.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, September 3, 2009

Di Sini Kisah Coklatku Bermula - Kategori Kedua

I loveeeee Chocolate!!.. Sungguh teruja aku utk ikut menyertai contest kali nie... sebab aku mmg sukak gilak amak itu coklat... ok.. kat bawah nie syarat² yang diwajibkan utk melayakkan diri menyertainya..


**Anda wajib meletakkan http://coklathalal.com dan http://coklathalal.blogspot.com/ di bloglist anda
--> dah link kan dedua sekali ;)


**Sila upload banner pertandingan ini di sidebar anda dan link kan gambar itu ke link contest ini (http://sitisifir10.blogspot.com/2009/08/contest-di-sini-kisah-coklatku-bermula.html)
--> Beresss!

**Contest ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu entry adalah untuk satu kategori sahaja. Jika anda teruja untuk masuk kedua-dua kategori sekali, sila letakkan dua link ke entry anda dalam kotak komen ini. Tajuk entry anda hendaklah - Di Sini Kisah Coklatku Bermula --> cam kat atas nie

**Kategori pertama - anda dikehendaki meletakkan gambar seseorang yang berkaitan dengan anda dengan coklat. Tidak kisahlah gambar anda dan coklatkah, anak anda dengan coklatkah...pastikan yang di dalam gambar itu ada berkenaan (hubungan) dengan anda. Satu entry adalah untuk satu gambar, jika ada gambar yang berbeza, sila buat entry yang lain. --> yang nie kena godek album dulu...

**Kategori kedua - anda dikehendaki menceritakan kisah seseorang dengan coklat. Sebagai --> haa... yang nie ceritanya kat bawah tue..

petunjuk, coklat bagaimanakah pilihan anda atau dia, apa peristiwa yang ada kena mengena dengan anda atau dia dan coklat dan lain-lain mengikut kreativiti.

**Tarikh tamat pertandingan adalah pada 13 September 2009 jam 11.59 tghmalam.

**Hadiah adalah ditaja oleh http://coklathalal.com


-

-

-

Okey.. begini ceritanya.. sebenarnya aku dok pk jgk.. ermmm.. nak story ker tak citer nie... heheh.. citer nie mmg lucu.. tapi... aku takut adik aku marah larr buatnyer dia baca entry aku.. hahaha.... ahhh story jer lah.. masa zaman kekecik dulu pon...

Korang sumer tau kan.. aku adik-beradik ramai.. lapan orang sumernyer.. tapi ketika peristiwa yg tak dapat dilupakan itu berlaku.. masa tu kitorang masih lagi 6 beradik... sonok adik beradik ramai nie.. havoc tak hengat biler berkumpul...

Hmm... maser kitorang kekecik dulu.. mmg dah resam abah.. balik dari keje musti tak boleh tidak dibelinya oleh² buat adik yg paling kecik... masa tu adik aku Emean lar yg paling kecik.. umo dia dlm 3 thn... petang tu abah balik dgn coklat spesel... waaa... kami adik beradik sungguh amat teruja nak rasa coklat yg lain rupa bentuk fizikalnya itue... selalu abah beli coklat bar yg yg satu paket ada 10 keping tu.. dapat lar sorang dua keping.. tapi kali nie.. coklat tu bulat².. bujur²... dpt jer coklat kat Emean.. sumer kakak² & abang pakat lar dok kechek mintak sorang sikit... makan pon seperti biasa berebut² takot coklat yg lain rupa yg extra sedap itue abisss... biasa sapa makan cepat untung larrr... dan coklat tu mmg laris.. dlm sekelip mata... abissss... macam ikan pirana daaaa berebut² makan... tup² adik aku Dekli... (shooo.. diam² aaa... jgn bitau dia...) masih sibuk makan ada 2.. 3.. bijik coklat lagi dlm tangan dia.. dan satu sedang dikunyah... ehhh...

"apsal Dekli dpt byk coklat.."

Dia pon gelak dengan seronotnyer... tersengeh.. sambil tunjuk kat lantai... dia kata byk coklat terabur kat lantai... kitorang pon tgk larrr... mmg betul ada lagi.. bulat² warna coklat... tapi pastu.. Dekli cakap lagi...

"Mak... naper coklat nie rasa dia laen.."

Kami adik beradik yg agak tak puas hati (sebab dia dpt byk) dan bercampur hairan... pakat toleh.. mak aku pegi tgk apa yg dimakan Dekli... dan bau dekat²...then.. tgk kat Emean..

"Anak bertuah.. Ya Allah... nie bukan coklat nie... nie taik... nie mesti taik Emean berak berterabur nie..."

Adik aku Emean berak dalam seluar (dolu² maner lar ader pampers... taik dia cantik jer bulat²cam taik kambing/arnab yg saling tak tumpah rupanya macam coklat yang abah beli tu..

Aduhhhh.... nak termuntah aku... kesian ada... kelakar pon iyer jugak... begitu jadinyer... sib baik lar.. kami yg lelain tak ikut kutip coklat² yg berterabur tu sama²... kalau tidak kenduri taik lar kami... pastu cecepat Dekli diheret ke bilik air..... berus gigi n samak mulut... hahahahahaaaa....

Moral of the story.... biler makan coklat... amik bau dulu eak.... mana tau... ntah² yg nak dimakan tu coklat versi lain.... hehehehhhhhhhhhhh

Wednesday, September 2, 2009

GIVEAWAY


Nie ada contest baru.. simple lar sgt... yang anjurkan contest nie ialah http://bigboy-uzma.blogspot.com/ Mama iena.. dia organize contest nie untuk memperkenalkan produk kuih dia secara online.. ok kpd yang berminat.. boleh lar terjah blog Mama iena inie... Untung² dapat adiah kuih raya... yelah dedekat nak raya nie.. hehehe...


~ jadi FOLLOWERS MAMA iena
--> Dah Follow... follower dpt diskaun ker biler beli kuih nieh.. heheh..

~ letakkan LINK mama iena di bloglist anda
-->
Dah...

~ wat N3 yg ringkas tentang GIVEAWAY ini..dan letakkan poster giveawy
disidebar anda...
-->
Ini entry nya...

~ jika dah selesai..letakkan LINK GIVEAWAY anda di N3 ini...untuk
disemak...
--> Sudah kutinggal jejak....

Cit Chat...

Hari nie dah 12 hari kita berpuasa... ada yg dah berlobangkah?? Hehehe... sejak beranak kecik nie dah byk tahun jugak larr.. (cehhh.. bertahun² benor lar tue.. padahal baru thn ke-tiga.. hihi.. coz 2 thn lepas kena ganti 10 hari sbb bersalin bulan posa..) dapat posa penuh.. satu sebab pregnant.. satu lagi sebab breastfeeding... so bln tak sempat menunjukkan dirinya.. hahaha...


Sekejap jer kan.. tak perasan pon tup² dah 12 hari posa.. tu pon pasan lepas tanya laki aku masa on the balik dari umah mak semalam... maknanyer.. tolak minggu nie.. lagi 2 minggu raya lah kan... hmmm... macammaner persiapan raya.. sudah bermulakah??


Kat opis aku nie.. sibuk dengan bermacam² sample kuih raya... brooch... etc... masing² nak cari duit lebih time² perayaan nie.. aku pon pernah jugak jual kuih raya kat opis lama dulu.. makcik aku yg buat.. tapi sekarang dia tak jual dah... dia org senang.. buat kuih bukan sbg pencarian.. sekadar hobi penuhkan masa lapang...


Tahun lepas ada jugak lar aku try buat kuih raya sendiri.. 3 jenis kuih aku buat.. tapi.. akhirnya.. masuk angin jer.. coz.. mana ada org sgt nak dtg rumah raya kat KL nie.. paling² pon sedara mara sendiri n kawan 2....3.. kerat... so.. rasanya thn nie buat kuih tunjuk jer larrr... tunggu dpt oven baru... baru aku rajinkan diri balik...


Minggu depan.. rasanya dah ada yg start tuka duit utk ang pau raya.. lelambat kang bank dah tak terima... thn nie anak sedara dah bertambah.. means.. cukai pon bertambah lar.. hahaha... tapi org kata tak per... konsep angpau tu sebenarnya utk bersedekah di hari dan bulan yg mulia itu... especially kanak²... besar pahala org yg menggembirakan hati kanak²... teringat zaman kekecik dulu... betapa seronoknya kita bila org kasik angpau.. hari² lar selama sebulan tu selagi tak abis bulan Syawal asyik lar dok kira duit... hahahahhhh... giller mata duitan..

Errmmm... saja nak cit cat pepetang ngantuks nie kat blog serba biru ku ini... ok lah.. jap lagi dah nak balik... nak settlekan 2...3.. keje skit sblm balik... okehhhh... Selamat Berbuka sumerrr!!

Ada Bonus Raya??

WOooHoOOO... Ada BONUS ker tak nie... tak sabar nak tau... hatiku berbunga².. tapi tak beranie nak taruh harapan... dah keje ngan gomen... terima jerlah... keje private dulu lain...


Ada bonus raya?

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 1 Sept. – Ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri hangat diperkatakan walaupun Bajet 2010 dijadual dibentangkan pada Oktober ini.

Bayangan mengenai perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.

‘‘Ya, saya ada timbulkan pada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua supaya jika dapat dipertimbangkan (pembayaran bonus) dan mereka senyum sahaja.

‘‘Saya yakin senyuman yang diberikan itu akan membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan yang dijangka menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus.

Tengku Adnan berkata, saban hari beliau mendengar rayuan daripada kakitangan kerajaan di Putrajaya terutama dari kumpulan sokongan yang berpendapatan kecil.

‘‘Sebenarnya di Putrajaya ramai kakitangan kerajaan yang berjawatan rendah merayu supaya saya bawakan kepada pengetahuan Perdana Menteri supaya dipertimbangkan bonus atau insentif untuk sambut raya.

‘‘Mereka sedar keadaan ekonomi tidak begitu baik tetapi mereka merayulah kalau boleh kerajaan faham mereka juga dalam keadaan yang tidak begitu stabil ekoran kenaikan harga barang,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Omar Osman berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah pembayaran bonus dibuat sebelum pembentangan bajet.

‘‘Bagaimanapun, CEUPACS amat berharap agar kerajaan akan bagi bonus kepada kakitangan awam supaya dapat menceria dan memeriahkan lagi sambutan hari raya kami,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails