.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, April 9, 2012

AKu iNGiN PuLaNG..

Di kala aku sedih sangat, automatik aku mencari Allah. Aku ingat balik Allah. Aku nak Dia tahu aku sedang bersedih. Hatiku pilu. Perasaanku luka teruk akibat kemalangan dengan musibah yang melanda. Fikiranku kacau. Tidak tenteram aku melihat dunia.

Aku mencari-cari. Di mana harus aku mencari Allah?
Allah......Aku ingin pulang. Pulang kepada-Mu Allah.

Bekas-bekas air mata yang membanjiri di segenap ruang muka ku sapu dengan penuh hiba. Sudah bertahun-tahun aku mengembara untuk menggapai tujuan hidup. Aku mengejar cita-citaku kononnya kerana Allah. Padahal pada masa yang sama aku tidak bawa roh beragama berdamping dengan jasadku.

Aku tidak berkawan dengan Al Quran. Malah aku sibuk mencari teman dan awek.  Aku tidak ziarah masjid. Malah aku rajin melepak kedai makan, shopping complex, atau bilik kawan.  Aku tidak melazimi solat sunat. Malah aku melazimi pelbagai movie dan lagu.

Bila aku berjinak-jinak membersihkan hati, baru aku sedari. Allah tidak ke mana-mana. Dia bukan tinggalkan aku. Aku yang lari daripada rumah. Aku yang melupakan-Nya. Padahal Dia senantiasa hadir setiap saat.

"Sungguh, Kami telah ciptakan manusia dan Kami tahu apa yang dibisikkan hatinya kepadanya. Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya."

Inilah firman Allah yang buat aku rasa diri ini hipokrit.

Selama ini, kini dan selamanya karenah dunia buat aku menderita. Kerana aku salah dalam meletakkan prioriti hidup. Acapkali sesuatu yang dicintai menjadi sebab ujian daripada Allah. Sebab itulah Allah kata bersederhanalah. Cintailah sesuatu berpada-pada.

Bila Allah uji dengannya, mungkin aku tidak terlalu menderita. Tidak teraba-raba untuk mencari jalan pulang. Memang susah untuk rasa bercinta dengan Allah. Cinta Dia hanya akan hadir melalui mujahadah.

"Allah....Sedarkanlah aku akan kebutaan aku memandang dunia sekalipun Engkau telah tunjukkan jalan, jangan Kau biar aku hanyut dalam perjuangan hidup yang tiada makna. Sungguh, apalah erti perjuangan ini tanpa-Mu."
 

Saturday, April 7, 2012

TerBAeKKKK!!



Cuba pecahkan balang cermin ini.. di dalamnya tersimpan 3 million dollar. Pengiklanan yang agak luar biasa kalau dibuat di Malaysia.. tapi kat luar sana.. pengiklanan berkaitan duit.. yang SEBENAR.. sudah biasa.. Syarikat 3M nie mmg sangat yakin dengan produk keluarannya..  pengiklanan ini menarik perhatian ramai .. bermacam gaya dicuba untuk pecahkan bulletproof glasses nie di sebuah bus stop.. ada yang BERJAYA??

TeRBaeKKKk!!

Kalau ada iklan camnie kat Malaysia.. aku nak cuba tuah jugak... urat dawai tulang besi... ahahahaha


Friday, April 6, 2012

Yeyyyy!!... BERJAYA!

Akhirnya... berjaya juga aku tambahkan limit.. hehehe.. see.. I can upload photo now..

Gambar apa nie??
Ini lar keje aku tiap² minggu yang tak pernah habis²...

..MELIPAT BAJU..

Maklumlah.. cikenit ada 4... tambah ayahnya.. dan aku juga... banyak woo baju nak lipat tiap² ujung minggu... boleh naik mengantuk nak menjemur dan melipat kain... huhuhu.. dalam hati dok kata.. bila lar nak habis... apsal banyak sangat nie.. **sight**

Keje melipat nie tak bleh terskip.. kalau terskip.. humaghaihhhhhh... dari Kinabalu jadik Everest lar jawabnyer... saper yg penat???  Akhakkkkk jugak...

Sebelum..

Selepas..


Bertambahlah untuk KeTiGa KaLiNYa..

Sedang berusaha sedaya yang ada untuk menambahkan limit yang dah exceed.. aku masih belom mahu pencen dari dunia blog... ohhhhh.. please make it happen... bertambah lah quota..... ting!!!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails