.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, March 2, 2010

iMBaLaNCe HoRMoN??

Pagi tadi dlm bilik.. macam biasa budak² akan diberi susu pepagi ketika bersiap utk ke opis atau dlm perjalanan kami ke umah tok dorang.. (dlm keta lar tu..)

"Ayah.. Ainna muntah.." Alyaa bersuara kuat memberitahu sesudah dia dan adiknya selesai minum susu... "muntah" itu dimaksudkan jeluak.. or muak baby kecik..

"Lap pakai pampers.. ehhhh.. lampinss.. lampesss... " Spontan En. Ady menjawab sambil membetulkan tali pinggang di seluarnya.. huk alohhhh... aku tersengeh... dan tergelak... lawak aper laki aku buat pagi² tu... mamai lagi kerrrr???

"Lampesss... lampesss...." Alyaa mengulang² sebutan terkehel En. Ady berulang²... sajer nak kasik hangat hati si Ayah... hahahah!!



Sebelum masuk ke kereta.... masih dlm bilik lagi...

"E'ehhh... lampin adik ada dua lah ayah.. tengok nie.." Sambil bibir terjuih ke arah lampin satu lagi di atas katil Alyaa bercakap dgn En. Ady...

"Tu lar kakak tadi tak check dulu... dah... ambik lampin yang baru... mana lampin lama?" En. Ady bertanya pada Si Kakak yang disuruhnya amik "lampes" lap mulut adiknya tadi... hehehehe..

"Nie haa" Alyaa mengambil lampin tersebut ditunjukkan kepada En. Ady...

"Pakai yang baru.. yang lama kakak ambik pegi simpan dalam peti sejuk.. peti ais.." Ayoyo... you got imbalance hormon dear... hahahah!!!

"Mesin basuh..." En. Ady membetulkan kesilapan arahannya tadi...

What a funny day to start with.. ;)


Panduan Elak Kemalangan

Artikel ini diambil dari Metro 1Klassifieds, Selasa, 2 Mac 2010 dan ditaip semula oleh saya..

Setiap tahun puluhan ribu kemalangan jalan raya dicatatkan, terutama ketika musim perayaan yang bukan saja menyebabkan kehilangan nyawa, malah turut menyebabkan kerugian harta benda, bayaran ganti rugi oelh syarikat insurans, siasatan polis, kes mahkamah serta tekanan emosi di kalangan mangsa.

Sebahagian kemalangan itu boleh dielak jika semua pemandu mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk memastikan keadaan kenderaan sentiasa sempurna, terutama sebelum perjalan jauh, mendapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan, bersabar dan mematuhi peraturan lalu lintas.

Kadang-kadang, hanya kerana mahu berjimat atau suka bertangguh, tidak menukar tayar atau pad brek yang sudah haus menjadi punca kemalangan maut, menyebabkan kehilangan orang tersayang.

Berikut ialah sedikit panduan yang diharap dapat membantu pembaca menjadi pemandu berhemah.

1) SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaannya kepada penumpang.

2) JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.

3) SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

4) KETIKA memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalan raya lain untuk memastikan keselamatan anda.

5) JANGAN pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.

6) SENTIASA peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar di jalan rayua atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.

7) MEMANDU dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dibenuhi air.

8) KETIKA memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

9) JANGAN biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalan raya.

10) ELAK memandu jika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.

11) ANDA dinasihatkan memandu kenderaan diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap cecair brek, tali sawat, tayar, minyak enjin, lampu dan penggilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

12) PERHATIKAN kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.

13) JIKA anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat demikian.

14) PERIKSA keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman baik. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalan raya terutama sekali sewaktu memandu dalam cuaca buruk

15) TEMPAT paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.


Monday, March 1, 2010

ALyAa buat FashiOn SHOw??..

Meh aku story sikit.. petang tu masser aku sebuk² mengemas rumah bagai.. Si Alyaa dok mundar mandir.. kejap² dia hilang ke bilik dia kat belakang... kejap² ke depan.. then.. terserempak ngan kami... fulayoooo... aper ke pesyen si Alyaa nie pakaiii??!

Dia nak lari seperti biaser biler tgk Bonda dia terkezuttt... sbb takot kena marah... sbb dia main lampin adik dia... dia dok punggah lampin yg terlipat dlm almari... tu lar keje nak² dare aku kat umah biler kitorang tak kuar memaner.. ada jer projek dorang adik beradik... tapi kali nie Alyaa buat projek sorang² sbb Aisha tido...
Dia tak bleh nak tido... ke hulu ke hilir... maser bebetul terpandang kelibat dia time aku nak solat Asar tu... daripada nak marah sbb punggah lampin adik terus aku tergelak... perghhh.. dasat jgk karya si kecik nie berpesyen... kalah aku woooo!!

Ini pesyen yg jarang dpt kami lihat.. harus di snap..

..camner ler dia belit lampin tu kat badan dia haku pon tak tau..

..kreatif huh..??
"Kakak.. pasnie Bonda tak payah beli baju kat kakak lagi dah.. kakak buat baju sendiri yer.." Hahahah!!

AiNnA diDeRa??

Assalammualaikum... dah lama tak bersiaran.. heheh.. just a short one to kick start.. hahah.. nie haa.. video penderaan abad inie.. panas nieh.. kesian budak kecik nie kena pakser pakai Spek oleh Mak dia.. Hahahah...


Sebenarnya aku nak amik gambar dia pakai spek.. (Alyaa punya) sajer nak tangkap.. sbb comel sangat aku tgk.. hahaha... apa yg buatkan aku guna kuasa veto ini?? Hmm.. sbb aku gewammm.. aku pasang spek kat mata dia.. dia bukak... aku pasang.. tak sempat nak snap gambar.. dia bukak balikkk... aku pon aper lagiiee.. kalau camnie tak jadi keje.. :)) Pastu pelagi.. Putri bongsu nie nangis ler.. mengeluarkan sorenyer yg sayu.. hahaha... aku suka video nie cute jer tgk Ainna nanges....

Amaran... tolong jangan DERA anak anda!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails