.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, September 4, 2012

8th GiveAway (GA) UMIYUMI

Dah lama sangat sangat sangat kan tak join giveaway... entah mimpikan aper.. arinie teringan tangan nak menyertakan diri.. ehehehe... sebabnyer.. peralatan dapur adalah satu daripada aku punya obsession... hadiah dia memukau mindaku.... nindia....
 

 
Nie pulak syarat² dia.. tak lar rumit sangat kan... so jom reramai kita tambahkan koleksi periuk kita... kalau bertuah lar kan...
 
1) Penyertaaan dibuka kepada semua pembaca.
2) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Bagi pembaca yang tidak mempunyai blog anda masih perlu meninggalkan email address di ruangan komen.
 
3) Bagi pembaca yang ada blog, sila buat post/entry di blog anda tentang GA ini dan sertakan link ke Give Away ini.Link ke GA ini adalah : http://umiyumi2.blogspot.com.au/2012/09/8th-giveaway-ga.html
 
4) Untuk memberi peluang sebaik2nya kepada pembaca yang mempunyai blog dan yang tidak mempunyai blog, pembaca dengan blog dan yang membuat post & link akan mendapat 2 entries utk undian. Pembaca tanpa blog akan mendapat 1 entry.
 
5) Tarikh tamat GA ialah : tepat jam 12 tgh malam pada *25 September 2012. Pemenang akan diumumkan pada *26 September 2012.
 
6) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.
 

Monday, September 3, 2012

SeLiSiH TePi JaLaN Tak KeNaL!! SeDaRa RuPaNya..

Sakit kepala!!  Berat sangat nak bangun pagi tadi.. badan letih.. tapi tak lena tido... hilang satu kenikmatan dalam hidup.. cuba lelapkan mata dari 2.30 pg tadi... sampai ke Subuh tido² ayam.. agaknyer ayam musti selalu stress kan.. tak cukup tido sokmo... ehehehe... arinie bos ada kat opis.. nak sakit kepaler lama² pon tak bleh.. pagi² dah macam² amanat dia bagi.. uhuhuhuuuuu... baru ingat nak layan tido kan... so.. sambil menunggu HRMIS yg apsal lar super lembab nak mampos arinie.. tak complete² GL bos aku suh buat dari pagi tadi.. bukan salah aku... and just now I've give up.. dan call officer HRMIS.. rupa²nya mmg tak bleh buat GL thru HRMIS sekarang nie.. sebab maklumat gaji belum update since kenaikan aritue... huhuhu.. sib baik call kan... so officer buatkan... kalau tak tanya.. berjanggut sampai balik pon tak siap ler GL tue.. ehehehe
 
So.. ammacam long weekend?  Kami?  Memenuhi jemputan rumah terbuka dan walimatul urus.. makan.. makan.. makan... air manis sana.. air manis sini.. air manis kat umah juga melayan tetamu yang bertandang.. woohaa..  perut yg kempis bulan posa aritue terpaksa buat OT sekarang nie.. kerja keras lepas cuti panjang.. ahahaha.. so nak bagi dia rileks balik.. moh kita posa enam... takut woo badan naik.. aku nie spesis cepat naik tapi payah nak turun... tue yg nyampah tue.. kan bagus boleh makan apa saja tapi badan menten jer.. haiiii.. indahnya impian... tapi hakikatnya... hmmmpppphhh.. membuatkan org yg suka makan putus selera... nak kurus cepat.. senang jer sebenarnya.. kuat tak kuat jerlar melawan nafsu kan.. sila lar kurangkan minum manis dan makan yg manis².. kurangkan carbo juga.. nasi ler tue.. lauk dan sayur lebih tak per.. buat seminggu... cer timbang tak cayer..
 
Raya.. bulan ziarah... bulan jejak kasih.. bulan maaf memaafkan... bulan kuar duit dan pening paler jadik akauntan duit raya anak².. sib baik baru 4.. bayangkan orangnya yg beranak 8.. 12... wahhhh... pening... macam aku adik beradik dulu lar.. kitorang kumpul sendiri duit raya kitorang... hmmmph... aper eak kitowang buat duit raya tue... pelik... aku tak ingat langsung!
 
Yang tua makin kurang... yg muda makin tua.. yg kecik makin besar.. yg kenit makin ramai.. hehehe... jadi kini masanya kita menghubungkan silaturahim...perkara yg sangat dititikberatkan dalam Islam... seperti yg diterangkan ruangan Persoalan Agama BH macam kat bawah nie:
 
Dalam hadis diriwayatkan Imam al-Bukhari dan Muslim bermaksud: “Daripada Anas Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang suka (dan ingin) dimurahkan rezeki serta dilewatkan ajalnya, hendaklah dia menghubungkan silaturahimnya.”
Maksud silaturahim ialah berbuat baik kepada kaum kerabat. Disebabkan inilah perkataan silaturahim (menghubungkan ikatan kekeluargaan) diguna dengan maksud berbuat baik kepada sanak saudara.

Hubungan kekeluargaan dapat dijalin melalui harta, khidmat atau sebagainya yang menjadi sebab diberi taufik melaksanakan ketaatan dan dipelihara daripada melakukan maksiat dalam hidup. Justeru, lahir pujian selepas seseorang meninggal dunia. Pujian itu bagaikan umur kedua untuknya.

Bagaimanapun, jelas ajal tidak ditangguh kerana Allah SWT berfirman dalam surah al-A’raf ayat 34 bermaksud: “Maka apabila ajal sudah datang, mereka tidak dapat menangguhnya (walaupun) satu detik dan tidak juga dapat mendahulukannya.”

Firman-Nya lagi dalam surah al-Munafiqun ayat 11 (bermaksud): “Allah tidak akan menangguh kematian sesuatu yang bernyawa (sama ada manusia atau lainnya) apabila ajalnya sampai.”

Oleh itu, maksud ajal dilewatkan dalam hadis berkenaan adalah pujian kepada orang yang menghubungkan silaturahim berkekalan selepas kematiannya. Seolah-olah dia belum mati.

Namun, ada ulama yang menghukum pandangan ini lemah. Antaranya ialah Imam an-Nawawi rhm dalam kitabnya Syarhu Muslim ketika menghuraikan hadis itu. Menurut beliau, ulama mengutarakan beberapa jawapan dan huraian kepada persoalan dilewatkan ajal bagi sesiapa yang menghubung silaturahim.

Pertama, jawapan yang benar ialah tambahan ajal adalah dengan keberkatan umurnya, diberi hidayah untuk taat, dipenuhkan masa hidupnya dengan perkara berguna kepadanya di akhirat, dipelihara waktunya daripada sia-sia dan seumpamanya.

Kedua, tambahan ajal itu berdasarkan apa yang zahir kepada malaikat seperti tertulis di Luh Mahfuz dan seumpamanya. Sebagai contoh, malaikat mendapati di Luh Mahfuz umur seseorang ialah 60 tahun, tetapi jika dia menyambung silaturahim, umurnya ditambah 40 tahun lagi. Padahal Allah SWT mengetahui apa yang terjadi. Berdasarkan ilmu dan takdir Allah SWT, tambahan ajal adalah mustahil, namun berdasarkan apa yang zahir kepada malaikat, ia tidak mustahil.

Ketiga, ialah tambahan umur bermaksud kekalnya sebutan dan pujian yang baik selepas kematian seseorang seolah-olah dia masih hidup. Boleh jadi sebutan yang baik itu disebabkan ilmu yang bermanfaat atau sedekah jariah (seperti wakaf) atau anak salih yang mendoakannya.

Dalam kitab al-Mu’jam as-Saghir, karangan at-Thabrani, diriwayatkan daripada Abu Darda: “Disebutkan di sisi Rasulullah SAW bahawa sesiapa yang menghubungkan silaturahimnya, ajalnya akan ditangguh untuknya. Lalu Baginda SAW bersabda: Ia bukanlah tambahan umurnya kerana Allah SWT berfirman (dalam surah al-A’raf ayat 34 bermaksud): Maka apabila ajal mereka datang, mereka tidak akan dapat melewatkannya walaupun satu detik dan mereka juga tidak akan dapat mendahulukannya. Tetapi lelaki itu mempunyai zuriat salih yang berdoa untuknya selepas kematiannya.”

Justeru, menghubungi silaturahim ialah punca rezeki dimurahkan dan pujian yang akan mendorong orang masih hidup memohon rahmat Allah SWT dan berdoa perkara yang baik untuk si mati berkenaan. Wallahua’lam.

 
 
Dulu² kita main ikut² jer mak pak.. tok nenek p beraya... walhal kita tak kenai pon rumah sapa yg kita dok sibuk kutip duit raya tue... kita tak amik kisah sangat pon kan hubungan susur galur ikatan orang tue dengan kita.. orang bawak kita ikut jer... tapi sekarang.. tukang bawak semua dah meninggal... siapa lagie nak diharapkan sebagai penghubung silaturahim??  Baru tersedar kini.. akibat sikap tidak mahu ambil tahu itu akan memakan diri.. keluarga yg sebenarnya besar akan semakin menguncup dan mengecil... sedara sama sedara selisih tepi jalan pon tak kenal kan... sangat kesian... so... bagi menyuburkan kembali ikatan kekeluargaan... kita kena baja selalu.. kunjung mengunjungi.. haruslah dititikberatkan... amik tau hubungkait  ikatan.. ingat rumah... ingat jalan... sebab satu hari nanti... kita kena juga berjalan sendiri... kita lah penyambung warisan.... cheewahhh!!  Tak.. serius... menda nie aku dah nampak... dah terbuka mata aku... sedara mara ramai... tapi... bila nak pegi... hmmm... tak tau jalan.. tak tau rumah... tak tau nak cari kat mana... sebab dulu² tue take for granted... tok nenek ada.. depa bawak kita ikot... tapi sekarang depa dah tak dak... sapa nak bawak??  Jadi bermula sekarang... kita yg dah semakin tua nie kena tanamkan dalam jiwa anak² kita.. betapa pentingnya menghubungkan silaturahim.... kita kena mula sekarang... kalau tidak bila lagie?
 
 

Thursday, August 16, 2012

SaLaM LeBaRaN SyaWaL 1433 H dari BoNDa & FaMiLi..


Raya datang lagie.. sekejap sunggoh maser berlalu.. ammacam poser??  Hingga hari ini saya masih berpuasa penuh.. alhamdulillah.. berat pon dah turun 5 kg.. wahhhh... jgn lepas bulan poser nie naik pulak berkilo² huhuhu...

Hmmmm... arinie dah ramai yg balik kampung kan... aku raser bih kurang 40% penduduk KL dah balik ke kg halaman masing²... esok mungkin lagi 40%.. dan remaining 20% akan beraya di sinie.. yer kami antara yg 20% tue.. beraya di Puchong sahaja.. umah Mertua.. then baru balik Kedah..

Ok lah.. mood tak berapa nak ada nak taip panjang².. kepada yg nak tinggalkan rumah.. cek api.. air sumer dah off... kepala tong gas jgn lupa pulas... pintu tingkap semua berkunci.. dan jangan lupa doa.. tiada kuasa lain boleh menandingi kuasa Allah Ta'ala.. Tawakaltualallah..

Bawa keta hati².. bak kata Bro Hamka "Keretamayat" VIP lambat macam mana pon owang tunggu.. leks² sudah.. tak kan lari kampung dikejar.. and please.. jangan main mercun.. especially mercun bola.. jgn spoilkan mood raya yg gembira dgn perkara yg tak diingini...

Akhir kata.. Bonda mohon ampun dan maaf andai ada perilaku dan tulisan Bonda menyentuh hati dan sensitiviti kawan² semua.. sesungguhnya tidak pernah terlintas sedikitpun di hati ini menyinggung hati sesiapa... Selamat Hari Raya... Semoga kita semua berada di bawah lindunganNya.. ameeennn...


Thursday, August 9, 2012

SaPeR NaK MaKaN SaPeR??

Ulaq Melingkaq dalam semak..
|
v

|
v

|
v

|
v

|
v

|
v


Ada bran.. sila lar makan.. especially tang kepala tue..

Hehehehe..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails