.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, November 29, 2013

HiKMaH Di SeBaLiK BARAH..


Walaupun perjalanan menentang barah dikelilingi pengalaman yang pahit dan sakit, ia membawa keluar keindahan sifat manusia yang mungkin telah lama terpendam dalam individu atau sesebuah keluarga. Dewasa ini, keluarga dibelah-bahagikan oleh kerja-kerja harian dan komitmen-komitmen persendirian yang lain. Masa yang diluangkan bersama ahli keluarga tercinta semakin kurang. Demi kerjaya dan kehidupan yang diimpikan semua itu dikorbankan. Kita menjadi leka dan mengabaikan keluarga kita. Dalam kesibukkan kita mengambil mudah segala-galanya hingga beranggapan orang tua kita tidak akan jatuh sakit atau menua sama sekali dan sentiasa berada di sisi kita. Ahli keluarga terkadang dianggap membebankan dan mengikat kita daripada bergerak lebih pantas mengejar impian duniawi.

Barah tidak diundang.  Menjadi tamu secara menekan merubah segalanya dengan drastik.  Seringkali perubahan hadir bersama kesan-kesan negatif. Namun begitu, setiap musibah ditemani hikmah, masa keluarga yang dahulunya jarang kini bertambah kerap. Kita mula menghargai perkara-perkara yang tidak pernah kita sedari sebelum adanya barah. Kita mula mencari keseimbangan antara impian duniawi dengan orang-orang tersayang dalam hidup kita. Malah, barah membuatkan kita lebih cenderung menghargai masa yang terhad bersama mereka yang terpaksa mengharungi sisa- sisa hidup dengan barah.

Proses mengenali barah memberikan satu pengajaran yang amat berharga. Dalam hidup kita, akan ada ketika berlaku sesuatu yang di luar kawalan kita. Kita cuma insan biasa tidak mampu mengubah takdir. Yang tersurat tidak boleh diubah, namun, kita boleh mengubah cara kita menghadapi suratan yang telah ditentukan itu. Kita mampu dan boleh mengawal emosi dan perlakuan kita menghadapi situasi yang berlaku. BAGAIMANA? Dengan bersikap optimis dan belajar menghargai detik-detik masa yang kini terhad. Dengan menjadi positif, kita mampu mendatangkan impak positif kepada semua orang di sekelilling kita.


Harapan, ialah pemberian yang terbaik kepada seseorang. Terutamanya bagi mereka yang terpaksa mengharungi detik-detik tidak diimpikan dalam hidup mereka. Harapan membolehkan seseorang terus berjuang meneruskan hidup dan cita-cita. Harapan dapat mengubah semangat yang pasrah. Pada ketika ini, AXA AFFIN bekerjasama dengan National Cancer Society Malaysia dalam satu inisiatif untuk membantu pesakit barah. AXA AFFIN akan menyumbangkan dana kewangan kepada National Cancer Society Malaysia untuk setiap blogger yang menghasilkan blogpost untuk inisiatif ini. Dana kewangan yang disumbangkan akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan pusat jagaan pasca rawatan para pesakit barah.

Untuk turut serta dalam inisiatif yang mampu mengubah persepsi para pesakit barah melalui harapan yang kita berikan, sila hubungi Richard Moh di richard.moh@lionandlion.com atau 0168022801. Bersama-sama kita memberikan harapan kepada mereka yang memerlukan. 

Thursday, October 17, 2013

NiLai SeKePiNG KuiH..


Biar hati berbicara.. 

Tuesday, October 8, 2013

Salam Rindu buat semua pembaca blog Bonda..

Hai.. lamanya aku abaikan blog nie kan.. bukan aper.. aku sekarang nie sibuk berbisnes... missed me??  Ekekeke ada ker yang tertunggu² warkah² cinta dari Bonda... ekekekeke... sowi lar.. Bonda kadang² perasan biiiziiii... 

Ater elaun dah banyak kena potong... Bonda kena usahakan cara lain nak top up balik lubang yang dah tembus sana sini... salah satu caranya ialah dengan berniaga... cita² dari kecil... yang masih belum kesampaian sepenuhnya.. iaitu businesswomen yang berjaya... kan 99% rezeki dari Allah puncanya dari perniagaan... jadi elok lar kan kita mulakan sikit²... kalau tak sekarang bila lagi.. biar orang lain dah berlari.. walaupon kita bertatih... tapi melangkah mara terus ke hadapan... jangan berhenti... jangan cepat putus asa... istiqomah... istiqomah.... berniaga bukan kerja mudah... hati mesti kental!!

Aku jual apa?? Buat masa sekarang... aku jual minyak wangi (Federico Mahora) dari Poland... dan distributor barang kesihatan Shaklee dari US... interrrrrnasionalllll you... ekekeke.. untuk maklumat lanjut... jemput² like page aku kat fb:


Kalau korang like beramai²... aku janji... update blog hari²... wakakaka... statement tak boleh blah... KakPah... KakPah... aterrrr... ada ker orang keshah... hahahaha...

Like lar aku confirm x rugi... hehhhhh 
iNi BaRaNG bAiK!! iNi BaRaNG bAiK!!  
Kalau barang x baguihhh aku pon takmo jual haih... jatuh lar kredibiliti aku.... (sangat lar kensss..)

Whutevaaa...

Ehhhh... jangan lupa.... LIKE tau!!

Okkkk... businesswoman cibuk cikit... tilll the next post... Lap U  

^_______^


Sunday, September 15, 2013

BoNDa's Giveaway: SaPer NaK MiNyAK WaNGi FREE??




Saper nak Minyak Wangi FREE... angkat tangan!!! Hehehe... iyerr tak tipuu.. Bonda dengan ini berkenan menghadiahkan satu botol minyak wangi 50ml PERCUMA dari koleksi "Classic Collection" bernilai RM67.90 for Her untuk wanita atau for him sekiranya yang bertuah itu lelaki..

Syaratnya.. ehhh.. musti lar ada syarat kan... tak susah.. kacang jer..

1. Bermastautin di Malaysia.
2. Like page ini : https://www.facebook.com/pages/Aidiena-Scent-Gallery/286286341474720
3. Share post ini di FB.
4. Follow: http://aidiena.blogspot.com/
5. Comment Done! di bawah posting ini. (Bagi memudahkan penyertaan anda dikira).

Itu sahaja... mudah kan!! RUGi kalau tak join.. ^_______________^

Pemenang akan diundi secara rawak..
Giveaway ini bermula dari sekarang 27 Ogos 2013 dan berakhir pada 16 September 2013.. HARI MALAYSIA...

Semoga andalah insan bertuah itu..


 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails