
Justeru orang menjauhkan dirinya daripada agama sedangkan agama islam merupakan agama pilihan Allah berdasarkan firman Allah yang terdapat dalam surah Al-Imran yang berbunyi “ In naddi naindallah hil islam – agama yang di terima Allah cumalah agama islam”. Agama islam adalah agama yang bukan direka oleh manusia. Tidak juga direka oleh Nabi Muhammad saw. Ia bukan agama ciptaan manusia. Ia agama anugerah Allah. Ia datang dari langit dan diturunkan oleh Allah untuk hamba-hamba Allah.
Justeru dalamnya terdapat ajaran yang komprehensif yang indah. Tiba-tiba yang sedang nampak kecantikan islam ini ialah golongan di barat. Ini fenomina akhir zaman yang cukup pelik. Orang sendiri seperti kita tidak nampak kecatikan islam. Sebab itu perbincangan kita tentang agama hanya berkisar kepada benda-benda cabang. Kadangkala melahirkan debat panjang tentang perkara ranting. Kita berdebat panjang tentang usalli ataupun tidaknya, tentang saidina ataupun tidaknya ketika berselawat sehingga menghodohkan agama dan melahirkan persengketaan. Di barat mereka tidak berbincang tentang islam seperti itu. Mereka cuba melihat permata dalam bentuknya yang asli.
Lantas mengikut Dalam National Catholic Reporter bertarikh 30 Jun 2006 pula, Margot Patterson melaporkan, “Walaupun pandangan negatif terhadap Islam sedang meningkat, namun jumlah mereka yang memeluk Islam sedang bertambah di kalangan rakyat Amerika pada hari ini... Apa yang menyebabkan rakyat Amerika memeluk Islam? Mengikut R. Kevin Jaques, penolong profesor dalam bidang kajian agama di Universiti Indiana, Amerika sedang melalui suatu proses perubahan, gereja pula tidak memainkan peranan yang sepatutnya dimainkan olehnya, dan mereka yang (memeluk Islam) ini mencari sesuatu yang gereja tidak mampu berikan kepada mereka...." Seterusny a Margot Patterson melaporkan Dr. Ihsan Bagby seorang professor madya dalam bidang pengajian islam di Universiti Kentucky, beliau juga merupakan salah seorang yang mempunyai data-data terperinci tentang keadaan umat islam di Amerika.
Beliau mengatakan, mengikut satu kajian yang dilakukan di Detroit menunjukkan bahawa orang-orang Amerika memang sedang memilih islam. Pada tahun 1994 kata beliau ¾ ataupun 75% daripada mereka yang memeluk agama islam datang dari kalangan Amerika Latin tetapi pada tahun 2000, 1/3 daripadanya merupakan pengganut islam dari kalangan kulit putih. Dalam bahasa utara kita berkata, Mat Saleh sudah memilih islam.


Mari sama-sama kita mengkaji quran tuan-tuan & puan-puan. Kita telah mulakannya di musim ramadhan baru-baru ini dengan baik dan cantik sekali. Jangan berhenti di situ. Teruskan membaca dan mengkaji. Dari situ insyaAllah kita nampak kecantikan agama Allah yang sedang di lihat kecantikannya itu oleh semakin ramai golongan di barat sana. Agama islam cantik tetapi umatnya yang tidak begitu cantik. Sudah sampai masanya agama islam di lihat cantik dan kita umatnya juga di lihat cantik. Semoga itulah yang berlaku kepada kita.
Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara pada 7 November 2006, hari Selasa jam 7.30 pagi di Mutiara FM pulau Pinang 95.7 mhz.
No comments:
Post a Comment