.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, August 3, 2009

..KasiH SaYang & PeNgORbaNan..

Ujung minggu korang cemmaner?? Seronok??

Jumaat tak p mana... aritu aku ada bengkel kat Angkasapuri.. abis opis hour.. on my way back jalan jammed giller.. naik kebas lar kaki dan lenguh lar kepaler lutut nie tekan cluth bagai... sampai umah mak.. layan anak² sambil tunggu laki aku balik... Ady cam biaser.. balik lambat.. kekadang aku kesian sangat kat dia.. keje sampai lewat tempoh pejabat... org lain dah berehat di rumah dengan anak bini... dia masih setia mengadap keje... makan minum entah ke maner... tido rehat tak tentu maser... puas sudah aku bebel... mengadap keje tak akan sudahnyer sampai bile².. kesihatan mesti juga kita jaga... kalau kita sakit... anak bini saper nak bela??

Aku seorang ibu yang juga isteri yang bekerja.. macammanapon tak boleh tidak mesti balik awal... maklum... anak² mak aku jaga... kesian pula kat mak aku.. dulu masa muda sibuk jaga anak.. sekarang bila dah tua terkochoh² pulak jaga cucu.. masa tua nielar masa dia nak rehat.. nak mengaji.. semayang... pernah disuarakan nak hantar anak ke nursery... tapi.. mak berkeras nak jaga cucu² dia.. anak² aku nie lasak.. aku tau mak nak tolong aku.. dia kata tak tenang duduk di rumah fikirkan cammana gaya org lain jaga cucu² dia.. terkini sensasi dengan macam² berita... yg pelik dan tak dapat diterima minda... habis.. macammana lar kami².. ibu² nie nak duduk tenang di pejabat sana... aku nie dikira besar tuah.. mak sendiri sanggup nak jaga cucu.. walaupun sebenarnya aku tanak susahkan mak aku.. sebab aku sedia maklum mak aku bukannya kuat mana... sakit pening dia kita tahu apa.... kadang² mak bukan nak mengadu... nak diletakkan org gaji kat rumah mak.. mak pulak taknak... tak betah duduk dengan org asing... privacy takdak mak kata.. dari dulu mak wanita tabah... berdiri teguh walau dah 11 tahun tiada abah... alangkah besarnya pengorbanan mak... tak terbalas rasanya walau dengan seguni emas... ibuku wanita hebat.... mampukah aku menjadi sehebat EMAK??

Aku seorang ibu.. punyai tiga anak² perempuan yang comel dan cerdas.. masing² dengan karektor dan ragam tersendiri... yang pasti semuanya lasak dan tak reti duduk diam.. cabaran yang paling hebat adalah memberikan anak² didikan yang sempurna... walaupun diri ini tidak sesempurna orang lain... aku tetap mahukan yang terbaik untuk anak²ku.. aku mahu mereka membesar dengan penuh etika dan moral yang tinggi... dada dipenuhi ilmu dunia dan akhirat... membesar menjadi seorang wanita intelek yang sopan, rendah diri dan tahu meletakkan diri dalam apa jua situasi.. maruah semestinya di tempat yang tinggi... berpegang pada prinsip dan berdikari... aku mahu persiapkan mereka menempuh arus dunia yang hebat bergelora ini... semoga mereka tidak lemas dihanyut arus..... semoga dahan yang ditanam kuat untuk dipaut... aku bukan seorang yang berharta... bukan juga org ternama... hanya itu yang mampu kuberi buat mereka meneruskan kehidupan yang akan aku tinggalkan.... aku sangat sayangkan anak²ku...

Sungguh hairan aku melihat manusia lain melepaskan amarah dengan mendera anak² yang tidak berdosa ini... apatah lagi yang tergamak membuang darah daging sendiri... tiada hatikah... di mana letaknya perasaan... belas dan ikhsan... sungguh hati tersentap terhiris sayu tiap kali membaca berita² seumpamanya di dada² akhbar.. tergamakkah melihat tangan² yg kecil... wajah yang polos.. tangisan yang tidak berdaya itu merayu untuk bertahan melihat dunia lebih lama.... salah apakah yang telah mereka lakukan.... sehingga kehidupan yg belum sempat dinikmat terus direntap dengan sungguh biadap.. hak apakah yg kita ada untuk menafikan kewujudan mereka.. mereka amanah tuhan buatmu..... anugerah terindah buat insan yang bergelar ibu dan bapa..... mereka tidak minta untuk dilahirkan.. jika kamu ibubapanya manusia.. letakkanlah diri mereka selayaknya seorang manusia.... bukan cebisan daging yg boleh dibuang merata²!!

Ahhh... masalah dunia ini tak akan selesai selama-lamanya... selagi kita manusia tidak berubah.... dari yang baik kepada yang lebih baik... aku inie BaIKkah?? Hmm... sedang berusaha ke arah KeBaIKan....

Kenapa Hati Tidak BaHaGiA??

Artikel yang nie pulak aku cedok dari http://insanmelaka.blog.friendster.com... satu artikel yang bagus utk kita renungkan bersama....
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu
tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

*Ingatlah yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia …buruklahh padahnya…dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia …buruklahh padahnya…

-BaGaiMaNa KeKaL BAHAGIA??-

Tercari² akan erti kebahagian yang sebenar? Artikel nie aku cedok dari sepaku.net kiriman putri kayangan... Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri? Ini resepi yang dia bagi.... kita baca dan amalkan lar apa yang patut......

·Sentiasa berdoa agar disayangi.

·Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

·Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

·Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

·Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

·Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

·Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

·Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

·Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

·Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

·Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
·Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

·Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

·Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

·Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

·Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
·Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

·Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

·Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

·Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

·Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

·Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

·Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

·Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

·Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

·Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

·Sentiasa lakukan ibadah bersama.

·Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

·Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
·Urut belakang isteri sekali sekala.

·Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

·Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

·Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

·Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

·Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

·Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

·Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
·Lebihkan isteri daripada anak-anak.

·Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

·Seeloknya masuk tidur serentak.

·Belai isteri sebelum pergi kerja.

·Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
·Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

·Lakukan riadah bersama isteri.

·Pergi berkelah sekali sekala.

·Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

Thursday, July 30, 2009

..Never Keep Boiling Ur DrinKing Water!!

Sila klik pada gambar nie... artikel nie dah lama aku dapat.. sejauh maner kesahihannya aku tak pasti... sekadar maklumat untuk dikongsi bersama semua.... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails