.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, May 18, 2012

LOGO HALAL MaLaYSiA & AnTaRaBaNGSa YaNG DiiKTiRaF..

Terdapat banyak logo halal digunakan bagi menyakinkan pengguna Islam sekarang nie.. sampai aku pon kadang² pernah timbul rasa sangsi.. Ehhh.. betul ker logo nie sah.. entah² main cop jer kan..

Maka.. adalah sangat membantu biler dapat panduan logo seperti di bawah..



Sebagai orang Islam.. kesucian apa pon benda yg kita guna dan makan adalah amat penting bagi memelihara akhlak dan keturunan yang baik..

Thursday, May 17, 2012

JoM KaRi KaMBing CiCaH RoTi.. Pastu KiTa MiNuM KoPi..


Sedarkah kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi?

1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Coladan Pepsi-Cola.

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

"Aku suka makan daging kambing.. daging kambing yang dimakan mengambil masa 7 jam untuk dihadam manakala daging lembu selama 36 jam.. jadi.. fikir²kan lah..."


Mari kita Ikut Sunnah!!


Wednesday, May 16, 2012

HaRi Nie HaRi GuRu..

Yer.. dan aku bangun seawal pagi.. (sebelum tue En. Ady yang kena bangun dulu sebab aku perlu melayan kerenah si Amna.. prepare semua ingredients.. cincang apa yg patut dicincang.. mekasih Abang yeaaa..) utk masak mihun... pot luck utk tadika anak² aku sempena sambutan Hari Guru.. Hadiah pon kami dah belikan.. coklat bar jer.. utk cikgu kelas masing².. kad kami ajar bebudak tu buat sendiri.. gunting bunga² tampal dekat kad yg dah digunting bentuk love.. pastu dorang tulis kata² yg ingin dorang ucapkan pada cikgu masing²..

Sikap menghargai orang lain nie.. perlu kita semai dari kecik.. memberi hadiah.. membuat kad.. membantu mereka mengekpresikan perasaan ke atas suatu pemberian secara tak langsung mengajar anak kita menjadi lebih prihatin dan sensitif dengan perasaan orang² lain di sekelilingnya.. anak kita terdidik menghormati, menyayangi dan mengingati individu² penting di dalam hidup mereka.. yang paling penting.. mereka tahu dan faham apa itu penghargaan dan bagaimana caranya untuk menghagai..
 
 
 Sayang.. kad yg dorang buat untuk cikgu masing² tue aku lupa lar pulak nak snap.. yelah.. kelam kabut jer pagi tadi.. hadiah yg diberi idak lah seberapa.. tapi semangat yang dilahirkan anak² ini cukup aku kagumi.. bersusah payah nak buat kad dengan hasil tangan sendiri... dan aku percaya.. anak² yang terdidik menghargai akan dipenuhi jiwanya dengan kasih sayang...

Oh ya!  Sebelum aku terlupa...


"Selamat Hari Guru buat semua guru² berdedikasi meneruskan perjuangan mendidik tanpa rasa jemu.." 
"Terima Kasih Cikgu!!"


Tuesday, May 8, 2012

ApA MaHuMu WaNiTa??

Seperti biasa indahnya angan² dalam mencari pasangan.. mood nak nyanyi tiba².. jom sekali kita nyayi.. sapa yang tau lagu Raja Ema nie..

Angan-angan
Bila mencari pasangan
Yang bakal jadi pilihan
Si hartawan..

Angan-angan
Jejaka pilihan hati
Punyai personaliti
Segak tinggi..

Cari-cari
Tunggu-tunggu
Masih belum bertemu..

Hari-hari
Yang berlalu
Meningkat usiamu..

Pilih pasangan
Memang tak mudah
Asyik berangan
Tak jadi nyata..

Angan-angan
Biarlah berbatasan
Jangan sampai penantian
Berpanjangan..

Angan-angan
Hanya indah dikhayalan
Yang harus engkau hadapi
Kenyataan


Dah abis layanzz.. nostalgia kan lagu tue.. seperti yang dinyanyikan.. "Yang harus engkau hadapi KENYATAAN".. Kenyataannya.. apa yang seorang wanita mahukan setelah bertitlekan 'ISTERI'??

1.  She is your everything... tiada dua.. tiada tiganya.. sebab itu ramai wanita boikot poligami.. bukan tamak.. tapi bimbang suami tidak mampu mencontohi akhlak Nabi..

2.  She'll be the first in your list of priority... before your work.. your friend.. and your hobby.. jangan sesekali mengenepikannya.. jangan sesekali buatkan dirinya merasa tidak penting.. tidak sehebat rakan²mu.. once married.. she'll always wanna be your very² best friend.. jangan salahkannya kalau dia cemburu.. dia cemburu sebab dia sayangkan kamu.. sebab.. hanya dia yg berdiri di sisimu.. di saat duka.. mendengar keluh nestapa.. mengurut badan dan kepala..

3.  You are her Bank.. mahu apa mintak.. perlukan berapa.. bagi.. Duitmu duitku.. duitku.. tetap duitku.. huhuhu... bukan berkira.. tapi bagi peluang suami tunaikan tanggungjawab.. bertuah lar kalau dapat isteri yg bukan setakat pandai memberi.. tetapi tidak pandai pula meminta..

 4.  Suami ejen pelancongan.. selalu luangkan masa dengan isteri dan anak² pergi bercuti di tempat² yang menarik.. walaupon hanya di balik bukit... jangan lar bila cuti asyik mengadap komputer.. tengok anime.. tonton bola.. baca suratkhabar... isteri bukan burung.. hidup lebas.. hati terkurung.. uhuhuhu... jangan beri isteri tanggapan kamu suami yang boring...

5.  Suami Pakar How To... tak kira masa.. bila diperlukan.. semua kamu tahu... yang paling penting.. kamu perlu ada skill memujuk... isteri hanya merajuk bila merasa dirinya tidak penting lagie dalam hidup orang yg dia sayang.. jangan biar isteri merajuk lama²... sangat² bahaya.. wanita berfikir menggunakan emosinya bila hatinya telah terusik.. macam² perkara tidak terjangka boleh berlaku.. jangan salahkannya... dia cuma punya 1 akal 9 nafsu... layaklah org yang punya 9 akal itu membimbing... mengalah tidak beerti kalah..

6.  Suami Pelakon Lelaki Terbaik.. walaupon tidaklah sekacak Aaron Aziz.. atau pon Tom Kurus.. tapi jadilar kacak dan romantik di matanya... sensitif dengan kehendak dan kemahuannya.. tahu apa yg disukai dan dibencinya... pandai membelai hati wanitanya..

7.  Suami Pembantu Rumah.. sama² seiring seia sekata sejalan... pergi keje sama².. bila balik banting tulang buat keje rumah sama².. jaga anak sama².. tak ada istilah.. kau².. aku².. selagi hayat hidup bersama.. tiada istilah pentingkan diri... kamu penat.. isteri pon penat.. kamu bukan berkahwin dengan robot kan.. apa yang penting??  KERJASAMA..

6.  Once the knot is tied.. she'll link forever with you... rimas?? You should think of it before you shake the hand of the Kadhi.. kamulah tempat dia bergantung sekarang.. kamulah Imam.. kamulah pembimbing.. kamulah juga pelindung... pelindung dari bahaya di dunia dan api di akhirat kelak.. kerana.. dosanya kamu juga yang tanggung..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails