.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Friday, May 20, 2011

..GuRiNDaM JiWa..



Tuai padi antara masak..
Esok jangan layu-layuan..
Intai kami antara nampak..
Esok jangan rindu-rinduan..

Anak Cina pasang lukah..
Lukah dipasang di Tanjung Jati..
Di dalam hati tidak kulupa..
Sebagai rambut bersimpul mati..

Batang selasih permainan budak..
Daun selasih dimakan kuda..
Bercerai kasih talak tiada..
Seribu tahun kembali juga..

Burung merpati terbang seribu..
Hinggap seekor di tengah laman..
Hendak mati di hujung kuku..
Hendak berkubur di tapak tangan..

Kalau tuan mudik ke hulu..
Carikan saya bunga kemboja..
Kalau tuan mati dahulu..
Nantikan saya di pintu syurga..


Monday, February 21, 2011

..JuMPa KaWaN LaMa..

Weekend baru nie sangat packed dengan aktiviti.. padat dan meletihkan.. plan 2.. 3 minggu sebelum.. Zura (my ex-UiTM mate aka classmate aka housemate aka final sem roomate) rancang nak reunite kami² rakan serumah sewa masa outsider kat UiTM dulu.. kami duduk serumah 7 orang.. turn out only 2 of us can make it plus Zura as the tuan rumah of this so called reunion.. haiii.. susah betul nak berjumpa biler masing² dah kawen dan beranak pinak nie... actually aku pon patutnya tak dapat datang aritu.. coz En. Ady keja on that Sat & Sun.. plus ada kenduri doa selamat sedara En. Ady malam tu.. tapi aku berkeras tolak tu sumer ke tepi.. sebab rindu nak jumpa kawan² dan aku mengidam sangat²... mengidam apa??  Story next entry okay..

Paginyer we all bersiap mengemas rumah dan segala keje² yg patut dilakukan di ujung minggu.. dah pastikan budak² tu siapkan homework dan kemaskan kain baju sebab nak tido umah Zura.. so.. lunch pon kat luar jer sebab kejar masa coz nak kena beli barang budak (susu, diapers etc) sebab stok dah abis.. then Zohor kat umah mak.. since mak nak follow.. balik umah balik settlekan keje yg belum beres dan pot luck yg nak dibawa ke rumah Zura.. sebab tak sempat nak masak.. aku bawak buah mangga dan jambu madu jer buat rojak... dan juga tapai yg aku buat aritu..

Kul 3.45 ptg kami bertolak dan sampai umah Zura bih kurang pukul 4.30 ptg.. Dengkil ko.. bukannya dekat.. tapi ok.. jalan tak jammed.. kami sebenarnya berkejar nak ke Paya Indah Wetland bila kat sana.. kami dijamu bihun sup + laksa oleh tuan rumah.. Nana sampai tak lama lepas tu dengan kawan dia (Ida dan anak²).. nasib menyebelahi biler rupa²nya Wetland tu tutup pukul 7.30 malam aritu.. cecepat solat dan bergegas ke sana.. tapi.. cuaca pula tak mengizinkan.. itu lar dia piknik 5 minit dalam sejarah.. ujan lebat selebat²nya lepas tue.. so.. kitorang packed everything else dan piknik lam umah si Zura jer.. borak² update kisah masing² dan mengimbau kenangan lama.. sangat seronok.. tak sedar dah malam.. si Nana & Ida balik lepas maghrib.. so tinggal kami² makan malam dan borak².. anak² laks keje dok berebut mainan.. masing² cuba lelapkan diri seawal yang boleh.. aku.. awal tak awal pon pukul 12.30 malam aritu.. pon masih tak boleh nyenyak.. tido² ayam jer since budak² (si Ainna & Alyaa) berlawan² bunyi.. si Ainna kejap² menangis dalam lena.. Si Alyaa laks kejap² bertempik macam orang nak bersilat (dia memang selalu macam tu.. mengigau dalam tido.. marahkan saper tah).. terkejut² aku dibuatnya.. dah tu camner nak lena...

Ok.. layankan jerlar pertemuan singkat kami nie..

..sempat jejakkan juga kaki ke sini.. walaupon sekejap..

..laki Zura tengah mendaftar pelawat masa nie..

..deretan rumah rehat.. ada tau.. baper semalam aku tak sure.. itu kena gugel..

..tertonggek² budak² nie nak tengok hippo..

..begini lar kami beramai²..

..tengok lar betapa gelapnya langit petang tu..

..dorang sangat excited..

..nak makan KFC pon sambil tonggek..

..hippo laks malu².. mengintai di balik tabir air..

..ayah & Ainna..

..Aisha.. pandang sini!..

..baru nak bukak bekal.. tiba²..

..ujan menderu turun..

..packed.. packed balik.. kita makan kat umah.. sib baik umah si Zura dekat jer ngan Wetland nie..

..budak² peduli aper kan.. makan tetap makan..

..Ainna menanti giliran dipayung ke kereta..
 
..bergambar kenangan..
  
..ntah biler boleh jumpa lagi kan.. dari kiri Zura, Ida, Nana & Me..
  
..nie pet keluarga Zura..

..excited budak² nie mengejar cik Arnab..

..berebut² pegang..

..sampai kecut jantung cik Arnab..

..lari sudah.. nak selamatkan diri..

..tapi kena tangkap balik..

..buat hal masing²..

..Si Ainna mulakan misi memunggah.. sib baik si Ayah ada.. nonono..
  

Tuesday, January 4, 2011

..Kata² DS SAMY VELLU YaNG AKaN SeNTiASa DIiNgATi..


DS Samy Vellu finally and officially resigned from his post of the longest MIC President ever live, after leading the party for almost 31 years. Frankly, I will miss him very much especially for all his funny quotes he made all these years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, “We will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color … sometimes a bit too much color”. Therefore, as a token of appreciation, I just wanna share his famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy said in one of his “ceramah”:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

And of course the world's greatest joke of all times:

"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

There you are folks. For DS Samy Vellu, we wish you all the best!

Monday, December 20, 2010

..Tak TaHU KeR?? TaNyA SaMa PoKoK..

Tanya Sama Pokok
Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.



Monday, December 13, 2010

..OnCe UPoN A TiMe, I'm aDDicTed tO ThiS StoRy..

Saper tau citer nie??




Haa... itulah citer Sekuel Anne of Green Gables yang menjadi pojaan hatiku zaman anak dara sunti dolu... sangat.. sangat.. sangat suka cerita ini sampai aku beli koleksi novel² dia (masih tersimpan sampai sekarang.. biler anak² aku dah pandai baca.. biar dorang pulak warisi buku² tue).. biler tgk kisah nie terasa seolah aku nie Anne.. perangai lebih kurang jer.. cuma aku tak lar sepandai dia... dan time tengok citer nie dulu.. adalah sangat.. sangat.. sangat teringin nak pegi tempat Anne dalam citer tu... Prince Edward Island, di Canada... cantiknyer... indahnyer tempat yg digambarkan.. membuatkan aku selalu berangan² macam Anne jugak dalam citer tue... daripada seorang anak yatim piatu.. dipelihara pasangan adik beradik yang tidak berkahwin.. dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh... berjaya dalam pelajaran dan mengecapi bahagia dalam igauan.. imaginasi.. tragedi.. fantasi dan saat² romantik dalam kisah ini betul² membuai rasa.. tahukah korang penulis citer nie Lucy Maud Montgomery lahir pada 30 November 1874 dan dah meninggal pon pada 24 April 1942 pada usia 67 tahun.. citer nie telah ditulis lama dulu pada tahun 1908 dan masih hidup sehingga sekarang..

..penulis citer nie.. Lucy Maud Montgomery..

Anne dari rumah anak yatim.. menanti keluarga angkat (Mattew) mengambilnya dari perhentian..

Marilla Cuthbert and Matthew Cuthbert, middle-aged siblings who live together at Green Gables, a farm in Avonlea, on Prince Edward Island, decide to adopt a boy from an orphan asylum in Nova Scotia as a helper on their farm. Through a series of mishaps, who ends up under their roof is a precocious girl of eleven named Anne Shirley. Anne is bright and quick, eager to please but dissatisfied with her name, her pale countenance dotted with freckles, and with her long braids of red hair. Being a child of imagination, however, Anne takes much joy in life, and adapts quickly, thriving in the environment of Prince Edward Island.
The rest of the book recounts her continued education at school, where she excels in studies very quickly, her budding literary ambitions and her friendships with people such as Diana Barry (her best friend, "bosom friend" as Anne fondly calls her), Jane Andrews, Ruby Gillis, and her rivalry with Gilbert Blythe, who teases her about her red hair and for that acquires her hatred, although he apologizes many times. They compete in class and Anne one day realizes she no longer hates Gilbert, but will not admit it. The book also follows her misadventures in quiet, old-fashioned Avonlea. These adventures include her games with her friendship group (Diana, Jane and Ruby), her rivalries with the Pye sisters (Gertie and Josie) and her domestic mistakes such as dyeing her hair green. Anne, along with Gilbert, Ruby, Josie, Jane and a couple of others, eventually goes to the Queen's Academy and obtains a teaching license in one year, in addition to winning the Avery Prize in English, which allows her to pursue a B.A. at Redmond College. The book ends with Matthew's death, caused by a heart attack after learning of the loss of all his and Marilla's money. Anne shows her devotion to Marilla and Green Gables by giving up the Avery Prize, deciding to stay at home and help Marilla, whose eyesight is diminishing, and teaching at the Carmody school, the nearest school available. To show his friendship, Gilbert Blythe gives up his teaching position in the Avonlea School to work at White Sands School instead, thus enabling Anne to teach at the Avonlea School and stay at Green Gables all through the week. After this kind act, Anne fully forgives Gilbert and they become best friends.
..dalam perjalanan ke Green Gables..

..tidak termimpi diambil sebagai anak angkat dan tinggal di tempat yang indah..

..Pada mulanya Marila menginginkan anak angkat lelaki tetapi berlaku kesilapan dan menerima Anne sebagai penyeri hidup mereka..

..Marila menyayangi Anne seperti anaknya sendiri..

..Anne di biliknya.. ketika sedang sedeh dan berfikir sebelum tidur..
 
..berjalan bersama Marila merentasi ladang..

..Masyarakat di perkampungan di situ..

..Anne bersama sahabat baiknya Diana Barry..

..mereka sentiasa bersama dalam tangis dan tawa..

..di hari sambutan perkahwinan Diana..

..mengambil angin petang.. berjalan di tengah padang rumput menghirup udara nyaman.. bergosip dan bercerita tentang harapan dan cita²..

..hari pertama Anne di sekolah.. diusik Gilbert Blythe yang cerdik dan nakal..

..membesar sebagai musuh ketat dan saling bersaing di dalam pelajaran..

..mencuba untuk bersahabat dan mendekati..

..meyimpan perasaan di dalam diam..

..tanpa sedar telah memaafkan.. benci pudar menjadi sayang..

..maaf akhirnya diberi..

..cinta mula berputik..

..kembali menepati janji.. bersatu setelah perang dunia..

..akhirnya berkahwin..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails