.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, April 6, 2006

PeNyESaLaN..

Sampai teresak² aku bacer kisah nie.. yg aku dpt dari wanita2u.com

“Aduh…sakitnyer…isk…aduuh…Bang sakit nye tak tahan saya” keluh Nisa pada suaminya Zakri.

“Apelah awak nie….lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah, tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat, itulah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu” rungut Zakri pada Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 ? jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan yang dilemparkan oleh Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran. ”Come on Nisa, you can do it…one more….” Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar.


“Good mummy” kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya.

“Nisa you got twin, boy and girl, putih comel macam mummy dia” kata Doktor Johari memuji Nisa.

“Tahniah Zakri, it’s a twin” Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega… tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang bisa membuat Nisa berkecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.

Nisa termenung dan otak fikirannya menerbangkan kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung…Nisa dah 2 bulan…Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tidak tahu bagaimana hendak menerangkan . Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pulak terjadi. Perasaan hati Nisa bangga kerana dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.

“Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?” soal Nisa pada Zakri

“Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pulak” Zakri menempelak Nisa.
“Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu” sergah Zakri lagi.

“Abang syak Nisa ngan lelaki lain? Kenapa Abang syak yang bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat dengan orang lain pulak Bang?” terang Nisa pada Zakri.

“ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap macam itu. Itu semua kehendak ALLAH” Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih.

Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

“Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu” marah Zakri.

“Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh….heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni” kutuk Zakri lagi pada Nisa.

“Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni, saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil, macam darah daging saya sendiri” kata Nisa memandang tepat pada muka Zakri.

“Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak penah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia” ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 – 11.30 malam sehingga habis waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa membuat kerja lebih masa di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput, macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, mengadu pada emak takut dimarahi pula. Bila Nisa balik ke rumah kami berdua akan berlakun yang kami tidak bergaduh. Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinan kami. Kasihan Nisa, dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan dan kuat lagi emosinya.

Suatu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan sekuatnya kepala Nisa ke dinding. Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Ucu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa sudah seminggu pergi kesana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya, “Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit, bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan” kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. “Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap, takut pulak hujan nanti” desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dengan mukanya bengis memandang Nisa.

“Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker, suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi lansung ker” marah Zakri sambil terbeliak memandang Nisa.
“Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja” Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan dihantukkannya kepala Nisa kedinding dengan sekuatnya. Nisa tidak dapat berbuat apa. YA ALLAH, sanggup Zakri berbuat demikian. Terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya.

“YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH” doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak. Berdenyut-denyut.


“Bang, Nisa minta maaf jika Nisa buat Abang marah” Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet, Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri.
“Sapa plak nie, sebok je” rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. “Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie?” sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. “Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha” gelak Zakri. Azlan cuma berdiam diri. “Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia” cetus hati Azlan.

“Akulah, kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau, mereka perlukan kita masa tu, nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging kita sendiri, cuba fikir sikit” Azlan mengingatkan Zakri.

“Iyelah, Pak Lan. Lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi” jawab Zakri selamba.


“Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti, merana kau” kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri.
“Hello Zakri speaking” jawab Zakri. ”Hello Zakri, Doktor Johari sini, we got a problem Zakri, about Nisa, datang segera ke hospital Zakri as soon as you can, Nisa tidak sedarkan diri” panggilan kecemasan dari Doktor Johari “What, teruk ke dia Johari, okay I datang, tuttttttt” Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

“Lan, kau ikut aku, Nisa tak sedar diri” kata Zakri pada Azlan.
“Hah, tadi kau kata bini kau sihat, ni apahal pulak gelabah semacam je?” tanya Azlan pada Zakri.
“YA ALLAH jom ler cepat” Zakri meninggikan suaranya.

“Zakri, kami tiak dapat menyelamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Nisa jatuh atau terhantuk kuat cause sebelah kanan otaknya bengkak dan mengalami pendarahan dan juga tanda lebam di kepalanya. Maybe dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri merakam kembali peristiwa menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit mengadu sakit kepala yang teruk. Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa, baginya Nisa mengada-ngada saja buat-buat sakit untuk minta simpati, tetapi sebaliknya Zakri hanya diam.” YA ALLAH apa aku dah buat” rasa bersalah membuat dirinya terasa menggigil dan kelu seribu bahasa.

“Doktor Zainal yang merawat Nisa, cause Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat membuatkan Nisa tidak boleh control dan jatuh, so Doktor Zainal bawa Nisa ke Lab untuk scanning kepala dan confirm otaknya ada darah beku tapi ia sudah tahap kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa pergi dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, dia minta kau membaca diarinya. I’m really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya” kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan & segala luahan rasa isi hati Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa”
“YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini” terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering…membuat Zakri tertarik untuk membacanya…

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang…
“SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA”
Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang…Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan… Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin…Abang panggil Nisa AYANG…terasa diri dimanja dan disayangi bila Abang panggil Nisa cam tu…walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Benci kah Abang pada Nisa? Apa salah Nisa Bang?.

Abang…mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang…….Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang beri kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan, kedamaian dan membawa diri Nisa kerana Nisa tahu tiada siapa yang suka akan Nisa. Abang pun semakin dingin terhadap Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Kasihanilah mereka Bang. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka, terus terang Nisa mengatakan Nisa tidak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Percayalah Bang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa ini cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Juga terima kasih Nisa kerana Nisa dapat juga mengecapi kebahagian yang sepertimana Nisa harap walaupun hanya sementara. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa…tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang…Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang…Dania mengikut raut muka Abang…sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa…Ibunya…sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam. Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa.


Ikhlas dari
Nur Nisa

“Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania” pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu.

YA ALLAH, Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis “HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya…setiap perbuatannya…seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya…kejamnya aku…Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir …seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. “Nisa Abang minta ampun dan maaf” bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-minpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya…meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan …YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa….ampunkan aku YA ALLAH….akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa

Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. “YA ALLAH , Zakri, Zakri bangun Zakri…dan hampir senja ni, mari kita balik . kenapa kau tidur kat sini Zakri?”tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. “Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak…kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah… emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa…

Wednesday, April 5, 2006

Letih..LeTiH.. LETIH...

Aduhhh... tak larat betul aku sekarang nie.. serba-serbi yg aku nak buat sumernyer kena buat ngan slow.. mmg teraser sgt beratnya perut aku sekarang nie.. tapi takper.. demi Alyaa mama korbankan~ nak jalan jauh² mmg boleh naik semput.. apatah lagi kalau kena naik bukit.. cam jln dari LRT nak ker opis aku nieh.. Kaki cramp lagi maser tido semalam.. aku dah lali ngan keadaan nie.. in fact org kata.. enjoy every moment of your pregnancy period while u can.. coz u'll surely missed it one day!

Lately tido aku susah tul nak nyenyak.. resah gelisah sepanjang malam.. kejap² terjaga.. rimas.. mimpi pon yg bukan² jer.. tu yg asyik bangun lewat tuh..! Kat opis ngantuks jer...

Baru jer tadi aku borak ngan Syura.. classmate aku yg baru jer deliver her baby Thursday last week.. dia call aku bagitau yg Hawa.. one of our classmate pon baru jer deliver yesterday.. and a day b4 Syura banak.. Putri classmate kitorang pon baru banak 2nd baby dia.. Speed laks inform aku yg coursemate kitorang maser kat UiTM dulu pon baru jer deliver 1st baby dia... wahhh.... ramai sungguh yg banak thn nie.. berangkai².. ngerinya lah biler dgr pengalaman dorang masing².. but everybody have their own story kan.. semuanya ikut nasib.. aku ngan roomate cum classmate aku pon akan deliver our baby by end of this May.. dia ujung May.. aku mungkin awal Jun.. Hmm.. Jiran sebelah cubicle aku kat opis nie pon saing² ngan aku jgk bakal deliver 4th baby dia.. tak tau lar antara kami saper yg masuk labor room dulu... huhhhh... kalau aku naik LRT tu.. mesti nampak pregnant lady... ada sekali tu aku diapit 2 org pregnant lady.. wahh.. tapi maser tu perut aku kecik lagi.. so org tak pasan yg aku pon pregnant jgk.. :D.. Begitu kehidupan.. setiap hari ada saja yg lahir.. dan ada sajer yg mati.... org lama menyahut panggilan.. jiwa baru mengisi kehidupan... Tapi tak tentu jgk.. kematian tak mengenal usia.. tak semestinya kita muda lambat lagi kita nak mati... Baby yg baru lahir pon boleh mati kalau sudah itu ketentuan Illahi...

Aku sebenarnya not in mood today.. bosan jer.. makan tadi pon tadak selera.. letih semacam.. ngantuks giller..


Hmmm... aku baru settle borang application UiTM aku.. :D dlm tempoh 3 bln lagi dpt jawapan.. ady gi interview tmpt lain laks tadi.. tak tau dia bagi excuse aper ngan boss dia.. to search for a better brighter future.. kita kena lar usaha.. maner tau ader rezeki baby kan... hmm.. nothing more to jot.. aku nak balik nie.. dah 6.40ptg..

Chau Chinnnn Chauuuuuuuu..........

Tuesday, April 4, 2006

MaMa Penguin Pic!! Huhuuu...


Huhhh... bangun lewat arinie.. spt sblmnyer.. my hubby lah penyelamat of the day.. kehkehkeh... kelam kabut dia sterikakan baju aku.. apalarrr aku nie.. laki aku laks yg uruskan aku.. patutnyer aku yg uruskan dia.. ikhsss..ikhss..ikhsss... Thanx abg.. I really appreciate it a lots!

Sampai opis lam kul 8.50pg.. lewat ooo.. patutnya aku masuk kul 8.30pg.. :D.. Sib baik bos aku tak masuk lagi.. legaaa...~!



Hmmm.. not much to story pepagi nie.. just nak add my penguin (Si Kroll yg bagi aku nama tu.. dia kata aku jalan dah macam penguin.. tembam.. tapi comel... kakakakakk) pic for all of my dear friends to view.. maklum ler bukan senang nak tgk mak buyong berposing.. peluang jrg dtg.. 2 bulan lagi dah tak buyong dah... here it is...


Nie gambar kat bilik tido aku.. pagi tadi maser bersiap nak pegi keje.. Lambat² pon.. sempat lagik bergambar tuh! Wakakakah!!!

Nie gambar kat ruang tamu umah aku... :D


Giller posing tul aku nieh.. Kakakah!! Jangan tak tau... :p Nie gambar kat ruang makan umah aku...

Monday, April 3, 2006

2 MuCh 2 StoRy..

Well.. my hubby sent me to office today.. naik moto jer.. :D walaupon perut dah boyot.. tapi aku prefer laki aku antar aku ke office rather than taking the LRT.. I like being close to him.. walaupon situasi aku nie agak bahaya.. but I didn't mind.. naik kenderaan awam nie.. tak ramai yg ambil berat pasal kita.. jauh beza biler kita bersama hubby sendiri.. doa tak pernah lepas di bibir tetiap kali naik kenderaan.. laki aku pon bawak slow jer.. I know I can rely on him..

Jalan sesak tu tak payah ckp lar.. kitorang ekot jln Tun Razak to KL.. kenderaan bersimpang siur.. masing² kitorang pakai key kat idung.. sesak beb.. tak tahan bau asap.. macam penyamun tarbus pulak rasernyer... tapi lega lar.. udara yg masuk ke rongga idung tu tertapis lar sket.. hmm.. tapi yg tak bestnyer.. cara pemanduan pengguna² jalan raya di Kuala Lumpur nieh.. masih boleh dikategorikan pemanduan yg kurang berhemah.. mencilok² kiri kanan tanpa pedulikan keselamatan pengguna lain.. lampu isyarat tak bagi.. main suka² tok nenek dia jer nak masuk jalan.. sambil memandu tu bleh plaks dgn khusyuknyer ber-sms.. yg memotong kita utk masuk ke simpang sebelah kanan pon satu hal.. giller agaknya.. nak bunuh org.. bengang tul... pengguna yg paling berisiko saper lagi kalau bukan penunggang motosikal.. jarang ada pemandu yg prihatin dgn keadaan pemandu moto.. hanya pemandu kereta yg pernah menunggang moto yg tau macammana perasaan penunggang moto.. kami nie selalu dianaktirikan di atas jalan.. ibarat timun dengan durian.. menggolek terluka.. digolek pon terluka juga..! Aku tak paham ke mana hilangnya budi bahasa dan kesusilaan masyarakat kita.. biler berada atas jalan raya.. semuanya seolah² terbang melayang... Apa yg dikejarkan sgt.. setakat cepat 2..3min kita sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri dan org lain.. apa.. hilang nyawa ada galang gantinya kerrr?? Kaki tangan cacat.. ada sparepartnyer?? Jangan sebab ketidaksabaran kita nak cepat 2.. 3min.. kita menyesal seumur hidup!!

Baru jer tadi aku call co. perodua yg mula² aku tempah keta dulu.. hampeh.. cakap berbelit.. ding dong sana. ding dong sini.. duit refund aku tak dpt² jgk.. dah nak 2 bln.. ikutnyer dia kata 2 minggu jer dpt duit balik.. cam taik kucing.. aku nasihatkan larr pada sesaper yg nak beli keta.. next time.. go to direct distributor.. means pengedar terus daripada pegi ker co. dealer keta yg kononnyer dekat ngan umah kita.. dorang nie ckp tak seruper bikin.. pulaks tu ada masalah kewangan tapi masih berani terima tempahan.. pastu nak suh kita tunggu bertahun nak dpt keta kita.. tanam tebu di tepi bibir.. maser kita blm booking punyer ler baiknyer bahasa.. biler kita dah cancel.. coz lembab sgt buat keje.. bahasa pon dah makin kasar.. geram tul aku.. ikutkan hati nak jer aku
#@$%^&x... budus!! Selalu buat client camnie.. patut ler co. tak maju.. nampak gaya cam nak bankrupt.. hiiiiii............ gerammmmnyerrr hakuuuuuuuuu!!!

Jumaat aritu.. balik singgah umah K. Ida client laki aku.. antar komputer dia yg dah siap service.. dia kasik aku 4 bungkus kopok sbg bekalan bawak balik coz tgk aku suka sgt makan kopoks kot.. haha!! Buat malu jerlah aku nie.. tapi org dah bagi.. kecil tapak tangan stadium Bukit Jalil sayer tadahkan.. thanks once again K. Ida.. ur so nice.. balik umah dah keletihan bangat! Sib baik lar esoknya cuti.. malam tu laki aku masakkan maggi tomyam.. buat alas perut.. pastu tido.. coz esok kitorang ada big planning.. p berkelah.. maklum ler nak breakawayyyy.. :))


Esoknya.. bangun lam kul 8 lebih.. tak bleh lelawat.. coz macam² nak buat.. aku siapkan sandwich sardin & telur.. and goreng cekodok pisang sebagai bekalan.. settle sumer.. bakul susu baby kitorang rasmikan tuk bawak bekalan aritu.. waduhh cian baby.. lum kuar mama papa dah rasmi barang baby.. :D Dlm kul 11.30pg.. kitorang bertolak.. jalan jammed lah plaks.. sampai umah mak lam kul 12.15.. dah mak suh tunggu Zohor.. so.. nak tanak.. kitorang masuk ler dulu.. bedal nasik lemak sorang sepinggan yg pd mulanya mak masak igt nak bawak tuk picnic tu.. tapi memandangkan masing² dah kenyang.. kitorang tinggalkan jer kat umah.. Si Nurul Dompot tadak.. mama dia bawak p Sunway Lagoon.. waaa.. dia pon picnic ghak.. Lilis laks tanak ekot.. tadak sapa dah kat umah.. kitorang angkut mak sorang jer.. takut ghak sandwich aku yg banyak tu tak terabih.. so.. kitorang singgah umah makcik Ady.. angkut Farah & Dayat.. Zooommm...~! We go to Jeram kat Kemensah.. far from our expectation.. air sungai kat situ dah jauh beza dari dulu.. cetek... takat betis sajer.. aku dah naik bengang lar jgk.. dtg jauh² setakat nak mandi air takat betis.. baik berkelah kat umah jer.. buang duit minyak jer.. tapi aku nak picnic jgk aritu.. kitorang redah jer ker Gombak Batu 12.. tmpt yg selalu family aku pegi biler nak mandi sungai.. air dia pon best.. besih.. laju.. walaupon laki aku tak familiar tmpt tu... walaupon ujan renyai² kitorang teruskan jgk hajat.. sib baik jmp Enie.. dia duk kat Batu 6 Gombak.. dia lar yg guide jalan.. rupernyer dah dkt.. harapkan abg aku guide.. hmm dimarahnyer aku balik.. boyot² nak p picnic.. bahaya dia kata.. aku tau bahaya.. batu licin².. tapi nak wat camner.. aku mmg degil.. ntah teringin sgt nak pegi... memula lajak jugak lah keta.. tapi sib baik aku cepat perasan.. kalau tidak tatau lar sampai maner laki aku nak bawak kitorang.. :))

Akhirnya.. tiba tmpt dituju.. maser melangkah ker port biasa kitorang lepak.. Ady tak abis² perati langkah aku.. yerlah.. aku di bawah tanggungjawab dia jugak.. mak pon tak lepas pandang cam Ady jgk.. aku tak lupa diri.. ttp hati².. yelah.. kalau apa² jadik kat aku for sure Ady ngan Mak jadik sasaran.. sian ler dorang.. coz aku yg degil.. tak kan dorang laks kena tanggung.. so.. aku jaga diri aku sendiri.. maser letak beg ngan bakul bekalan.. kitorang bau semacam.. larr.. rupernyer ada org berak kat situ.. chehhh.. spoil my feel jer.. pulak tu.. taik dia lekat kat beg sandang aku.. eiiii... aperlarrr.. nak melepas pon kat situ.. terus aku jerit panggil laki aku.. mintak tolong cucikan.. abis ler org kat bawah tu.. mandi air taik.. sbb tu ler aku tak prefer mandi kat bawah² nie.. saper ler yg melepas kat situ.. tak der ker tmpt lain yg lebih appropriate.. ubah tmpt.. kitorang naik atas sket.. puas ler berendam kat air tu.. tup² tgh baru nak syok mandi.. ujan lebat turun.. ahhh.. ujan.. ujan lah.. alang² basah jgk.. kitorang mandi jgk.. Ady pon nampaknyer sonok jer layan berendam.. ini kali pertama dia sampai sini.. siap ngan akrobatik dia lagi.. atas pada sungai tu.. ada Sungai Pisang.. kat atas sana lagi cantik.. tapi aku tak larat ler nak bawak perut.. cukup² ler lepas niat dkt sini jer..

Ujan benti kitorang tangkap gambar kenang²an.. dah puas mandi.. berkemas dan balik.. singgah umah makcik Ady.. antar anak² dia.. n tumpang semayang sekali.. pas maghrib.. antar mak balik.. lepak borak² ngan ipar aku.. main² ngan anak abg aku Yasmin yg comel.. semayang Isyak.. lam kul 10.30mlm.. kitorang balik.. huhhh.. hari yg sungguh meletehkan betul.. ! Macam nak pengsan rasernyer.. esoknyer.. igt nak rest puas²..

Pagi Ahad.. bangun.. cuci baju.. kemas barang² picnic semalam.. tup² Sofia kawan ady from his ex-boss office.. kata nak dtg umah.. aduhh.. ikut hati mmg ler tak larat.. tapi dah tetamu nak dtg.. tak baik kalau tak layan.. tetamu bawa rezeki org kata.. Sofia.. sekali pandang mmg saling tak tumpah cam member VF kitorang.. si Khaiza.. :D.. She's a nice girl.. ramah.. dan tak lokek senyum.. lamer jgk ler kitorang borak² sambil bertukar² fikiran pasal bisnes masing² dia ajak kitorang join Amway.. hmmm... mmg aku nak beli set bersalin dari Amway.. tgk ler nanti aku pertimbangkan.. Aku takut kalau terlalu banyak yg aku join.. satu aper pon tak jalan.. coz tadak focus... malam tu ady masak sambal daging.. aku masak sup sayur.. kitorang makan sama sblm Sofia balik...

This is life.. macam² org lagi bakal kita temui.. selagi nyawa dikandung badan.. lain ler kalau kita tinggal kat utan.. jmp binatang jerler agaknyer.. ckp pasal jmp binatang.. tatau lar.. dah planning ngan Pda.. nak p zoo ramai² ujung minggu nie.. dia kata leh try dptkan tiket free.. coz ada member dia keje sana.. hopefully jadik larr... coz aku nak jalan pepuas.. sblm bersalin nieh.. nanti biler dlm pantang.. terperuk jerler kat umah :(..

Dah pukul 5.30ptg nie.. ikutkan aku dah lamer balik.. naik LRT.. tapi aku malas nak tunggu bas kat sana.. so.. aku tunggu jer laki aku amik aku after his off hour 6.30ptg nanti.. citer dah abis.. aku nak p semayang Asar.............

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails