Kehidupan mmg suatu yg misteri.. itulah keunikan sebuah kehidupan.. harapan.. keinginan.. cita² yg membuatkan hidup ini terus menyala.. setiap insan menginginkan yg terbaik dlm hidupnya.. tapi.. sayang.. selalunya.. bintang tinggi di langit tak tergapai dek tangan.. tapi adakah itu penamatnya sebuah pengharapan.. tidak.. jangan sesekali kita menyerah nasib kepada takdir.. kita harus berusaha.. berdoa.. dan tawakal lah kepada yg Maha Esa.. kerana dia mengetahui segala²nya.. yg terbaik buat kita..
Ketika akan dilahirkan ke dunia ini.. kita memang diberikan pilihan.. samada igin hidup atau mati.. sudah tentu kita yg hidup hari ini telah memilih utk memikul tanggungjawab sebagai insan di muka bumi.. ingin meneroka dan menempuhi alam dunia yg penuh dengan cubaan.. dengan satu perjanjian.. Taat kepada Tuhan.. tapi ramai antara kita yg telah terlupa pada kontrak yg telah kita persetujui sebelum bernafasnya di bumi ini.. maka ramai yg tersasar dari tujuan sebenar kerana leka dengan syurga sementara ciptaan sendiri..

Pernah juga sekali sekala disapa kedengkian.. (sifat semujadi manusia) tidak suka melihat org lain lebih dari kita.. but we'd try to put it on the +ve side.. cuba fikirkan di mana silap kita.. dan perbaiki segala kelemahan yg mungkin tidak kita sedari.. tebus kembali maruah yg tercalar.. kalau mmg tiada rezeki kita di situ.. masih terbentang rezeki di tempat lain yg mungkin hanya menunggu kita utk mengutipnya.. dunia Allah ini luas.. rezeki Allah juga tak terbatas.. tapi ianya bagi mereka yg berusaha dengan kesungguhan memartabatkan maruah diri.. bukan hanya duduk bersantai goyang kaki.. rezeki tak akan dtg tanpa dicari.. nasi tak akan melompat masuk ke mulut kalau tiada yg menyuapnya.. tiada yg mudah dlm dunia ini.. kemanisan sesebuah kejayaan itu akan lebih bermakna andai ianya lahir dari kesusahan dan kepahitan semalam yg tempuhi tanpa mengenal erti kalah.. jatuh bangun kita adalah pemangkin utk kita menapak lebih teguh di masa hadapan.. percayalah pengalaman yg dikutip sepanjang kehidupan ini tak akan sia² andai kita tahu memanfaatkannya..
No comments:
Post a Comment