Macam² benda pelik² lam dunia nie kan.. bukan takat dalam alam fantasi jer.. just name it.. search it.. you'll find it.. norma manusia biasa.. tertarik menyaksikan perkara yang luar dari biasa.. tapi itu semua kekuasaan Allah juga.. Maha Pencipta... tengok kat bawah nie..
Friday, July 2, 2010
.. MaHu AnAK.. SeL TeLuR DiBeKuKan..
at
12:23 AM

Berkeluarga dan memiliki anak masih jadi impian kebanyakan wanita. Kerana itu, ketika di akhir usia 30-an belum juga menemukan calon pendamping, tak sedikit wanita yang memutuskan untuk membekukan sel telur mereka.
Fenomena tersebut terjadi di Belgium. Hampir separuh perempuan yang disurvei mengatakan, mereka ingin membekukan sel telur mereka kerana belum ada tanda-tanda akan berkahwin di usia hampir 40 tahun. Ini kerana, mereka menyedari bahawa semakin bertambah usia, semakin berkurangan kemungkinan untuk hamil.

Sementara itu, mahasiswi di Eropah yang disurvei mengatakan, mereka juga ingin membekukan sel telur mereka supaya lebih fokus mengejar karier dan menunda rencana berkeluarga.
Hal tersebut terungkap dalam European Society of Human Reproduction and Embryology Conference. Pembekuan sel telur merupakan teknologi yang relatif baru, yang memungkinkan seorang wanita untuk menyimpan sel telur mereka sebelum melakukan program bayi tabung uji.
Pada umumnya, sel telur yang dibekukan akan digunakan setelah mereka berusia 43 tahun kerana sebelum usia itu mereka dianggap masih sihat dan subur.
Peratus kejayaan pemindahan sel telur adalah ditentukan pada usia dan keadaan sel telur. Oleh itu, ramai wanita memilih membekukan sel telur mereka di akhir usia 30-an. Untuk mendapatkan sel telur bermutu baik, terkadang memerlukan tiga kali pusingan menstruasi. Kos untuk pembekuan sel telur ini dianggar sekitar RM24 ribu.

Thursday, July 1, 2010
Di Malaysia pon ada.. ikhss.. ikhss.. iksss...
at
9:44 AM
Haa.. ini barulah dikatakan penegasan terang²an.. saper beranie bawak lar laju..
..mak aii.. dah tak der baby carrier.. plastik pon jadi.. ikhss..ikhss.. ikhss.. jangan cuba perlakuan di atas ke atas bayi anda.. lemas kang saper nak jawab??
..nak bergaya bermotosikal pon.. agak² lar handle tu tinggi mana.. mau kejung otot ketiak tu.. ikhsss.. penunggangan yang menyiksakan!
..dalam bas pon bahaya okayy.. biasanya bas² cenggini tak dak tali pinggang keledar.. so.. pakai topi keledar pon ok lar kan..
..Ludah pelan² tau.. kalau boleh jangan ada bunyi langsung.. nanti saya tak lalu makan lor..
..haa.. kalau berani curi lar.. curie.. ini mata atas juga ada tengok!Tunang You Jin dlm WINTER SONATA Bunuh Diri!
at
8:33 AM
SEOUL, 30 JUN 2010: Pelakon drama bersiri Winter Sonata, Park Yong-Ha ditemui mati tidak bernyawa di kediamannya di Nonhyung-dong, Seoul. Pihak polis percaya, Park mati akibat bunuh diri. Tubuh Park telah ditemui sekitar jam 5.30 pagi (waktu tempatan di sana) hari ini, oleh ibunya sendiri.
Laporan Yonhap News hari ini menyebut, keluarganya mendakwa sebelum membunuh diri, aktor dan penyanyi top Korea Selatan sempat mengirimkan SMS kepada ayahnya yang sedang bertarung dengan sakit kanser perut.
SMS yang dihantar itu berbunyi: "I'm Sorry. I'm Sorry".
Park yang kini berusia 33 tahun bagaimanapun tidak meninggalkan sebarang surat perpisahan.
Menurut pihak polis Metropolitan Seoul pula, Park telah membunuh diri dengan menggantungkan dirinya menggunakan kabel charger telefon bimbit. Namun, motif di sebalik tindakannya membunuh diri itu masih tidak diketahui lagi.
Hingga saat ini, pihak polis masih lagi melakukan penyelidikan lebih lanjut tentang tragedi yang mengejutkan itu.
Park memulakan kerjaya seninya bermula pada tahun 1994. Namun, namanya mula meningkat naik di Korea dan Jepun setelah dia membintangi drama bersiri Winter Sonata pada 2002.
Lanjutan daripada itu, Park turut membintangi 3 buah filem. Yang terakhir adalah The Scam yang telah ditayangkan pada 2009.
Tidak hanya setakat itu, Park juga popular sebagai penyanyi. Selain melancarkan beberapa album di Kora dan Jepun, dia juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Japan Gold Disc Awards bagi kategori Artis Asian Terbaik, Lagu Sepanjang Tahun serta Anugerah Istimewa Japan-Korea Friendship Year 2005.
Dengan kematian Park yang tidak diduga itu, banyak pihak telah menyuarakan rasa khuatir mereka terhadap kes bunuh diri di Korea Selatan. Ini kerana, negara tersebut telah mencatatkan kadar kes bunuh diri yang semakin meninggat sejak beberapa tahun kebekalakangan ini.
Pada 2 Oktober 2008, artis terkenal Choi Jin-Sil juga ditemui telah menggantungkan diri di bilik mandi rumahnya.Sebelum itu, pada 8 September 2008, suaminya, Ahn Jae-hwan yang merupakan pelawak terkenal ditemui mati di dalam keretanya.
Tubuh Choi Jin-Sil telah ditemui oleh adik lelakinya, Choi Jin-yeong. Dia yang turut melibatkan diri sebagai aktor dan penyanyi kemudian telah mengambil keputusan untuk membunuh diri pula pada 29 Mac lalu.
Kematian Choi Jin-yeong itu dipercayai berpunca akibat daripada rasa tekanan dan depresi setelah kematian kakak tersayangnya
**********************************
Tak sangka antara hero pujaan Korea nie mati cara macam nie.. sangat menyedihkan.. hanya seorang pengecut.. tidak sanggup berdepan kehidupan terbentang di depannya.. bunuh diri bukan penyelesaian semua masalah.. di sini kita lihat.. betapa pentingnya pegangan agama dan kekuatan iman seseorang dalam menempuhi dugaan.. bagi orang Islam jangan sesekali mengambil jalan mudah ini... bunuh diri itu HARAM...
Subscribe to:
Posts (Atom)