.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Wednesday, July 1, 2009

Hari Pertama Kembali Bertugas..

Ceeehhhh... cam skema giler jer tajuk kat atas tu kan... hai kengkawan.. pekabar.. dah lama aku tak membloging.. parang dah tumpul.. baru nak rajin² mengasah sekarang... aku sebenarnya belom habis meround seantario blog kowang² sumer.. tertalu jauh dah aku ditinggalkan ketapi... tapi aku akan kejar... selagi terdaya... aku mmg dah windu giller nak menjengah blog² kowang sumer tapi apakan daya tenet kat umah tergendala sebentar... wayar belum sambung... atas sebab² (bagi yg tau dia tau larr.. hehehe... :D)

Hmmm... ramai yg request nak tgk gambo my third princess.... Putri Ainna Najihah.. here come the pics... harap berpuas hati kerana lama menanti...








Gambar nie masa Ainna berumur 2 hari... kat Wad Hospital lagi nie.... Ammacam.. raser² ada muka saper anak aku kali nie??

Monday, December 29, 2008

- CoRetan TeRPaksa -

Korang tak tau betapa payahnyer aku nak mengadap dan menaip entry blog inie setelah sekian lama aku biarkan sepi dan beku... sebeku hatiku sekarang... kalau dulu aku rajin bercerita tentang segala kisah kehidupan ku... hari ini.. esok.. semalam... yang telah lepas dan yang akan datang... tapi... sekarang aku rasa seperti silent reader di blog ku sendiri... bukan setakat perut ku yang kian sebu... fikiranku turut menjadi tepu....

Dari sehari ke sehari aku pendamkan hasrat utk membaitkan sesuatu di ruangan yang satu² nya hanya dariku.... namun gagal utk aku ladeni permainan jiwa yg berat membungkam di sudut sepi... iya.... sukar utk aku ungkapkan... tekanan jiwakah aku.... hahaha.... macam org gila lagaknya.... Orang mengandung tidak boleh diberi tekanan... biler tertekan... beginilah jawabnya... diammmm.... dan beku..... aku tertekan kah???? Manusia biasa... tekanan datang dalam berbagai² cara... kadang tanpa diduga.... tapi... tetap harus dihadapi jua.....

Hidup bukan mudah kawan.... tidak semudah yang dirancang dan diimpikan... onak dan duri merata² sepanjang perjalanan kita menuju destinasi yang diimpi..... tidak ramai orang dapat memahami perasaan org lain... lalu adakah hanya psikiatris sahaja?? Ada ker di kalangan korang pembaca budiman bekerjaya sebagai seorang psikiatri.... aku pernah bercita² utk menjadi seorang psikiatri juga suatu masa dulu... tidak sedikit masalah org yg berjaya aku selesaikan... dan tidak sedikit juga org yg tanpa segan meluahkan segala masalah di jiwa kepadaku.... namun bila diri dilanda dilema.... kepada siapa kumohon bantu??

Tidak kawan² aku masih belum gila... hahaha... sengaja melayan diri membiarkan jemariku menari seketika di atas keyboard yg bewarna hitam ini.... ingat kata²ku dulu... yang memisahkan kita antara kewarasan dan kegilaan hanyalas senipis kulit telur... jadi awas... jangan biarkan telur itu retak..... natijahnya bukan satu atau dua... tapi semua yang di sekeliling kita akan terpalit kehanyiran yang mengalir dari keretakan kulit telur yang tidak dijaga dengan elok itu....

Pernahkah terbayangkan oleh kalian... di mana letak duduknya kita 10... 20.. 30 tahun akan datang... bahagia... kaya raya.... atau sedang menghadapi seksa kubur di dalam sana..... Aku pernah membayangkan... hidup bahagia... di samping suami dan anak²... bergurau senda... ketawa ria... tanpa kerisauan tentang masalah inflasi... kemerosotan ekonomi.. politik dunia atau bencana alam semesta... ketika itu aku mahu menghitung sisa² hidup dengan kenangan yang terindah... berehat dan menumpukan ibadah kepada yang Esa....

Tahukah korang apa yang buatkan aku tertekan.... apa pula yg buat korang tertekan?? Korang jawab soalan itu... baru kita boleh berkongsi jiwa dan rasa.........

Sunday, December 14, 2008

- Adab & Batas BeriPaR Duai -

Kisah di bawah aku cedok dari http://rampaiseri.wordpress.com buat pedoman dan panduan kita semua yang telah dan bakal mendirikan rumahtangga... yg baik.. jadikan teladan... yg buruk jangan kita ikutkan...

Bila telah berumahtangga sikap saling percaya-mempercayai merupakan tonggak utama.. keikhlasan dalam segala hal yg kita lakukan dalam rumahtangga di atas tanggungjawab dan kehendak kita sendiri.. bukan atas paksaan atau desakan org lain... Orang lain hanya boleh memandang apa yg mereka lihat... menilai perkara yg di luar pengetahuan mereka.. tidak sedar dan tidak tahu perkara tersimpan yang tidak nampak di mata... hidup berumahtangga tidak semudah disangka... maruah suami terletak di tangan isteri... maruah isteri di tangan suami.. perlu bijak menilai dan menganalisa setiap kata yg kita dengar... jangan biarkan kata² org merosakkan keharmonian rumahtangga yg dibina... hanya kita yg lebih mengenali pasangan kita dan atas sebab apa kita ingin meneruskan hidup kita bersamanya.....

Sebagai individu yang mempunyai adik beradik.. yg antaranya telah mendirikan rumahtangga.. kita juga perlu tahu adab sesama ipar... jangan terlalu menjaga tepi kain rumahtangga org.. mereka telah dewasa dan tahu berfikir.. baik dan buruk biar mereka tadbir sendiri rumah dan tangga yg dibina.. layak kita nasihati cuma bila diminta.. adab menasihati.. perkara yang berbau peribadi.. lakukan secara peribadi... bukan di hadapan everybody....

Adat manusia.. tidak lepas dari salah dan khilaf... sama² kita nasihat menasihati... mana yang tak betul kita perbaiki... tapi elakkan diri kita dari menghakimi sesuatu yg kita sendiri tidak pasti... sekadar pemerhatian dari mata kasar tidak memadai untuk kita menilai hati dan budi....

******************

Paparan kisah ini datangnya melalui e-mel yang dihantar oleh seorang suri rumah bekerja yang hanya dinamakan sebagai Puan Aini sahaja, katanya. Tujuan beliau memaparkan kisahnya semata-mata untuk dijadikan teladan dan bertindaklah lebih hati-hati dalam menghadapi gangguan yang dimaksudkan, sebab banyak kehancuran berlaku bila salah satu pihak tidak sabar dan tidak tahan ujian.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila ikuti kisah beliau; “Sebelum perkahwinan kami dahulu ceritanya memang unik macam cerita filem Hindustan. Sebelas tahun dulu, saya dipinang oleh suami saya sekarang tetapi lamarannya ditolak sebab saya masih belajar.

“Tetapi sebenarnya, ayah tak berapa setuju kerana kampung kami terlalu jauh dan pasti menghadapi masalah. Maklumlah Pantai Timur. Perhubungan kami terputus bila saya ditunangkan kemudian dengan orang lain. Saya ditunangkan dengan sepupu atas permintaan keluarga tapi putus. Saya tak kisah sebab saya sendiri tak setuju.

“AkhirnyaÉ memang jodoh saya tetap bersama suami saya sekarang ini, maka dia datang sekali lagi meminang, dan kami kahwin kira-kira tujuh tahun lalu. Awalnya memang mertua sukakan saya. TapiÉ sejak campur tangan anak perempuannya (kakak ipar) mertua saya mula pandang saya serong. Puncanya ipar saya suka memburuk-burukkan ipar-duainya pada emaknya (mertua saya) termasuk saya.

“Lebih teruk lagi dia suka sangat mengatur hal rumah tangga saya, bila saya tidak diendahkan oleh suami saya, macam-macam cerita buruk dilemparkan. Contohnya, dia tetapkan jumlah duit yang wajib diberikan kepada emaknya. Pelbagai alasan diberikan supaya suami saya (Darus) ikut cakap dia. Tapi kata Darus itu urusan dia. Dia tahu berapa nak bagi emak dan dia terpaksa ikut bujetnya, sebab dia ada keluarga. Itu yang menyakitkan hatinya, dia hasut emak kata Darus derhaka, ikut cakap bini.

“Pernah dulu masa saya hendak melahirkan anak kedua saya nak bersalin di klinik swasta, itu hak sayalah, lagi pun saya tak minta duit dia. Tapi dia marah hasut emak. Dia marahkan saya sama, konon membazir duit sahaja.

“Nak jadikan cerita dia bertambah baran sebab emaknya minta RM1,000, Darus cuma bagi RM500 saja. Emaknya lagi naik angin sebab tak cukup duit buat kenduri kahwin anak perempuannya. Bukan semua tujuh orang anaknya bagi duit jumlah yang sama. Sebab masing-masing ada tanggungjawab tapi saya yang dimarah dituduh membazir duit, tapi mereka tak tahu memang Darus tak ada duit sebab dah bagi emaknya setiap bulan selain urusan keluarga sendiri.

“Mereka tak boleh marah saya sebab duit bersalin di hospital duit saya sendiri, bukan duit Darus. Dek kerana marah, mereka sindir saya ada hospital kerajaan buat apa bersalin di klinik swasta? Memang saya rasa sedih sebab saya tak minta duit Darus, tambah sedih lagi duit RM500 yang Darus bagikan pada emaknya itu adalah duit saya sendiri, sebab Darus tak berduit saya terpaksa keluarkan daripada Amanah Saham Bumiputera.

“Emaknya ingat gaji Darus besar, sebenarnya cuma lebih seribu sahaja, sebaliknya lebih besar gaji saya lagi. Dan sejak akhir-akhir ini, rezeki saya bertambah murah lagi. Saya buat berniaga sambilan. Hinggakan saya mampu dan berani buat pinjaman perumahan kerajaan. Kerana ada duit lebih sikit saya beli perabot rumah. Malangnya itu pun tidak disukai oleh ipar saya. Mereka tuduh saya kikis duit adiknya. Mertua saya semakin baran.

“Sedangkan sebenarnya saya bekerja keras untuk menambah pendapatan, saya tak malu jual makanan ringan di tempat kerja dan barang lain lagi asalkan dapat upah yang halal. Sebenarnya ipar saya ni amat cemburu dan tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya. Saya beli perabot kayu jati dia pun nak beli juga.

“Kami tak kisah. Tapi masalahnya kami terpaksa bawa dia ke kedai tersebut yang sudah tentu jauh dan kami terpaksa guna kereta sendiri, dia cuma duduk aja. Bukan itu saja sampaikan kain langsir sayapun dia nak beli yang sama dan tempah di mana saya buat tempahan. Pendek kata setiap kali dia datang ke rumah dia mesti periksa apa perubahan yang ada dalam rumah saya. Dia nak buat dan beli yang sama.

“Kalau dia terasa mahal harganya dia mulalah bercerita pada emaknya yang saya menghabiskan duit Darus, tapi dia tak tahu saya gunakan duit sendiri. Pernah juga dia tuduh saya ambil duit dia RM100. Ceritanya begini ketika nak beli perabot dia tinggalkan kad ATM pada suami saya dan suruh suami saya beli perabot itu. Nak jadikan cerita, tak lama lepas itu heboh cerita di surat khabar pasal banyak orang hilang duit dari ATM. Dia pun kata duit dia hilang sama lepas tu tuduh saya yang ambil duit dia.

“Sakitnya hati, kalau tak percayakan adik-beradik sendiri, jangan suruh orang belikan barang. Sakit hati punya pasal saya suruh dia buat repot polis, dia tak mahu sebaliknya suruh suami saya ganti. Bila tak dapat mulalah jaja nama saya, burukkan saya konon ambil duit dia. Kalau saya nak ambil bukan RM100 mungkin RM1,000 baru puas hati.

“Memang ada biras saya yang tak percaya, tetapi mereka takkan nak menangkan saya, sebab ipar saya ini gila-gila basa sikit, cakap dia aja betul. Pernah juga dia suruh biras saya pergi jumpa kadi minta cerai daripada adiknya, semata-mata kerana dia tak berjaya menghasut adiknya. Dia memang suka kami bergaduh suami isteri, lepas dia mainkan peranannya mencucuk dan memburukkan satu sama lain, lepas tu dia suruh bercerai.

“Sekali fikir untung kami tinggal berjauhan negeri kurang sikit hasutannya, kalau dekat atau dalam satu negeri sudah lama fikiran Darus diracunnya seperti abang ipar saya sampai mereka bercerai-berai. Sekarang dia tengah aktif menghancurkan rumah tangga adik perempuannya sendiri. Dulu dialah orangnya yang menggalakkan perkahwinan adik bongsunya itu dibuat besar-besaran sampaikan emak mertua saya berhabis untuk buat kerja kahwin. Sekarang mereka tengah berperang.

“Puncanya semata-mata kerana adik perempuannya tak mahu dengar cakap dia pasal mengurus rumah tangga. Dia marahkan adiknya sebab bagi duit gaji semua pada suami. Sepatutnya adiknya mesti kikis duit suami. Kerana bila duit adiknya dikawal suami, macam mana nak bagi pada emaknya. Inilah yang menaikkan darah mereka.

“Pada saya mudah, ini dia balasan Tuhan, pada adik lelakinya dia suruh kikis duit isteri, tapi bila adik ipar lelaki kikis duit adik perempuannya dia marah pulak. Inilah antara perangai buruknya melaga-lagakan ipar-ipar perempuan yang lain supaya bergaduh.

“Perbuatannya juga mengecewakan saya sebab suka sangat menghina ayah saya yang tinggal di rumah saya. Ayah duduk dengan saya setelah emak meninggal dunia. Ayah suka rumah saya sebab saya anak bongsunya. Dan ayah saya tak menyusahkan hidup saya, dia tak minta duit setiap bulan, malah ayah sering keluar duit untuk belanja rumah kami. Sebab ayah ada duit pencen. Tapi dia fikir ayah menyusahkan hidup adiknya. Dia tak tahu kadangkala Darus pinjam duit ayah untuk bagi pada emaknya bila dia terdesak.

“Bila teringatkan kebaikan arwah emak dan ayah saya, saya rasa sedih sebab mereka tak pernah menyusahkan hidup anak-anak. Mereka tak pernah minta duit anak-anak walaupun susah. Malah emak menangis sebab tak berdaya (uzur) nak jaga saya semasa saya melahirkan anak, tidak seperti menjaga kakak-kakak dan kakak ipar saya yang lain semasa mereka bersalin semasa ibu masih kuat lagi. Tapi saya tak kesal sebab saya tahu pengorbanan emak saya amat besar untuk membesarkan saya.

“Tapi ipar saya ini ada penyakit sikit dia paling sakit hati lihat ayah saya yang dah tua tu duduk di rumah saya. Dia boleh suruh Darus pergi balik kampung ambil emak bapaknya datang ke rumah duduk dua tiga hari suruh hantar balik. Apa dia ingat kampungnya dekat sehari suntuk dalam perjalanan. Bila kita beri alasan tak ada cuti mereka boleh marah kita ini, mula-mula kakaknya marah, lepas tu emaknya telefon, penutupnya ayahnya ikut sama menengking Darus. Mereka buat kami macam budak-budak.

“Pernah juga anak-anaknya datang ke rumah berjalan, balik jauh pagi dan suruh kami jadi jaga buka pintu. Dalam pada itu kawan-kawannya tak berhenti telefon, tak tahu malam siang. Mereka buat rumah kami macam hotel dan kami pelayannya. Bila kita tegur dia mengadu pada emaknya, lepas itu pasti Darus kena leter. Pernah dia kata ada sedara tak guna, lebih baik duduk hotel, dan memang elok sangatlah pada kami.

“Lebih menyakitkan hati kami dia mula menghasut dan meracuni fikiran pembantu rumah saya. Dia tanya berapa banyak gaji, berapa banyak saya dah simpankan dalam bank, bank atas nama siapa, nampakkah jumlah duitnya, dan macam-macam lagi yang memang mencurigakan hati pembantu rumah saya. Akhirnya terbongkar juga bila si pembantu ini bertanya dan memberitahu kakak ipar saya yang suruh tanya. Apa makna perbuatannya itu? Kalaulah anda di tempat saya sakit hati tak?

“Kalaulah pembantu rumah saya lari, adakah dia nak tolong saya jagakan anak-anak saya? Jadi kalau diri sendiri tak mahu membantu jangan susahkan orang lain.Ê Saya tak pernah layan pembantu rumah saya macam hamba, malah saya turut membawa dia berjalan, membelikan barangan keperluan tanpa memotong gajinya, sebab saya faham tanpa dia susahlah saya nak pergi bekerja. Saya harap dengan layanan baik saya, dia akan jaga anak-anak saya dengan baik sebab mereka masih kecil-kecil.

“Lagi pun gaji pembantu rumah bukan duit Darus (adiknya), tapi duit saya sebab pendapatan saya lebih tinggi lagi. Takkan itu semua saya nak cerita dengan dia, saya kena jaga maruah suami saya juga, tetapi dia memang tak faham.

“Tujuan saya luahkan pendapat saya terang-terangan begini supaya kakak ipar saya itu faham, dan jangan cuba kacau rumah tangga saya, biarlah kami hidup dengan aman bahagia, kami tak menyusahkan dia, jadi janganlah susahkan hati saya.

“Kepada pembaca semua, biasanya kita tuduh orang ketiga iaitu wanita lain boleh hancurkan keluarga kita, tetapi sebenarnya ipar-duai pun turut sama memainkan peranan mereka, itu belum masuk emak mertua lagi. Kepada semua emak dan bapak mertua janganlah rosakkan rumah tangga anak-anak anda, sebab kalau mereka susah anda juga akan susah,” demikian nasihat Puan Aini kepada pembaca semua. Dan tujuan beliau dedahkan pengalaman pahitnya ini supaya kita semua dapat jadikan panduan demi menjaga masa depan keluarga masing-masing agar tidak mudah dilanda fitnah. Aini juga merasakan hidupnya bagaikan bermadu dengan kakak ipar sendiri.

Bagaimanapun sependapat dengan penulisÊ supaya penuhi dada dengan ilmu kerana dengan ilmu sahajalah yang akan dapat menyelamatkan diri kita dan membuat kita lebih dihormati.

Akhir kata Aini juga turut menasihatkan pembaca khususnya kaum wanita ’sediakan payung sebelum hujan’. Pepatah yang sering penulis gunakan untuk mengingatkan kaum wanita semua.

Saturday, December 13, 2008

Bonda iNgin BeRBiCara...

Teraser susah betul nak update entry sekarang nie.. asal duduk mengadap komputer... pinggang aku sakit... macam sekarang nie... pinggang aku lenguh sangat.. perut dah makin membesar.. kandunganku dah menjangkau 18 minggu... atau 4 bulan... hujung bulan nie genap 5 bln... macam maner yer... niat di hati mmg nak dapatkan sebijik laptop... tapi belum berkesempatan pergi survey dan beli... maybe next year... lepas tu baru lar aku bleh bebas menaip mengikut keselesaanku....

Kalau semasa mengandungkan Aisha dulu aku tak hadapi masalah... tapi baby yg ketiga nie.. aku kembali menghadapi masalah pedih ulu hati atau heart-burn seperti ketika kandungan pertamaku Alyaa... setiap sebelum dan selepas makan... mmg payah.. selalu memerlukan aku berbaring utk meredakan kepedihan dan degupan jantung yg laju... sintom biasa dialami ibu mengandung... agak bertuah jika si ibu tidak berdepan dengan masalah seperti itu seperti ketika aku mengandungkan Aisha.. anakku yg kedua... mmg tidak mendatangkan apa² masalah.. tiada alahan dan aku cergas seperti biasa... harus maklum.. setiap kali mengandung seorang anak.. berbeza² keadaannya.. dugaan dan alahan yg dialami... setiap anak dan kelahiran itu unik dan berbeza²....

Trimester pertama telah aku lepasi.. bermakna.. fasa alahan dan yg sewaktu dengannya telah aku lepasi dengan jayanya... walaupon terkadang keloyaan dan pening² itu masih menerjah tekak dan kepalaku... sekarang aku aktif melakukan kerja rumah seperti biasa... memasak tidak lagi mendatangkan masalah besar... kecuali bila penyakit M ku datang... "M" for malas.... hehehe... ada masa badan pon mahu berehat kan... sudahlah dalaman bekerja 24jam membesarkan janin yg sentiasa berkembang... itu mmg tak boleh nak rehat kan... sehinggalah tiba saat kelahiran kelak... ermmmm.... 5 bulan lagi tu... tak lama lagi....

Mengidam..??? Kali nie.. aku idam nak makan Chinese Food (masa Aisha asyik nak makan kari.. sekarang tgk kari pon macam nak termuntah.. hehehe) ... seafood... dan aku tak berapa suka masakan manis².... berbeza dengan buah yg mana aku nak makan buah yg manis² kebanyakkannya... macam buah ciku... pear manis.. jambu madu... strawberi... yg nie terliur tgk gambar strawberi segar kat blog Mc'Da... hari tu jugak aku turun ke Giant Supermarket kat bawah office-ku semata² nak beli buah tu... lepas beli... tanpa lengah aku habiskan satu bekas penuh strawberi tu sampai kembung perut..... ahhhhh~~! Walaupon buah tu tak manis.... tapi aku puas hati dpt memuaskan kehendak hati aku.... (aku agak kedekut mengandung kali nie... aku tak berapa suka nak berkongsi makan makanan yg aku idamkan dengan org lain... hatta laki aku sendiri... sorry eak... I wanna enjoy the pleasure of tasting every bite of my craving food... jgn mimpi nak kongsi okay!)

Ada kawan seofis bertanya... "Kak Pah tak takut ker nak lahirkan baby nanti?? Debaran melahirkan anak tu mmg ada tiap kali mengandung... cuma tak ler aku takut seperti ketika pertama kali aku lahirkan Alyaa.... Masa tu aku tak tahu bagaimana keadaan dan sakitnya menghadapi saat melahirkan... sekarang aku lebih tenang... berdoa selalu dan tawakal kehadrat Allah... segala kemudahan dan kesulitan di bawah kuasanya.... rezeki kita masing²... menghadapi dugaan susah dan senang melahirkan.... nasihat aku.. buat first time to be mommy... janganlah risau sangat... banyakkan membaca... tambahkan pengetahuan menghadapi saat kelahiran dan berdoalah selalu.... byk sumber ilmu hanya di hujung jari anda.... dunia dah semakin kecik sekarang kan.... biler kita rajin membaca... anak yg bakal kita lahirkan pon mudah tersemai kecenderungan ke arah itu.... siapa tahu kita lahirkan anak yg pintar.....

Baiklah.. rasanya setakat nie dulu bicaraku..... kejap lagi nak ke Tesco... nak membeli susu anak² yg dah kehabisan stok.... chowwwww!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails