.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, November 18, 2011

iNiLaH PeNaNGaN NARUTO!!



Bukan takat budak².. bapak² budak pon ramai yang giler obses anime Naruto nieh!!  Buktinya.. satu²nya lelaki kat umah aku..




TReAT HeR RiGHt!!


‎3 yrs old: "Mak, I love you"
10 yrs old: "Mak whatever!"
16 yrs old: "Mak is so annoying!"
18 yrs old: "I wanna leave this house."
 25 yrs old: Mak, you were right."...
30 yrs old: "I wanna go back to Mak's house."
50 yrs old: "I dont wanna lose Mak."
70yrs old: "I would give up EVERYTHING for Mak to be here with me..."

U ONLY HAVE 1 MUM!


Thursday, November 17, 2011

29 Oktober 2011 gambar diambil.. giler basi baru nak upload.. ahahaha.. mood tak maliiii maaa... nie pon puas pakser dalam kemegantukan.. menaip sambil mataku terpejam.. bajet terer.. hahaha.. seyes.. mmg ngantok sangat.. aku baru belasah nasi sepinggan and nescafe susu segelas.. sebab terlalu lapar.. semalam I don't have dinner.. jadi penangannya.. susu tak dapat diproduce dengan baik dan si Amna mengamuk² pagi tadi.. orang susukan budak.. tokleh skip² makan.. akibatnya bukan kita jer tak kenyang.. tu yg kecik tu pon akan terima tempiasnya.. aper larr Bonda nie.. ehehehe..

Okeh.. membebel jer kan Bonda nie.. kata mengantuk.. aku nak wat entri nie cepat²... sebab nak sambung tido.. jom layan gambo..

Cer teka kitowang kat maner.. mano laie Jang.. Sunway Lagoon lar.. join Family Day opis En. Ady.. tempat² taman tema berbayar nie.. emang ler koser nak pegi melainkan dapat pegi free.. ahahaha.. sebabnya bukan boleh aku enjoy cam era nak² dara dolu.. yelah.. ke hulu ke hilir kelek anak.. oppss.. sorong lar.. hehh.. sorong lam stroller pon penat tau.. yerlah aper idaknyer.. bukan takat baby.. segala menda tok nenek sumbat dalam tue. selagie muat.. baper tong kalori terbakar aritue aku tak tau lar.. En. Ady.. anak ramai maa.. Puteri Ayah si Ainna tu.. bukan nak jalan kaki.. ke sana sini Ayah jadik kuda dia.. sampai lenguh lar ayah dibuli aritue.. kaciannnn...
Maser nie baru sampai.. En. Ady dok kenalkan baby baru dia kat opis²mate..
Haa.. nie lar dia Puteri Ayah yang malas nak jalan tue..
Sib baik lar yg 2 orang nie dah boleh berdikari.. lega sikit..
Amna yang asyik tido dalam stroller.. bangun biler nak mamam jer.. aper lar baby 2 bln tau pasal main air kan..
Bonda.. yang agak boring.. yelah.. satu hapak pon tak leh nak enjoy.. asyik jadik mak guard jer.. dorang ada wat games utk sumer famili members.. tapi tak dapek lar den nak ekot.. mak pak pi main.. anak² sapa nak jaga.. kami enggak ada maid nya yaa..
Redhakan jerlar.. sib baik dolu² dah puas main dah.. nak puas lagie.. tunggu lar bebudak nie besar sikit.. baru best!

Kasut dorang pon aku jaga.. huhuhu

Time nie aku dah pindah tempat.. dari meja ke tepi pantai buatan nie.. si Amna pepandai dia sendiri² pi masuk air.. pe lagie kelam kabut aku bungkus sumer barang.. bawak ngan stoller.. tak kan aku nak biar dia main sorang² kan.. air tue.. bahaya.. yg kelakarnyer.. time nak sorong stroller yg bapak berat tue... giller payah... seksa wa cakap lue.. sbb akhak tak guna otak.. sampai laa datang sorang insan.. lelaki singh.. ajar aku suh tarik.. bukan sorong.. yer tak yer jugak.. aper lar bodoh sangat nak sorong stroller dlm pasir.. mmg lar tak jalan kan..
Watchguard terpilih..
Tarik bang tarik!!
Group En. Ady menang.. tak sia² I sorak untuk U.. dlm hati jer lar.. ehehehe
They enjoying the moment..
Walau hari panas... senyum tenang.. kuda hitam aduhhhh.. kuda hitam..

Main pasir pulak..
Puteri tido.. dia lar yang paling rileks..
Terkedek² jalan.. budak yang suker buat hal sendiri nie.. suka hati dia jer..
Nak elakkan dia merayau².. aku suh dia main pasir depan aku..
dan.. dia ralit.. bagus!
Tue.. tempat guarding aku..
Kat mana² pon dia tido juga.. sib baik bawak stroller kan..
Aisha ngan Alyaa menang games untuk budak².. dapat lar goodie bag tue..
Panjang tak pedang Aisha??
Ada clown tau..
Ainna tunggu giliran dia dapat belon.. ayah pon ada situ..
Tulis² nama atas pasir..
Budak kecik nie pon dah bangun.. lapar susu..

Kitowang plak.. lapar nasi.. yet I tak makan nasik pon.. makan selain darinya.. ada macam².. dowang buat buffet..
Yang best eskrim connetto bleh amik baper banyak pon ko suka.. sorang seketui dah lar kan.. tak baik membazir.. org lain pon nak makan jugak..
Dowang jer nyinggah.. aku sekadar memerhati di seberang jambatan.. aku kan supir stroller sejati..
Masuk sini..
Sesi dera telah bermula.. "Nana penat lar ayah.."
Maser untuk berjalan²..
One thing sonok bawak budak².. dowang penuh dengan raser ingin tahu.. tak abis² tanya soklan.. tak larat kita nak jawab.. dan dorang sangat teruja biler dapat tengok binatang.. secara live.. tak kira lar baper kali tengok pung!
dan.. binatang nie comel.. kecik jer.. ader ker org yg buat binatang nie peliharaan?..

dan.. Bateri hp aku pon abis... yer amik gambar guna hp jer.. so idak lar ada gambar lain lagie sesudah ini.. daaa..

p/s:  Dapat lagi invitation ke Sunway Lagoon dari Friso Pool Party this Dec.. tapi.. letih lar biler pk nak kena jadik makguard lagie.. huhuhu


Wednesday, November 16, 2011

TaBiAT² LeLaKi YG MeNGGeLiKaN WANITA..

Kebiasaannya sifat malu seorang lelaki adalah kurang jika dibandingkan dengan wanita. Mungkin ada sesetengah tabiat yang dirasakan normal oleh seseorang lelaki, tetapi ia menggelikan wanita apabila melihatnya. Antara tabiat lelaki yang kurang menyenangkan wanita adalah..

(1) Kuku yang panjang- Ada sesetengah lelaki yang gemar untuk menyimpan kuku yang panjang. Tujuan mereka berbuat sedemikian tidak dapat dikenalpasti. Tetapi tabiat seperti ini menggelikan seorang wanita apabila mereka melihatnya.

(2) Bulu yang tidak ditempat sepatutnya- Mungkin lelaki terlalu malas untuk menjaga penampilan mereka. Tetapi janganlah disebabkan kemalasan itu membiarkan bulu hidung tumbuh dengan bebasnya. Tabiat ini merupakan perkara paling menggelikan wanita.

(3) Nafas berbau- Ada sesetengah lelaki tidak mengambil berat mengenai masalah nafas berbau. Mereka hanya membiarkannya sahaja. Tabiat seperti ini harus ditinggalkan dan sepatutnya mereka berusaha untuk mengatasi masalah nafas berbau kerana ia amat tidak menyenangkan bukan sahaja terhadap wanita, tetapi kepada orang yang mendengar percakapan anda juga.

(4) Masalah bau badan- Ada sesetengah lelaki mempunyai masalah ini terutamanya mereka yang berbadan agak besar. Cuba mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya kerana bau badan akan menyukarkan orang lain untuk menghampiri anda.

(5) Rambut terlalu nampak basah- Mungkin lelaki terlalu obses untuk menjaga penampilan rambut mereka sehingga menggunakan minyak rambut secara berlebihan. Bersederhana sahaja terhadap rambut anda kerana rambut yang terlalu basah akan kelihatan seperti bayi yang baru lahir. Tabiat ini perlu dielakkan kerana wanita amat tidak menyukai untuk meluangkan masa mereka bersama pasangan yang seperti bayi baru lahir.

(6) Rambut yang langsung tidak bergerak- Ini juga merupakan salah satu tabiat yang sering dilakukan oleh lelaki. Pemakaian wax juga tidak perlu keterlaluan kerana ia akan membuatkan rambut anda kelihatan seperti batu. Biarkan rambut anda bebas secara semulajadi.

(7) Terlalu banyak bintik hitam di muka- Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak bintik hitam di bahagian muka, berusahalah untuk membuangkannya. Anda boleh membuangkannya secara sendiri atau dengan pergi mendapatkan rawatan. Jangan terus membiarkannya kerana ia akan menggelikan orang lain untuk melihat wajah anda.

(8) Gigi berkarat- Terutamanya kepada lelaki yang merokok, dapatkan rawatan pembersihan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk membersihkan karat-karat yang melekat pada gigi anda.Ini kerana senyuman yang beserta gigi yang berkarat amat menggelikan wanita.

(9) Sendawa- Tabiat ini juga adalah merupakan tabiat yang paling sering dilakukan oleh lelaki. Jangan sesekali sendawa dikhalayak ramai walaupun anda merasakan ia seperti perkara yang biasa kerana ia akan menggelikan orang lain.

(10) Kebersihan telinga- Mungkin disebabkan telinga berada pada kedudukan yang sukar untuk dilihat membuatkan lelaki tidak terlalu mengambil berat mengenainya. Ambil berat mengenai kebersihan telinga anda kerana walaupun ia tidak dapat dilihat, tetapi orang lain mampu untuk melihatnya.



Ada lagi aku nak tambah..

(11) Buang angin - di merata² tempat.. kentut sekuat hati lepas tu buat tak peduli.. hilang selera makan tau! Iya.. kalau mampu.. tahan.. cari lah tempat bersesuaian untuk membuang angin toksik anda.. tapi kalau dah tak tahan..hmmm.. apa lagi mampu kukatakan.. tak kan nak seal bontot tue kan..

(12) Korek hidung - di mana².. wehhh.. geli duh.. bagi aku tempat yang paling sesuai bersihkan lombong bijih ialah di dalam bilik air.. ada air.. senang nak cuci kan.. bukan di depan orang..

(13) Hisap rokok - ya.. mau isap itu up to you.. tapi rokok tu kan merbahayakan kesihatan orang lain juga.. timbangrasa dong bila mau merokok.. kasian deh kami yang tidak.. lemas membau asap rokokmu itue..

Setakat itu dulu.. hehehe



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails