.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Sunday, April 4, 2010

Nak Pos HaDiAH.. TaPiii...


Salam... hadiah dah siap bungkus.. alamat dah siap tulis... kerja rumah dah settle.. anak2 sumer dah siap.... off we go to the nearest post office from our house... susup sasap di celah orang ramai.. tak ler ramai maner pown.. heheh berangkut anak beranak naik eskalator... dan akhirnya....

BoNDa terluper larrr.. semalam Sabtu minggu pertama... ohhhh tidak... letih sehhhh terkejar2... :(... Nampaknyer lewat sikit lar hadiah sampai... jgn marah eak penerima adiah sekalian... akan diusahakan secepat yang mungkin...


p/s: Setakat ini tinggal Azura seorang yg masih belum diterima detail-nya... Azura.. masih sempat lagi kalau nak hantar.. BoNDa masih menunggu...



Saturday, April 3, 2010

PuteRi GiGi SeBaTaNG..

Dulu kecik2 mak aku suka mereka-reka cerita.. terus terang cakap aku sangat suka mendengar cerita2 yg direka oleh emak.. emak sebenarnya seorang yg cukup berbakat mereka cerita yang menarik untuk diceritakan kepada kanak2.. salah satu dari cerita yg pernah mak cerita pada kami yg paling aku tak boleh lupa ialah kisah Tuan Puteri Gigi Sebatang...

Kisah kononnya di zaman dulu kala.. ada seorang raja mempunyai seorang puteri yg sangat jelita.. tapi malangnya raja sangat sedeh dan berdukacita kerana satu2nya anak yg dia ada tidak pernah gembira.. kerana belum pernah sekalipun raja itu melihat anakandanya tersenyum apatah lagi bergelak gembira... tidak pernah sekalipon... lalu raja tersebut pon menurunkan titah.. barang siapa yg dapat membuatkan anakanda kesayangannya itu tersenyum dia akan dikahwinkan dengan tuan puteri itu dan layak mewarisi takhta kerajaan baginda.. maka berpusu2lah rakyat dari setiap ceruk takluk baginda... datang bersama ingin mengadu nasib membuatkan tuan puteri jelita ketawa.... malangnya berbagai cara.. lawak.. jenaka.. jampi dan serapah.. tiada yang berjaya... sehinggalah datangnya seorang teruna...

Dengan langkah yg yakin tanpa ragu2 si teruna berjalan menghadap tuan puteri jelita.. lalu.. aku dah lupa.. yang aku ingat tajuk dia ajer.. nanti lar aku tanya mak aku apa ending dia.. hahaha.... tapi muka tuan puteri sebatang tu ada tau... hehehe... nie haaa...


Putri Ainna Najihah akhirnya.. setelah genap umurnya 11 bulan hari semalam.. tumbuh jua sebatang gigi.. hehehe... yg nie ler tuan puteri gigi sebatang tu... ;)

Friday, April 2, 2010

"Nak MiNum AiR KenCinG LeMBu KeR??"

"Bonda.. Kakak nak susu.." Alyaa menjerit di pintu bilik..

"Bonda.. Asha nak susu.." Diikuti si Aisha..

Sudah menjadi rutin budak2 tu mesti minum susu dulu sebelum tido... cuma sekarang nie si Alyaa dimestikan ke toilet dahulu sesudah minum susu sebelum dia tido.. bukan aper.. takut nanti dia terkucil atas tilam kalau tidak dikosongkan kantung air tu.. sekarang Alyaa dah tak pakai diaper bila tido malam.. dan dia mmg tak kencing... betul jugak kata2 my SIL... selagi Alyaa dipakaian diaper waktu tido... selagi itu dia akan bergantung dengannya.. sebenarnya kami tahu.. Alyaa dah mampu tido tanpa diaper.. cuma kami merasakan satu kelecehan dan kerja yg renyah untuk membersihkan kencing Alyaa kalau dia terkencing waktu tido... semua kena basuh dan perlu berjemur... waktu siang dia memang dah lama tak pakai diaper.. cuma dulu kami memang akan pakaikan dia diaper waktu dia tido..

Aku siapkan susu adik beradik tu.. tiga botol untuk tiga orang puteri yang notty.. kuberikan botol2 susu kepada mereka dengan harapan adik beradik itu cepat tido lena... sementara si Ainna aku letakkan di dalam bilik tidur dengan Ayahnya...

Ketika aku keluar semula.. aku agak pelik dan hairan.. botol susu si Aisha ada tak terusik sedikit pon isinya di atas meja... aku kembalik ke bilik budak2 di belakang...

"Aisha.. kenaper Aisha tak minum susu nie..? Tadi kan Aisha mintak.." Aku terus mengeluarkan soalan yang berbaur agak gerammm bila si anak buat perangai... aku memang pantang bila pembaziran berlaku...

"Tanak... susu tu busuk!" Aisha memberi penolakannya...

"Aisha.. kan bonda baru buat susu tu.. panas lagi nie.. cuba Aisha pegang.." Aku cuba meyakinkan pemikiran si kecik bahawa apa yang dikatakannya tidak benar belaka... Aisha berkata begitu semata2 kerana puting susunya telah ditukar kepada puting yang baru... perubahan botol itu membuatkan dia tak selesa nak minum.. lalu mencipta alasan untuk menolak susu di dalam botol itu.. sedangkan sebenarnya dia mmg lapar...

"A'aa... Aisha.. Aisha tau tak.. org kat Afrika sana.. dorang tak der benda nak makan... tak der susu nak minum... dorang tunggu belakang lembu.. lembu berak dorang makan... bila nak minum.. dorang tunggu lembu kencing.. dorang tadah mulut.. minum air kencing lembu... kesian kat dorang..." Aku memulakan psikologi bagi memanipulasi fikiran kanak2 sekecil Aisha.. cara terbaik gunakan psikologi.. kerana dia akan tetap dengan pendiriannya jika dipaksa... tak guna bertekak dengan budak kecik... itu perbuatan yang sia2...

"Nanti lembu tu berak.. dia masuk mulut dia ker Bonda??" Si Alyaa yg sedang menghabiskan susunya menyampuk..

Melihatkan si Aisha menumpukan perhatian pada setiap perkataan aku... aku meneruskan cerita..

"Bila kita ada makanan... ada susu nak minum... kita kena minum... kita kena.. bersyukur... Aisha nak ker minum air kencing lembu??" Aku menyampaikan maksud sebenar ceritaku..

"Tanak!!" Jawapan kemenangan bagiku.. susu kuhulur dan disambut tangan si Aisha... dia minum tanpa dipaksa....

Begitulah... otak kena kreatif tiap kali menghadapi kerenah budak2..


TOLONG.. Pls.. pls.. plissssss Detail anda ASAP!

Salam... mungkin masih ada yg belum aware dengan pengumuman pemenang contest Anugerah Terindah di blog ini... Saya sedang update detail² pemenang²... saya baru terima 8 details... yang lain² mana.... please... jika anda lewat bagi maklumat... hadiah juga akan sampai lewat...

Mereka yg dah saya terima maklumatnya...

1. Farhanin Abdullah aka Anin
2. Hasnidar bt. Muhammmadon aka Nida
3. Nurul Huda Resad aka nurulhudaresad
4. Mamasofea aka ummisofea
5. ALYANI BINTI AMRAN aka Asya
6. NORIZAN BINTI IBRAHIM aka Mamalyna
7. Suzianti bt Maswar aka Chugie
8. Norhayati aka
Yatie


Saya masih menunggu feedback dari 4 orang peserta... iaitu

1) Asmieyra
2) Ieda
3) Azura
4) Ummu Adam

Kepada yang di atas... kerjasama dari anda amat saya harapkan... terima kasih.. saya sedang setia menunggu...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails