.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, January 18, 2013

SiAPa YaNG BeRDoSa..

Pagi semalam.. waktu bersiap nak pegi kerja.. Alyaa masuk bilik aku yang tengah bersiap depan meja mekap...
 
Alyaa:  Bonda.. Bonda.. Kakak ada satuuuuu soalan...
Aku:  Hmmm... (masa nie lar dia nak tanyer.. maser org bersilat nak pegi keje)
Alyaa:  Bonda.. kalau orang jumpa baby kat tong sampah.. pastu bapak dia bela dia.. pastu bapak dia tak ajar dia pakai tudung.. sapa yang berdosa.. bapak kandung dia ke bapak angkat dia..?
 
HURRRMMM WHAT A QUESTION...
 
Terdiam aku sekejap.. hebat sungguh soalan si Alyaa nie.. baru 7 thn dah pandai soal soalan macam nie... terfikir sekejap aku.. dari mana datangnya idea dia nak soal soalan yang macam nie.. dari sinetron² yang dia tengok kat tv kah??
 
Aku:  Hurrrmmmm... ntah lar Kakak.. Dedua pon berdosa.. bapak angkat berdosa sebab dia tak didik anak dia betul².. sebab dia penjaga budak tu.. jadi dia mmg bertanggungjawab.. bapak kandung dia memang dah berdosa.. sebab buang anak dia... dia tak bertanggungjawab...
 
Alyaa:  Oooo patut lar.. bila kat borang sekolah kakak selalu kakak tengok ada tulis ibu/bapa/penjaga.. penjaga tu bapak angkat lar Bonda??
 
Aku:  Haa.. kita nie hidup tak semestinya tinggal dgn mak bapak.. ada orang tinggal dengan nenek.. ada orang tinggal dengan kakak.. abang.. sebab mak bapak dorang dah tak der.. dah meninggal... jadi orang yang tinggal ngan dia tu lar penjaga dia..
 
Alyaa.. terangguk² cuba nak paham... Alyaa... Alyaa....


Wednesday, January 16, 2013

Mari KiTa BerSuKaN.. BoLeH BaKaR KaLoRi..

1. Badminton (30 minit) = 160 kalori menurut Self.com

2. Bola Jaring/Bola Keranjang (30 minit) = 272 kalori disebut American Council on Exercise

3. Bota tampar Pantai (30 minit) = 286 kalori menurut Self.com
    Bola tampar Air (30 minit) = 198 kalori
    Bola tampar biasa dimain secara kasual (30 minit) = 108 kalori

4. Berbasikal berkelajuan perlahan (30 minit) = 136 kalori disebut American Council on Exercise
    Berbasikal berkelajuan sederhana (30 minit) = 272 kalori
    Berbasikal berkelajuan pantas (30 minit) = 408 kalori

5. Mendayung berkelajuan sederhana (30 minit) = 250 kalori menurut Self.com
    Mendayung secara santai (30 minit) = 125 kalori
    Mendayung dengan laju (30 minit) = 303 kalori

6. Bolasepak bg yg berberat badan 70kg (30 minit) = 250 kalori mengikut Harvard Health  
    Publications, Harvard Medical School.

7. Berenang dengan laju (30 minit) = 372 kalori bagi yg berberat badan 70kg Harvard Health  
    Publications, Harvard Medical School.
    Berenang dengan santai (30 minit) = 223 kalori

8. Pingpong santai (30 minit) = 136 kalori mengikut American Council on Exercise

9. Berlari biasa/jogging (30 minit) = 340 kalori
    Berlari laju (30 minit) = 459 kalori

10. Kayak bagi yg berberat badan 70kg (30 minit) = 186 kalori mengikut Harvard Health 
      Publications, Harvard Medical School

11. Tinju bagi tubuh dengan berat 70kg (30 minit) = 355 kalori disebut Harvard Health Publications,
      Harvard Medical School

12. Bola Tangan (30 minit) = 446 kalori menurut Harvard Health Publications, Harvard Medical 
      School

13. Tenis (30 minit) = 272 kalori

14. Berkuda (30 minit) = 149 kalori bagi yg berberat 70 kg menurut Harvard Health Publications,
      Harvard Medical School

15. Polo Air (30 minit) = 340 kalori

Lepas nie raser macam nak beli basikal sebijik... yang bleh gerak ker.. yang tak bleh gerak eakkk... hurrrmmmm...


..JaNGaN PuKuL AnAK KeCiL..


 
PERINGATAN UNTUK DIRI SAYA SENDIRI & KAWAN2..

KENAPA KITA DILARANG MEMUKUL ANAK KECIL SEDANG MENANGIS

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.


Friday, January 11, 2013

My JOuRNeY To LOSe 17Kg: Day 5

Tak tau eak.. ekekeke... okeh.. okeh.. nie nak citer lar nie..yer.. arinie ialah hari ke-5 aku berdiet.. secara 'Atkins'.. Aku pasti ramai yang dah tau pasal Atkins Diet nie atau masih ada yang tak pernah dengar??  Okeh boleh baca penerangan dia kat bawah nie.. nak tau lebih lanjut boleh google atau baca kat sini..
 
The Atkins diet involves limited consumption of carbohydrates to switch the body's metabolism from metabolizing glucose as energy over to converting stored body fat to energy. This process, called ketosis, begins when insulin levels are low; in normal humans, insulin is lowest when blood glucose levels are low (mostly before eating). Reduced insulin levels induces lipolysis which consumes fat to produce ketone bodies. On the other hand, caloric carbohydrates (for example, glucose or starch, the latter made of chains of glucose) affect the body by increasing blood sugar after consumption. (In the treatment of diabetes, blood sugar levels are used Carbohydrate Counting.) Fiber, because of its low digestibility, provides little or no food energy and does not significantly affect glucose and insulin levels.
In his early books such as Dr Atkins' New Diet Revolution, Atkins made the controversial argument that the low-carbohydrate diet produces a metabolic advantage because "burning fat takes more calories so you expend more calories".[1] He cited one study where he estimated this advantage to be 950 calories (4.0 MJ) per day. A review study published in Lancet[2] concluded that there was no such metabolic advantage and dieters were simply eating fewer calories because of boredom. Professor Astrup stated, "The monotony and simplicity of the diet could inhibit appetite and food intake".
In the most recent book by Drs. Westman, Phinney, and Volek, the authors suggest optimal levels of protein, fat, and calorie intake and have moved away from the metabolic advantage theory.
The Atkins Diet restricts "net carbs" (digestible carbohydrate grams that affect blood sugar less fiber grams). One effect is a tendency to decrease the onset of hunger, perhaps because of longer duration of digestion (fats and proteins take longer to digest than carbohydrates). Atkins states in his 2002 book New Diet Revolution that hunger is the number one reason why low-fat diets fail and that the Atkins diet is easier because one is satisfied with adequate protein, fat and fiber.[1]
Net carbohydrates can be calculated from a food source by subtracting fiber and sugar alcohols (which are shown to have a smaller effect on blood sugar levels)[citation needed] from total carbohydrates. Sugar alcohols contain about two calories per gram, and the American Diabetes Association recommends that diabetics count each gram as half a gram of carbohydrate.[3] Fructose (for example, as found in many industrial sweeteners) has four calories per gram but has a very low glycemic index[4] and does not cause insulin production, probably because β cells have low levels of GLUT5.[5][6] Leptin, an appetite regulating hormone, is however not triggered following consumption of fructose. This may for some create an unsatisfying feeling after consumption which might promote binge behavior that culminates in an increased blood triglyceride level arising from fructose conversion by the liver.[7]
Preferred foods in all categories are whole, unprocessed foods with a low glycemic index, although restrictions for low glycemic carbohydrates (black rice, vegetables, etc.) are the same as those for high glycemic carbohydrates (sugar, white bread). Atkins Nutritionals, the company formed to market foods which work with the Atkins Diet, recommends that no more than 20% of calories eaten while on the diet come from saturated fat.[8]
Atkins' book, Atkins Diabetes Revolution, states that, for people whose blood sugar is abnormally high or who have Type 2 diabetes mellitus, the Atkins diet decreases or eliminates the need for drugs to treat these conditions. The Atkins Blood Sugar Control Program (ABSCP) is an individualized approach to weight control and permanent management of the risk factors for diabetes and cardiovascular disease.[9] Nevertheless, the causes of Type 2 diabetes remain obscure, and the Atkins Diet is not accepted in conventional therapy for diabetes.
 
The first day aku mula berdiet berat aku 69.4 kg.. hari nie berat aku dah 68.3kg.. dah turun 1.1kg tak sampai satu minggu... ok lar tue kan... target aku ialah selama 17 minggu... maksudnya aku ada 4 bulan dalam masa 17 minggu aku akan cuba turunkan 17 kg... so... korang raser boleh ker??  Kuat ker tak semangat aku nieh??  Hmmm kita tunggu dan lihat... ^__________________^
 
Misi kuruskan badan aku bermula pada 7 Januari 2013 dan akan berakhir pada 5 Mei 2013.. 17 minggu... aku harap masa tu nanti berat aku dah 52kg.... Wow.. hati berbunga² membayangkan badanku yang berberat hanya 52kg... dah lama badan tak ringan macam tue.. mudah²an semangat aku kuat dan hati aku tabah menghadapi godaan keadaan dan nafsu makan yang bergelora di dasar hatiku yg nampak macam tenang.. tapi sebenarnya bukan senang korang.. bukan senang nak tahan nafsu makan yang berpusar² di tekak nie...

Menu dan jadual makan aku??  Ehehehe.. nak tau jugak ker??  Ok.. ok... bukan nak kasik tau sangat.. tapi sebagai rekod aku untuk dirujuk di masa² akan datang... biasanya...

Bangun pagi gosok gigi.. ekekeke.. ok²... lepas mandi bersiap utk ke pejabat.. sebelum masuk keta.. aku akan minum air kosong segelas bersama sebiji kapsul Lecithin...  sampai opis aku sarapan air oat susu.. dalam in between lunch aku makan kudap² biasanya buah²an... dan setenah jam sebelum lunch aku akan pastikan aku minum segelas air apple cider..

Lunch time makan lauk.. lauk sahaja... aku beli nasi bungkus.. nasi separuh yg nasinya tidak akan aku sentuh... lorr watper beli nasi kalau tak makan... yer.. yer... sebelum nie mmg aku dah beli bungkus lauk sahaja.. dan harganya humaghaihhhh... RM11.00 utk tiga jenis lauk... tapi... dengan teknik membungkus nasi separuh bersama lauk yg berparuh²... 2 jenis sayur.. 2 jenis protien.. ikan/ayam/daging... aku hanya perlu membayar RM6.00... bijak tak aku... ehehehe... bijak.. bijak... sesekali nak isi bakul angkat sendiri juger.. ... okeh... nasi tue... hmmm... nasi tu aku tak buang... aku bawak balik suap anak aku makan.. membazir itu amalam syaiton..

Lepas lunch... aku kena harus mestiii cari kudap² juga... sebab aku takmo nafsu makan aku nie bergelora... bila dah bergelora.. mmg akan hancusss lar diet aku ari tu... sbb dinner aku mesti makan besar.. BESAR PUNYA!!  Hehehehe... aterrrr Kevin pon mmg suh makan 5 - 7 kali satu hari kan... selain kita nak kawal nafsu makan... kita juga dapat boost up kita nyer metabolisme supaya selalu bekerja... supaya dia selalu rajin dan berada dalam tahap maksimum... baru lar sumer makanan yg kita makan dibakar dan tidak disimpan sebagai lemak..

Petang sampai rumah... kalau awal.. aku & En. Ady akan berjogging dan main badminton... and dinner time.... hummmp... minum segelas apple cider.. aku akan makan lauk sahaja.. atau makan sup sayur atau tomyam.. atau yang seangkatan dengannya... cumanya aku tak akan makan nasi atau roti atau mee atau mihun yang mana semuanya bersumberkan karbohidrat... sebelum tido.. minum segelas air kosong + lecithin capsule... hurmmmm... begitu lar hari² seterusnya...
 
 

..Zhang Da..

 
 
KISAH BENAR....
(( Hidup kanak-kanak miskin bernama Zhang Da, MOTIVASI buat KITA..))

lepas baca silakan share...

Zhang Da menanggung beban hidup yang berat ketika usianya masih sangat muda. Tahun 2001, ketika usianya mencecah 10 tahun, Zhang Da mesti menerima kenyataan ibunya lari dari rumah. Ibunya keliru karena tidak tahan dengan kemiskinan yang dihadapi keluarganya. Yang lebih tragis, ibunya pergi karena merasa tidak sanggup lagi mengurus suaminya yang lumpuh, tidak berdaya & tiada harta. Dan ia tidak mahu membantu keluarganya..

Maka Zhang Da yang tinggal berdua dengan ayahnya yang lumpuh, terpaksa mengambil-alih semua tanggungjawab keluarga. Ia harus mengurus ayahnya, mencari rezeki, memasaknya, memandikan ayahnya, mencuci pakaian, mengubati ayahnya, & sebagainya..

Yang sangat menjadi inspirasi, ia tidak mahu berhenti sekolah. Setelah mengurus ayahnya, ia pergi ke sekolah berjalan kaki melewati hutan kecil dengan mengikuti jalan menuju tempatnya mencari ilmu. Selama dalam perjalanan, ia makan apa saja yang boleh mengenyangkan perutnya, mulai dari memakan rumput, dedaunan, dan jamur-jamur untuk memberi tenaga. Tidak semua boleh jadi bahan makanannya, ia memelih berdasarkan pengalaman. Jika satu tumbuhan di rasa tidak sesuai dengan lidahnya, ia tinggalkan dan berubah ke tumbahan berikutnya. Sangat bertuah karena ia tidak memakan tumbuhan atau herba yang beracun..

Usai sekolah, agar dirinya boleh membeli makanan dan ubatan untuk ayahnya, Zhang Da bekerja sebagai tukang batu. Ia membawa keranjang di punggung dan keluar menjadi pemecah batu. Upahnya ia gunakan untuk membeli plbagai keperluan seperti ubat-ubatan untuk ayahnya, bahan makanan untuk berdua, dan sejumlah buku untuk ia pelajari..

Zhang Da ternyata cerdas. Ia tahu ayahnya tak hanya memerlukan ubat yang harus diminum, tetapi juga memerlukan ubat yang harus disuntikkan. Karena tidak mampu membawa ayah ke doktor atau ke klinik terdekat, Zhang Da justeru mempelajari bagaimana cara menyuntik. Ia beli bukunya untuk ia pelajari caranya. Setelah boleh ia membeli jarum suntikan dan ubatnya lalu menyuntikkannya secara rutin pada ayahnya..

Kegiatan merawat ayahnya terus dijalaninya hingga sampai lima tahun. Rupanya kegigihan Zhang Da yang tinggal di Nanjing, Provinsi Zhejiang, menarik perhatian pemerintahan setempat. Pada Januari 2006 pemerintah China mengadakan penghargaan peringkat nasional pada tokoh-tokoh inspirasi peringkat nasional. Dari 10 nama yang dipilih, satu di antaranya terselip nama Zhang Da. Ternyata ia menjadi tokoh terpilih yang termuda..

Acara tersebut diadakan melalui siaran langsung dimedia secara nasional. Zhang Da diminta tampil ke depan pentas. Seorang pengacara bertanya kenapa dia mahu berkorban seperti itu padahal dirinya masih kanak-kanak. "Hidup mesti terus berjalan. Tidak boleh menyerah, tidak boleh melakukan kejahatan. Mesti menjalani hidup dengan penuh tanggung jawab," katanya.

Setelah itu terdengar tepukan gemuruh dari seluruh penonton. Pengacara bertanya pada dia lagi. "Zhang Da, sebut saja apa yang kamu mahu?, sekolah di mana?, dan apa yang kamu inginkan? Berapa banyak duit yang kamu perlukan sehingga kamu habis belajar dan mahu sambung belajar di mana. Pokoknya apa yang kamu mahu sebutkan sahaja. Di sini ada banyak pejabat, perniagaan, dan orang terkenal yang hadir. Saat ini juga ada ratusan juta orang yang sedang melihat kamu melalui layar television, mereka boleh membantumu!" Jelas pengacara.

Zhang Da terdiam. suasana menjadi sunyi menunggu ucapanya. pengacara mesti mengingatkannya lagi. "Sebut saja!" kata pengacara menegaskan.

Zhang Da yang saat itu sudah berusaha 15 tahun pun mulai membuka mulutnya dengan bergetar. Semua hadirin di situ, dan juga jutaan orang yang menyaksikannya secara langsung melalui television, terdiam menunggu apa yang diinginkan oleh Zhang Da. "Saya mahu mama kembali. Mama kembalilah ke rumah, aku boleh membantu papa, aku boleh cari makan sendiri. Mama kembalilah!" kata Zhang Da yang disambut titisan air mata terharu para penonton.

Zhang Da tak meminta hadiah duit atau kebendaan atas keikhlasannya berbakti kepada orang tuanya. Sedangkan pada masa itu tetamu yang hadir boleh membantu menolongnya. Di mata Zhang Da, mungkin kebendaan boleh dicari mengikut dengan keperluannya, TETAPI SEORANG IBU & JUGA KASIH SAYANG DARIPADA IBUNYA ITU SANGAT TIDAK TERNILAI~
 
 

Tuesday, January 8, 2013

BerSeDeKaLaH..

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata, ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetu...k pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang: ''Demi Allah, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu.

Rasullullah S.A.W bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''. Allahuakhbar.


Monday, January 7, 2013

BerDietLaH CaRa SiHaT..

Aku sekarang dah gemok... yelah makan tak ingat diri kan.. biler baju dah ketat baru ingat nak timbang berat.. ehehehe... aritu kan aku ada cakap sangat² memerlukan produk pelangsingan badan.. sekarang tidak lagie.. no..no..no.. bukan sebab aku dah kurus... tapi sebab setelah aku membaca website Kevin Zahri.. cikgu fitness kita.. macam² ilmu aku dapat.. siyessss... dia memang cikgu diet yang baik...

Antara mesej penting bagi orang yang ingin menurunkan berat badan... yang sangat² seriously nak dapatkan a better shape... caranya idak lar susah benor... cuma perlukan semangat dan keazaman yang tinggi... istiqomah... yer perlu ISTIQOMAH dalam melakukan sesuatu yang baik.. to live a healthy life memang satu perkara yang baik.. tubuh kita nie amanah dari tuhan.. bila² masa dia boleh tarik balik... dan adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga amanah ini sebaiknya...

Berikut ilmu² yang aku kutip dari kata² Kevin juga dari tips² yang aku jumpa di internet..

1.  Kita sebenarnya boleh makan 5 - 7 kali satu hari... uiiii banyak tuee.. cemmaner nak kurus lak.. TAPI... ada tapinya... setiap hidangan ada portion²nya... misalnya.. kita cuma boleh makan (nasi/karbohidrat) segenggam penumbuk kita... kalau penumbuk ko besar.. besar lar portion makan ko.. kalau penumbuk ko kecik.. makan ler sikit jer... jadi perumpamaannya... ukur nasi di penumbuk sendiri... jangan guna penumbuk org.. hehehe... okeh.. okeh... lagie satu dia kata... satu genggam penumbuk nasi tue kita boleh makan kalau kita minum air kosong... bukan air manis.. kalau nak minum air manis... sepenumbuk nasi tadi perlulah dikurangkan lagi portion dia.. sebab nasi itu karbohidrat.. gula juga karbohidrat dan juga kalau nasi ko lauknya ada kentang ko kena kurangkan lagi portion nasi tue... maksud kata.. kita cuma boleh amik sepenumbuk karbohidrat setiap hari.. kalau nak yg tu.. kena kurang yg nie.. kena pepandai bajet lar..

2.  Banyakkan minum air kosong... minum banyak mana pon tak per.. ada ais ke tak dak ais ke tak kisah... sebab air kosong tak ada kalori.. dan air kosong tidak menggemukkan.. kalau buncit pon sekejap jer.. lepas sistem tubuh melalui proses pengkumuhan.. perpeluhan.. semua air tadi pon hilang.. sepertimana tubuh perlukan kalori untuk bekerja.. tubuh juga perlukan air untuk badan kita dibersihkan... Berapa gelas air satu hari.. katanya bergantung cara tubuh kita digunakan... kalau banyak badan kita kuar air.. banyak jugak lar kita kena top up balik.. contoh kita berjongging.. bersauna.. berkebun... main kejar² ngan anak... air banyak keluar.. jadi kita kena minum banyak juga bagi menggantikan yang keluar... indicator terbaik nak tengok cukup tak cukup air di tubuh kita.. tengok lar air kencing.. kalau warna dia pekat kuning.. itu tandanya tak cukup air lar tue.. kalau air kencing warna pon dah nak macam air minirel.. itu tandanya keperluan air badan kita mencukupi..

3.  Makan dalam pinggan yang kecik.. untuk melatih kita makan dalam kuantiti yang sedikit..amik lauk penuh pinggan kecik manakan sama penuhnya pinggan besar.. Banyakkan makan serat.. lebihkan protein.. kuarangkan karbohidrat..

4.  Biler nak makan.. mulakan dengan bismillah.. kendian cari sayur.. tapi kalau ada buah.. makan lar buah dulu.. maksudnya di sini... makan lah makanan yang mudah hadam dahulu kemudian diikuti yang payah sikit nak hadam... daging yang paling akhir.. kalau amik lauk ayam.. ambil lah di bahagian dada.. sebab??  Sebab dada ayam kurang lemak..
 
5.  Makanan kurangkan makan.. atau pantangkan sajer.. roti canai.. nasi lemak.. teh tarik.. wuuuhuuu.. itu lar makanan yang dibelasah hari² sarapan pagi... tapi nak makan sekali sekala boleh lar..banyakkan makan makanan berserat tinggi.. macam oat.. mengenyangkan dan melawaskan sistem pembuangan..

6.  Okeh... dah paham bab cara makan??  Kita pegi ke cara hidup pula... katanya.. makan cara sihat.. hidup pon kena gaya sihat jugak.. bersenam kurang² 3 kali seminggu... yang dikatakan bersenam tu ialah cardio exercise.. yang menggerakkan seluruh otot badan... macam.. main badminton.. berbasikal.. berenang.. main bola sepak.. futsal.. so on... bila kita dah buat cardio then only kita boler proceed buat tekan tubi... kalau tidak tak der maknernyer pon buat tekan tubi untuk bentuk otot.. sedangkan otot² ko diselaputi lemak... yer.. kat sinie lar peranan cardio exercise tadi.. tujuannya untuk membakar lemak² yang berselerak memintal di sebalik daging² otot.. supaya.. bila otot dibentuk melalui tekan tubi... melalui angkat dumbell... otot ko terbentuk cantik lagi firm...
 
7.  Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi... sebab tubuh perlukan rehat untuk bekerja lebih kuat..
 
So.. rahsia sebenar... tiada yang boleh menguruskan badan kita melainkan diri kita sendiri.. tiada yang dapat menggemokkan diri kita melainkan kita jugak... Allah tak akan merubah tubuh badan seseorang itu melainkan atas usahanya... lain ler ko sakit kan... hmmm selisih malaikat..
 
Hurrmmm... cukup lar utk kali nie.. lenkali kita tulis lagie.. ehehehe ;)
 
 

Saturday, January 5, 2013

RECOGNIZING A STROKE.. Everybody must know..

I URGE ALL MY FRIENDS TO READ & SHARE THIS; YOU COULD SAVE A LOVED ONES LIFE BY KNOWING THIS SIMPLE INFORMATION!!!


Stroke has a new indicator! They say if you ...forward this to ten people, you stand a chance of saving one life. Will you send this along? Blood Clots/Stroke - They Now Have a Fourth Indicator, the Tongue:

During a BBQ, a woman stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) ...she said she had just tripped over a brick because of her new shoes.

They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Jane went about enjoying herself the rest of the evening.

Jane's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00 PM Jane passed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Jane would be with us today. Some don't die. They end up in a helpless, hopeless condition instead.

It only takes a minute to read this.

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE


 


Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR. Read and

Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.

Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

S *Ask the individual to SMILE.

T *Ask the person to TALK and SPEAK A

SIMPLE SENTENCE (Coherently)
(i.e. Chicken Soup)

R *Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency number immediately and describe the symptoms to the dispatcher.

New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue

NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue. If the tongue is

'crooked', if it goes to one side or the other that is also an indication of a stroke.

A cardiologist says if everyone who gets this e-mail sends it to 10 people; you can bet that at least one life will be saved.

I have done my part. Will you?

 

Friday, January 4, 2013

APPLE CiDeR ViNeGaR.. teman dietku kini..

Cuka epal (Apple Cider Vinegar) telah digunakan untuk penurunan berat badan selama berabad-abad. Ia adalah cara semulajadi untuk mengurangkan berat badan, dan ia juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Nutrien, enzim dan asid organik di dalam cuka epal bertindak sebagai penahan selera dengan meningkatkan kadar metabolik anda. Cuka epal juga diketahui baik untuk mengurangkan penakungan air, mengurangkan kolesterol dan memperbaiki sistem peredaran darah di dalam tubuh.
 
Jadi bagi saper² yang ada masalah water retention atau gemok air.. emmm.. macam aku.. mmg elok sangat lar amalkan minum apple cider nie.. kita buat tonik kesihatan macam orang² Greek dan Mesir amalkan dulu².. bukan itu sahaja.. cuka epal nie sebenarnya salah satu makanan sunnah Rasulullah SAW.. amalkan yang sunnah.. bukan sahaja terbaik.. malah dalah pahala..
Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.
 
Dalam perubatan Islam.. seperti yang aku tengok di website ini.. cuka epal juga boleh digunakan untuk merawat santau dan sihir..

Cara Penggunaan:
1) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa2.
2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…


Rawatan Sihir:
1) Untuk rawatan santau: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas Subuh
2) Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa: Gosok cuka kurma dengan kapas sampai merah dan kemudian sapu dengan minyak zaitun


 
Korang tau tak.. Julius Ceaser dikatakan menggunakan cuka epal sebagai tonik untuk tenaga dan kekal sihat dan pahlawan Samurai jepun menggunakannya sebagai minuman tenaga.
"Since 400BC, Hippocrates, the father of modern medicine, and others, have used vinegar and vinegar mixed with honey, as an energizing tonic and a healing elixir" 
Rujuk: http://www.detox-for-life.com/apple-cider-vinegar.html
 
Terlalu banyak khasiat cuka epal nie kalau kita search satu²... antaranya:
 
1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.

1. Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.

2. Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak.

3. Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Epal cider juga akan melambatkan rasa lapar.
 
Untuk makluman.. cuka epal nie selalu diambil bersama madu.. bukan sekadar penyedap rasa tetapi juga kerana khasiatnya bila diadun bersama.. kita tengok saja senarai di bawah..
 
1. Merangsang pemecahan lemak

2. Melancarkan perjalanan darah

3. Menguatkan tenaga dalaman

4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak

5. Melawaskan usus besar dan kecil

6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer

7. Masalah kulit seperti jerawat

8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak

9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu

10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)

11. Melembapkan dan mengencangkan kulit

12. Mencegah dan mengawal selulit

13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha

14. Meredakan sakit dan sengal sendi

15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah

16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah

17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru

18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang

19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah

20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal

21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.
 
Cara Penyediaan Minuman Cuka Epal
 
**Cuka epal asli (organik) tanpa disuling, ditapis dan dipastur (cuka ini airnya seakan² berkeladak, bewarna perang, ini yang terbaik)
**Madu asli sebagai perasa sekiranya perlu
**Serbuk teh
**Serbuk kayu manis sekiranya mahu

Campurkan 1-2 sudu cuka epal ke dalam segelas air atau teh Chamomile. Tambah sedikit madu sekiranya perlu, sebagai perasa. Anda juga boleh menambah serbuk kayu manis (jenis tanpa gula) ke dalam teh anda di mana ia juga membantu anda untuk mengurangkan berat badan, mengurangkan kolesterol, dan meningkatkan kesihatan anda.

1. Minum dua kali sehari setengah jam sebelum makan.
2. Untuk mempercepatkan pengurangan berat badan, lakukan senaman 30 - 60 minit 3 atau 5 kali dalam seminggu.
3. Minum banyak air bagi melancarkan sistem perkumuhan badan.
4. Amalkan diet yang seimbang.
 
Aku minum dengan air kosong dan madu sahaja... syaratnya guna air sejuk.. dan pilih apple cider organik... seperti yg dinyatakan di atas.. tanpa disuling, ditapis dan dipastur dan bezanya.. tengok pada kejernihan air cuka itu... kalau jernih maknanya dah lalui proses penyulingan.. khasiat dah banyak hilang... apple cider yang bagus adalah yang berkeladak.. asli dan tidak diproses... aku minum keluaran BRAGG- Organic Raw - Unfiltered Apple Cider Vinegar.. aku suka minum cuka apel nie.. raser dia macam minum air oren.. ehehehe.. masam... dan juga diingatkan cuka nie tak elok diminum begitu sahaja tanpa air... takut rosak gigi dan tisu badan.. ianya berasid... pada ibu yang mengandung... elakkan mengambil cuka epal / sebarang jenis cuka di awal kandungan.. takut merbahayakan kandungan.. seelok²nya tunggu lah kandungan melepasi 5 bulan... and pls consult your doctor sebelum minum atau makan apa pon..
 


 
Dan.. aku ada satu rahsia nak bagitau.. stretch mark mengandung dulu dah makin pudar semenjak aku amalkan minum apple cider nie.. betul.. aku perasan mender nie lepas hampir separuh botol apple cider nie aku minum...
 
Okeh... untuk maklumat lanjut.. korang boleh juga tengok di sini..
 
 

Tuesday, January 1, 2013

1 Hari di Tahun Baru: 2013

Matahari 1 Januari dah hilang sembunyi.. malam bulan mengintai kini... begitu berlalu sehari di tahun yang baru... apa perasaan menyambut hari pertama di tahun 2013 ini... hmmmm.... macam²... yang ketara... tua setahun lagi... dan.... yang pasti kita menghampiri mati... tapi yang belom pasti... tempat kita di sana nanti... ohhh... aku insan yang alpa... selalu kalah dengan nafsu dunia... biar hidup tak lama... tapi penuh keberkatan... dari hidup lama penuh kemungkaran... maafkan saya tenggelam bersama memori hidup insan biasa...
 
Apa seronoknya hidup seorang insan yang biasa... tinggal di rumah biasa².. makan pakai juga yang biasa² saja... susah dan payah juga sudah biasa.... dan apa seronoknya hidup sebagai insan luar biasa... tinggal di rumah mewah... makan yang lazat... pakai yang indah..... seronoknya cuma satu... miskin kaya... kalau tidak bersyukur.... tidak akan pernah merasa puas...
 
Bolehkah seorang yang membosankan berubah menjadi seorang yang mengujakan... well... dah tahun ke 34 di muka bumi... tidak perlu menjadi orang lain demi untuk disukai... tidak perlu berubah demi orang lain... berubah demi kebaikan... berubah demi tuhan... Insayaallah... selamat...
 
Selamat Tahun Baru semua!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails