.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, September 14, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with BOTTLE Contest





Kat atas nie sumer gambar Putri Aisha Ameerah... puas dah den godek.. tapi apsal banyak gambo si Aisha tengah pegang botol susu... hmmm... kakaknyer payah nak cari gambar tu..

Okey..

Nama sikecik kat atas tu: Putri Aisha Ameerah binti Ady Putra

Tarikh Dilahirkan ke Dunia: 03 Oktober 2007 (10 hari lagi nak raya tu.. aku beraya dlm pantang.. :D)

Hmm.. yang nie pulak gambar si Kakak.. Putri Alyaa Safiah binti Ady Putra.. lahir pada 14 Jun 2006.. umo dah lebih had penyertaan.. :D.. Saja lampirkan sbg gambar selingan..

Haa.. inilah dia gaya mutu keunggulan.. kena cari tempat yang selesa untuk minum susu..


-------------------------****************-------------------------



Ok.. sapa baca blog nie mesti tau aku ada 3 orang anak perempuan.. yang mana usianya rapat.. so banyak lar gambar baby.. tapi nak mencari gambo baby minum susu.. agak payah.. lalu berlakulah sessi godek² album lama.. terselit lar satu dua..

Hmm.. semua anak² aku susukan susu badan sepenuhnya semasa dalam pantang.. cuma bila dah mula kerja.. terpaksa dicampurkan dengan susu botol.. dulu peti ais mak aku rosak.. so.. susah nak simpan EBM... untuk baby sekarang nie pulak.. selalu jugak aku perah kat ofis.. dan aku bekalkan semasa baby aku tinggalkan kat mak.. anak² semua diberi susu dari Dutch Lady.. satu sebab mudah kalau semua anak minum susu yang sama, nak travel ker aper senang bawak satu bekas susu sajer.. kedua sebab susu tu berkhasiat dan mudah didapati di mana² di Malaysia nie.. kalau susu jenama pelik² payah sikit lar kan.. kot tersesat dan bekalan susu habis.. mana nak cari??

Pendapat aku lar kan.. the best milk to feed your baby is your milk.. tapi apakan daya.. tekad tu ada.. kemahuan tu ada.. cuma peralatan tak mencukupi.. (baby akan datang.. Insyaallah.. sepenuhnya) Hmm.. bila nak bagi susu kat anak menggunakan botol.. (especially baby yang masih kecil.. dan belum pandai memegang botolnya sendiri) hendaklah dipangku atau alaskan dengan bantal kepala bayi.. supaya badan bayi lebih tinggi dari paras lantai.. ini adalah untuk mengelakkan bayi tersedak susu.. dan kalau tersedak pun.. susu tu tak akan masuk semula menyumbat saluran pernafasan baby.. (kes kematian bayi banyak terjadi berpunca dari tersedak susu) pilih puting yang kecil salurnya sesuai dengan usia bayi.. pilihlah puting yang anti-drip.. yang mana agak penting dalam membantu bayi yang kecil mengawal aliran susu yang keluar dari botol.. (adakala kita lihat baby menyusu sampai tercungap² kan.. sebab tak sempat nak telan.. susu laju sangat.. kesian.. keadaan nie buat baby penat dan boleh tersedak juga) pilih juga puting ortodontik yang mana ianya agak menyerupai puting ibu dan bagus untuk pembentukan gigi bayi.

Selesai penyusuan.. elakkan bayi dari terus menghisap botol yang kosong.. (nie akan jadi tabiat dan akan mengakibatkan struktur gigi yg jongang kalau dibiarkan berterusan) Kalau bayi terlena semasa menyusu.. tariklah botol itu dari mulutnya supaya susu tidak terkumpul dalam mulut atau tepuk² lah pehanya agar dia sedar dan meneruskan penyusuan.. bila bayi telah melepaskan puting botol dan susu belum habis.. jangan dipaksa bayi anda menghabiskan sisa yang berbaki.. kerana keadaan ini boleh membuatkan bayi memuntahkan kembali apa yang diminumnya.. dan akhir sekali.. pastikan bayi anda sendawa sesudah minum susu... agar bayi anda berada dalam keadaan selesa dan tidak kembung...

Kepada yang berminat boleh join contest inie yang akan berakhir esok... cepat kalau minat terjahlah..



Yang berbesar hati menaja hadiah² bagi pemenang contest ini pula:
Sekian...


No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails