.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, April 27, 2012

aDVaNCe MoTHeR's DaY CaRds..

Seperti hari² biasa.. sampai jer umah mak.. anak² aku menerpa sambut depan pintu... masing² tarik tangan aku sambil mulut becok berkata²... masing² (si Alyaa & Aisha) hulur kertas kat aku.. and tadaaaaaaaaaaa... I'm SURPRISEEE!!!

..Advance Mother's Day Card..

Dari Alyaa and Aisha..

 Yang nie dari Aisha.. siap kaler² kad dia..

 Ini bahagian dalam kad Aisha.. I love u too Aisha..

Yang nie pulak kad dari Alyaa..

Ini bahagian dalam kad Alyaa... melekat².. Bonda buka sampai terkoyak.. I love u too Alyaa..

I am touched.. they using rough paper to make these cards.. they are sooo SWEET.. semoga selamanya kamu akan bahagiakan hati Bonda..


Monday, April 23, 2012

PoKoK CaNCeR..

 Saper pernah tengok pokok nie.. angkat tangan!  Ini pokok apa??  Bagi yang tak tau dan tak pernah jumpa.. inilah dia Pereskia sacharosa/saecnarosa nama saintifik yang diberi tetapi lebih glemer dikenali sebagai Pokok Tujuh Jarum.. atau Rose Cactus.. atau Pokok Kanser.. atau Pokok Jarum Tujuh Bilah.. atau Pokok Bintang Tujuh.. atau Pokok Chat Sim Chan..
 
 
Pokok yang asalnya dikatakan dari Korea Selatan ini tergolong dari keluarga 'kaktus' dan satu²nya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.. pokok nie sangat tahan lasak.. aku tau sebab aku yang tanam.. memuler aku tanam dalam pasu.. amik batang dia dari umah makcik aku.. dalam pasu kan.. kadang² tuan yg super rajin nie lupa siram.. maka pokoknya hidup segan mati tak mahu.. lalu aku pindahkan ke laman depan... dari satu batang... sedar² dah berbatang².. segar bugar membiak dengan suburnya.. tak perlu jaga.. tak perlu baja.. dia diklasifikasikan genus paling primitif yang mudah beradaptasi hampir dalam semua iklim..

Aku pelik jugak naper pokok nie dikaitkan dengan nombor tujuh sebab kalau nak dikira betul² duri dia banyak giller dan di setiap tumpuk adalah lebih daripada 7 bilah.. dan lagi.. hati² duri pokok nie boleh dikatakan agak berbisa.. kalau tercucuk bagaikan terkena selumbar.. payah nak kuarkan... raser macam nak cantas buang pon ada jugak biler bengang tercucuk duri.. tapi sayang lar pulak.. sebab pokok yang berduri bisa nie banyak khasiatnya..

Korang tau.. daun.. bunga dan buah pokok nie boleh mengubat penyakit barah??  Dimakan secara mentah sebagai ulam atau salad.. diambil secara rebusan dari tumbuhan segar.. dipercayai mempunyai nilai perubatan kanser seperti anti-ketumbuhan (tumor).. anti-sengal otot (rheumatic).. anti-ulcer.. dan anti-inflammatory.. ia juga digunakan dalam ubatan melegakan sakit kepala.. sakit perut (gastric pain).. ulcers.. bawasir (hemorrhoids).. penyakit kulit (atopic dermatitis).. dan kesegaran badan (revitalizing the body)..

Di Panama, orang tempatan menggunakan seluruh tumbuhan Pereskia bleo untuk merawat masalah usus (gastrointestinal problems).. sementara di India.. Pereskia grandifolia digunakan sebagai ubat sakit pembengkakan.

Tumbuhan herba nie juga mempunyai keluarga yang besar.. sebanyak 31 jenis darinya telah dikenalpasti seperti senarai di bawah..

1) Pereskia aculeata - Barbados gooseberry
2) Pereskia aculeata var. rotundifolia
3) Pereskia aureiflora
4) Pereskia bahiensis
5) Pereskia bleo
6) Pereskia colombiana
7) Pereskia corrugata
8) Pereskia cubensis
9) Pereskia diaz-romeroana
10) Pereskia godseffiana
11) Pereskia grandifolia
12) Pereskia grandifolia var. violacea
13) Pereskia guamacho
14) Pereskia horrida
15) Pereskia humboldtii
16) Pereskia humboldtii var. rauhii (syn. P. horrida)
17) Pereskia lychnidiflora
18) Pereskia marcanoi
19) Pereskia nemorosa
20) Pereskia philippi
21) Pereskia portulacifolia
22) Pereskia quisqueyana
23) Pereskia sacharosa
24) Pereskia stenantha
25) Pereskia subulata
26) Pereskia vargasii
27) Pereskia vaugasii var. longispina
28) Pereskia weberiana
29) Pereskia zehntneri
30) Pereskia ziniiflora
31) Pereskia zinniaefolia

Jom baca artikel yang aku amik dari Herba & Tumbuhan nie..

Bertepatan dengan pertambahan penggemar penggambilan tumbuhan herbal sebagai rawatan alternative, maka adalah amat perlu menjalankan satu penyelidikan bagi meyokong nilai perubatan terkandung dalam tumbuhan herbal disamping memastikan tumbuhan itu selamat untuk penggambilan manusia.
Keputusan adalah bertetapan dengan kajian in vitro dimana pati ekstrak Pereskia bleo dan Pereskia grandifolia tidak menunjukkan cytotoxicity keatas sel normal MRC-5. Berdasarkan kepada keputusan kajian acute toxicity keatas tikus makmal kedua dua pati Pereskia sp. Diterima sebagi selamat untuk kegunaan kesihatan manusia
Pereskia bleo dan Pereskia grandifolia tidak mempunyai kesan sampingan (acute oral toxicity), Ujian makmal keracunan telah dilakukan keatas haiwan ujikaji dimana, jumlah sukatan tinggi (A single, high dose) telah diberikan kepada haiwan ujikaji dan diperhatikan sama ada ia mendatangkan kemudharatan atau membunuh haiwan tersebut dalam jangka waktu 14 hari, tapi tiada kematian dicatit sama ada disebabkan kematian semulajadi maupun disebabkan dari ujikaji. Kajian ini penting bagi mentukan tahap keselamatan ubat ini keatas kesihatan.
Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun jarum tujuh bilah menunjukkan jumlah aktiviti antioksidan (total antioksidan activity) yang tinggi. Walaupun nilai jumlah aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C (asid askorbik) dan vitamin E (alfa-tokoferol), tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang. Daun jarum tujuh bilah ini juga mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.
Bagi membuktikan sama ada jarum tujuh bilah mampu untuk mengubati atau mencegah barah, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak daun jarum tujuh bilah secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak daun jarum tujuh bilah bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan juga sel kanser ovari.
Bagi kajian haiwan pula, ekstrak daun jarum tujuh bilah pada kepekatan 10% (100g daun jarum tujuh bilah dikisar dengan 1,000ml air) telah diuji keberkesanannya terhadap tikus yang diaruh kanser hati. Keputusannya menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati dengan menurunkan paras enzim penanda kanser. Walau bagaimanapun, penurunan paras enzim penanda kanser tidak sampai ke paras normal yang menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah hanya mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati, tetapi bukannya mengubati kanser hati secara keseluruhan.
Kajian secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan) menunjukkan bahawa daun jarum tujuh bilah tidak menunjukkan kesan toksik atau kesan sampingan yang buruk kepada sel yang normal atau tikus yang normal.
Kesimpulannya, daun jarum tujuh bilah mempunyai kesan untuk melawan atau mengubati barah, tetapi kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah atau kanser. Tiada kesan toksik dilaporkan pada sel yang normal atau tikus yang normal yang menunjukkan ia selamat untuk dimakan dalam kuantiti yang sederhana. Diharap dengan penemuan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan mempromosikan pemakanan ulam-ulaman tempatan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. - Profesor Madya Dr. Asmah Rahmat, (UPM).

Phytochemical
Kajian kimia keatas daun Cacatceae (komponan Cytotoksik Pereskia bleo) tidak banyak dijalankan dibanding dengan spisis pereskia yang lain. Hanya tiga (3)lapuran kajian phytochemical dan biological dilapurkan berkenaan tanaman ini. Kajian terawal berkenaan phytochemical oleh Doetsch etal yang melapurkan pengasingan Empat (4) alkaloids, dikenali sebagai 3,4-dimethoxy-β-phenethylamine, mescaline, 3-methoxytyramine and tyramine.

Rumusan
Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat dari jarum tujuh bilah ini, daunnya yang matang dipetik (satu atau dua helai daun) dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau makan secara mentah, daunnya terasa rangup. Daun jarum tujuh bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit. Jika diamalkan daun ini secara berterusan, ia mungkin boleh melindungi badan daripada pelbagai jenis barah.

Kegunaan dan Rawatan.
1. Merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain.
2. Sakit Buah pinggang.


Tiga Cara Rawatan:

1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum.
2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.
3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum.


Peringatan:

a) Amalan perubatan ini amat popular di kalangan masyarakat Cina. Pengambilan sebarang jenis teh dilarang kerana ia dapat menghapuskan khasiat daun di dalam badan. Jadi yang sedang mengambil atau makan daun herba ini, cuba elak minum teh apa jenama pun. Kopi o tak mengapa. Ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.
b) Adalah amat amat digalakkan memakan Asparagus @ meminum jus perahan Aspargus apa bila kita memakan atau menggambil ubat pembunuhan sel kanser.

***************************

Fuhhhh.. panjang dan padat.. haa.. baru kau tahu kelebihannya.. sib baik tak tebang..
ehehehehehe...

 ^_________^

 

Thursday, April 19, 2012

jOM ReDeeM HaDiAH..

Anak anda masih menyusu.. tak bukan susu nenen.. susu tepung??  Korang tak join moms club ker.. aku raser tiap² jenis susu tepung utk membesar sumer ada club² nieh.. anak aku ada 4 kan.. sumernyer masih minum susu.. of course walau kita yg tua nie.. masih tetap kena minum susu..

Alyaa, Aisha, Ainna.. kecuali Amna yg menyusu badan.. yang lain sumernyer minum susu Dutch Lady.. tiap² bulan aku akan beli 15 pack susu Dutch Lady 123 + Dutch Lady 456... wah.. makanya harus tidak sesusah mana aku nak kumpul barcode utk claim hadiah nie.. hehehe.. lama jugak aku simpan.. tertangguh² nak post.. dan hari itu.. 25 Februari 2012 aku telah mengeposnyer.. lega..

Cara nak redeem??  Mudah jer.. tapi perkara pertama yg ko perlu make sure ialah anak ko mmg minum susu Dutch Lady.. then ko register as member kat www.dutchlady.com.my.. dan selepas itu bolehlah korang mula mengumpul barcode di setiap pek susu yg korang beli... setiap barcode mempunyai klasifikasi point yg dikumpul... berapa dan berapa.. boleh semak jadual kat website dia..

Alang² hantar barcode kan.. aku terus redeem sekali.. jimat stem akak.. hehehe..

dan.. sekelip mata... nin diaaaaa... hahaha tak lah bukan sekelip mata.. kena juga lar ko tunggu beribu² kerlipan mata iaitu pada tarikh 22 Mac 2012.. bungkusan yang dinanti²kan ini sampai.. bih kurang sebulan jugak lar masa yg diambil... tapi... SAYA SUKA!! (kata Mei Mei dalam Upin Ipin)..

Ada tiga mender sumernyer yg aku redeem.. 2 menan utk si kakak².. dan satu menan utk si tecit.. seperti yg kat atas nie..

Dan.. pengumpulan barcode bermula lagie... aku.. sedang SABAR mengumpul..


Dia DiLaHiRKaN pD taRikH itu 33 Thn yG LaLu..

Telah menjadi amalam.. sejak mula kawen.. kami mesti celebrate hari² istimewa dalam keluarga kami.. tak kira walau macammana simple sekalipon... rezeki lebih kita kongsi ramai².. rezeki kureng kita celebrate kita² jer.. tak kisah lar walau hanya sepotong kek.. atau sekeping kad.. apa yang penting??  Tanda ingatan.. memberitahu yang kita tidak pernah luper...
17 April 2012.. cepat betul maser berlalu.. dah 3 thn melangkaui 3 series dah laki aku nie.. tapi.. perangai kadang² lebih dia dari budak².. a Man will always be a boy..

Tak plan apa² sebenarnya.. dan aku juga dah buntu nak carikan En. Ady apa sebagai tanda ingatan.. last² aku ajak dia singgah kedai kek and we decided to have a lite dinner.. tetamu VIP harus Pn. Nor Rizan yang dah seharian jagakan cucu²nya.. hari² kami balik lambat kan.. kesian kat mak!
Sebenarnya ingat nak makan ikan bakar.. tapi cancel dan bertukar ke tempat terdekat.. makan Steamboat jer di Thai Steamboat BBQ Ampang Waterfront..

Ada dua pilihan.. steamboat sahaja (RM22) dewasa  (RM12) kanak² atas 100cm ketinggian dia atau steamboat dengan grill (RM27) dewasa dan (RM14) kanak² dengan syarat yang sama seperti di atas.. sebab tu tak bleh bawak ramai².. kira kepala maaa... hahaha..  bukan kedekut.. but am trying to be a wise financial planner..

Sambutan kecil²an kami anak beranak jer.. si kecik Amna pon ada sekali.. ater.. anak beranak kan.. semua yg diberanakkan harus ada.. kesian budak kecik nie.. nothing to snack on.. ahahaha.. dia tepuk² meja nak makan sekali.. suap lar sikit² mana yg boleh.. Bonda nak makan pon tak feel sangat.. kena tengok tuan puteri kan.. kalau tak tengok kang abis sumer mender nak dijilatnyer.. huhuhu

Aku masih memakai baju kurung.. yer.. tak mandi tak aper.. balik keje singgah umah mak.. solat dan amik budak² sumer.. challo... malam tu jugak kami pegi.. rasernyer kalau buat esok.. cam penat.. so better malam tu juga.. which is baru 16 April.. aku bajet baik nak suh En. Ady tiup kek tepat jam 12.00 malam..

..dan.. setelah hampir semua tetamu dah challo kami masih melepak di sini.. perut dah sengkak.. mata dah mengantuk.. dan masanya untuk tiup kek.. yer kami laki bini esoknyer bercuti sempena birthday En. Ady.. ahahaha... cam kelakar.. tapi rasanyer cuti mmg diperlukan.. letih lar.. pi makan² pon letih...

lepas tiup kek dan bergambar.. terus balik.. tak larat dah.. budak² pon dah ngantuk.. dan dorang tidak bercuti.. masih tetap perlu ke school pagi esoknya..

Gambar kenangan dengan aku.. budak pelayan tue tak pandai snap lar.. blur.. and me look sangat chubby.. tak suka!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails