.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, October 17, 2011

..aiSHa 4 TaHuN Dah..

3 Oktober dah berlalu.. baru hari nie Bonda nak upload gambar Aisha tiup kek.. hehehe.. takper larr.. masuk angin sikit.. dari tak letak.. memori nie memori perjalanan anak² aku membesar.. :)

Kami celebrate sesamer kami jer.. tahun nie sumer secara kecil²an.. En. Ady.. bagi hadiah jer dgn kad buatan tangan.. Ainna celebrate kat Ipoh maser balik dari kenduri Emean.. Alyaa celebrate dengan permintaan khas ice-cream kek.. yg dtg maser tu Famili Lilis & Fida jer.. aku?  En. Ady bawak makan kat Me'nate Steak House.. begitu lar ala kadar.. apa² pon yang penting itu ingatan.. menandakan kita tidak pernah lupa orang yang kita sayang...

Kek nie En. Ady yang cari last minute.. balik dari keje.. budak² kalau birthday tanpa kek tak ada makna pada dorang.. sangat excited biler nampak kek.. mesti tanya birthday saper.. walaupun kek biasa..

Comel jugak kek nie.. comel macam Aisha..

Bersemagat dia tiup kek..


Aisha anak kedua yang dahagakan perhatian.. nakal hmmm... tidak suka mendengar perintah/arahan.. lebih suka tunaikan permintaan diserta pujian.. Aisha bijak walaupon malas belajar.. cepat tangkap walaupon nampak dia senyap atau buat² bodo biler orang tanya dia.. seorang yang bertarung untuk menang dalam apa jua keadaan.. kalau bergaduh dia tidak akan mengalah walaupon dia tau dia tak akan menang sebab dia kecik.. tak makan saman.. kan dah bagitau Aisha tidak suka diperintah/diarah melainkan permintaan dgn baik/penuh simpati.. dia pandai berlakon.. kena sikit jer.. nangis dia kemain.. juara jerit tue.. huhuhu..

Apa² pon.. dia seorang anak yg mendengar kata asal saja kita tahu macam mana nak tackle hatinya.. Bonda doakan Aisha membesar dengan sihat.. menjadi anak yg soleh.. kurangkan drama dan tangisan.. letih Bonda tau nak hadap selalu.. Bonda yakin Aisha anak yang baik.. kebahagian untuk Aisha dunia dan akhirat.. I love you!


Sunday, October 16, 2011

NaK BeLi AYaM SuNaT??


Ayam pon bersunat jugak... ehehehe.. aku raser apa yang dimaksudkan ialah ayam sembelih.. aduhaiii..


Saturday, October 15, 2011

..MaRi MeLaBuR SaHaM AKHIRAT..

Pahala Yang Kita Tak Nampak Tapi Berterusan

Kadangkala kita ingin bersedekah,..tetapi kerapkali tertanya2 apa bentuk sedekah yang boleh memberi pahala yg berterusan..mungkin ini ada jawapannya..


1. Berikan Al-Quran pada seseorang..dan setiap ayat yang dibaca..anda mendapat hasanahnya..

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapat hasanahnya..

3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun minda dengan orang lain..

4. Mendidik seorang anak dengan akhlak mulia..

5. Ajarkan seseorang ilmu yang bermanfaat walaupun hanya sepotong doa.. pada setiap bacaan doa atau ilmu yang diamalkan itu..InsyaaAlllah anda mendpt hasanahnya..

6.  Berkongsi CD Quran atau Doa..

7. Terlibat dalam pembangunan sesebuah masjid..

8. Wakafkan kelengkapan solat atau alat seperti kipas dan lampu untuk kegunaan surau/masjid.. setiap kali dimanfaatkan anda mendapat hasanahnya.

9.  Memberi orang/haiwan makan dari sumber yang bersih..

10.  Menderma darah

11.  Tanam sebatang pohon.. setiap orang atau binatang yang memakan buah atau berteduh dibawahnya, anda mendapat hasanahnya..

12. Sebarkan pesanan ini kepada org lain. Selain berdakwah menyebarkan ilmu andaikata seseorang menjalankan salah satu dari perkara diatas, anda aakn mendapat hasanahnya sampai hari Qiamat..

Insyaa Allah...

Friday, October 14, 2011

..KoNtRaK TeLaH TeRiKat..

Semalam.. yang dirancang sekian lama telah terlaksana.. prosedur kontrak 3 tahun telah aku lalui dengan debaran di hati.. manakan idak.. ini yang pertama.. sebelum nie pernah amik injection jer.. ohoho... selamat lar Amna jadik anak manja Bonda yg paling lama.. 3 thn...


Prosedurnya mudah sahaja.. aku buat di LPPKN Ampang.. mula² call dulu atau datang sendiri ke LPPKN untuk dapatkan maklumat dan nasihat tentang perancangan keluarga.. alat yang sesuai.. kelebihan dan kekurangan.. pilih lar yang terbaik untuk diri sendiri...

Macam aku.. aku pilih kaedah implan.. mudah dan ringkas.. tak perlu pemantauan berkala.. sekali pakai.. cukup tempoh.. buang.. tapi tanak tunggu sampai cukup tempoh pon boleh.. misalnya pelan asal telah berubah.. tetiba rasa nak anak pulak.. bila² maser pon boleh buang... tapi tu ler.. nak pakai implanon nie kena bayar.. bukan sikit tapi RM320 sekali pakai.. (kat luar.. maksud aku kalau bukan di LPPKN.. double the cost.. mahal) nak buang pon kena bayar jugak RM100.. so.. sebelum buat keputusan.. pikir lar masak².. Implanon nie sesuai bagi mereka yg tak baper disiplin.. pelupa.. dan yg malas pk banyak macam aku... juga sangat sesuai untuk mereka yg merancang utk tidak mendapatkan anak dalam jangkamasa panjang atas sebab kesihatan atau kesuburan... pantang lepa.. lekat.. haa.. elok sangat lar pakai mender nie... tapi... sebelum pakai kaedah nie.. elok juga kita cuba kesesuaiannya melalui injection.. aku dah try injection yg mempunyai hormon yg sama ngan alat implanon.. aku raser rasi... atau ok.. side effect tak der.. utk makluman.. macam kaedah perancang yg lain... semuanya bergantung pada keserasian badan kita... ada yg lepas pakai memanjang period.. ada yg tak period²... ada yg bertambah gemok dan ada juga yg bertambah kurus...  (aku harap aku bertambah kurus.. ehehehe) sebab tu kena try dulu.. once dah pakai sumer melibatkan duit... kalau banyak duit. nah... ungkapan Sinetron.. terserahhh..

 Dah buat temujanji.. dan aku pon dah ada idea dan tau serba sedikit pasal kaedah implanon nie.. maka jadilah kami orang yang terawal tiba ke klinik LPPKN Ampang sebelum doktor tiba.. sebabnyer.. sebab En. Ady half day sahaja.. memandangkan Amna is fully breastfeed makanya idak lar dapat aku tinggalkan dia kat mak.. my caring hubby do his best.. accompanying me to the clinic..

Amna seperti biasa.. tak banyak karenah.. tido jer dlm car seat merangkap rocking chair.. dia mmg suka tido dalam tue.. nyenyak jer.. mungkin sbb keselesaannya bagai dipeluk..

 Bagi yang tak pernah ke LPPKN.. tak dak rekod.. kena lar register dulu.. since aku dah pernah.. bagi kad jer.. dan dia ambil bacaan berat dan tekanan darah aku..pastu tunggu doktor.. sambil menunggu.. boleh tengok tv..

 atau bacer apa² yang patut kat rak risalah² nie..

Ada banyak kaedah merancang.. seperti yg dipamerkan kat dinding klinik nie.. kaedah pil, ADR (alat dalam rahim), suntikan, kondom dan implanon..

 LPPKN Ampang nie kecik jer.. doktor dia pon cuma ada pada waktu² tertentu ikut jadual.. thats why kena wat temujanji dulu.. tokleh lar main terjah jer.. kang doktor tak der wat penat jer amik cuti.. hehehe..

 Ini bilik prosedur.. bilik untuk buat suntikan ker pasang itu ini ker kat sini lar..
Jom kita tengok risalah implanon..

Berdebar tau menanti nak pasang mender nie.. yerlar.. mender tu alat nak tanam bawah kulit.. dok bayangkan camner dia jolok alat sebesar batang mancis tu kat tangan aku.. ohh.. hari nak pasang tue.. pakai lar baju yang lengan dia pendek kat dalam.. pastu sukati lar nak pakai cardigan ker.. jaket ker.. baju sejuk ker kat luar bagi yang bertudung.. bukan per.. memudahkan sebab nanti nak kena lipat lengan bagai.. kan leceh..

Senang jer rupernyer..  memuler dia kasi inject tempat dia nak implan tu.. supaya kebas.. then dia sapu cecair sejuk dengan kapas..iodin kot.. ntah.. pastu dia tanya kita paham tak aper yg kita nak buat.. dan dia terangkan serba sedikit pasal side effect yg mungkin kita alami..

 Camnie lar cara dia pasang.. sekejap jer.. 5 minit dah siap!.. Sakit?? Sikit jer.. macam kita amik injection..

Nie. dah sudah.. dan tempat pasang implanon nie akan lebam.. dlm 2 minggu baik ler.. doktor pesan jgn buat keje berat² lam 2.. 3 hari.. lepas luka masukkan implanon dah bertaut.. dah takyah pakai hansaplast tue lagie..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails