.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, February 9, 2007

- 31 GoLoNGan -

1. SAHABAT
Golongan yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w, beriman kepada kerasulannya dan meninggal dalam keadaan Islam. Jadi, sesiapa yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w tetapi menolak dakwah baginda tidak dikira sahabat. Orang beriman yang memeluk Islam pada zaman Nabi, tetapi tidak pernah berjumpa baginda juga tidak dianggap sahabat. Antara mereka, Abu Hurairah, Bilal, Muaz bin Jabal dan ramai lagi.

2. KHULAFA AL-RASYIDIN
Khulafa al-Rasyidin atau Khalifah al-Rasyidun ialah kerajaan Islam yang ditubuhkan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w . Khalifah ini terdiri daripada empat orang yang utama, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman Ali. Perlantikan mereka dibuat secara syura, iaitu perbincangan secara bersama di kalangan para sahabat.

3. TABIIN
Tabiin adalah genarasi selepas sahabat yang menerima ilmu pengetahuan dan hadis daripada sahabat. Mereka tidak pernah berjumpa Nabi s.a.w. Tetapi menjadi pengikut setia sahabat dalam setiap perkara. Antara mereka, Ibn Sirin, Mujahid bin Jabr, Iqrimah, Sa'id bin al-Musayyib dan ramai lagi.

4. TABI' TABIIN
Tabi' tabiin adalah generasi selepas tabiin yang menerima ilmu pengetahuan daripada tabiin. Antara yang paling masyhur, Imam empat mazhab iaitu, Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Hanbali.

5. SALAFUSSOLEH
Salafussoleh adalah tiga generasi terbaik yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w. Umat Islam akan selamat selagi mereka mengikut jejak langkah tiga generasi ini. mereka ialah, sahabat, tabiin dan tabi' tabiin.

6. KHALAF
Khalaf jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud terkemudian. Tetapi dari segi istilah syarak, golongan ulama yang hidup selepas tiga kurun pertama hijrah. Kebanyakan yang hidup pada zaman ini dan selepasnya sudah mula lemah dalam memahami agama. Oleh itu, mereka terdedah kepada banyak kesilapan. Jadi, untuk selamat, umat Islam perlu merujuk kepada ulama salaf dalam setiap perkara agar Mereka tidak tersesat. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat ramai di kalangan mereka yang pakar dalam ilmu agama.

7. KHAWARIJ
Dari segi bahasa bermaksud, keluar. Istilah ini merujuk kepada satu puak yang muncul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Nama mereka diambil sempena perbuatan mereka yang keluar daripada agama dan memberontak kepimpinan Ali bin Abu Talib. Ini kerana, Ali bersetuju untuk berdamai dengan Muawiyah. Antara prisip mereka yang paling masyhur ialah mudah mengkafirkan umat Islam yang berbeza dengan mereka. Antara orang yang mereka kafirkan termasuk Ali sendiri dan juga Muawiyah.

8. SYIAH
Syiah dalam bahasa Arab bermaksud pembela dan pengikut seseorang. Ia juga bermaksud setiap kaum yang bersatu dalam suatu perkara. Dari segi syarak pula, ia bermaksud mereka yang mengasihi Ali bin Abu Talib dan seluruh keturunannya. Mereka menganggap Ali lebih afdal daripada seluruh para sahabat. Hanya beliau dan anak cucunya sahaja yang layak memegang tampuk pemerintahan. Kelompok ini terpecah kepada lima puak, iaitu Kaisaniyyah, Imamiyyah (Rafidhah), Zaidiyyah, Ghulat dan Ismailiyyah.

9. MURJIAH
Murjiah berasal daripada perkataan irja yang bermaksud memberi tempoh (tangguh) atau memberi harapan. Dari segi istilah pula, golongan yang berkeyakinan bahawa iman itu hanya berbentuk ucapan dan tahap keimanan manusia, malaikat dan para nabi sama sahaja. Menurut mereka, iman tidak bertambah atau berkurangan. Sesiapa yang mengakui keimanannya dengan lidah tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab agama seperti solat, puasa, menutup aurat dan sebagainya tetap dianggap mukmin (beriman) di sisi mereka.

10. JAHMIYAH
Mereka adalah pengikut Jahm bin Sofwan yang merupakan seorang penduduk Tirmiz, Khurasan. Mereka berkeyakinan bahawa al-Quran itu mahluk, ALLAH tidak pernah berbicara dengan Nabi Musa a.s dan tidak berada di atas Arasy.

11. QADARIYYAH
Golongan ini menganggap ALLAH tidak mengetahui sesuatu perkara selagi ia belum berlaku. ALLAH hanya mengetahuinya setelah ia berlaku. Dan ALLAH juga tidak ada kaitan dengan sesuatu yang belaku serta bukan takdir dan kehendaknya. Mereka digelar dengan nama itu kerana mengingkari qadha dan qadar.

12. MUNAFIK
Dari segi bahasa bermaksud menzahirkan sesuatu yang berlawanan dengan apa yang ada di dalam. Dari segi istilah, ia merujuk kepada golongan yang menzahirkan Islam dan menyembunyikan kekafiran.

13. KAFIR
Dari segi bahasa Arab bermaksud menutup atau menyembunyikan sesuatu. Secara umumnya ia bermaksud, tidak beriman bahawa hanya ALLAHlah satu-satunya TUHAN yang wajib disembah dan tidak mengakui Nabi Muhammad sebagai rasul yang terakhir.

14. MUSLIM / MUSLIMAH
Muslim atau Muslimah bermaksud orang yang beragama Islam, iaitu yang tunduk dan patuh dalam melakukan semua perintah ALLAH. Untuk menjadi orang Islam yang sempurna, seseorang perlu melaksanakan kesemua rukun Islam yang lima, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, mengeluarkan zakat dan melakukan ibadah haji.

15. MUKMIN/ MUKMINAH
Orang yang beriman atau percaya dan membenarkan. Dari segi takrifan ulama, ia bermaksud orang yang membenarkan dengan bersungguh-sungguh setiap yang datang daripada ALLAH dan Rasul-NYA serta mematuhi segala perintah ALLAH dan Rasul-NYA dengan sebenar-benarnya.

16. AHLI KITAB
Orang yang beragama Yahudi dan Kristian. Mereka dipanggil ahli kitab kerana memiliki kitab suci, iaitu Taurat dan Injil. Agama yang mereka anuti juga dipanggil agama samawi. Mereka diberi nama khusus oleh ALLAH dan tidak sama dengan kafir musyrik kerana pada asalnya, agama mereka itu datang daripada ALLAH. Cuma ia telah diselewengkan selepas Nabi mereka wafat.

17. ATHEIS
Atheisme atau ateisme satu keadaan di mana seseorang tidak mempercayai kewujudan TUHAN atau Pencipta. Perkataan ' atheisme' berasal daripada bahasa Yunani a dan theis (teo), iaitu pemikiran bahwa TUHAN atau kekuatan yang lebih tinggi tidak wujud. Atheisme bukan suatu agama, tidak memiliki ajaran rasmi dan bukan suatu pemikiran 'anti-agama' atau 'anti-tuhan'. Atheisme berbeza sama sekali dengan Komunisme. Tetapi, Komunisme pada umumnya atheis.

18. SEKULAR
Sekularisme ialah ideologi yang menentukan bahawa urusan dunia seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan daripada urusan agama.

19. ORIENTALIS
Golongan orientalis merupakan salah satu golongan yang memusuhi Islam. Mereka amat 'pakar' dalam hal bangsa-bangsa timur yang terdiri daripada penganut Kristian, Yahudi dan golongan Free Thinker atau golongan yang tidak mengakui kebenaran hukum-hakam agama. Golongan ini amat suka mengkaji al-Quran dan hadis bukan kerana mahu beriman, tetapi sekadar ingin mengetahuinya untuk dibandingkan dengan agama atau Ideologi lain. tujuan mereka ialah untuk merosakkan agama Islam itu sendiri, menyelewengkan fakta dan mengelirukan umat Islam yang jahil tentang agama mereka. Golongan yang sangat ingin mereka kelirukan ialah umat Islam yang mendapat pendidikan barat tetapi jahil tentang ajaran Islam. Ramai di kalangan cerdik pandai Islam telah terpengaruh dengan mereka.

20. LIBERALIS
Aliran Islam Liberal ialah satu aliran atau kefahaman yang sedang menyerang Islam dan umatnya masa kini. Mereka memberikan kebebasan tanpa batas dalam mentafsirkan nas agama. Mereka juga menganggap nas agama perlu ditafsirkan selaras dengan perkembangan zaman dan al-Quran yang ada pada hari ini sudah tidak sesuai lagi pada zaman ini. Ia termasuk salah satu aliran yang terpesong dan perlu dicegah dengan segera kerana kemunculan dan perkembangannya semakin meluas sejak akhir-akhir ini.

21. ZIONIS
Zionis ialah gerakan untuk membentuk kembali negara Yahudi di tanah Palestin. Istilah Zionis pertama kali dipakai oleh perintis kebudayaan Yahudi, Mathias Acher (1864-1937) dan gerakan ini diorganisasi oleh beberapa tokoh Yahudi antara lain Dr. Theodor Herzl dan Dr. Chaim Weizmann.

22. YAHUDI
Yahudi ialah satu istilah yang boleh merujuk kepada agama atau suku bangsa. Jika dilihat berdasarkan agama, istilah ini merujuk kepada umat agama Yahudi, tidak kira mereka dari keturunan Yahudi atau tidak. Jika merujuk kepada suku bangsa pula, ia kembali kepada anak keturunan Nabi Ya'qub a.s, iaitu anak kepada Nabi Ishaq yang merupakan anak Nabi Ibrahim a.s dan Sarah. Etnik Yahudi juga termasuk Yahudi yang tidak berpegang kepada agama Yahudi tetapi beridentiti Yahudi dari segi tradisi.

23. KRISTIAN
Agama Kristian adalah sebuah kepercayaan yang beriman kepada ajaran Jesus Krist atau Isa al-Masih. Agama ini percaya bahwa Jesus Krist adalah anak Tuhan dan al-Masih adalah penyelamat bagi seluruh umat manusia, yang menebus dosa manusia. Mereka beribadah di gereja dan Kitab Suci mereka ialah Bible atau Kitab Taurat.

24. MUSYRIK
Musyrik ialah orang yang menjadikan ALLAH sekutu dalam ketuhanan dan penyembahan. Sebagian besar syirik terjadi dalam masalah penyembahan seperti berdoa kepada ALLAH dan selain-NYA atau melakukan ibadah seperti korban, nazar, ketakutan, pengharapan, dan cinta kepada selain-NYA. Syirik terbahagi kepada dua, pertama akbar, iaitu mengeluarkan pelakunya dari agama dan menyebabkan dia kekal di dalam Neraka jika tidak bertaubat sebelum meninggal dunia. Kedua, asghar, iaitu syirik dalam keinginan dan niat seperti riak dan menunjuk-nunjuk. Contohnya, melakukan ibadah kerana inginkan pujian manusia.

25. TAKSUB MAZHAB
Suatu pemikiran di mana umat Islam diwajibkan berpegang kepada satu mazhab sahaja dan tidak dibenarkan keluar daripada mazhab yang dipegangnya.

26. SUFI
Berasal daripada perkataan Suf bermaksud baju sejuk yang diperbuat daripada kulit biri-biri. Istilah sufi atau tasawuf tidak pernah ada dalam al-Quran, Sunnah dan tidak pernah disebut oleh sahabat, tabiin dan tabi' tabiin. Ia mula muncul pada tahun keenam, ketujuh dan kelapan hijrah. Ia merujuk kepada golongan yang zuhud dengan dunia. Ada kalanya, kezuhudan mereka melampaui batas dan membawa kepada amalan khurafat dan bertentangan dengan Sunnah.

27. FASIQ
Fasiq dari segi bahasa bermaksud maksiat. Dari segi istilah pula, iaitu orang yang selalu melakukan dosa kecil dan juga tidak meninggalkan dosa besar.

28. JIN
Jin berasal daripada perkataan jinni yang bermaksud tertutup, tersembunyi atau yang gelap pekat. Ia juga bermaksud makhluk yang berlawanan dengan insan. Ia dijadikan daripada api dan tidak dapat dilihat oleh pandangan mata manusia. Ia boleh menjelma dalam pelbagai rupa dan bentuk tetapi tidak dapat dilihat dalam bentuk asalnya seperti yang dijadikan oleh ALLAH.

29. IFRIT, SYAITAN & IBLIS
Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah sebahagian daripada golongan jin yang dijadikan daripada api, cuma tugas dan fungsi sahaja yang berbeza. Ifrit termasuk golongan jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Makhluk ini amat sombong dan menderhakai ALLAH. Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan jin yang sangat sombong, pengacau dan musuh utama manusia serta mendapat kutukan ALLAH sehingga ke hari Kiamat. Kerja golongan ini ialah menyesatkan manusia dan mengajak mereka melakukan kejahatan. Akhirnya, menjerumuskan mereka ke Neraka.

30. QARIN
Qarin dari segi bahasa bermaksud teman, sahabat atau pendamping. Di sini, ia merujuk kepada golongan jin yang menemani setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Ia sentiasa mengajak manusia ke arah kejahatan. Ada kalanya ia juga merujuk kepada malaikat yang mengajak manusia melakukan kebaikan.

31. MALAIKAT
Perkataan malaikat merupakan jamak daripada perkataan malak yang bererti kuat dan mampu mengikutnya. Jadi, malaikat ialah kekuatan-kekuatan yang patuh kepada ketentuan dan perintah ALLAH. Malaikat ialah makhluk yang dijadikan oleh ALLAH daripada cahaya. Golongan ini sangat patuh kepada perintah ALLAH dan tidak pernah langsung melakukan maksiat. Malaikat amat berbeza dengan Iblis, syaitan dan jin yang dijadikan daripada api kerana ia dijadikan daripada cahaya. Amat berbeza juga dengan manusia yang dijadikan daripada tanah, tidak mempunyai jantina, tidak bernafsu serta tidak makan dan minum. Malaikat boleh menjelma dalam pelbagai bentuk mengikut kehendak ALLAH. Jumlah sebenar kesemua malaikat tidak terkira banyaknya. Antaranya, Malaikat Jibril, Malaikat Maut, Israfil, Raqib, Atib dan sebagainya.



p/s: Kita dari golongan yg mana??

..aPe² aJeR..

Tempat baru aku kat office nie lebih sejuk dari tempat lama aku.. ikhss.. terkpakser berjaket jerlah jawabnyer.. walau tmpt baru.. keadaan keje masih samer.. cuma sekarang kitorang dah ada filing room sendiri.. so.. tak der ler fail² bersepah² dlm bilik bos.. buat sakit mata memandang jer.. Tempat baru nie.. agak padat dari tmpt lama aku.. but its ok.. Zuriena will always make a way to feel like at home..

Petang nie aku igt nak p majlis pelancaran pasaraya baru di Galaxy Ampang dekat umah mak aku.. Pasaraya UO yg heboh dikecohkan kat radio Era tu.. Bleh jmp Khairil & Kiran yg membuatkan aku tergelak setiap pagi mendengarkan celoteh dorang yg mencuit hati.. Tapi dorang tak pernah laks menang kategori DJ Popular kan.. hmmm... macam Anugerah ABPBH baru nie.. aku dah tau patern masyarakat Malaysia mengundi.. dorang kebanyakkannya akan ikut keputusan yg lepas².. hanya utk mendapat lebih peluang utk menang hadiah pengundi paling tepat.. akhirnya.. keputusan tiada byk perubahan... Aku bukan kemaruk hiburan.. aku bukanlah jenis org yg mengagung²kan artis or selebriti.. sekadar mendengar dan melihat sahaja.. aku tak beli pon paper utk mengundi.... :p

Walaupon aku tak minat.. tapi aku tgk jgk majlis² Anugerah itu dan ini.. just to be update.. yg menjelakkan aku biler tgk artis² yg pakai baju macam tak cukup kain.. dedah sana sini.. kalah Anugerah Bintang Hollywood.. this is Malaywood.. so.. bab berpakaian tu biar lar berpada².. Tak siapa menghalang utk jadik glamor.. tapi biar lar berbatas.. hormatilah agama dan bangsa...

Aku masih dlm pencarian org utk mengasuh puteri kecik aku tu.. aku urut badan mak semalam.. risau aku biler mak asyik mengadu sakit.. mak nampak macam dah ok sikit.. cuma dia masih lenguh² sendi dan urat.. biler dah tua macam² penyakit dtg nak menyinggah.. yg aku geram.. biler ajak ke klinik mak asyik nak mengelak jer.. aku tak paham aper yg mak takutkan sgt... sanggup tahan sakit dari ke klinik.. semalam aku pujuk lagi.. tapi tak jalan....

Anak aku sekarang dah pandai pamerkan emosi dia.. dia dah pandai bagi kiss on my cheek.. dia dah pandai marah & nangis biler tgk kami.. aku & ady bergurau kasar.. yg disangkanya bergaduh.. huhhh.. susah lar nak gurau² kasar dah skrg nie.. dah ada mak guard dok perati tingkahlaku kitorang... :D.. tak tau ler macam mana gayanyer nanti biler si kecik tu dah pandai bercakap... ntah apa² lah yg dibebelnya nanti.. macam si Nurul Dompot..

Alar teringinnyer aku nak makan Mc'D arinie.. aku malas nak lunch kat bawah lar.. aku igt nak call McDelivery.. spt biasa Double Cheese Burger for me..

Yeahhh.. aku dah berjaya buat order.. delivery charge RM3.00.... tak sabar nak makan Mc'D niehhh!! :D Nyummm...nyummm...

Thursday, February 8, 2007

.:JaNJi iTu PaSti TiBa:.

Aku tak sempat nak tulis aper semalam.. agak sibuk berpindah to the new workstation.. we have been relocated to the other wing at the HUC Dept. area... letih siott asyik berpindah-randah nie.. macam org badwi jer raser... masuk yg nie dah 6 kali aku berpindah randah kat co. yg telah masuk 4 thn lebih aku keje.. byk kenangan aku di sini.. from one dept. to another... begitu juga boss yg asyik bertukar ganti... tapi bukan itu yg aku nak highlighkan utk entry kali nie..

Setelah selesai semua tugas pindah memindah dan angkut mengangkut... setelah tempat aku kemas exterior & interior.. :D aku pon duduk dgn santainya dpn pc untuk melayari internet yg telah tergendala aktivitinya dari pagi tadi.. well.. spt biasa.. aku akan check email & pegi mana² website wajib aku lawati setiap hari... kebetulan aku terasa nak check pnc msg kat VF ttg apa² berkaitan VF Dinner Gath 03/03 nie...

Tanpa disangka² aku dikejutkan dgn berita yg agak menggemparkan dari pnc yg aku terima dari SharKMa yg memberitahu one of our well known VF member has pass away at 3.00 a.m. yesterday... Serangan jantung mengejut asbab kematiannya.. Perkara begini tidak boleh dibawa bergurau.. hidup & mati bukan mainan.. maka utk mengesahkan berita yg diterima.. aku buka announcement di VF.. ya.. mmg sah dia telah pergi buat selamanya.. Aril a.k.a. Razorshark.. antara rakan VF yg aku senangi.. orgnya peramah dan tak lokek dgn senyuman juga gurauan.. suka menyakat dan buat lawak... happy go lucky dan selalu menceriakan suasana... pemergiannya agak terasa... dia seorang ahli VF yg aktif.. masih muda 25 thn dan masih belum berkahwin..

Perginya secara tiba² tanpa disangka.. sesungguhnya Malaikat Maut itu menjalankan tugasnya dgn cepat dan senyap.. tiada siapa yg dpt menahan.. tiada siapa yg dpt menghalang bila tibanya saat itu.. siapa tahu dihitung².. berapa lama lagilah sisa usia kita yg tinggal.. 5 thn?? 10 tahun?? 30 thn? Atau beberapa saat lagi??? ... sesungguhnya MATI itu sesuatu yg pasti... yg nyata rakan kami Aril telah berada di alam yg lain... bayangkan jika kita yg mati tika ini... apa bekalan kita... ohhhh.. aku sungguh takot... pahalaku tidak seberapa.. dosaku berkoyan²... sesungguhnya aku amat takut utk berdepan dgn kenyataan bila ajalku ini tiba.. tiada amaran tiada ingatan.. kita akan terus dibawa pergi bila tibanya saat yg telah dijanjikan.. aku takut bekalanku utk ke sana.. tmpt yg pasti itu.. blm cukup..... Ya Allah... lindungi dan peliharalah hambamu yg kerdil ini selalu dari melakukan kejahatan dan perkara² yg dimurkai olehMu... aku insan yg lemah.. terkadang khilaf dan alpa dgn diri sendiri....

Masih teringat kali terakhir bertemu dgn arwah semasa Gath berbuka Puasa di Nasi Kandar Pelita sebelah KLCC.. dia spt biasa masih ceria spt selalu.. dgn ramah bertegur sapa.. Tiada yg aneh dan ganjil.. senyuman sentiasa terukir di bibir.. Kami suami isteri pernah ke rumahnya 2 kali seingat aku sempena perjumpaan Hari Raya VF.. makan kerang bakar.. masa tu aku ngan Ady blm kawen lagi.. kitorang n geng² VF yg rapat yg lain lepak sampai malam.. bersembang.. karaoke.. tolong family dia mengemas... igt lagi maser tu Ady tolong cuci² periuk dkt dpn rumah.. :D... happy sgt maser tu.. Aril mmg terkenal dgn sifat suka menyakat org... Kami suami isteri juga pernah tumpang keta Aril balik dari kenduri Trowa & Lynn.. Selama aku mengenalinya.. blm pernah terdengar cerita dia memburukkan org lain... dan tidak lokek menghulurkan pertolongan bila kita perlukan... he's a good guy.. Moga Allah mengasihaninya dan ditempatkan rohnya di kalangan hamba-hambaNya yg soleh dan beriman........ Amin...



~Al-Fatihah~

Tuesday, February 6, 2007

..MaCaM² CeRiTa..

Arinie aku baru boleh masuk opis.. actually semalam mmg aku nak dtg keje.. tapi terpakser amik cuti coz mak aku tak sihat.. sengal² & sakit tulang belakang since balik dari Mekah.. so.. I have to take care of Alyaa myself.. maser Alyaa kecik & tak banyak ragam cam dulu ok lagi lar kalau mak nak tgk²kan.. sekarang.. pantang lepa..segala ceruk sudut nak diterokai.. mata mmg kena perhatikan dia selalu.. nak tanak terpakser lar aku Emergency Leave.. arinie laki aku laks yg rotate amik cuti jaga tuan puteri.. camnie ler keadaan biler dah ada anak.. byk perkara² tak terjangka perlu diambil kira.. Aku paham mak aku letih.. bukan niat aku nak bebankan mak.. dulu pon maser aku nak antar Alyaa kat org.. mak aku yg tak kasik coz katanya baby aku kecik sgt nak antar kat org.. skrg biler Alyaa dah lasak.. pon masalah jugak.. aku senantiasa risaukan anak dare aku nieh... kalau ler financial ok.. dah lamer aku benti keje.. jaga anak aku sendiri.. tak perlu susahkan org... tak yah pepening kepaler pk maner nak letak Alyaa while we're the parents working... Tapi apa boleh buat.. keadaan masih belum mengizinkan.. hidup di KL nie segala²nya duit.. no money no life.. We're looking forward to a new place for our darling princess (in other word a new babysitter) that we can rely on to take a good care of our precious lil one...

Badan mak kurus & penuh dgn parut² kesan garuan.. mak kata air kat sana tak brp bersih... cuaca panas sejuk buat kulit mak kering... berat mak mmg terkesan turunnya mendadak.. kesian aku tgk badan lesu mak... Berjihad ke jalan Allah sentiasa teruji... Alhamdulillah mak pulang dgn selamat dan berjaya jua tunaikan hajatnya sebagai tetamu Allah buat kedua kalinya.. pertama dulu buat Umrah jer.. Ada lar serba sedikit buah tangan mak bawak balik..tapi tak ler byk.. coz mak pegi sorang.. apa lar kudrat seorang perempuan nak mengangkut barang² yg banyak seorang diri.. Ramai org ziarah mak dari pagi ke malam.. semalam baru mak bukak pintu setelah tiga hari berehat.. faham keadaan mak yg sememangnya letih sepulang menunaikan Haji.. waktu tido pon kena adjust balik dgn waktu di sini..

Ahad - Sampai jugak kitorang ke umah Zura setelah sekian lama dirancang.. tak susah cari rumah dia.. sebab tak biasa ngan jalan tu.. it took us some time.. setibanya tempat dituju kitorang disambut si Zura yg sibuk menyudahkan menu hidangan makan malam yg terakhir.. Zura hidangkan kitorang dgn keropok & tembikai sementara tunggu the main course.. :D Zura masak Tomyam, Brokoli goreng, Lala goreng & Kerabu kacang panjang.. sudah makan dihidang pencuci mulut plaks.. koktail appricot & longan + starfruit... Thanks Zura for the dinner.. next time aku jamu ko makan plaks... tak sedap kalu jgn komplen aaaa.. :p

Sabtu - Kemas umah then pegi umah father in law.. antar oleh² from Mekah dari Mak..

Jumaat - Aku cuti juga arinie.. coz menyambut mak aku kat KLIA about kul 12.30 pg - ler 3.30 pg baru kitorang sampai balik ker rumah.. mmg aku kena cuti pon.. jaga Alyaa.. kontrak sebulan ngan Cik Ton dah abis since mak pon dah selamat kembali ke sini.. so.. for the time being aku cuti utk bagi mak aku masa rehat setelah sebulan berjihad...

Misha Omar - Seharian aku lepak umah mak.. tolong kemas apa yg patut.. masak & borak² kisah mak di sana & kisah kami di sini... malamnya Ady amik aku umah mak lepas dia balik dari opis... kitorang singgah Tesco Ampang jap... masa kat Tesco.. laki aku sorong Alyaa dlm shopping trolly tu.. aku perasan ader sorang pompuan kat belakang laki aku sibuk main² mata ngan baby aku.. aku dok pandang Si Alyaa yg sibuk hisap besi troli.. laki aku bentikan troli utk tarik mulut anak dare kitorang dari terus menjilat besi troli yg baginyer mungkin satu perisa baru.. hehe... maser tulah pompuan tadi tu potong ke depan kitorang ngan kawan dia... dan dgn slambernyer dtg dkt kitorang sambil jari cuit bawah dagu Alyaa.. Katanya "comelnyer baby".. kitorang laki bini pandang jer lagak spontan pompuan tu sambil tersenyum.. biler dia dah ke depan.. laki aku tanyer aku.. "Ayg kenal saper tu".. dgn blurnyer aku menjawab sambil otak menerawang berpk.. "ntah.." kat mana aku pernah tgk pompuan nie.. muka dia familiar sgt.. pelanduk 2 seruper kots.. sekali laki aku cakap.. "ayg nie.. tu Misha Omar larrr.." "Ehh.. yer ker.." jawab aku terlongo.. "patut lar macam pernah tgk.. tu lar ayg dah agak tadi.." Hehe.. (ayat cover terkejut..).. kitorang dgr staff² Tesco berborak sesamer sendiri.. "apa lagi.. p lar mintak autograf.." Hahaaa... Waa.. mmg sah lar dia Misya.. hehehhh.. dasat.. dasat Alyaa.. org sibuk kejar artis.. artis sibuk kejar dia.. Kehkehhh... Anyway Misya is good.. peramah & tak sombong... ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails