.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, April 28, 2006

#MisTik#

Kepercayaan terhadap perkara mistik sukar disisih Oleh Nasron Sira Rahim FOBIA terhadap hantu dan perkara mistik yang melanda masyarakat Melayu berlaku sejak pengaruh animisme menyerap beratus tahun lalu dan sesetengahnya terus kekal sehingga kini.
Apa pun, bukti kewujudan dan peranan makhluk halus sekitar manusia seperti jin, syaitan dan iblis ada tertera di dalam al-Quran, tapi di kalangan masyarakat Melayu lebih suka menyebut 'hantu' atau 'makhluk halus'.

Pengkaji Kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin, berkata selain malaikat dan manusia, Allah SWT turut menciptakan jin - ada yang beriman dan kafir.

Kumpulan jin kafir dipanggil syaitan dan ketuanya adalah iblis manakala di kalangan orang Melayu, jin yang kafir ini digelar sebagai hantu seperti toyol dan langsuir. Orang bunian juga terdiri di kalangan jin.

Antara ayat al-Quran yang membuktikan kewujudan dan sebab kewujudan mereka adalah menerusi Surah Shad, ayat 79 hingga 81, bermaksud: "(Iblis berkata) Ya Rabbku, berilah penangguhan kepada aku sampai hari mereka dibangkitkan (kiamat). Sesungguhnya kamu (iblis) termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang ditentukan waktunya (hari Kiamat)."

Firman-Nya dalam surah lain, bermaksud: "Kerana-Mu (Allah) menghukum saya(iblis) tersesat, saya benar-benar akan (menghalangi) mereka (manusia) dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." (al-A'raf: 16-17).

Dr Amran berkata, setiap jin kafir atau syaitan memiliki nama tertentu bagi menggambarkan tugas mereka antaranya Khanzab bagi syaitan yang mengganggu manusia bersolat, Wilhan (mengganggu manusia berwuduk), Qarin (menemani manusia sepanjang hayat untuk menghasut melakukan kejahatan) selain menggalakkan manusia berzina, menipu dan melakukan dosa.

"Iblis akan hidup hingga kiamat tetapi ada pendapat mengatakan syaitan yang boleh menyerupai suatu objek dengan izin Allah seperti ular dan anjing hitam akan mati apabila manusia membunuh haiwan jelmaan itu," katanya.

Dr Amran berkata, jin juga memiliki perbezaan sesama mereka antaranya ada jin yang boleh terbang, berjalan kaki dan merayap malah jin juga hidup seperti manusia dengan berkahwin dan berkeluarga. Bagaimanapun, ulama berselisih pendapat dalam menentukan dengan tepat ciri-ciri jin.

Katanya, tidak semua jin dapat menyerupai lembaga atau objek tertentu dan mereka yang mampu berbuat demikian hanyalah jin yang mempelajari ilmu untuk melakukan tindakan itu; sama seperti manusia mempelajari ilmu ghaib untuk melihat jin.

"Allah menjadikan jin boleh melihat manusia tapi manusia tidak boleh lihat jin. Akan tetapi manusia yang boleh melihat jin adalah mereka yang mempelajari ilmu mendampingi jin, membela jin untuk dijadikan sahabat, orang yang dibuka hijab pandangan oleh Allah SWT selain mereka yang sakit seperti sakit biasa (deman dan sebagainya).

"Jin boleh mengganggu manusia menerusi roh manusia; jin boleh mengetahui kekuatan roh manusia iaitu ada nur (cahaya iman) atau tidak. Pada satu peringkat lagi, ada jin yang boleh mengganggu fizikal manusia seperti mencakar manusia dan ketika mengubat orang yang diresapi jin, saya pernah lihat perkara seperti itu," katanya.

Jin juga boleh meresapi manusia dan ada Hadis yang menyokong kenyataan berkenaan tetapi tindakan itu kurang berkesan terhadap manusia yang memiliki 'roh yang kuat' hasil amal ibadat dan keimanan yang mendalam.

"Di mana ada pembuluh darah, jin boleh meresap dan tanda orang kena resap adalah dia berasa sakit kaki kerana jin berada di kaki. Apabila sakit kepala, jin berkenaan berada di kepala.

"Jika jin meresap ke dalam nadi darah dalam badan manusia dan jika kita membaca ayat suci al-Quran, tubuh individu yang diresapi akan bergerak dan ia bermakna ada reaksi terhadap urat nadi itu disebabkan bacaan ayat suci," katanya.

Menjawab persoalan bahawa mereka yang bukan Islam juga boleh menghalau jin, Dr Amran berkata tindakan itu berlaku kerana Allah turut mengizinkan permintaan golongan kafir itu.
"(Bacaan Bismillah) Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; bagi orang kafir Allah tidak mengasihani, sekadar pemurah saja tetapi untuk umat Islam kedua-duanya. Jika seorang kafir minta kepada Tuhan, Allah memerintahkan kepada malaikat supaya menunaikan permintaan itu kerana Allah tidak mahu mendengar suara manusia kafir itu (memohon kepada-Nya)," katanya.

Thursday, April 27, 2006

CONTENTMENT

Have you ever, at any one time, had the feeling that life is bad, real bad, and you wish you were in another situation?

You find life make things difficult for you, work sucks, life sucks, everything seems to go wrong... Read the following story... it may change your views about life:
After a conversation with one of my friends, he told me despite taking 2 jobs, he brings back barely above 1K per month, he is happy as he is.

I wonder how he can be as happy as he is considering he has to skimp his life with the low pay to support a pair of old parents, in-laws, a wife, 2 daughters and the many bills of a household.

He explained that it was through one incident that he saw in India .. that happened a few years ago when he was really feeling low and touring India after a major setback.

He said that right in front of his very eyes he saw an Indian mother chop off her child's right hand with a chopper. The helplessness in the mother's eyes, the scream of pain from the innocent 4-year-old child haunted him until today.

You may ask why did the mother do so; had the child been naughty, had the child's hand been infected?? No, it was done for two simple words- - -TO BEG!

The desperate mother deliberately caused the child to be handicapped so that the child could go out to the streets to beg.

Taken aback by the scene, he dropped a piece of bread he was eating half-way. And almost instantly, a flock 5 or 6 children swamped towards this small p! iece of bread which was covered with sand, robbing bits from one another. The natural reaction of hunger.

Stricken by the happenings, he instructed his guide to drive him to the nearest bakery. He arrived at two bakeries and bought every single loaf of bread he found in the bakeries. The owner was dumbfounded but willingly sold everything. He spent less than $100 to obtain about 400 loaves of bread (this is less than $0.25 per loaf) and spent another $100 to get daily necessities.

Off he went in the truck full of bread into the streets. As he distributed the bread and necessities to the children (mostly handicapped) and a few adults, he received cheers and bows from these unfortunate. For the first time in his life he wondered how people can give up their dignity for a loaf of bread which cost less than $0.25.




He began to tell himself how fortunate he is. How fortunate he is to be able to have a complete body, have a job, have a family, have the chance to complain what food is nice and what isn't nice, have the chance to be clothed, have the many things that these people in front of him are deprived of...

Now I begin to think and feel it too! Was my life really that bad? Perhaps... no, I should not feel bad at all... What about you? Maybe the next time you think you are, think about the child who lost one hand to beg on the streets.

"Contentment is not the fulfillment of what you want, it is the realization of how much you already have."

When the door of happiness closes, another opens, but often times we look so long at the closed door that we don't see the one which has been opened for us.

It's true that we don't know what we've got until we lose it, but it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives.

The happiest of people don't necessarily have the best of everything; they just make the most of everything that comes along their way.

The brightest future will always be based on a forgotten past, you can't go on well in life until you let go of your past failures and heartaches

TaKot ItU BaYaNgaN DiRi..

Aduiii.. peningnyer ler kepala pepagi nie.. angin semacam jer perut nie.. ngantuks lagi.. argghhh.. dah lar semalam tak cukup tido.. kekejap terbangun.. kekejap bangun.. ikhsss.. tetiap kali terjaga aku teraser baby aku kicking.. hmmm.. dia pon tak bleh tido cam mama dia.. gelisah semacam jer.. pintu bilik tido aku tu.. kekejap bunyi.. cam org main tarik² pintu.. dah lar aku nie penakot.. hehe.. ntah aku nie.. suka pk bukan²...

Aku nie.. biler beranie.. beranie sgt.. biler dtg takotnyer tu.. nak tergelak pon ader.. ntah aper² tah.. ketakotan tu sebenarnya bayangan diri kita sendiri.. biler kita pk kita takot.. maka takot lar jadiknyerr.. mender² halus nie mmg wujud di sekeliling kita.. tak kira di mana kita berada.. coz.. kita idup berkongsi dunia ngan dorang.. cuma lebihnya kita tak nampak dorang nieh... kalau nampak.. alamat tak lalu makan ler.. tak senang idup.. hummmp..

Ada kawan silat Abah aku nama dia Pakcik Atan.. (nama penuh dia aku tak tau).. Dia nie ada six sense.. telus mata dan boleh lihat mender² ghaib.. maser dia dtg umah kitorang kat Tmn Dagang.. dia kata.. dia nampak jer mender² tu duduk berderet kat tangga rumah.. Dia kata makhluk² nie suka berkumpul kat bilik air.. tetambah tmpt kain baju berlonggok.. fav dia lar tu.. dia suka tetempat yg kotor.. so dia pesan.. jangan suka sepok² baju.. especially kat bilik air.. dan pastikan yg bilik air kita tu sentiasa bersih.. bilik air nie sbnrnya merupa HQ makhluk² nie.. tmpt dia kuar masuk.. kira pejabat dia lar.. lagi kotor lagi dia suka.......

Pakcik Atan nie cakap.. ada hikmahnya manusia tak dibukakan hijab melihat dunia sebaliknya.. cam dia.. tetiap kali nak makan.. bleh jadik tak lalu.. biler tgk mender tu terjelir² lidah... keliling makanan dan juadah kita.. tetambah kalau org yg makan tu tak bacer Bismillah sblm makan.. kita makan sisa dia jer... nak mandi or buang hajat kat bilik air pon kena bacer doa pelindung.. kat situ.. lagi macam² bentuk dan rupa ada.. kalau kita masuk toilet tak baca apa².. segala bahan buangan kita.. dilumurkan pada kita balik... eiiiiii..

Aku nie orgnya kalau nak tau.. suka sgt bacer citer² misteri.. kalau beli buku or majalah.. column tu dulu yg aku bacer.. satu lagik.. aku suka tgk horror movie.. tatau naperr.. kadang² mender tu influence dlm idup.. biler teringat citer² yg aku bacer.. mulalah fikiran menerawang.. igt yg bukan²... kita.. biler tgk citer² camtu.. kena ada barrier dlm diri.. biler ada benteng semangat yg kuat.. baru kita bleh maintain kehidupan spt biaser.. kita tau maner realiti dan apa fantasi.. or halusinasi... dan tipsnyer... jgn pk kan sgt....... buat dek jerrrrrrr...

Percayer tak.. beraninyer aku sampai aku sanggup p tgk depan² org bunuh diri terjun bangunan kat opis aku skrg nie.. perkara nie berlaku last 2 yrs.. sblm aku kawen.. maser tu budak yg terjun bangunan tu baru jer mati.. org sumer baru nak start berkumpul kat situ.. polis pon belum sampai.. aku gie tgk mayat tu dlm jarak 5 meter.. pastu nak tau aper jadik.. aku dihantui badi mayat tu.. siang malam terbayang².. aku raser cam aku senantiasa diperhatikan.. malam² aku dgr cam org menangis kat luar tingkap bilik aku.. kat umah mak.. aku dok bilik atas sekali kat tingkat 3... seram sejuk beb!! Sib baik lar last yr maser ader org mati jatuh bangunan apartment aku tinggal skrg nie.. blok aku tinggal jgk.. laki aku dah inform aku awal² maser amik aku balik keje.. cukup dia sorang yg tgk.. dia tak kasik aku tgk.. bawak aku gie taman dedekat situ sampai ler polis settlekan kejadian tu.. biler balik aku cuma nampak mgmt bangunan ngah bersihkan tmpt kejadian ngan pili bomba...

Maser kat UiTM Jengka dulu plaks.. selalu jadik event histeria.. yelah.. budak kelas aku ramai yg terlibat.. sesaper yg lemah semangat tu.. awal² lagi dah bertempiaran lari.. org² yg kena histeria nie plaks kebanyakkannyer terdiri dari budak² pompuan yg cun.. dan bermata galak.. biler dia jegil mata.. huh.. mau terbang semangat! Tapi aku kuatkan semangat.. pegang budak tu.. yelah.. bukan org lain.. kawan aku jugak... ayat yg terlintas di fikiran cuma ayatul Qursi.. surah² lain tak igt sgt.. aku pon bukannyer ustazah... ada lar 2...3.. kali jgk aku kena pegang budak histeria... satu hari tu aku dtg kotor.. disebabkan sumer dah bertempiaran lari.. dan aku yg terdekat ngan kawan aku nieh.. nak tanak aku ler yg pegang dia.. tak kan nak biar camtu jer.. walaupon org ckp pompuan tgh dlm kotor bdnnya lemah.. keadaan dah memakser... yg peliknya.. malam tu.. hari tu.. kekejap aku raser cam nak menjerit.. maser kat bilik.. kat dewan makan.. dan malamnyer maser ada kelas kat Dewan Kuliah paling ketara... secara tiba² perasaan tu dtg.. first time aku raser macam tu sebenarnya.. sblm² nie tak pernah pulaks.. aku control jer perasaan tu... sampai biler raser nak menjerit.. aku duduk... sib baik perkara tu tak berlarutan.. kuat lagi semangat aku...

Event² camnie mmg berlaku hari².. tak kira di mana.. adalah lebih baik kita tak tgk dari tgk... bukak jer TV.. tgk berita.. hari² ada jer kes bunuh... kenaper manusia nie kejam sampai sanggup membunuh eak?? Ngeri kengkadang biler pk... macam negara tadak undang² laks.. cam idup zaman koboi.. bunuh membunuh sesuka hati.. Kematian mmg satu yg pasti.. tapi jgnler kejadian² buruk camnie menimpa keluarga dan kenalan kita... selisih malaikat... minta dijauhkan.. kalau nak mati pon biar lar dlm keadaan yg baik... kalau aku.. aku nak mati dlm dakapan org yg tersayang... aku nak pergi dgn aman.... dlm keadaan bersedia dan sempurna..... mudah²an Allah perkenankan......... Aminnnnnnnnn~

Wednesday, April 26, 2006

~JuJuR~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails