Showing posts with label Diet. Show all posts

Saturday, March 30, 2013
He Can.. So Do I..
at
3:38 PM
Thursday, March 14, 2013
Tips Org BeRDiET PaTuT TaHu..
at
8:50 PM
Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.
✓ 1. Menambah Karbo Selepas Senaman
Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.
✓ 2. Jangan Tidur Ketika Lapar
Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda.
✓ 3. Lengkapkan Dengan Protin
Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.
✓ 4. Jadualkan ‘Cheat Day’
Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.
✓ 5. Saratkan Dengan Serat
Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.
✓ 6. Kawal Pengambilan Minuman
Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.
✓ 7. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)
Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.

Wednesday, March 13, 2013
10 Tips Orang DiET keNa iNGaT SeLaLu..
at
3:00 PM
Berikut adalah 10 tips mudah cara untuk kurus yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian anda.
1. Jadikan air masak sebagai minu...man utama
Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan!
2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari
Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.
3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari
Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari
4. Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda
Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera!
5. Buang pakaian besar anda
Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati (tahniah!), pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah gelebeh itu. Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang!
6. Gunakan pinggan yang kecil
Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan anda maka lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.
7. Makan bijirin untuk sarapan
Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.
8. Makan hanya apabila lapar
Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.
9. Makan dengan tenang dan perlahan
Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang. Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.
10. Makan buah-buahan
Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.

Friday, January 11, 2013
My JOuRNeY To LOSe 17Kg: Day 5
at
3:00 PM
Tak tau eak.. ekekeke... okeh.. okeh.. nie nak citer lar nie..yer.. arinie ialah hari ke-5 aku berdiet.. secara 'Atkins'.. Aku pasti ramai yang dah tau pasal Atkins Diet nie atau masih ada yang tak pernah dengar?? Okeh boleh baca penerangan dia kat bawah nie.. nak tau lebih lanjut boleh google atau baca kat sini..
The Atkins diet involves limited consumption of carbohydrates to switch the body's metabolism from metabolizing glucose as energy over to converting stored body fat to energy. This process, called ketosis, begins when insulin levels are low; in normal humans, insulin is lowest when blood glucose levels are low (mostly before eating). Reduced insulin levels induces lipolysis which consumes fat to produce ketone bodies. On the other hand, caloric carbohydrates (for example, glucose or starch, the latter made of chains of glucose) affect the body by increasing blood sugar after consumption. (In the treatment of diabetes, blood sugar levels are used Carbohydrate Counting.) Fiber, because of its low digestibility, provides little or no food energy and does not significantly affect glucose and insulin levels.
In his early books such as Dr Atkins' New Diet Revolution, Atkins made the controversial argument that the low-carbohydrate diet produces a metabolic advantage because "burning fat takes more calories so you expend more calories".[1] He cited one study where he estimated this advantage to be 950 calories (4.0 MJ) per day. A review study published in Lancet[2] concluded that there was no such metabolic advantage and dieters were simply eating fewer calories because of boredom. Professor Astrup stated, "The monotony and simplicity of the diet could inhibit appetite and food intake".
In the most recent book by Drs. Westman, Phinney, and Volek, the authors suggest optimal levels of protein, fat, and calorie intake and have moved away from the metabolic advantage theory.
The Atkins Diet restricts "net carbs" (digestible carbohydrate grams that affect blood sugar less fiber grams). One effect is a tendency to decrease the onset of hunger, perhaps because of longer duration of digestion (fats and proteins take longer to digest than carbohydrates). Atkins states in his 2002 book New Diet Revolution that hunger is the number one reason why low-fat diets fail and that the Atkins diet is easier because one is satisfied with adequate protein, fat and fiber.[1]
Net carbohydrates can be calculated from a food source by subtracting fiber and sugar alcohols (which are shown to have a smaller effect on blood sugar levels)[citation needed] from total carbohydrates. Sugar alcohols contain about two calories per gram, and the American Diabetes Association recommends that diabetics count each gram as half a gram of carbohydrate.[3] Fructose (for example, as found in many industrial sweeteners) has four calories per gram but has a very low glycemic index[4] and does not cause insulin production, probably because β cells have low levels of GLUT5.[5][6] Leptin, an appetite regulating hormone, is however not triggered following consumption of fructose. This may for some create an unsatisfying feeling after consumption which might promote binge behavior that culminates in an increased blood triglyceride level arising from fructose conversion by the liver.[7]
Preferred foods in all categories are whole, unprocessed foods with a low glycemic index, although restrictions for low glycemic carbohydrates (black rice, vegetables, etc.) are the same as those for high glycemic carbohydrates (sugar, white bread). Atkins Nutritionals, the company formed to market foods which work with the Atkins Diet, recommends that no more than 20% of calories eaten while on the diet come from saturated fat.[8]
Atkins' book, Atkins Diabetes Revolution, states that, for people whose blood sugar is abnormally high or who have Type 2 diabetes mellitus, the Atkins diet decreases or eliminates the need for drugs to treat these conditions. The Atkins Blood Sugar Control Program (ABSCP) is an individualized approach to weight control and permanent management of the risk factors for diabetes and cardiovascular disease.[9] Nevertheless, the causes of Type 2 diabetes remain obscure, and the Atkins Diet is not accepted in conventional therapy for diabetes.
The first day aku mula berdiet berat aku 69.4 kg.. hari nie berat aku dah 68.3kg.. dah turun 1.1kg tak sampai satu minggu... ok lar tue kan... target aku ialah selama 17 minggu... maksudnya aku ada 4 bulan dalam masa 17 minggu aku akan cuba turunkan 17 kg... so... korang raser boleh ker?? Kuat ker tak semangat aku nieh?? Hmmm kita tunggu dan lihat... ^__________________^
Misi kuruskan badan aku bermula pada 7 Januari 2013 dan akan berakhir pada 5 Mei 2013.. 17 minggu... aku harap masa tu nanti berat aku dah 52kg.... Wow.. hati berbunga² membayangkan badanku yang berberat hanya 52kg... dah lama badan tak ringan macam tue.. mudah²an semangat aku kuat dan hati aku tabah menghadapi godaan keadaan dan nafsu makan yang bergelora di dasar hatiku yg nampak macam tenang.. tapi sebenarnya bukan senang korang.. bukan senang nak tahan nafsu makan yang berpusar² di tekak nie...
Menu dan jadual makan aku?? Ehehehe.. nak tau jugak ker?? Ok.. ok... bukan nak kasik tau sangat.. tapi sebagai rekod aku untuk dirujuk di masa² akan datang... biasanya...
Bangun pagi gosok gigi.. ekekeke.. ok²... lepas mandi bersiap utk ke pejabat.. sebelum masuk keta.. aku akan minum air kosong segelas bersama sebiji kapsul Lecithin... sampai opis aku sarapan air oat susu.. dalam in between lunch aku makan kudap² biasanya buah²an... dan setenah jam sebelum lunch aku akan pastikan aku minum segelas air apple cider..
Lunch time makan lauk.. lauk sahaja... aku beli nasi bungkus.. nasi separuh yg nasinya tidak akan aku sentuh... lorr watper beli nasi kalau tak makan... yer.. yer... sebelum nie mmg aku dah beli bungkus lauk sahaja.. dan harganya humaghaihhhh... RM11.00 utk tiga jenis lauk... tapi... dengan teknik membungkus nasi separuh bersama lauk yg berparuh²... 2 jenis sayur.. 2 jenis protien.. ikan/ayam/daging... aku hanya perlu membayar RM6.00... bijak tak aku... ehehehe... bijak.. bijak...sesekali nak isi bakul angkat sendiri juger.. ... okeh... nasi tue... hmmm... nasi tu aku tak buang... aku bawak balik suap anak aku makan.. membazir itu amalam syaiton..
Lepas lunch... aku kena harus mestiii cari kudap² juga... sebab aku takmo nafsu makan aku nie bergelora... bila dah bergelora.. mmg akan hancusss lar diet aku ari tu... sbb dinner aku mesti makan besar.. BESAR PUNYA!! Hehehehe... aterrrr Kevin pon mmg suh makan 5 - 7 kali satu hari kan... selain kita nak kawal nafsu makan... kita juga dapat boost up kita nyer metabolisme supaya selalu bekerja... supaya dia selalu rajin dan berada dalam tahap maksimum... baru lar sumer makanan yg kita makan dibakar dan tidak disimpan sebagai lemak..
Petang sampai rumah... kalau awal.. aku & En. Ady akan berjogging dan main badminton... and dinner time.... hummmp... minum segelas apple cider.. aku akan makan lauk sahaja.. atau makan sup sayur atau tomyam.. atau yang seangkatan dengannya... cumanya aku tak akan makan nasi atau roti atau mee atau mihun yang mana semuanya bersumberkan karbohidrat... sebelum tido.. minum segelas air kosong + lecithin capsule... hurmmmm... begitu lar hari² seterusnya...
Menu dan jadual makan aku?? Ehehehe.. nak tau jugak ker?? Ok.. ok... bukan nak kasik tau sangat.. tapi sebagai rekod aku untuk dirujuk di masa² akan datang... biasanya...
Bangun pagi gosok gigi.. ekekeke.. ok²... lepas mandi bersiap utk ke pejabat.. sebelum masuk keta.. aku akan minum air kosong segelas bersama sebiji kapsul Lecithin... sampai opis aku sarapan air oat susu.. dalam in between lunch aku makan kudap² biasanya buah²an... dan setenah jam sebelum lunch aku akan pastikan aku minum segelas air apple cider..
Lunch time makan lauk.. lauk sahaja... aku beli nasi bungkus.. nasi separuh yg nasinya tidak akan aku sentuh... lorr watper beli nasi kalau tak makan... yer.. yer... sebelum nie mmg aku dah beli bungkus lauk sahaja.. dan harganya humaghaihhhh... RM11.00 utk tiga jenis lauk... tapi... dengan teknik membungkus nasi separuh bersama lauk yg berparuh²... 2 jenis sayur.. 2 jenis protien.. ikan/ayam/daging... aku hanya perlu membayar RM6.00... bijak tak aku... ehehehe... bijak.. bijak...
Lepas lunch... aku kena harus mestiii cari kudap² juga... sebab aku takmo nafsu makan aku nie bergelora... bila dah bergelora.. mmg akan hancusss lar diet aku ari tu... sbb dinner aku mesti makan besar.. BESAR PUNYA!! Hehehehe... aterrrr Kevin pon mmg suh makan 5 - 7 kali satu hari kan... selain kita nak kawal nafsu makan... kita juga dapat boost up kita nyer metabolisme supaya selalu bekerja... supaya dia selalu rajin dan berada dalam tahap maksimum... baru lar sumer makanan yg kita makan dibakar dan tidak disimpan sebagai lemak..
Petang sampai rumah... kalau awal.. aku & En. Ady akan berjogging dan main badminton... and dinner time.... hummmp... minum segelas apple cider.. aku akan makan lauk sahaja.. atau makan sup sayur atau tomyam.. atau yang seangkatan dengannya... cumanya aku tak akan makan nasi atau roti atau mee atau mihun yang mana semuanya bersumberkan karbohidrat... sebelum tido.. minum segelas air kosong + lecithin capsule... hurmmmm... begitu lar hari² seterusnya...
Monday, January 7, 2013
BerDietLaH CaRa SiHaT..
at
5:46 PM
Aku sekarang dah gemok... yelah makan tak ingat diri kan.. biler baju dah ketat baru ingat nak timbang berat.. ehehehe... aritu kan aku ada cakap sangat² memerlukan produk pelangsingan badan.. sekarang tidak lagie.. no..no..no.. bukan sebab aku dah kurus... tapi sebab setelah aku membaca website Kevin Zahri.. cikgu fitness kita.. macam² ilmu aku dapat.. siyessss... dia memang cikgu diet yang baik...
Antara mesej penting bagi orang yang ingin menurunkan berat badan... yang sangat² seriously nak dapatkan a better shape... caranya idak lar susah benor... cuma perlukan semangat dan keazaman yang tinggi... istiqomah... yer perlu ISTIQOMAH dalam melakukan sesuatu yang baik.. to live a healthy life memang satu perkara yang baik.. tubuh kita nie amanah dari tuhan.. bila² masa dia boleh tarik balik... dan adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga amanah ini sebaiknya...
Berikut ilmu² yang aku kutip dari kata² Kevin juga dari tips² yang aku jumpa di internet..
1. Kita sebenarnya boleh makan 5 - 7 kali satu hari... uiiii banyak tuee.. cemmaner nak kurus lak.. TAPI... ada tapinya... setiap hidangan ada portion²nya... misalnya.. kita cuma boleh makan (nasi/karbohidrat) segenggam penumbuk kita... kalau penumbuk ko besar.. besar lar portion makan ko.. kalau penumbuk ko kecik.. makan ler sikit jer... jadi perumpamaannya... ukur nasi di penumbuk sendiri... jangan guna penumbuk org.. hehehe... okeh.. okeh... lagie satu dia kata... satu genggam penumbuk nasi tue kita boleh makan kalau kita minum air kosong... bukan air manis.. kalau nak minum air manis... sepenumbuk nasi tadi perlulah dikurangkan lagi portion dia.. sebab nasi itu karbohidrat.. gula juga karbohidrat dan juga kalau nasi ko lauknya ada kentang ko kena kurangkan lagi portion nasi tue... maksud kata.. kita cuma boleh amik sepenumbuk karbohidrat setiap hari.. kalau nak yg tu.. kena kurang yg nie.. kena pepandai bajet lar..
2. Banyakkan minum air kosong... minum banyak mana pon tak per.. ada ais ke tak dak ais ke tak kisah... sebab air kosong tak ada kalori.. dan air kosong tidak menggemukkan.. kalau buncit pon sekejap jer.. lepas sistem tubuh melalui proses pengkumuhan.. perpeluhan.. semua air tadi pon hilang.. sepertimana tubuh perlukan kalori untuk bekerja.. tubuh juga perlukan air untuk badan kita dibersihkan... Berapa gelas air satu hari.. katanya bergantung cara tubuh kita digunakan... kalau banyak badan kita kuar air.. banyak jugak lar kita kena top up balik.. contoh kita berjongging.. bersauna.. berkebun... main kejar² ngan anak... air banyak keluar.. jadi kita kena minum banyak juga bagi menggantikan yang keluar... indicator terbaik nak tengok cukup tak cukup air di tubuh kita.. tengok lar air kencing.. kalau warna dia pekat kuning.. itu tandanya tak cukup air lar tue.. kalau air kencing warna pon dah nak macam air minirel.. itu tandanya keperluan air badan kita mencukupi..
3. Makan dalam pinggan yang kecik.. untuk melatih kita makan dalam kuantiti yang sedikit..amik lauk penuh pinggan kecik manakan sama penuhnya pinggan besar.. Banyakkan makan serat.. lebihkan protein.. kuarangkan karbohidrat..
4. Biler nak makan.. mulakan dengan bismillah.. kendian cari sayur.. tapi kalau ada buah.. makan lar buah dulu.. maksudnya di sini... makan lah makanan yang mudah hadam dahulu kemudian diikuti yang payah sikit nak hadam... daging yang paling akhir.. kalau amik lauk ayam.. ambil lah di bahagian dada.. sebab?? Sebab dada ayam kurang lemak..
5. Makanan kurangkan makan.. atau pantangkan sajer.. roti canai.. nasi lemak.. teh tarik.. wuuuhuuu.. itu lar makanan yang dibelasah hari² sarapan pagi... tapi nak makan sekali sekala boleh lar..banyakkan makan makanan berserat tinggi.. macam oat.. mengenyangkan dan melawaskan sistem pembuangan..
6. Okeh... dah paham bab cara makan?? Kita pegi ke cara hidup pula... katanya.. makan cara sihat.. hidup pon kena gaya sihat jugak.. bersenam kurang² 3 kali seminggu... yang dikatakan bersenam tu ialah cardio exercise.. yang menggerakkan seluruh otot badan... macam.. main badminton.. berbasikal.. berenang.. main bola sepak.. futsal.. so on... bila kita dah buat cardio then only kita boler proceed buat tekan tubi... kalau tidak tak der maknernyer pon buat tekan tubi untuk bentuk otot.. sedangkan otot² ko diselaputi lemak... yer.. kat sinie lar peranan cardio exercise tadi.. tujuannya untuk membakar lemak² yang berselerak memintal di sebalik daging² otot.. supaya.. bila otot dibentuk melalui tekan tubi... melalui angkat dumbell... otot ko terbentuk cantik lagi firm...
7. Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi... sebab tubuh perlukan rehat untuk bekerja lebih kuat..
So.. rahsia sebenar... tiada yang boleh menguruskan badan kita melainkan diri kita sendiri.. tiada yang dapat menggemokkan diri kita melainkan kita jugak... Allah tak akan merubah tubuh badan seseorang itu melainkan atas usahanya... lain ler ko sakit kan... hmmm selisih malaikat..
Hurrmmm... cukup lar utk kali nie.. lenkali kita tulis lagie.. ehehehe ;)
Friday, January 4, 2013
APPLE CiDeR ViNeGaR.. teman dietku kini..
at
4:24 PM
Cuka epal (Apple Cider Vinegar) telah digunakan untuk penurunan berat badan selama berabad-abad. Ia adalah cara semulajadi untuk mengurangkan berat badan, dan ia juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Nutrien, enzim dan asid organik di dalam cuka epal bertindak sebagai penahan selera dengan meningkatkan kadar metabolik anda. Cuka epal juga diketahui baik untuk mengurangkan penakungan air, mengurangkan kolesterol dan memperbaiki sistem peredaran darah di dalam tubuh.
Jadi bagi saper² yang ada masalah water retention atau gemok air.. emmm.. macam aku.. mmg elok sangat lar amalkan minum apple cider nie.. kita buat tonik kesihatan macam orang² Greek dan Mesir amalkan dulu².. bukan itu sahaja.. cuka epal nie sebenarnya salah satu makanan sunnah Rasulullah SAW.. amalkan yang sunnah.. bukan sahaja terbaik.. malah dalah pahala..
Dalam perubatan Islam.. seperti yang aku tengok di website ini.. cuka epal juga boleh digunakan untuk merawat santau dan sihir..Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.
Cara Penggunaan:
1) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa2.
2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…
Rawatan Sihir:
1) Untuk rawatan santau: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas Subuh
2) Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa: Gosok cuka kurma dengan kapas sampai merah dan kemudian sapu dengan minyak zaitun
Korang tau tak.. Julius Ceaser dikatakan menggunakan cuka epal sebagai tonik untuk tenaga dan kekal sihat dan pahlawan Samurai jepun menggunakannya sebagai minuman tenaga.
Rujuk: http://www.detox-for-life.com/apple-cider-vinegar.html"Since 400BC, Hippocrates, the father of modern medicine, and others, have used vinegar and vinegar mixed with honey, as an energizing tonic and a healing elixir"
Terlalu banyak khasiat cuka epal nie kalau kita search satu²... antaranya:
1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
1. Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.
2. Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak.
3. Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Epal cider juga akan melambatkan rasa lapar.

Untuk makluman.. cuka epal nie selalu diambil bersama madu.. bukan sekadar penyedap rasa tetapi juga kerana khasiatnya bila diadun bersama.. kita tengok saja senarai di bawah..
1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Cara Penyediaan Minuman Cuka Epal
**Cuka epal asli (organik) tanpa disuling, ditapis dan dipastur (cuka ini airnya seakan² berkeladak, bewarna perang, ini yang terbaik)
**Madu asli sebagai perasa sekiranya perlu
**Serbuk teh
**Serbuk kayu manis sekiranya mahu
Campurkan 1-2 sudu cuka epal ke dalam segelas air atau teh Chamomile. Tambah sedikit madu sekiranya perlu, sebagai perasa. Anda juga boleh menambah serbuk kayu manis (jenis tanpa gula) ke dalam teh anda di mana ia juga membantu anda untuk mengurangkan berat badan, mengurangkan kolesterol, dan meningkatkan kesihatan anda.
1. Minum dua kali sehari setengah jam sebelum makan.
2. Untuk mempercepatkan pengurangan berat badan, lakukan senaman 30 - 60 minit 3 atau 5 kali dalam seminggu.
3. Minum banyak air bagi melancarkan sistem perkumuhan badan.
4. Amalkan diet yang seimbang.
Aku minum dengan air kosong dan madu sahaja... syaratnya guna air sejuk.. dan pilih apple cider organik... seperti yg dinyatakan di atas.. tanpa disuling, ditapis dan dipastur dan bezanya.. tengok pada kejernihan air cuka itu... kalau jernih maknanya dah lalui proses penyulingan.. khasiat dah banyak hilang... apple cider yang bagus adalah yang berkeladak.. asli dan tidak diproses... aku minum keluaran BRAGG- Organic Raw - Unfiltered Apple Cider Vinegar.. aku suka minum cuka apel nie.. raser dia macam minum air oren.. ehehehe.. masam... dan juga diingatkan cuka nie tak elok diminum begitu sahaja tanpa air... takut rosak gigi dan tisu badan.. ianya berasid... pada ibu yang mengandung... elakkan mengambil cuka epal / sebarang jenis cuka di awal kandungan.. takut merbahayakan kandungan.. seelok²nya tunggu lah kandungan melepasi 5 bulan... and pls consult your doctor sebelum minum atau makan apa pon..
Dan.. aku ada satu rahsia nak bagitau.. stretch mark mengandung dulu dah makin pudar semenjak aku amalkan minum apple cider nie.. betul.. aku perasan mender nie lepas hampir separuh botol apple cider nie aku minum...
Okeh... untuk maklumat lanjut.. korang boleh juga tengok di sini..
Tuesday, October 2, 2012
jOM LeCiTHiN...
at
3:20 PM
Salam buat pembaca² yg tak jemu² berkunjung ke umah Bonda yang dah mula mengkomersilkan pengumpulan sawang... ehehehe... tak der mood lar nak berblog... @__ | __@
Hari² bukak jer.. tgk baper org tgh online.. tengok entri² lama.. tapi roh nak menaip dan membebel tu entah ke mana... maafkanlah hamba blogger picisan yg tidak kental berblogging... hmmm...
Ok.. ingin kukutip semangat yg bertaburan dengan melaburkan maklumat copy paste yg aku kutip dari facebook... sharing is caring maa... aku paste kat sini sebenarnya utk rujukan aku juga... memandangkan..ya.. memandangkan aku sedang mengamalkan pengambilan supplement ini bagi mengawal diet harian ku yg tak beraper nak diet nie... kalau berkesan... nanti aku buat satu entri khas untuk itu iyerrrr... :)
Meh baca... menarik nieh!
1- lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
2- lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
3- lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
4- lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
5- lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf.
6- lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
7- lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
8- lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
9- lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
10- lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS.
Jom LECITHIN....
Monday, May 24, 2010
SiLer SaRaPaN PaGie..
at
8:41 AM
Selamat pagi semua... ;;) Dah breakfast blom?? Belom?? Ehh korang jangan tak makan pagi tau... No! No! No! This is not good to your body system.. nie aku nak kasik satu tips kurus badan... makan pagi is a must... mustiii.. harusss... sbb kalau ko tak makan pagi.. nanti kestabilan gula dalam darah ko caca merba.. biler kandungan gula dalam darah tak stabil.. maka metabolisma badan korang akan gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna membakar kalori badan... dan maka itu.. setiap kalori yg korang ambil akan ditukarkan kepada lemak... haaaa ko... pilih maner satu... nak lemak ker nak makan sarapan... dan satu lagi.. kalau ko skip makan pagi... badan ko lemah nak keje... macam keta larrr.. nak jalan pon kena isi minyak jugak kan... same goes tu human... Biler kita skip makan pagi... otomatik time lunch ko makan macam gembala gajah.. (abah aku nyer perumpaan tu..) maknernyer ko makan penuh pinggan.. sebab isyarat telah dihantar ke otak.. mengatakan.. ngko tengah kebuluran.. yerlaaa.. saper suh tak makan pagi kan... satu lagi.. biler badan dah interpret yg ur body sedang melalui fasa kebuluran... badan ko akan bakar muscle badan... dan mengakibatkan badan ko menggeleber.. sana sini lembek... lemak dia tak bakar.. sebab per?? Sebab.. dia simpan lemak tu tuk maser darurat.. maser tu aper jer yg ko makan akan di-storekan sebagai lemak.... sebab tu ler walau ko makan sikit.. badan ko naik kalah orang yg makan banyak... dorang makan banyak tapi metabolisma bakar kalori.. sebaliknya ko yg makan sikit... segala yg ko makan dia simpan sebagai lemak...
Jadi... makna kata... apa yang aku nak sampaikan kat atas adalah... jangan bagi sistem badan kita confuse.... biler dia confuse... kita jugak yg payah nak menyedarkan kekonpiusan yg kita buat itu.... believe me... memang payah!
Monday, December 21, 2009
Kisah Ku Di SPAkan.. Hahaha!
at
9:39 AM
Hari tu kan... ada 2 org minah Melayu.. tersengeh2 depan pintu.. (sbnrnya sales person tidak dibenarkan masuk utk berniaga di office... tapi selalunya dorang nie main masuk jer.. atas alasan kunun.. dah berjanji ngan org nie.. org tue.. tapi org itu.. ini tak ada... dorang nie kasik jer alasan apa pon asal lepas) of course lar dia akan nampak aku dulu... kater bilik ngadap pintu masuk.. itu ler yg tak bestnyer.. asal ada org dtg.. tak kira lar saper pon.. tempat aku dah macam kaunter pertanyaan... tak sukak... tak sukakkkkk! Ingatkan 2 org minah tu nak jmp saperr.. kan dah kempen kementerian "Budi Bahasa Budaya Kita" maka nak tanak aku kena lar berbahaser kan.. hmm.. (kang dikata staff gomen sumer nyombong laks)
"Yer.. nak jmp saper?" aku bertanya dengan perasaan ingin tahu... hmmm dorang tersengeh2 tgk aku..
"Ermmm.. bos akak ada?"
"Ada.. kenaper nak jumpa ker?
"Lelaki ke perempuan?"
"Lelaki."
"Ohhh.. camnie kak.. duduk kejap boleh.. ermm.. kami nie turun dari atas (tingkat atas bhgn pentadbiran jab kitorang lar tu..) Kak Siti yang suruh kitorang turun bawah.. akak kenal K. Siti J..? Dia yg suruh kitorang turun nie.. Nie haaa.. kitorang sebenarnya nak promote Spa yang baru bukak... nak bagi jemputan nie RM29.90 jer kak.. dpt buat facial, hand therapy ngan slimming.. semua tu pada harga RM29.90 jer.." Bersungguh2 dia bercakap sambil disuakan kad kupon spa tu... aku pon belek lar kad tu kan..Pastu dia suakan pulak kad² staff² sini yg dah beli kupon² tu..
"Nie haa kak.. dah ramai yg beli kad nie.. akak kenal dorang.. (dia tunjukkan satu².. mmg ler aku kenal.. kakak² opis aku)
"Murah jer kak.. dapat buat 3 benda nie free.. ngan kad potongan separuh harga next time akak pegi.. akak pegi rileks² jer.. biler lagi nak rehat² badan kan.. kitorang bagi kupon murah nie sebab nak perkenalkan spa kitorang yg baru bukak.. kalau tak der kad nie harga biasa dia mahal kak.." Dalam dia dok mempopet² terangkan itu ini.. hati aku dah muler berkata².. Yer tak yer jugak.. aku pon mmg dah lamer teringin nak masuk spa... kalau sajer² nak pegi sori larr.. asyik dok tgk kat tv jer.. Mayfair lah.. London Weight lar.. tapi aku tak pernah try... nak² badan sekarang dah gemuk giller.. nak pakai baju.. pilihan pon dah terhad.. ada peluang nie baik aku try.. nak meraser jer... camner lar agaknyer..
Aku pon sibuk lar tepon sana sini cari kawan kot² ada yg nak join sekaki... kalau sengsorang malas lar aku kan... sekali adik ipar aku nak ekot.. dia pon cam aku.. nak raser sendiri camner keadaannyer spa itu sebenarnya... so kitorang pon pakat2 lar.. aku berpeluang pegi ke Spa.. bagi sapa yang tak tau.. actually.. bukan nak pegi sangat.. just nak merasa jer apa yg bestnyer spa nie.. hmmm.. aku pegi pon atas sbb nak experience apa yg best sgt kat spa tu...
Aku pon amik lar satu kupon kad tu... satu lagi utk ipar aku... kitorang pon dah berjanji² nak pegi sama²....
Tiba hari dijanjikan... kitorang pon pegi lar.. (laki aku drop kitorang kat sana.. dia p opis dia kat KLCC) Sampai sana kitorang disambut 2 org reception dia.. kitorang dibawa ke 2 buah bilik consultation.. asing².. Hmmm... dlm kad tu tulis sesi tu utk 45 minit jer... sekali intro dia sajer dah setengah jam... aku kata aku nak cepat.. coz dah janji ngan hubby suh amik kul 4.00 ptg... then dia cakap kalau aku tgh rushing dia tak leh nak buat apa.. dia kata dia perlukan ample time utk terang semua service dorang... dia pon pot-pet²... aku pon call balik laki aku.. suh amik lewat skit... then... dia bawak kitorang round2 dlm spa tu.. tgk satu² machine dorang... pot-pet² lagi... aduhaiiii.. dlm hati aku.. biler lar nak mula nie.. bosan sehhhh.... pastu baru lar dia timbang berat n tinggi aku... pastu machine tu kuarkan dia nyer analisa slip...aku nie dia kata berat air... water retention yg sangat tinggi... kira aku gemuk air lar... dan.. metabolisma badan yg sangat rendah... hummppp... korang paham camner tu?? Dia kata bos dia umur 40an.. metabolisma badan dia 2 kali ganda aku... haaaa.... teruknyer aku... pastu dia citer lar kat aku... yg dorang nyer alat.. method utk kuruskan badan yg paling advanced.. dia buruk²an tetempat slimming center yg lain.. then disebabkan kandungan air yg tinggi dlm badan aku.. dia suh aku amik coffee detox... utk buang toksin dlm badan... yg tak bestnyer.. kena tambah duit RM250... tercengang aku... ehhhh... saya buat yg asas je dulu... then dia kata tak boleh.. nanti you punya result lepas session tak bagus.. sbb you punya water retention tinggi.. u ambil satu coffee detox dulu RM125.. then I bawak you buat... bla..bla..bla... kalau you tak ambil detox nanti you kena tunggu maa.. sbb machine lain sudah ada org guna.... (alasan dia jer nak pakser aku amik detox tu... padahal masa dah balik tu kitorang 2 org jer client dia masa tu.. aku tak nampak org lain pon..)Aku pon nak tanak terpakser amik jugak detox tu.. kalau aku tak salin pakai dia nyer rope tu.. sure aku dah blah.. tak kuasa.. nak pakser² laks.. selagi kita tak kata yer.. selagi tu lar dia dok potpet²... sakit jiwa ko... bila aku kata yer.. cepat jer dia mula session... pas satu.. satu... last sekali dia amik balik berat aku.. n bandingkan ngan yg terdahulu... ada penurunan setengah kg... hmmm... (mmg arrr... aku nie tak melantak tengahari lagi.. gilo lapar nie..) pastu badan aku kena wrap ngan plastik segala bagai... aduhhhhhh...) Balik tu dia suh aku tahan jangan makan 2 jam... haaa?? Suruh control makan segala... itu aku dah tau..... sebelum balik sekali lagi masuk dia nyer bilik consultation.... itu.. itu sesi pot-pet² lagi... pastu tanyer credit card apa aku pakai... dia bagi dia nyer pakej nyer suggestion... RM7899... Hanggukkkkk kau!!! Gillooo... tak kuasa aku... kalau aku nie bini Dato' K ker bini adik Najib ker.. okk lar... petik jari jer.. ini nak buat slimming yg ntah berkesan atau tidak tu kena kuarkan duit banyak tu... soriiiiii larr beb... dia nampak perubahan muka aku.. (aku masih boleh control) then dia offer satu pakej lain.. yg nie RM3999... perghhhh.... sori larrr baik aku amik Plasma TV.. hahahahah!! Seboleh mungkin dia nak aku sign member aritu jgk... amik pakej yg dia tawarkan.... mulut mmg manis maaaa..... tapi aku dah pakai baju besi.. (walaupun tadi tertewas jgk.. kali nie tidak lagi)Aku cakap aku tak bleh membelakangi suami aku... aku ckp kad aku sumer laki aku yg bayar.. aku ckp laki aku garang... nanti dia marah aku... bla..bla..bla... terpakser beb kalau tidak dia mmg psiko kita... sampai kita tunduk ngan kehendak dia.... adik ipar aku pon kena benda yg sama.... lepas bayar jer... kitorang jalan laju2.. tobat tak dtg lagi.... dengan muka yg mencemik... sambil jalan sambil citer pengalaman masing²... pastu bantai ketawa kuat²..... atas kebodohan diri sendiri... raser tertipu.. tapi yang paling beharga di sini ialah pengalaman............
Moral of the story... jgn cepat terpengaruh dengan apa² tawaran murah yg korang dpt.. tak kira lar apa pon... itu cuma umpan.... selalunya mesti ada hidden agenda... sooo... berhati²... dan satu lagi... kalau nak kurus nie.. sebenarnya... korang perasan tak.. ko amik ubat ker.. p slimming center ker.. jmp pakar ker... perkara utama yg korang kena.. dan mesti buat... control makan.... buat lar apa pon.. kalau tak control makan... tak guna juga....... turun sekejap... naik berkilo²... sumer tu mind set.. atas kerelaan diri sendiri... kita bukan takat nak kurus sbb nak cantik.. tapi juga utk menjaga kesihatan..... kurus tapi sakit buat apa kan... hmmmm..... mulai hari ini... tukar minda.... "AKU NAK KURUS UNTUK SIHAT".... biler kau fikirkan kau boleh "YAKIN BOLEH!!"

Thursday, July 10, 2008
Antara Sebab Gagal Turunkan Berat Badan..
at
11:45 AM
Artikel nie aku tujukan buat diri aku sendiri juga buat kengkawan yang sedang bekerja keras nak turunkan berat badan... marilah kita berusaha.. sikit².. lama² kurus larr kan..;)
_____________________________________________________________________________________
Anda sudah mengurangkan makan nasi, tidak lagi makan malam. Tidak juga menjamah coklat dan makanan kering kegemaran anda, tapi berat badan tak juga turun. Jika ini berlaku pasti ada yang tidak kena dengan cara anda berdiet. Kegagalan ini tentunya disebabkan oleh pelbagai perkara.
Inilah beberapa punca mengapa usaha anda untuk menurunkan berat badan gagal dan jawapan untuk mengatasinya :-
1) Pengambilan lemak berlebihan
Tidak dapat dinafikan, makanan yang mengandungi lemak lebih lazat dan sedap. Tidak hairan anda sukar menghadkan pengambilan hingga 30 peratus sahaja makanan jenis ini. Kajian menunjukkan seamkain banyak anda mengambil lemak, semakin kurang anda menyerap zat makanan yang lain dan mendorong penambahan berat badan.
Saranan :
Secara umumnya, semakin sedikit anda memproses makanan, semakin rendahlah kandungan lemak didalamnya. Seabik-baiknya anda memilih makanan yang dipanggang daripada yang digoreng. Hadkan makanan manis yang kaya lemak. Jika anda membeli makanan yang sudah dipaketkan, perhatikan kandungan lemak pada labelnya. Pilih makaan yang kandungan lemaknya tidak lebih dari 3gm per 100 kalori.
2) Jarang bersarapan
Sekiranya anda tidak bersarapan kerana mahu mengelakkan gemuk, bermakna strategi anda itu salah. Tahukah tanpa sarapan, tubuh akan terasa amat lapar hingga mengakibatkan nafsu makan semakin besar apabila tiba masa makan tengahari. Kajian di barat menunjukkan, orang yang bersarapan dengan bijirin setiap pagi akan lebih cergas dan mempunyai tingkahlaku lebih positif.
Saranan :-
Biasakan sarapan.
Bekerja dengan perut kosong menyukarkan anda memberi tumpuan pada pekerjaan. Hindari makanan yang manis-manis kerana makanan ini membuat anda berasa terlalu kenyang dan mengantuk. Pilih sarapan yang mempunyai karbohidrat seimbang. Makanan yang kaya dengan serat seperti sayuran, buah-buahan dan bijirin boleh menstabilkan gula dalam darah dan membuat anda terasa kenyang hingga waktu makan tengahari.
3) Tidak pernah mencatat
Sebahagian besar daripada kita merasakan tidak penting untuk mencatat setiap makanan yang kita makan. Samada makanan yang berkhasiat atau sebaliknya.
Saranan :-
Buatlah sebuah diari diet, iaitu dengan mencatatkan pengambilan makanan harian anda. Dengan catatan ini, anda akan lebih berhati-hati setiap kali ingin memilih makanan. Diari tersebut juga akan membantu anda menunjukkan dengan tepat situasi yang menyebabkan anda ingin makan. Ia juga boleh membantu anda untuk membezakan anda makan kerana keperluan atau kerana nafsu.
4) Ketagihan gula
Boleh dikatakan semua orang suka gula. Tidak lengkap makanan tanpa gula terutama teh dan kopi. Dan ternyata rasa manis merupakan pengukur penting yang mempengaruhi tahap kegemaran pengguna terhadap sesuatu produk. Dan kebanyakan makanan sihat seperti yoghurt dan oatmeal juga mengandungi banyak gula.
Saranan :-
Jangan amalkan makanan manis-manis sebagai pencuci mulut setiap kali selesai makan. Makan makanan jenis ini hanya sekali seminggu. Baca label nutrient untuk menghadkan penggunaan gula seabgai bahan utamanya. Selain itu cuba elakkan makanan yang dianggap sihat tetapi sebenarnya mengandungi banyak gula. Kurangkan minum minuman bersoda atau gantikan dengan minuman bersoda bebas gula.
5) Makan kekacang
Kacang soya, kacang merah, kacang buncis, kacang tanah dan seumpamanya adalah jenis makanan yang rendah lemak, mengenyangkan, kaya serat, protein dan karbohidrat. Makanan jenis ini juga mengandungi nutrient yang baik untuk wanita.
Saranan :-
Tambahkan jumlah pengambilan kekacang dan biji-bijian ini. Amalkan selalu dan beri kesempatan pada tubuh anda menambah serat. Jika tidak mahu memasak sendiri , anda boleh membelinya di kedai tetapi perhatikan kadar sodium, garam dan cara pengolahannya.
6) Pengambilan kalsium
Anda pasti sudah mengetahui betapa pentingnya kalsium untuk kesihatan tulang dalam mencegah osteoporosis. Kajian yang dibuat di Creighton University Osteoporosis Research Center, mendapati makanan kaya kalsium mapu mengawal kejadian overweight hingga 70 peratus. Namun sayangnya, ramai di antara kita yang tidak suka makanan mahupun minuman yang berkalsium. Malahan ada yang menggantikan susu dengan makan keju tinggi lemak.
Saranan :-
Minumlah dua gelas susu rendah lemak setiap hari. Dengan cara ini anda menyelamatkan tulang daripada rapuh, sementara zatnya memadai untuk mengalas perut dengan bahan rendah kalori. Anda boleh minum soya jika tidak begitu gemarkan susu biasa.
7) Kurang serat
Dibandingkan makan buah-buahan, sayur-sayuran atau produk gandum yang kaya serat, karbohidrat, vitamin dan mineral, anda mungkin lebih sukakan kek, atau kuih, yang biasanya dibuat daripada lemak, gula, garam dan bahan additive. Sedangkan bahan bersumber daripada tepung gandum ini merupakan salah satu sumber lemak tepu terbanyak dalam diet kita.
Saranan :-
Anda boleh menggantikan roti putih, mi atau kek dengan roti whole grain, bijirin atau pasta. Supaya rasanya lebih lazat, anda boleh mencampurkan bijirin dengan buah-buahan segar. SELAMAT BERDIET..

Subscribe to:
Posts (Atom)