.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, March 9, 2007

LuNch TiMe YG SunGGuh MemeNatKan..

Tadi aku kuar opis awal sblm lunch time.. instead of 12.30 aku kuar kul 11.10 pg.. kali nie aku pegi JPJ terus kat Pertama Kompleks utk renew driving license aku.. coz aku igt aku nak drive semula.. tak kan lesen nak buat pekasam jer kan.. letih lar kalau hari² aku nak menapak dari LRT ke rumah pengasuh anak aku.. bleh tahan jauh wooo.. dah tu tak kan hari² aku nak tercongok kat umah pengasuh anak aku tu tunggu laki aku yg selalu sampai lewat.. malu tau! Tebal dah muka aku nie.. yerlah janjinyer jaga anak waktu siang jer.. abis.. kalau aku nak angkut sorang² Alyaa menapak semula ke LRT... lintas² jalan lagi.. then dari Terminal Stesyen Ampang aku nak kena menapak lagi sekali ke rumah mak.. masakk woo.. mau pingsaaaannn aku! Sekarang pon aku dah sakit² perut ngan pinggang...

Nasib aku baik.. masa sampai JPJ tinggal lagi 15 min dorang dah nak tutup pejabat utk solat Jumaat.. (awalnyer tutup!) Office hour dia bagi yg tak tau.. (sajer aku nak jot down.. in case I wanna refer to it in the future) Hari Senin - Khamis dari kul 7.45 - 4.30.. Hari Jumaat laks dari 7.45 - 11.45 dorang solat then sambung balik dari kul 2.45 - 4.30... thats it.. Lucky me.. Allah kesian kat aku kot sbb last time pon aku tak dpt nak renew lesen coz pegi ke pejabat pos yg tadak sediakan perkhidmatan tu.. pas amik no.. tunggu dlm 15 min jer dah siap... LEGA..

Dari Pertama Kompleks.. aku ke pasaraya SOGO di sebelah.. sbb tadi aku tgk kat entrance dia ada poster tulis baju baby & kanak² ada stock clearance.. aku naik ler ting 5 tgk²... nak kata murah sgt tak lar jugak.. mmg sumer baju berjenama.. boleh tahan lar harga dia.. pon.. aku masih juga amik 6 helai baju utk Puteri kechik kat umah tu.. aku beli satu patung katak bulu² (katak ada bulu ker??) yg comel utk dia.. aku juga belikan siap² adiah utk baby Umairah anak my best friend Syura yg dah awal² lagi jemput aku p birthday party anak dia ujung bulan nie.. so b4 aku kehabisan duit.. biar ler aku beli siap²... Aku renew SOGO card aku yg dah expired 2 thn lepas.. utk collect point.. then baru aku bayar kat kaunter.. then aku naik balik ker customer service utk wrapping adiah tuk anak Syura.. pastu aku terus ker LG.. nak tapau Mc'D.. tetengah batur tingat.. dlm purse aku cuma tinggal sehengget.. sib baik aku teringat.. kalau tidak mau peristiwa lamer berulang kembali.. terkebil² time nak bayarr... so.. tanak buang lebih byk masa.. aku naik ting atas coz atm machine ting bawah sedang di maintenance.. kena batur lagi utk cucuk duit.. bleh tahan panjangnyer.. selesai sumer aku terus turun bawah walau sales kat dpn mata agak menarik perhatian aku.. (kang lagi bertambah² utg credit card aku).. aku kena batur lagi utk order... aku tapau jer sumer makan kat opis.. sampai opis.. aku betul² rasa tak bermaya.. pinggang ngan perut sakit ngilu... byk sgt jalan kut... ikhss.. aku bantai air ribena yg aku beli.. aku tanak minum air gas.. cian baby.. makan double cheese & frise... then tido sekejap sementara yg lain balik dari lunch...

So.. here I am typing this entry to be published.. hmmm... nak p toilet.... aku harap laki aku dpt amik aku kat opis arinie.. barang banyak.. aku laks dah tak der kudrat... lemah lesu.........

Thursday, March 8, 2007

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
1. Qul huwallaahu Ahad.
2. Allaahus Shamad.
3. Lam yalid wa lam yuulad
4. Wa lam yakul lahu kufuwan Ahad

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah : "Dialah Allah, Yang Maha Esa"
2. Allah adalah Tuhan, yang bergantung kepada Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tiada diperanakkan.
4. Dan tidak ada seorang pun / sesuatu pun yang setara dengan Dia

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w : "Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

1. Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

2. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

3. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

4. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

5. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

6. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

7. Untuk Mendapatkan kebaikan di dunia dan akherat Bacalah surat Al - Ikhlas setip hari sebagai amalan sehari - harinya. Insya Allah berkat surat Ikhlas yang kita baca itu kita akan mendapatkebaikan di dunia dan akherat.

8. Terhindar dari fitnah dan siksa kubur Bacalah surat Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang yang sakit itu lantas mati pada hari itu juga, maka insyAllah dia akan diselamatkan dari fitnah kubur

Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

SeKadar SeBuah CoRetan..

Mak dah discharged semalam.. Alhamdulillah.. but still keadaan mak masih perlu dipantau dan mak masih perlu pegi ker hospital for her regular checkup.. Ady gie amik mak semalam.. then baru dia amik aku kat umah babysitter.. then kitorang lepak umah mak kejap..

Abg sampai with Dora with their lil Yasmin too.. sifat Yasmin yg lemah lembut & mudah tersenyum ngan baby aku mmg bebetul contradict.. Alyaa seorang baby yg tegap lasak & ligat.. :)).. boleh ker aku cakap camtu.. baby aku nie aggressive.. biler tak dpt sesuatu yg dia nak dia jerit sekuat hati.. sampai takut Yasmin dibuatnyer.. Alyaa lincah ke sana ke mari.. Alyaa bebetul lasak & ganas cam Bonda dia jugak.. hahah!!.. Tatau lar camner dia biler dah ada adik nanti.. jgn garang sgt ngan adik sudah... aku harap anak² aku nanti membesar menjadi anak yg baik dan dengar kata..


Aku amat letih sekarang nie tibanya waktu malam.. lepas Isyak tu aku rasa nak tido jer.. makan pon tak bleh byk coz loya & perut sebu.. org lain morning sickness.. tapi aku night sickness.. kandungan kali nie mmg beza dari ngandung Alyaa dulu.. agaknyer baby aper lar yg aku dpt kali nie.. apa² pon harapnya baby aku sihat dan sempurna sifatnya.. luaran juga dalaman...

Dekat office skrg nie hangat dgn macam² gossip politik pejabat.. ntah apa² tah.. tak bleh ker duduk bawah satu bumbung bekerjasama membangunkan syarikat dan bekerja dengan ikhlas.. apa pekdahnyer politik² nie.. buat apa hidup nak dengki mendengki.. Harta dunia tak bleh bawak mati pon.. sok² makan diri sendiri...

Aku mencari dunia yg damai.. jauh dari org pendengki dan busuk hati!......

Wednesday, March 7, 2007

Kisah AriNie..

Tadi lunch with faros & the gang kat Bandar Tun Razak.. tempat yg famous dgn ayam kampung tu.. lauk² kat situ sumer best².. pelanggan pon ramai.. sedap pon sedap.. musti masyuk giller owner warung tu... aku amik memacam lauk.. RM5.50 jer.. tapi aku makan tak abis.. coz perut dah sengkak.. alangkah membazirnya.. minuman laks aku order cendul pulut.. hehe.. nyum².. cendol pulut sehengget jer!

Balik opis perut dah kenyang.. mengantuk lagi.. sekarang nie aku mmg deserang sindrom kantuk yg tinggi.. tatau nak buat aper dah.. sedar tak sedar aku dah tersengguk² dpn pc.. nie pon sebab dah dekat nak balik.. semangat jer menaip blog nie.. hahha...

Semalam lawat mak kat spital.. Alhamdulillah mak kelihatan ceria.. katil mak depan tv lagi.. haha... mak kata duk kat sini sebulan pon takpa.. makan pakai sumer org sediakan.. dia rileks jer.. mak tunjuk kaki dia bengkak balik sbb berjalan byk sgt... tu lar.. mak masih blm cukup fit nak berjalan macam dulu.. sebarang komplikasi mungkin terjadi... aku harap mak sembuh cepat!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails