.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, July 5, 2010

..KaTa ORaNG BiJaK..


1. Marah itu mudah. Tapi marah kepada siapa, dengan kadar kemarahan yang tulen, pada saat dan tujuan yang tepat, serta dengan cara yang benar itu yang sulit. (Aristoteles)

2. Kesakitan membuat Anda berpikir. Pikiran membuat Anda bijaksana. Kebijaksanaan membuat kita terus bertahan dalam hidup. (John Pattrick).

3. Jangan pernah melupakan apa pun yang dikatakan seseorang ketika ia marah, kerana akan seperti itu pulalah perlakuannya pada Anda. (Henry Ward Beecher)

4. Keberhasilan adalah kemampuan untuk melewati dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat. (Winston Chuchill)

5. Bakat terbentuk dalam gelombang kesunyian, watak terbentuk dalam riak besar kehidupan. (Goethe)

6. Secara teori saya meyakini hidup harus dinikmati, tapi kenyataannya justru sebaliknya – Kerana tak semuanya mudah dinikmati. (Charles Lamb)

7. Orang yang menginginkan impiannya menjadi kenyataan, harus menjaga diri agar tidak tertidur. (Richard Wheeler)

8. Bila anda ingin bahagia, buatlah tujuan yang boleh mengendalikan fikiran, melepaskan tenaga, serta mengilhami harapan Anda, (Andrew Carnegie).

9. Kita hanya berfikir ketika kita terperangkap dalam suatu masalah. (John Dewey)

10.Kesalahan orang lain terletak pada mata kita, tetapi kesalahan kita sendiri terletak di punggung kita. (Ruchert)

11.Yang baik bagi orang lain adalah selalu yang betul-betul membahagiakannya. (Aristoteles)

12.Semua yang wujud bersifat rasional dan semua yang rasional bersifat wujud. (Hegel)

13.Sebelum menolong orang lain, saya harus dapat menolong diri sendiri. Sebelum menguatkan orang lain, saya harus mampu menguatkan diri sendiri dahulu. (Petrus Claver)

14.Lebih baik bertempur dan kalah daripada tidak pernah bertempur sama sekali. (Arthur Hugh Clough)

15.Hidup adalah lelucon yang baru saja dimulai. (W.S. Gilbert)

16.Orang yang mampu menggunakan dan menyimpan wang adalah orang yang paling bahagia, kerana ia memiliki kedua kesenangan. (Samuel Johnson)

17.Kebijaksanaan tidak pernah berbohong. (Homer)

18.Tuhan sering mengunjungi kita, tetapi kebanyakan kita sedang tidak ada di rumah. (Joseph Roux)

19.Seorang pendengar yang baik mencoba memahami sepenuhnya apa yang dikatakan orang lain. Pada akhirnya mungkin saja ia sangat tidak setuju, tetapi sebelum ia tidak setuju, ia ingin tahu dulu dengan tepat apa yang tidak disetujuinya. (Kenneth A. Wells)

20.Seorang lelaki sudah setengah jatuh cinta kepada wanita yang sudi mendengarkan bicaranya dengan penuh perhatian. (Brenden Francis)

21.Kebahagian hidup yang sebenarnya adalah hidup dengan rendah hati. (W.M. Thancheray)

22.3x25 Watt ≠ 75 Watt
Sebuah bola lampu berukuran 75 watt kelihatan bersinar lebih terang dibandingkan dengan tiga buah bola lampu 25 Watt yang dinyalakan bersamaan.

23.Dari semua hal, pengetahuan adalah yang paling baik, kerana tidak kena tanggungjawab mahupun tidak dapat dicuri, kerana tidak dapat dibeli, dan tidak dapat dihancurkan. (Hitopadesa)

24.Bila orang mulai dengan kepastian, dia akan berakhir dengan keraguan. Jika orang mulai dengan keraguan, dia akan berakhir dengan kepastian. (Francis Bacon)

25.Cuma sedikit orang yang menginginkan kebebasan, kebanyakan hanya menginginkan seorang tuan yang adil. (Gaius Sallatus Crispus)

26.Tak diinginkan, tak dicintai, tidak diperhatikan, dilupakan orang, itu merupakan derita kelaparan yang hebat, kemiskinan yang lebih besar daripada orang yang tak bisa makan. Kita harus saling merasakan hal itu. (Ibu Teresa)

27.Pengalaman bukan saja yang telah terjadi pada diri Anda. Melainkan apa yang Anda lakukan dengan kejadian yang Anda alami. (Aldous Huxley)

28.Dunia adalah komedi bagi mereka yan memikirkannya, atau tragedi bagi mereka yang merasakannya. (Harace Walpole)

29.Saya percaya kata managing berarti memegang burung dara di kepalan tangan. Kalau terlalu kencang ia akan mati. Tapi bila terlalu kendur, bisa terlepas. (Tommy Lasorda)

30 Sejarah manusia merupakan tanah pemakaman dari kebudayaan-kebudayaan yang tinggi, yang rontok kerana mereka tidak mampu melakukan reaksi sukarela yang terencana dan rasional untuk menghadapi tentangan. (Erich Fromm)

31.Kemajuan merupakan kata yang sedap didengar. Tetapi perubahanlah penggeraknya dan perubahan mempunyai banyak musuh. (Robert F. Kennedy)

32.Kita mengajarkan disiplin untuk giat, untuk bekerja, untuk kebaikan, bukan agar anak-anak menjadi taat, pasif, atau penurut. (Maria Montessori)

33.Tugas dan pendidikan ialah mengusahakan agar anak tidak mempunyai tanggapan keliru bahawa kebaikan sama dengan bersikap pasif dan kejahatan sama dengan bersikap aktif. (Maria Montessori)

34.Kemampuan menertibkan keinginan merupakan latar belakang dari watak. (John Locke 1632-1704)

35.Kebahagian dari setiap negara lebih bergantung pada watak penduduknya daripada bentuk pemerintahannya. (Thomas Chandler Haliburton 1796-1865)

36.Menyapu lantai dan mencuci tandas sama mulianya seperti menjadi presiden. (Richard M. Nixon)

37.Jangan pernah membanting pintu, siapa tau kita harus kembali. (Don Herold)

38.Diplomat ialah orang yang selalu ingat pada ulang tahun seorang wanita tetapi tidak pernah ingat berapa umur wanita itu. (Robert Frost)

39.Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang yang paling takut pada perubahan. (Mignon McLaughlin)

40.Kalau manusia beransur menjadi tua, umumnya ia cendrung menentang perubahan, terutama perubahan ke arah pembaikan. (John Steinbeck)

41.Selama hidup saya yang sudah 87 tahun ini, saya telah menyaksikan serentetan revolusi teknologi. Tetapi tidak satu pun diantaranya yang tidak memerlukan watak yang baik atau kemampuan untuk berfikir. (Bernard M. Baruch)

42.Pendidikan mempunyai akar yang pahit, tapi buahnya manis. (Aristoteles)

43.Pendidikan mengembangkan kemampuan, tetapi tidak menciptakannya. (Voltaire)

44.Pendidikan yang baik tidak menjamin pembentukan watak yang baik. (Fonttenelle)

45.Setelah makan, pendidikan merupakan keperluan utama rakyat. (Danton)

46.Kerendahan hati disukai orang-orang terkenal. Namun orang yang bukan apa-apa sulit untuk rendah hati. (Paul Valěry)

47.Berdikari merupakan seni untuk berdiri di atas kaki sendiri namun dipeluk tangan orang lain. (Alex Winter)

48.Sebelum menikah saya mempunyai enam teori tentang bagaimana mendidik anak. Kini saya mempunyai enam anak dan tidak mempunyai teori. (John Wilmot, Earl of Rochester 1647-1680)

49.Kebahagiaan itu seperti batu arang, ia diperoleh sebagai produk sampingan dalam proses pembuatan sesuatu. (Aldous Huxley)

50.Dari pesawat terbang yang saya cintai, saya melihat ilmu pengetahuan yang saya puja memusnahkan kebudayaan, padahal saya mengharapkan ia dimanfaatkan untuk kebudayaan. (Charles A. Lindbergh, Jr.)

51.Harapan adalah tiang yang menongkat dunia. (Pliny the Elder)

52.Alat pemudah kerja yang paling popular sampai saat ini masih tetap suami yang berada. (Joey Adams)

53.Seorang arkeologi merupakan suami yang terbaik yang mampu diperoleh wanita; semakin tua si isteri, semakin besar minat suami terhadapnya. (Agatha Cristie)

54.Saya lebih suka lamunan untuk masa akan datang daripada sejarah masa lalu. (Thomas Jefferson 1743-1826)

55.Jangan memberi nasihat kalau tidak diminta. (Erasmus)

56.Manusia mudah dibohongi oleh orang yang dicintainya. (Molire)

57.Sebelum menulis, belajarlah berfikir dahulu. (Boileau)

58.Orang yang berjiwa cukupan, merasa mampu menulis dengan hebat. Orang yang berjiwa besar merasa mampu menulis cukupan. (La Bruyère)

59.Kemenangan yang paling indah adalah bisa menaklukkan hati sendiri. (La Fontaine)

60.Tidak ada yang selembut dan sekeras hati. (G.C. Lichtenberg)

61.Lebih baik mengerti sedikit daripada salah pengertian. (A. France)

62.Orang memerlukan dua tahun untuk berbicara, tetapi lima puluh tahun untuk belajar tutup mulut. (Ernest Hemingway)

63.Penulis buku jarang intelektual. Intelektual ialah mereka yang berbicara tentang buku yang ditulis orang lain. (Françoise Sagan)

64.Orang yang mencemarkan udara dengan pabriknya dan anak ghetto yang memecahkan kaca etalase gedung menunjukkan hal yang sama. Mereka tidak peduli pada orang lain. (Dhaniel Patrick Moynihan)

65.Mereka yang bermimpi di siang hari akan lebih menyedari bahaya yang luput dari penglihatan mereka yang mimpi di malam hari. (Edgar Allen Poe)

66.”Mulai” adalah kata yang penuh kekuatan. Cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu adalah, “mulai”.Tapi juga menghairankan, pekerjaan apa yang dapat kita selesaikan kalau kita hanya memulainya. (Clifford Warren)

67.Saya tak hanya menggunakan semua kecerdasan yang dimiliki otak tetapi juga yang dapat saya pinjam. (Woodrow Wilson)

68.Yang kalah adalah wujud hukuman atas kegagalan. Pemenang adalah penghargaan atas kesuksesannya. (Bob Gilbert)

69.Bila Anda mengatakan apa yang Anda fikirkan, jangan harap hanya mendengar apa yang Anda sukai. (Malcom S. Forbes)

70.Kesulitan itu ibarat seorang bayi. Hanya bisa berkembang dengan cara merawatnya. (Douglas Jerrold)


Sunday, July 4, 2010

Hai.. SeLaMat MaLaM..


Sedang rancak di udara sekarang rancangan Mentor 4.. saper lar yang menang eak.. Adi? Nani? atau Mohd?.. Sekarang nie orang berlumba2 nak join realiti tv.. especially nyanyian lar.. aku nampak 2 benda yg legal utk jadik kaya sekelip mata.. pertama... menang realiti tv.. kedua bawak balik piala emas utk Malaysia.. ohh yaa.. satu lagi.. kawen ngan laki kaya.. hehehe...

Kalau yang tak legal tu.. banyak lar kan.. merompak... menipu.. jual dadah.. tycon judi.. etc.. banyak cara nak jadik kaya.. tapi ramai orang tak suka work the hard way... sumer nak senang dan mudah sahaja.. ketepikan segalanya.. yang penting dorang happy.. orang lain menangis kecewa hati.. itu bukan urusan mereka!!...

Aku kan.. paling benci manusia yg hidup atas tangisan dan penderitaan orang lain! Tak ada hati dan perasaan... lebih sesuai tinggal di dalam hutan.. tapi belum pasti beruk dan ungka sudi buat kawan...


Friday, July 2, 2010

Amik KeSeMPatAN NaMPaK!!

Hohoho... nottiii Jumbo haa... pantang tengok pompuan pakai skirt.. amik kesempatan jer ko.. tak kira mak orang ker anak orang.. ikhss.. ikhss.. ikhsss... so.. para wanita kat luar sana.. biler nak tengok atau lawat2 gajah nie.. pakai lar pakaian yg sopan... gajah pon gewam.. inikan pulak orang2 yg melihatnya... hehehe

SeteLaH LeBiH 3 TaHuN TeRSiMPaN!!

Akhirnya.. setelah genap umo Alyaa 4 tahun.. baru aku keluarkan khazanah buku² yang aku belikan utk dia masa dia baru berumur 11 bulan.. aku beli 'Magic English' set nie maser exhibition di Mid Valley pada tarikh 12/05/2007.. power ahh Kakpah.. dgn tarikh² dia ingat seperti yang tertera dalam resit pembelian maser aku bayar deposit kira jadi beli kat salesman yang bermulut manis itue.. hahaha...

Maser tu anak baru sorang.. komitmen tak tinggi sangat.. boleh beli itu.. beli ini untuk anak tersayang.. sekarang dah tiga.. beli jugak.. tapi kena pilih² lar ikut budget.. tak boleh lar nak berbelanja sesokha hati lagie..

Seronok tau tengok reaksi budak² maser nampak berkotak² buku tu aku keluarkan dari simpanan.. excited macam nampak harta karun ko! Dan yang paling tak sabar.. sudah tentunya si Alyaa.. tak nyempat² aku nak sudahkan solat.. dia dok ulang suruh aku bukak isi kotak tu..

Set nie aku beli datang bersama 8 benda:

a) Disney's VCD's - 26 CD kat dalam tu satu²nya yg dibuka dan digunakan dari awal beli..
b) Disney's Activity Books (English) - ada 26 buah buku ikut version yang terdapat pada CD
c) Disney's Read & Grow Library - ada 19 volumes
d) Winnie The Pooh Story Books Set - ada 18 volumes
e) Heinemann Illustrated Encyclopedia Series - ada 11 volumes
f) My First Britannica - ada 13 volumes
g) Bookcase - dia bagi satu warna itam tapi aku dah guna letak buku aku & En. Ady
h) Disney's Magic English Bag - free

Sumer kat atas cost me RM3262.00 installment for 2 years.. tapi tak sampai pon 2 tahun aku dah langsai bayar sumer... lega!! Bagi aku buku itu ilmu.. dan ilmu itu tidak ternilai harganya.. Saper kata orang anak ramai (walaupon anak aku tak lar ramai maner kan.. teraser jugak oii!) tak sayang anak haa?? Kasih sayang kami pada anak tak ada kurangnya dengan orang yang punya anak tunggal! Mereka darah daging kami.. merekalah saham kami di akhirat.. semua ibu bapa mahukan yang terbaik utk anak² mereka.. kasih sayang tidaklah dapat dinilai melalui baju brand apa yg dipakaikan di badannya... diapers mahal maner yg dibalut di punggungnya.. susu jenama lembu clas aper yg diberikan tiap kali mereka menangis dahaga... kasih seorang bergelar ibu dan bapa ikhlas.. pengorbanan tak minta dibalas.. anak² anugerah Allah.. amanah yg mesti dijaga sebaiknya.. jadi adalah sangat tidak tepat.. membandingkan kebendaan dan kasih sayang...

Alhamdulillah.. aku lihat Alyaa, Aisha dan Ainna.. ketiga²nya sangat minat dengan buku... memang satu impian menyemai minat membaca di kalangan anak².. sekarang nie.. tiap kali sampai rumah.. otomatik dorang akan suakan aku buku utk dibaca dan diceritakan kepada mereka.. bukan mudah nak bercerita dan memahamkan mereka yg masih kecil.. tapi sebagai guru yg terbaik buat anak²... usaha.. bersoal jawab setiap kali sesi membaca dimulakan.. dengan harapan mereka faham dan pelaburan ini tidak sia²..

Perkara yang selalu aku terapkan.. agar anak² hormat dan hargai ilmu.. "Kakak.. buku itu ilmu.. jangan pijak.. jangan langkah.. jaga dan simpan baik² baru ilmu itu berkat.. kita kena hormatkan buku sama macam kita hormatkan dan sayang guru kita".. Semoga anak²ku dan juga anak²mu membesar menjadi insan yang penuh ilmu... ilmu yang bermanfaat utk kesejahteraan sejagat!

..tengok rupa kotak dia.. dah buruk..

..tak sabar nak bukak..

..excited sangat!..

.. my first britannica..

..seperti yg tertera di kotak..

..tengok tarikh yang tertera di kotak tu.. tarikh pemeriksaan item semasa delivery ke rumah..

..masing² tak sabar nak baca..

..tak paham tulisan.. tengok gambar pon jadi larr..

..Aisha pon sama..

..buku Pooh pulak..

..didatangkan sekali dengan rack dia.. senang nak susun dlm rak..

..ini kotak buku xtvt dari volume di CD..

..supaya anak kita refresh balik apa yg dia belajar dan tengok di CD..

..macam tertulis di kotak..

..11 volumes termasuk indeks..

..tarik.. koyak.. cepat semua dibuka..

..setelah sessi memunggah isi harta karun selesai dikerjakan..

..tersusun di rak buku..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails