************
Ini pula petikan dari entri dari http://tengyanung.blogspot.com
Spesis cicak ini banyak terdapat di Pulau Perhentian. Warnanya boleh berubah mengikut keadaan. Ia seperti spesis cicak biasa tetapi saiznya agak besar. malah pada hari ini..ramai yang menjadikan gecko sebagai binatang belaan terutama dari spesis Leopard Gecko yang dihasilkan secara mutasi dengan pelbagai keunikan warna.harganya juga mencecah ratusan ringgit. menariknya di Pulau Perhentian..gecko merupakan binatang liar yang boleh dijumpai di mana- mana sahaja. ia boleh mengeluarkan bunyi yang agak kuat. dan bising Menurut cerita lama penduduk kampung setempat...cicak ini terhasil dari gabungan biawak dan ikan pari (blue spot stingray). ia berdasarkan daripada rupanya dan fizikalnya yang seakan biawak dan mempunyai tompok-tompok seperti yang terdapat pada seekor ikan pari. hal ini sedemikian kerana terdapat banyak biawak sementara ikan pari pula sememangnya mudah untuk dijumpai di sekitar pantai-pantai di Pulau Perhentian...emmm agak menarik akan ceritanya...tetapi rentetan daripada kisah tersebut..masyarakat di pulau ini masih lagi mempunyai kepercayaan sedemikian...buktinya...mereka tidak memakan ikan pari dari spesis tersebut sehingga kini :)
**********************
Ini pula kata En. Wiki.. sila baca sendiri untuk maklumat lanjut.. aku tak copy semua.. Gecko nie banyak sepupu sepapat.. artikel is too long tapi lengkap dan padat..
Geckos are small to average sized lizards belonging to the family Gekkonidae, found in warm climates throughout the world. Geckos are unique among lizards in their vocalizations, making chirping sounds in social interactions with other geckos. An estimated 2,000 different species of geckos exist worldwide, with many likely yet to be discovered. The name stems from the Indonesian/Javanese word Tokek, inspired by the sound these animals make.
Some geckos, excluding the Eublepharinae family, have no eyelids and instead have a transparent membrane which they lick to clean. Many species will, in defense, expel a foul-smelling material and feces onto their aggressors. There are also many species that will drop their tails in defense, a process called autotomy. Many species are well known for their specialized toe pads that enable them to climb smooth and vertical surfaces, and even cross indoor ceilings with ease (it is believed that the van der Waals force may contribute to this capability). These antics are well-known to people who live in warm regions of the world, where several species of geckos make their home inside human habitations. These species (for example the House Gecko) become part of the indoor menagerie and are often welcome guests, as they feed on insects, including mosquitoes.
The largest species, the Kawekaweau, is only known from a single, stuffed specimen found in the basement of a museum in Marseille, France and one documented sighting in the wild in 1870. This gecko was 60 cm (24 in) long and it was endemic to New Zealand where it lived in native forests. It was probably wiped out along with much of the native fauna of these islands in the late 19th century, when new invasive species such as rats and stoats were introduced to the country during European colonization. The smallest gecko, the Jaragua Sphaero, is a mere 16 mm long and was discovered in 2001 on a small island off the coast of the Dominican Republic.[2]
Geckos come in various colors and patterns such as purple, pink, blue and also white.
Some are subtly patterned and somewhat rubbery looking, while others are brightly colored. Some species can change color to blend in with their environment or with particular temperatures. Some species are parthenogenic, which means the female is capable of reproducing without copulating with a male. This improves the gecko's ability to spread to new islands. However, in a situation where a single female gecko populates an entire island, said island will suffer from a lack of genetic variation within the geckos that inhabit it. The Gecko's mating call sounds like a shortened bird chirping which attracts males when they are around so the female can create a baby with more genetic variation by using sexual reproduction instead of asexual. Geckos also make a quality pet for small households. They can live and breed in small tanks or terrariums. They must have proper living space to survive. The average temperature in the day should be between 78 and 88 degrees Fahrenheit (25 and 31 degrees Celsius) and at night temperatures should not go below 72 degrees Fahrenheit (22 degrees Celsius) inside the tank. Proper foods for the geckos range from small baby crickets, roaches, phoenix worms and manufactured diets such as crested gecko diet. Many have a sweet tooth and like fresh fruits and honey.[3]
Tak selamat lar idup binatang Gecko nie lepas nie... sumer orang pakat dok cari.. nak jadik kaya.. hahaha!!
BTW.. untuk ubat aper eak??
Tuesday, August 3, 2010
..OMG.. bangkai buaya ditemui di Port Dickson..
at
8:13 AM

Korang dah tengok paper??! Cepat² p tengok.. dasyat.. cerita tentang kewujudan buaya di Port Dickson nie dah lamer.. macam² email berkenaan reptilia ganas itu diterima melalui email.. terjawab sudah teka teki selama ini... ikan besar lar.. ikan yu lah... kenapa tanak berterus terang?? Buaya Tembaga Air Masin tu spesis ganas... bila² masa boleh menyerang.. dan selama itu juga nyawa orang ramai dipertaruhkan semata² menjaga periuk nasi orang² yang berkepentingan di situ.. heh.. nyawa tiada galang gantinya...
****************************************
ARKIB : 18/01/2010
Perhilitan nafi ada buaya di Port Dickson
SEREMBAN 17 Jan. - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Sembilan (Perhilitan) mengesahkan kawasan Pantai Batu 4, Port Dickson selamat dan bebas daripada ancaman haiwan berbahaya.
Pengarahnya, Ishak Muhamad berkata, selepas pemantauan rapi, pihaknya menolak sama sekali dakwaan seorang lelaki bahawa dia menjadi mangsa serangan buaya di kawasan terbabit.
"Anggota kami menjalankan siasatan dan pemantauan setiap hari selepas menerima laporan kononnya terdapat kehadiran buaya di kawasan pantai itu.
"Di negara ini hanya terdapat dua jenis buaya air masin iaitu buaya tembaga dan buaya julung.
"Walaupun kedua-dua buaya ini merupakan buaya air masin, namun ia tergolong dalam jenis amfibia, di mana habitatnya berada di kuala sungai kerana memerlukan air tawar untuk hidup," katanya di sini hari ini.
Ishak berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung kes seorang posmen Mohamad Helme Leman, 25, dari Melaka yang mendakwa diserang seekor buaya ketika mengunjungi pantai tersebut 2 Januari lalu.
Beliau juga menafikan andaian buaya itu datang dari Sungai Linggi di sempadan negeri ini dan Melaka hingga ke pantai itu ekoran faktor jarak yang terlalu jauh.
"Jarak Sungai Linggi ke tempat kejadian sejauh 12 kilometer dan ini agak mustahil kerana buaya itu memerlukan air tawar untuk terus hidup," katanya.
Tambah Ishak, berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa, ia didapati tidak seperti bentuk serangan seekor buaya.
"Buaya membaham dengan cengkaman yang kuat dan tidak akan melepaskan mangsa.
"Kebiasaannya, buaya menyerang dengan memutarkan mangsa beberapa kali ke kiri dan kanan selain menggolek badannya di kawasan darat bagi melemah atau mematikan mangsa.
"Saya difahamkan tiada saksi yang nampak kerana ketika itu hanya dia seorang sahaja. Jika itu dakwaannya saya menafikan ia akibat buaya,'' ujarnya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, orang ramai tidak perlu bimbang untuk mengunjungi pantai Port Dickson kerana kawasan itu selamat dikunjungi.
Dalam laporan Utusan Malaysia 13 Januari lalu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abdul Wahab Samsuddin turut menafikan dakwaan bahawa kecederaan mangsa berpunca daripada serangan reptilia tersebut.
****************************************
Ini gambar kaki posmen yang kena gigit itu mengikut sumber Oh!Tidak.Com



Bangkai buaya tembaga seberat hampir satu tan ditemui di Port Dickson
Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar dengan seekor buaya tembaga yang telah mati dipercayai ditembak di Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


TELUK KEMANG 2 Ogos - Memang benar ada buaya di Port Dickson!
Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini.
Penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang sebelum ini hanya mendengar khabar angin mengenai kehadiran reptilia itu di pantai berkenaan sehingga bangkai haiwan itu ditemui terdampar berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.
Kisah buaya di Port Dickson pernah menjadi topik hangat pada Januari lalu apabila seorang pemuda dari Melaka mendakwa kakinya digigit oleh reptilia itu sehingga cedera.
Bagaimanapun, kisah itu dinafikan Jabatan Perikanan negeri serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) selain kerajaan negeri.
Penduduk yang menemui bangkai buaya tembaga itu, Suhaimi Salim, 35, berkata, ketika itu dia memancing bersama-sama rakannya di lokasi berkenaan.
''Pada awalnya saya nampak satu objek seperti sebatang kayu besar dihanyutkan arus dan terapung di permukaan laut tetapi selepas dihampiri kami terkejut apabila objek itu adalah bangkai seekor buaya yang besar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya, dia bersama beberapa rakan yang lain menarik bangkai buaya itu ke pantai selepas yakin reptilia berkenaan sudah tidak bernyawa lagi sebelum menghubungi anggota polis dan orang ramai untuk mengesahkan penemuan bangkai berkenaan.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lokasi kejadian bertukar menjadi 'pesta' apabila orang ramai mula berkumpul untuk menyaksikan bangkai haiwan itu dari dekat.
Kata mereka, selama tinggal di Port Dickson dan berkunjung ke Tanjung Agas, ini adalah kali pertama reptilia sebesar itu ditemui oleh penduduk.
Bagi Mohd. Farez Mohd. Said, 19, dia percaya reptilia berkenaan datang dari kawasan paya bakau Sungai Linggi dan berada di laut untuk mencari ikan di pesisir pantai.
''Kami memang biasa memancing di situ dan penemuan bangkai buaya ini menakutkan kerana ia besar," katanya.
Bagi Azay Mohd. Safri, 30, pula, dia tidak menduga ada buaya 'tersesat' di laut dan ia boleh mengancam nyawa manusia lebih-lebih lagi pada waktu malam dan ketika reptilia berkenaan kelaparan.
''Tentulah kami terkejut kerana ada buaya di laut Port Dickson," ujarnya.
Dalam pada itu Penolong Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohd. Zafifi Ramli berkata, pihaknya akan menyiasat kewujudan bangkai buaya di Tanjung Agas itu dan punca kematian haiwan itu.
''Kita akan menjalankan kajian terhadap bangkai buaya itu dengan bantuan kakitangan Zoo Melaka," ujarnya.
****************************************
Subscribe to:
Posts (Atom)














