.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

CeRDiK KeR BoDoH??

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”
Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?”
Mamak: “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”
Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”
Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”
Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”
Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”

Thursday, November 8, 2012

BeNGoNG!!

Polis : Apakah nama encik ?
Pemuda : Saya tak ingat la
Polis : Okay , jadi encik tinggal dimana ?
Pemuda : Saya tinggal dengan mak saya
Polis : mak awak tinggal dimana ?
...

Pemuda : Mak saya tinggal dengan saya
Polis : Awak berdua tinggal dimana ?
Pemuda : Tinggal bersama sama
Polis : Rumah awak berdua dimana ?
Pemuda : Sebelah rumah jiran saya
Polis : Rumah jiran awak dekat mana ?
Pemuda : Kalau saya bagitahu encik , encik mesti tidak percaya
Polis : Bagitahu sajalah
Pemuda : Rumah jiran saya di sebelah rumah saya
Polis : #@$%^&*
 

Sunday, February 19, 2012

iNi BuKaN KiSaH SeRaM..

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia ...bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya

Friday, January 6, 2012

BeLi MaNGGa JoM.. F.O.C.

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : “Bang, berapa harga mangga sekilo?”...


Peniaga : “RM7!”
Pembeli : “Amboi, mahal sangat… RM5 sudah la!?”
Peniaga : “Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!”
Pembeli : “Kalau tak manis, macam mana bang?”
Peniaga : “Kalau tak manis, tak payah bayar!”
Pembeli : “Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!”
Peniaga : “#$%@%&%????…

Tuesday, November 8, 2011

..PaK PaNDiR..

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun kekedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......

Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan...


Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan,awak dail 911. Jangan lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya,saya tak nampak angka 11 di talipon ini..


Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem.....


Thursday, November 3, 2011

En. Ady.. PaHaM SuDaH??



Monday, October 31, 2011

..AiYaa APeK..

Tersebutlah sebuah kisah umporno yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong. Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas.

Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempuh sebuah perku...buran cinta. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak.

Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak.  Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur.  Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu nesan.

"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja. Esok siang buat la," kata si Dol marah.

"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis," kata apek tersebut.



Sunday, October 23, 2011

BiLa AyAM & LeMBu LePaS TeNSiON..


Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor.
Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.  Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.  Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

 

Sunday, October 16, 2011

NaK BeLi AYaM SuNaT??


Ayam pon bersunat jugak... ehehehe.. aku raser apa yang dimaksudkan ialah ayam sembelih.. aduhaiii..


Tuesday, October 11, 2011

Kejadian SeRaM Di Bilik ICU..

Salah sebuah katil di wad ICU sebuah hospital swasta kerap kali mengalami kejadian yang amat pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di katil tersebut pasti akan meninggal pada waktu pagi setiap hari jumaat tidak kira umur, jantina mahu pun tahap kesihatan mereka.

Perkara ini membuatkan doktor di hospital tersebut menjadi binggung dan sungguh pelik. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut dengan meletakkan sebuah CCTV di dinding yang berhampiran dengan katil tersebut.

Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Pada hari jumaat yang berikutnya, semua doktor yang terlibat sudah bersiap sedia untuk melihat dan mencari punca sebenar kejadian pelik yang berlaku di wad ICU hospital tersebut.

Tepat jam sembilan pagi, pintu bilik wad ICU tersebut di buka dan kelihatan makcik Halimah Jongang, seorang cleaner sambilan memasuki wad ICU tersebut untuk membersihkan wad seperti biasa.

Makcik Halimah Jongang adalah seorang cleaner sambilan yang bekerja di hospital tersebut pada setiap hari jumaat, sabtu dan juga ahad. Mengikut jadual yang telah di tetapkan, makcik Halimah Jongang akan membersihkan wad ICU tersebut pada setiap hari jumaat.

Seperti biasa, beliau memasuki wad tersebut dan menghampiri katil keramat yang sering kali meragut nyawa setiap kali hari jumaat menjelma. Lalu dia mencabut plug alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vakum cleanernya….




Friday, October 7, 2011

Pandai MaCaM LEMBU..

Si LEMBU DAN SI ANJING

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?


ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?

... ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disertu. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak sertu dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di sertu.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


Friday, September 23, 2011

TaNaK MaSuK SyURGa??

Cikgu : Murid2.. Siapa yang nak masuk syurga..?


 Serentak murid² menjawab "Sayaaa..!" , AJOI yang duduk di belakang diam saja...

Cikgu : Siapa yg nak masuk neraka..?
Murid2 : Tak mau....!!!

AJOI tetap diam saja.. Cikgu teros ke balakang dan bercakap dengan AJOI...


Cikgu : AJOI kamu nak msk syurga atau neraka?
AJoi :Dua² tak nak cikgu...


Cikgu : Kenapa..?
Ajoi : Habis waktu ayah saye meninggal, dia berpesan..

"AJOI.... Apapun yg terjadi kamu harus masuk TENTERA.."

Cikgu : !@#$%^
 

Thursday, July 14, 2011

ADa PuLaK???

Dapat dari email.. korang stress?? Jom senyum sekejap.. hehehe

**********************

Berikut adalah nama Isteri di HP Suami
(hasil survey majalah ......)

① Baru menikah: MY LOVELY WIFE
② 1 thn menikah: MY WIFE
③ 5 thn menikah: HOME
④ 10 thn menikah:IBU PEJABAT
⑤ 15 thn menikah: BILIK GERAKAN
⑥ 20 thn menikah: BOS
⑦ 25 thn menikah: WRONG NUMBER
⑧ 30 thn menikah: WONG EDAN
⑨ 35 thn menikah: MAK LAMPIR....

*********************************

"Dah 6 thn kawen.. En. Ady tulis 'Wife' jer dalam hp dia..."

Monday, June 27, 2011

..SePah OH SEPAH!!..

"Wow..wow.. wow.. OMG!! OMG!!.."
 
"Kenaper??.. Kenaper???"
 
"Rumah nie ada gambar DAFI!!" 
 
*******************
Perghhh... "Kurma ini memang manis.. sayangnya perangai kamu tak berapa manis.. mentang² lah Ling saya tiada di rumah......" Hahahah
 
*********************
 
"Kita ada agama nak... kita ada bangsa.. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh" semput ko.. ustajah biasa cakap satu nafas jer.. ekekeke... ustazah maner??  Tak kan tak tau kot..
 
*********************
 
I will survive ustajah.. hehehe
 
 
 
Anyway.. tahniah!! Pemenang Maharaja Lawak tempat pertama.. Lawak yg penuh mesej dan tauladan.. keep up!
 


Sunday, April 18, 2010

NaSiB aNaK PaSaNGaN "IT"

Sepasang pasangan keje IT berkahwin..

Si isteri bunting pelamin...

Mengandung anak kembar...

Tiba maser 2 org anak saling tak tumpah mukanya dilahirkan ke dunia...

Teka apa nama diberi??
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


Korang jangan bagi anak korang nama ginie laks.. tak glemer.. letak lar nama jenama laptop, perisian ker... sedap sikit bunyinyer.. hahahaha!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails