.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, November 30, 2012

JaGa² BiLa DiDaTaNGi KaNaK² TiDaK DiKeNaLi..

Sedang saya menikmati Tutti Frutti saya.., tiba2 datang seorg kanak2 lelaki Melayu dlm lingkungan umur 8 tahun. Duduk disebelah meja saya & berkata: Pakcik., mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit2 tak?

Saya jawab: Kalau adik ambil banyak, kena la bayar lebih.

Beliau terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda anggap saya sombong atau angkuh. Mungkin ada yg berkata: Ala Max ice-cream mcm tu pun nak berkira., belikan la aje kat budak tu."

Sebenarnya rakan saya dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, & beliau belanja dia Tutti Frutti., duduk berbual dgn budak tu, dlm masa 5 minit 2 lelaki berusia approach dia dan berkata "Awak culik anak saya ye"...budak tu pun berkata: Ayah ni la pakcik yg suruh saya naik kereta dia.

Pendekkan cerita, rakan saya diugut supaya bayar RM1,000 kalu tak hendak perkara itu dilaporkan pd polis. "Ayah" budak tu siap tunjuk laporan polis yg dibuat yg mengatakan anak dia hilang & diculik. Utk tidak kecoh rakan saya ke ATM machine & bayar Ayah budak tu. Mereka hilang setelah mendapat RM1k.

Cara baru warga kota cari duit di KL ketika musim cuti sekolah ini. Oleh itu., saya berhati2 & tidak layan budak itu. Bukan saya kedekut tapi mengapa budak 8 tahun jalan seorg diri & datang tanya kat saya pasal ice-cream. .?

Kredit fb hamba ALLAH
Mohon shared
 

Wednesday, November 28, 2012

JaDuaL GaJi TaHuN 2013

Dah keluar.. Yeay!!
 
 
Hehehe.. lama ilang tau² post pasal gaji kan.. ekekeke..


Thursday, November 8, 2012

BeNGoNG!!

Polis : Apakah nama encik ?
Pemuda : Saya tak ingat la
Polis : Okay , jadi encik tinggal dimana ?
Pemuda : Saya tinggal dengan mak saya
Polis : mak awak tinggal dimana ?
...

Pemuda : Mak saya tinggal dengan saya
Polis : Awak berdua tinggal dimana ?
Pemuda : Tinggal bersama sama
Polis : Rumah awak berdua dimana ?
Pemuda : Sebelah rumah jiran saya
Polis : Rumah jiran awak dekat mana ?
Pemuda : Kalau saya bagitahu encik , encik mesti tidak percaya
Polis : Bagitahu sajalah
Pemuda : Rumah jiran saya di sebelah rumah saya
Polis : #@$%^&*
 

Friday, November 2, 2012

PaBiLa GuRu & MuRiD BeRBiCaRa..

Satu perbualan antara guru dan anak muridnya..

guru : Apakah yang paling dekat dalam dunia ini?
murid : Ibu bapa, guru, sahabat.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling dekat dalam dunia ini ialah mati.

guru : Apakah yang paling jauh dalam dunia ini?
murid : negara China, angkasa lepas.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling jauh dalam dunia ini ialah masa lalu.

guru : Apakah yang paling besar dalam dunia ini?
murid : Gunung, pokok.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling besar dalam dunia ini ialah nasfu kita.

guru : Apakah yang paling berat dalam dunia ini?
murid : Besi dan gajah.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling berat ialah memegang amanah.

guru : Apakah yang paling ringan dalam dunia ini?
murid : Kapas, kertas.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling ringan ialah meninggalkan solat.

guru : Apakah yang paling tajam dalam dunia ini?
murid : Pedang, pisau.
guru : Benar, semua itu juga betul tetapi yang paling tajam ialah lidah kita.
 
 
**************************
 
So.. so  true... muhasabah diri sebentar...
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails