.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, April 25, 2013

Senyum.. x PeRLu KaTa aPa2..


Selamat pagi semua.. mudah2an dgn gambar tersenyum nie boleh buat aku senyum sepanjang hari.. hidup nie x lama.. x berbaloi pon nak nangis.. sedih.. kecewa.. Hak saya untuk hidup BAHAGIA!! 

Wednesday, April 24, 2013

MeNaNG atau KaLaH..

Ya Allah... susahnyer nak masuk blog sekarang... apatah lagi nak merapu dalam nie.. sejak jadik PA pengganti nie memang tak menang tangan aku nak buat keje... nak duduk rileks pon jangan mimpi larrrr... memang.. pada mulanya aku agak tension jugak... aku nie mangsa keadaan tau tak... huhuhu.. tapi.. saper lar yg nak cuba fahami masalah ko melainkan ko sendiri ler bawak² paham... orang lain peduli aper kan... ko nyer keje.. ko hadap lar ambik... adesss... penantian suatu penyiksaan... lepaskan aku dari belenggu ini.. tolong!!

Demi sesuap nasi.. sob.. sob.. sob... terpaksa jua kurelakan keadaan ini.  Untuk tidak membebankan hati.. aku berserah.. bagai kata seseorang di sinie... untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik... Allah akan uji hambanya.. menang atau kalah... kita tunggu hingga permainan ini selesai....


Thursday, April 18, 2013

BerSeDiaKaH Kita..??

 
Mengerikan membayangkan dan memikirkannya..
 
 

Tuesday, April 16, 2013

Firman - KeHiLaNGaN


Aku suka lagu nie.. melodi sedap.. satu kisah sedeh.. huhuhu

***********************

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)



 

Wednesday, April 10, 2013

DiDiK ANaK SoLAt..

Macam mana nak buat anak solat tanpa perlu disuruh.. dibebel.. dipukul...

Anak perempuan saya umur 12 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah... dah la tak solat... cakap tipu pulak...disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya.

MasyaAllah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon taubat pada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..
...
Pada satu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh.... Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa.... Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah berubah... solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. Dan alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

"Rabbi-Ajal'ni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal Duaa"

[14:40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


MaRi MeNGuNDi..

 
 

Thursday, April 4, 2013

KeRoPoK PLaSTiK..

 
Cara membezakan samada keropok yang dijual dipasaran tu digoreng dengan minyak yang dicampur plastik atau tidak.

Cara untuk memeriksa apakah gore...ngan keropok digoreng dengan minyak yang dicampur plastik atau styrofoam. Kalau keropok tersebut dibakar dengan api keropok itu akan menyala seperti plastik yang dibakar dan akan hitam mengkilat seperti pada gambar.

SHARING IS CARING..:)


Wednesday, April 3, 2013

OOooooppps!

Banduan...

Seorang banduan yang telah dipenjara selama 20 tahun tiba-tiba dapat melepaskan diri. Banduan tersebut dengan bijak dapat meloloskan diri dari penjara dan melarikan diri sehingga tiba di sebuah kampung. Akhirnya dia menceroboh sebuah rumah yang didiami sepasangan suami isteri muda.

Banduan tersebut menceroboh dengan niat untuk mencuri wang namun apa yang ditemuinya sepasang suami isteri yang sedang enak tidur di dalam bilik. Dia lalu memerintahkan si suami turun dari katil dan mengikatnya di kerusi. Kemudian banduan tersebut mengikat si isteri di katil sambil mencium lehernya lalu bergegas ke bilik air.

Sedang banduan tersebut berada di bilik air si suami sempat berbisik kepada isterinya "Mama, papa rasa banduan jahat tu kalau tengok baju dia. Mungkin dah lama dipenjara, lama tak dapat perempuan agaknya kalau tengok cara dia cium leher mama tadi. Mama, kalau dia nak rogol mama jangan la menolak, buat dia puas. Papa takut dia bunuh kita nanti. Mama bertahan ye, i love u mama."

Si isteri menggeleng kepala lemah sambil berbisik "Papa, dia tak cium leher mama, dia bisik kat mama. Dia cakap dia gay dan papa seksi. Dia tanya mana lotion, mama cakap kat bilik air. Papa bertahan ye, mama sayang papa jugak."


Tuesday, April 2, 2013

SLeEPy HeAD..

Semalam idup aku tak tenteram rasernyer.. gara² sesuatu yang tidak aku sukai di tempat kerja.. terbawak² hingga ke rumah.. mood melayang² entah ke mana.. tak cukup politik negara yg tak abis² bidas membidas.. dtg pulak politik yang inie.. nak termuntah lar biler cakap pasal politik.. bosan dgn telatah dan perangai orang² yang kita harapkan dapat menjadi contoh... tetapi tindak tanduk mereka mengalahkan budak yang baru nak baligh..  mungkin sudah masanya aku berubah angin.. hurrrmmmm...
 
Hati resah.. payah nak tido... bila lena macam² yang menerpa kat kepala yang berserabut nie.. meracau.. mimpi yang bukan².. mimpiku bergenre seram... dalam mimpi tue Fizz Fairuz nak start moto.. tapi tak bleh sebab berat.. bila dia toleh belakang.. tertonggok kat moto dia sebungkus pocong... tiba² tanah di sebelah moto berlubang.. Fizz Fairuz jatuh dalam lubang tu ditolak si pocong... aku nampak dengan jelas muka pocong tue.. tiba² ntah dari mana aku melompat naik atas pocong tu yang menindan badan Fizz Fairuz... dengan beraninya berlagak bagaikan bomoh.. terkumat kamit aku membaca ayat... yer ayat kursi... si pocong terbeliak² mata tengok aku yg bersungguh² membaca sampai tak sempat nak ambil nafas... dan jatuh meleleh air liur aku sebab tak sempat nak telan.. menitik masuk ke mata si pocong dan mulutnya... ahahahahaa.... pocong menggeletis kegelian... tiba² aku terdengar bunyi dan membuka mata... alarm hp dah menyanyi menandakan hari yg baru telah bermula..

"Bang... bang.. bangun... tengok jam pukul berapa... kejut budak².."  Dan kami pon bersiap memulakan rutin harian hantar anak ke sekolah.. ke rumah mak dan pergi kerja... Ooooowwwhhh... satu lagie... sesuatu menyebabkan aku terjaga dari mimpi... memecah keheningan pagi... ketawaku lepas berdekah².... macam nak pecah perut... korang nak tau??? Okeh.. meh aku citer...
 
Kat umah mak tadi.. sebelum berpamitan utk meneruskan tanggungjawab mencari rezeki.. kami akan bersalaman.. berkucupan... of course lar anak aku si Ainna & Amna cium dan salam tangan aku.. aku pulak cium pipi dorang yg bau ashammm buat bekalan ke tempat kerja.. hehehe dan akhir sekali akan salam tangan mak... tau apa aku buat... tadi aku salam mak aku dulu... dan aku halakan tangan ke mulut mak aku yg terbaring dalam berselimut (mak tengah layan tido.. aku tengah layan perasaan) dan tiba².... "Haaa... Elok lar tue bagi aku cium tangan hang... nak naik pangkat lar tue!!"  Hummagaihhhh... siyes aku tak pasan.. aku bagi mak aku cium tangan aku... Omaigoooddd... ini kalilah... ini lah sekali seumur hidup aku sua tangan bagi mak aku cium... ahahahaha... gelak aku susah nak berhenti... otak ngan perbuatan aku tak synchronize.. aku bayangkan bersalam ngan anak aku.. tapi aku salam ngan mak... tu pasal aku dorong tangan aku ke mulut mak cam biasa buat kat anak² aku.. mak pon bantai gelak... aperpon tiap kali terbayang balik apa yg terjadi mulut nie tak bleh tidak mesti tersenyum..  and I'm glad.. coz it light up my day!
 
 

SUBHANALLAH..

 
Dengan Kuasa Allah yang menghidup dan mematikan..
 

URI DaN CaRa MeNGuRuSKaNNyA..



Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.

MENANAM URI ANAK

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.


 Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.


7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

***mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

 
 

NASIHAT DARI IBU ROSE: SeLF ESTeeM..

Nak jadik mak bapak bukan senang.. nak didik anak bukan kerja mudah.. sambil mendidik.. sambil belajar.. cuba menjadi parent terbaik.. jom tgk apa kata Ibu Rose..


JIKA ANAK TIADA KONFIDEN NAK BUAT BENDA SEPERTI BERENANG, MELUKIS DSBNYA! APA NAK BUAT????

Pertama sayang jangan risau sangat. Sebab tenaga risau sayang itu menyebabkan dia rasa gementar. Tenaga boleh dirasai dan berpindah. Just relax and take it easy if he looks afraid. Mungkin dia bukan takut, tetapi mungkin dia jenis yang analisa dahulu. Ini adalah jenis keperibadian dan karekter.

Konfiden ada kait mengait dengan skil. Jika tiada skil, maka tiada konfiden. Contoh, ibu tiada konfiden untuk bermain guitar sebab ibu tiada skil itu. Namun, ibu tidak berasa rendah hati kerana tidak pandai bermain guitar. kerana ibu mempunyai hormat yang tinggi kepada hormat diri ibu. Ibu tahu, jika ibu mahu maka ibu boleh belajar skil bermain guitar dan pandai bermainnya.

Anak yang takut masuk ke dalam air untuk berenang, bimbing saja tangan dia tanpa memberi komen negatif, contohnya kenapa ini pun nak takut dan segala yang sewaktu dengannya.

Bila dia dah dapat skil itu, maka dia akan konfiden berenang. begitulah dengan semua hal.

Bila anak yang belum konfiden di dalam sesuatu hal dimarah dan diberi komen negatif, maka hormat dirinya akan tercalar, maka itu lah yang menjadikan dia takut melakukan segala benda baru.

Semoga sayang tidak termasuk di dalam jerat kehidupan ini , menjadi ibu atau bapa yang menjatuhkan hormat diri (self-esteem) anak-anak yang anda sayangi.

Salam Kasih - Ibu Rose



Monday, April 1, 2013

PeRaNGKaP NyAMuK..

 
 
 
KESIHATAN ADALAH SEGALANYA! - JOM BELAJAR MEMBUAT PERANGKAP NYAMUK YANG MUDAH DAN MENENTANG NYAMUK ADEAS DAN DENGGI.

Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air
50 gram gula perang,
1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan
1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas.
Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails