.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, September 28, 2012

BAJET 2013.. ApAKaH HaRaPaN AnDa??


 
 
Petikan emel...
 
YBhg Dato’/Datuk/Dr/ Tuan / Puan,

SIARAN SECARA LANGSUNG UCAPAN BAJET 2013 MELALUI PORTAL PERBENDAHARAAN MALAYSIA
Adalah saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan
seperti berikut:

Tarikh : 28 September 2012 (Jumaat)

Masa : 4.00 petang

Tempat : Parlimen Malaysia

3. Untuk makluman, selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Bajet 2013 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Bajet 2013. Siaran langsung ini boleh didapati dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my . Teks Ucapan Bajet 2013 dan Laporan Ekonomi 2012/2013 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Bajet 2013.

4. Selain dari itu Bajet 2013 juga boleh diakses melalui:

• Mobile Web – http:// www.treasury.gov.my/bajetmobile
• Pautan RSS – http://www.treasury.gov.my
• Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

• Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my
• Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my
• Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my
• Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my

4. Sehubungan itu kami memohon kerjasama pihak tuan dan puan agar dapat menghebahkan acara penting ini kepada semua warga Kementerian dan Agensi di bawah Kementerian masing-masing untuk sama-sama mengikuti Pembentangan Bajet 2013 ini. Kerjasama dan sokongan pihak tuan dan puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Wednesday, September 19, 2012

My BaBiES..

Word Less
Wednesday.. so sepatah dua kata jer..
 
Puteri Amna Zaheerah..
 
Putri Aisha Ameerah
Putri Alyaa Safiah
dan
Putri Ainna Najihah
 
 
Gambar di Majlis Pertunangan cousin merangkap rumah terbuka Aidilfitri minggu lalu..
 

Thursday, September 13, 2012

Too Woo Mba..

Ramadhan 20 aritue... aku dibawa ke sini oleh jejaka di bawah inie..
 
Check out sharp on time dari pejabat masing².. dari KLCC off we go..
 
 
 
Ada sapa² di kalangan pembaca yg ku sayang pernah sampai sinie??  Ehehehee... aku pon baru lar 1st time menjejakan kaki mencemar duli... kwang.. kwang.. kwang...
 
Haaa.. tu dia gambaq tergantung khas... itu maksud nama tempat nie...
 
Yer.. tempat nie adalah sebuah restoran.. bukan rumah urut yer..
 




Restoran apa??  Agak² dapat teka tak?

Hmm... nak order aper yer.. kalau ekotkan perut yg dah seharian kekosongan nie..  semua aku nak order..
 
Apa² pon.. kita tengok menu dulu lar kan..
 
kat blackboard nie pon ada tulih..
 
Dah tau apa nak order... harusss.. senyum itue kan sedekah.. ada lagi setengah jam masa menunggu..

Dia pon kena tunggu juga..

Sama² lar kita menunggu..

 ..dan.. berangan..

biarkan mereka berusaha.. tangga.. jaya..

Lihat jariku.. 3 + 3 berapa murid²?
Yer = 33
Ahaaa.. got it.. I'm 33 on that day..
Yer.. tuo dah...

Jom upload gambar kat fb dowang nak.. untung² dapat makan pree..

Kalau lar En. Ady prihatin dan meng-inform-kan birthday booking nie 3 hari sebelum.. tak yah wang duit beli kek.. tapi kami datang on the dot.. ehhh.. kowang yg nak sambut birthday.. igt.. tempahlah 3 hari sebelum..

Nindia.. 10 minit sebelum berbuka makanan dah sampei..  apekenama menu steak aku nie eak.. dah luper.. ehehehe.. biasa lar.. akhakkk dah tua..
 
Ermmm... perasan tak ada tiga ketui mash potato dan tiga bekas sauce.. actually aku ditanya mau yg mana.. aku dgn slumbernyer.. "Tiga² sekali boleh?"  Sebab arinie ari special.. hari utk tiga.. hahaha

Ini soup dan garlic bread.. menu pertama dijamah sesudah sebiji kurma dan beberapa sedut air ketika berkumandangnya azan..

Penantian mmg satu seksaan..

Apatah lagi mengadap rezeki² inie di depan mata..

Ini spagetti aglio olio..

yang dia terlupa nak masukkan kupang nie.. kupang nie datang dlm pinggan berasingan.. besa larrr org posa yg masak.. susah nak focus.. ahahahaha.. dimaafkan..

Perut dah berjaya dibuncitkan 2 inci.. bile kek nie dinyalakan sebelah malamnya..

di rumah mak bersama anak²..
Aisha dengan ayah..
Tengah nyanyi masa nie..

suka tengok muka dorang yg excited..

Ainna..

Amna pon tumpang teruja..

Bonda baru lepas cuci pinggan kat dapur.. tu pasal sinsing lengan sampai macam tue..

Yeah.. masa utk makan kek.. sib baik sedap..

Warkah dari anak²..

Inie dari Alyaa..

Ini Aisha yg bagi.. kad atas bantuan bibi Shifa..

Macam² cara dorang nie lipat kad buatan tangan nieh..

tengok.. hurrmmm...

Yang nie dari Alyaa juga.. Aquarium dari kotak kasut.. ehehehe...
My babies all getting big..
I truly love all of ya!
 
Terima kasih Allah mengurniakan aku sebuah keluarga yg bahagia..
 
 

Tuesday, September 11, 2012

BaHaYaNyA BaTeRi KeCiK Nie..

 
BAHAYA TERTELAN BATERI LITHIUM Centre of Disease Control and Prevention (CDC), satu jabatan yang menjaga kepentingan kesihatan rakyat Amerika Syarikat telah memberitahu bahawa bateri kecil sangat berbahya kepada kanak-kanak.
 
CDC memberitahu bahawa bateri berbentuk butang sangat bahaya kepada kanak-kanak. Bateri ini berbentuk bulat kecil selalu digunakan sebagai bateri untuk menjana tenaga untuk jam tangan, alat pendengaran dan peralatan mainan yang lain.
 
Jika tertelan, ia boleh memasuki saluran permakanan esofagus atau saluran pernafasan bronchus. Dalam kedua-dua hal, ia sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.
 
Puan Jamaliah Samsudin, rakan FB SAYA juga berkongsikan pengalaman beliau, " Anak perempuan saya pernah menelan bateri ini pada tahun 2004 ketika berusia 11 bulan. Pemeriksaan X ray menunjukkan dia telah menelan 2 biji bateri ini daripada mainan telefon dan telah ditahan di wad selama 4 hari untuk pemantauan dan alhamdulillah bateri-bateri itu telah keluar melalui najis. Sehingga kini saya mengharamkan terus semua mainan yang menggunakan bateri ini dirumah saya"
 
Saya rasa nasib anak Puan Jamaliah sangat baik, kerana tidak perlu menjalani apa-apa pembedahan yang invasif. Jika bateri itu memasuki saluran pernafasan bronchus, selalunya kanak-kanak itu akan diberikan bius pengsan (general anesthesia) dan dimasukkan alat bronchoscopy, sejenis tiub berkamera yang mempunyai cangkuk dihujungnya bagi mengeluarkan bateri di saluran pernafasan itu.
 
Jika bateri berada jauh di dalam paru-paru, berkemungkinan harus dilakukan pembedahan dada (thoracotomy).
 
Walaupun begitu, baterti yang masuk ke dalam esofagus boleh menyebabkan tersangkut di situ. Apabila berada lama di esofagus, bateri itu akan mengeluarkan bahan kimia alkaline electrolyte yang berbahaya dan menyebabkan kecederaan 'chemical corrosive burn' pada saluran esofagus itu dalam beberapa jam saja.
 
Jika ia tidak menyebabkan kebocoran bahan kimia, bateri ini boleh menyebabkan tekanan fizikal pada saluran esofagus, menyebabkan saluran darah yang membekalkan oksigen dan nutrient terhalang, seterusnya menyebabkan kematian tisu-tisu saluran ini, mengakibatkan saluran esofagus ini boleh bocor.
 
Dalam satu berita yang dilaporkan oleh dailymail.co.uk pada 16 Nov 2011, seorang kanak-kanak bernama Emmett Rauch berusia 2 tahun telah tertelan bateri lithium yang kecil ini yang digunakan untuk alat remote control. Beliau terpaksa menjalani 18 pembedahan di Hospiatal Kanak-kanak Phoenix di Arizona, Amerika Syarikat.
 
 
Dalam kejadian itu, ibunya Karla Rauch tidak menyedari anaknya telah menelan bateri itu, dan tanda pertama yang ditunjukkan oleh anaknya ialah demam dan selsema saja. Selepas 3 hari, keadaan anak beliau bertambah teruk dan mengalami sukar bernafas. Apabila doktor melakukan pemeriksaan x ray dada, mendapai terdapat objek bulat yang dipercayai bateri lithium pada saluran esofagusnya.
 
Emmet terpaksa dipotong dan dibuang esofagusnya sepanjang 4 inci akibat kerosakan kematian tisu. Beliau juga mengalami beberapa kali "collapsed lung" dan menjalani lebih 200 xrays. Kanak-kanak malang ini juga telah berada di hospital selama lebih 19 minggu di wad pediatric ICU.
 
Bahaya bateri Litium ini (jika tertelan) akan saya kupas di blog saya http://drzubaidi.com/blog



Friday, September 7, 2012

SaKit Di DuNia PeNGHaPuS DoSa..

 
 

Wednesday, September 5, 2012

Dah SeTaHuN DaK TeCiT Nie..

Balik dari kampung aritue.. mmg dah set nak buat makan² sikit sempena birthday Amna.. terkilan sebenarnya sbb masa birthday dia jatuh time kitowang sibuk beraya di Kampung.. time kat umah Maklong.. cari kek.. kedai sumer tutup.. masih mood beraya.. huhuhu.. sadis sangat rasernyer.. ikutkan hati.. mmg lar letih.. ngan nak unpack beg.. ngan baju kotor menambun nak kena basuh.. tapi kerana anak aku turutkan... bagi aku ulangtahun kelahiran yang pertama adalah yg paling special.. walaupon yang menyambut tak reti apa.. tapi kenangan manis yg dipotretkan harapnya akan menjadi nostalgia yang indah untuk dikenang biler dorang besar nanti..
 
Aku nie tak lar terer sangat masak.. tapi aku suka sangat jamu orang makan dengan air tangan aku sendiri... walaupon penat.. berjaga malam nak siapkan itu ini..
 
Inilah dia kek ekspress untuk Amna.. tak sempat nak tempah bagai.. mood raya di mana².. kedai kek pon beraya.. maka terima sajer apa yg ada..
 
Sebenarnya macam tak percayer jer.. my little baby dah setahun.. raser macam baru semalam jer beranakkan dia.. sekarang dia dah berjalan.. laju.. pantang bukak pintu.. meneru dia keluar sampai ke gate.. hmmm... Amna dah pandai salam orang.. angkat tangan berdoa.. tertonggek² sujud biler nampak sejadah.. dah boleh faham arahan yg mudah.. bila suruh ambil dia ambil.. bila suruh bagi dia bagi... suka membebel dan menari... hehehe.. korang tau aku panggil aper kat dia.. "Buba"... "Ashibuba Bonda" Maksud dia.. ntah.. sajer.. dia pon tau aku panggil dia Buba..
 
Alhamdulillah.. ramai yang datang.. tepat jer pukul 4.30 ptg.. berduyun tiba... pack jgk lar rumah ngan sumer jemputan.. mekasih sangat sebab sudi datang..

Amna nampak excited.. ramai orang datang rumah.. ke hulu ke hilir dia berjalan.. tak kesahkan Bonda dia lagie.. dia tau ramai yg nak melayan dia..

Tok papa group yg pertama sekali sampai.. sangat punctual..

Maser nie sumer sedang sibuk menjamu selera.. sib baik mak datang kan.. berlaku kesilapan teknikal pada laksa yg aku celur.. aku nie first time masak laksa sendiri.. aku tak tau pulak lepas celur laksa tu kena dibilas dengan air sejuk.. aku tak bilas.. dan dia melekat² macam gam... hahaha.... kesian pd tetamu yg mula² datang.. nak amik laksa pon payah... mak suh aku amik balik tray laksa kat depan.. aku settlekan kat dapur.. baru lar ok.. baru org boleh amik..ikhs.. ikhss... ikhsss... lawak sunggoh!

Selain laksa.. aku masak jugak mee rebus.. permintaan mak.. sib baik yg nie ok..

Rumah yang tadi kemas abis bersepah dengan mainan.. budak² bila sampai.. dah jumpa lubuk mainan.. begini lar jadinya... tu nampak mainan depan makcik aku tue..
 
Tetamu yang dah lama tak jumpa.. Fidah kawan maser kat UiTM dulu.. sonok dapat jumpa baby baru.. Fidah nie baru jer abis pantang..

Nindia.. Dekly sibuk suh Amna bukak hadiah dia.. dia bagi hadiah khemah mainan budak².. mmg aku cari jugak nak beli kat depa.. cantik sangat.. warna pink lagie.. thank you!

Amna sibuk main tangga.. naik.. turun.. naik.. turun..

Ini Alyaa Farzana.. anak adik aku Dekly.. sebaya ngan Amna.. tua dua bulan dari Amna.. makin besar.. makin comel..

Nindia.. birthday girl.. tersadai keletihan.. sayang dia...

Ehhh.. ini lar dia laksa yg aku masak... yeay.. dah pandai buat laksa.. hehehe
Laksa nie pedas.. puas hati masak sendiri..
 
Ok lah.. nak balik dah.. bubbye.... kang jalan jem... ;)
Yer aku kat opis..
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails