.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, August 16, 2012

SaLaM LeBaRaN SyaWaL 1433 H dari BoNDa & FaMiLi..


Raya datang lagie.. sekejap sunggoh maser berlalu.. ammacam poser??  Hingga hari ini saya masih berpuasa penuh.. alhamdulillah.. berat pon dah turun 5 kg.. wahhhh... jgn lepas bulan poser nie naik pulak berkilo² huhuhu...

Hmmmm... arinie dah ramai yg balik kampung kan... aku raser bih kurang 40% penduduk KL dah balik ke kg halaman masing²... esok mungkin lagi 40%.. dan remaining 20% akan beraya di sinie.. yer kami antara yg 20% tue.. beraya di Puchong sahaja.. umah Mertua.. then baru balik Kedah..

Ok lah.. mood tak berapa nak ada nak taip panjang².. kepada yg nak tinggalkan rumah.. cek api.. air sumer dah off... kepala tong gas jgn lupa pulas... pintu tingkap semua berkunci.. dan jangan lupa doa.. tiada kuasa lain boleh menandingi kuasa Allah Ta'ala.. Tawakaltualallah..

Bawa keta hati².. bak kata Bro Hamka "Keretamayat" VIP lambat macam mana pon owang tunggu.. leks² sudah.. tak kan lari kampung dikejar.. and please.. jangan main mercun.. especially mercun bola.. jgn spoilkan mood raya yg gembira dgn perkara yg tak diingini...

Akhir kata.. Bonda mohon ampun dan maaf andai ada perilaku dan tulisan Bonda menyentuh hati dan sensitiviti kawan² semua.. sesungguhnya tidak pernah terlintas sedikitpun di hati ini menyinggung hati sesiapa... Selamat Hari Raya... Semoga kita semua berada di bawah lindunganNya.. ameeennn...


Thursday, August 9, 2012

SaPeR NaK MaKaN SaPeR??

Ulaq Melingkaq dalam semak..
|
v

|
v

|
v

|
v

|
v

|
v


Ada bran.. sila lar makan.. especially tang kepala tue..

Hehehehe..


Wednesday, August 8, 2012

MaCaM Nie PuNyA BaPaK PoN Ada.. ??!

Bapa Beri Pelacur Pada Anak Sendiri Sempena Hari Jadi

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, tetapi apa yang berlaku di Nicaragua minggu lalu benar-benar mengejutkan.
Kerana terlalu sayangkan anaknya, seorang bapa, Don Cesar mengambil keputusan untuk ‘menghadiahkan’ anak terunanya seorang pelacur sempena hari jadinya yang ke 16 tahun.
Ada yang mendakwa ia adalah amalan biasa di negara itu, tetapi ia tetap menjadi kesalahan di sana kerana anaknya itu masih dianggap di bawah umur.

Si anak, Juan, mungkin dilihat ‘bertuah’ tetapi tahukah anda, wanita yang dimaksudkan itu hanyalah seorang pelacur tua di sebuah kawasan persundalan murahan di negara tersebut yang dikenali sebagai The Chicken (nama pun dah boleh agak tempat macam mana)

Kisah Cesar dan anaknya itu menjadi perbualan hangat di seluruh dunia apabila ia telah divideokan dan tersebar luas melalui rangkaian sosial FB dan Youtube.

Lebih menyakitkan hati, Cesar berkata, antara sebab dia melakukan perkara tersebut kerana mahu anaknya dilihat macho dan menjadi lelaki sejati dalam erti kata yang sebenarnya,

Bahkan, untuk pengetahuan anda, si bapa turut membekalkan kondom untuk anaknya itu.

Rata-rata mereka yang menyaksikan video berkenaan mengutuk perbuatan tidak bertanggung jawab bapa berkenaan….bukan itu saja, bapa pelacur itu yang turut ditanya mengenai tindakan lelaki berkenaan turut tidak bersetuju dengan apa yang berlaku.

Sementara itu Juan yang dilihat tersengih-sengih sebaik sahaja ‘selesai’ berbuat demikian, mengakui teruja mengenai pengalaman baru yang dilaluinya walaupun disindir bapanya kerana hanya mampu ‘bertahan’ beberapa minit.

Dan ini kata wanita pelacur tersebut kepada Cesar mengenai Juan;!
*************************************
Dunia sekarang pelik² kan.. macam² cara orang didik anak.. yer latar dan persekitaran kehidupan kita berbeza.. tapi.. sebagai mak bapak yang bertanggungjawab.. beri lar didikan yg 'sewajarnya' dan beretika kepada anak masing²... ingat lah... anak² kita mencerminkan kita yang mendidiknya..

Monday, August 6, 2012

PiliH Jer HP Mana Nak..

Hmmm.. aku tertarik ngan iklan nie.. yelah.. sekarang sumer org pakat dok pakai hp canggih manggih... dgn data plan segala bagai.. tapi aku tak pasti berbaloi ker tak kalau aku amik pakej yang ditawarkan nie.. dia kata pilih jer hp mana kita nak.. sign up contract 2 thn.. dan byk lagie..  di sinie iklan tue.. cer korang tgk.. ok tak??  Aku nie tak biasa pakai data plan.. so perak sikit.. hehehe 

 


Sunday, August 5, 2012

BiLa WaKTu TeLaH BeRaKHiR

 
 
Bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu
 
Bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

Bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi

Friday, August 3, 2012

PHoBiA DeNGaN PeJaLaN KaKi..

Tak tau nak cakap.. pejalan kaki sekarang.. macam tak sayang nyawa.. sorry to say.. dah banyak kali kena.. bukan nak cakap semua.. sebab aku pon jalan kaki jugak kalau tak bawak keta.. kesahnyer malam tadi.. lepas En. Ady solat tarawikh kat umah mak aku.. we uols pon gerak lar nak balik.. sedang asyik borak².. En. Ady yg drive.. aku memangku si Amna.. budak² yg lain sumer kat belakang.. kat traffic light.. lampu bertukar hijau.. maka keta pon memecut.. tetiba.. scrreett.. En. Ady brake.. emergency.. ada sorang India.. tiba² muncul depan kereta.. dia siap dah angkat tangan cover muka.. ingat nak kena langgar dah kan.. siyes.. kalau lar En. Ady tak cepat tekan break.. qolu innalillah lar jawabnya... kami anak² terkejut.. giler aper dia nie melintas tak tengok jalan ker haper.. yg kesiannya si Alyaa.. berdebuk terantuk kepaler.. menangis... banyak mata yg tengok maser tue.. yg jadi saksi.. dah lar malam gelap.. dia lak pakai baju itam... En. Ady bunyikan hon panjang... sakit hati dia tak tau nak cakap.. dia kata raser cam nak turun lepuk² India tadi kalau tak pk sekarang nie bulan Ramadhan... India tue rupernya melintas nak jumpa kawan dia yg bawak jengkaut yg tengah tunggu lampu merah di seberang jalan... kot yer pon... ko tak bleh tengok keta dulu ker sebelum lintas.. kot yer pon tak sayang nyawa.. jangan libatkan orang lain... jangan jadikan keta kami menjadi alat yang meragut nyawa ko... aku takmo keta aku bermandi darah... so scary.. dari tindakan bodoh melulu ko sorang sumer org akan tertempias sama..

Keadaan yg hampir sama terjadi pagi tadi.. time nak pegi keje... lampu tengah hijau... yg hampir nak kuning.. dari jauh mmg nampak ada sorang mamat Cina nak lintas jalan.. jalan yg luas kat Ampang Park tu.. seriously aku nak pesan... pls.. jangan cuba lintas jalan time lampu hijau hampir bertukar merah.. time² camtu banyak keta memecut daripada bersedia untuk berhenti.. yelah time org sibuk nak pegi keje... lampu dah dekat nak bertukar.. tak boleh ker ko tunggu beberapa minit daripada nak judikan nyawa di tengah jalan.. keta sumer tengah laju.. ko ingat senang ker nak tekan break biler tiba² ko terkedek² berlari lintas jalan.. disebabkan dia..  En. Ady terus stop di traffic light walaupon lampu belom merah.. terkejut..

Aku pelik orang sekarang suka sangat melintas jalan time lampu tengah hijau... bukan lampu traffic utk pejalan kaki.. tapi lampu bulat ijau utk keta jalan tu.. Jangan lar harapkan kereta jer nak prihatin dengan pejalan kaki... pejalan kaki sendiri pon kena alert.. kalau ada jejantas tue naik lar jejantas.. buat apa kerajaan buang puluh² ribu ringgit nak buat kemudahan tue sumer.. nak jaga keselamatan kita.. tapi kita tanak guna... semua org nak cepat.. but first thing first.. nyawa tiada galang ganti..


Thursday, August 2, 2012

DaHSYAT MoKCiK..

Tersenyum aku tengok pic yang dikongsikan kat fb nie..- mohon share kat blog saya yer tuan punya pic-.. Begitu sekali gigihnya mak² kita menyediakan juadah sedap² untuk insan² yang mereka sayang.. Itu lar rahsia sebenar keenakan air tangan mak² kita.. mereka memasak penuh keikhlasan dan kasih sayang.. Sesedap mana pon makanan² yg pernah masuk ke mulut kita.. masakan ibu tetap on the top of the list.. Kita akan sentiasa rindu dan teringat² selalu..


Tak cayer??  Tanya lar mereka yang duduk jauh dari ibu.. atau mereka yg telah tiada ibu lagie..
Hargailah mereka sementara ada.. tak ada salahnya sekali sekala kita pula yg masakkan untuk ibu kita..

Renung²kan dan Selamat Beramal..
HeheheheHehe..

SaLaM SeMuA.. Pe KaBar?

Assalammualaikum.. apa khabar korang semua arinie?? Sihat.. mudah²an di bawah lindungan Allah selalu.. posa² dan diselubungi mendung jerebu semenjak dua menjak nie mmg membuatkan mata aku mengantuk.. yelah sekarang bangun awal dari biasa.. keluar keje pon awal sbb nak balik cepat.. tak sanggup aku terperangkap dalam jem yg tak berkesudahan sampai berbuka pon dlm keta macam thn² lepas... tahun nie adalah sangat lega.. ohh.. dan satu lagie.. sudah hari ke-13 dan sekali pun aku tidak menjejakkan kaki ke PARAM??  Sebab masa berbuka ramai² 1st Ramadhan aritue.. En. Ady sowang yg turun p beli Murtabak.. tapi aku stay dalam keta ngan anak²... kalau ramai² kuar sure banyak keinginan terpaksa dipenuhi.. dari thn lepas.. kitorang laki bini dah berazam utk berjimat cermat di bulan Ramadhan.. makan macam biasa saja masa berbuka.. korang tahu.. sebenarnya bagi aku berbuka dgn 2.. 3 jenis lauk lebih menyelerakan dan puas bila makan daripada berbuka dgn macam² jenis lauk.. macam² jenis kuih.. perut kembung.. tapi ko tak tau apa yg ko makan.. feel tue tak der tau.. hmmmp.. bagi aku lar.. bagi korang aku tak tau..

Pagi nie macam² cerita tak baper nak best aku dah dengar.. rumah member masuk ular lar.. rumah Abg opismate kena rompak lar.. menakotkan.. harap² lepas nie ada lar berita yang baik pulak..

Aku Tak Berdaya
Indah Dewi Pertiwi
(OST Anugerah)

Masa yang terindah
Kini semua telah berakhir
Karena kau berubah
Tak seperti dulu lagi

Sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu begitu sakitnya aku
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu

Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu
Biarkanlah aku  bersalah di depan matamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta

Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu

Biarkanlah aku bersalah di depan matamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta


Eh.. knaper tiba² ada lirik lagu tue.. ehehehe... sebenarnya aku tengah sangap dan bosan.. dan lagu tue macam terngiang² di kepalaku... lirik dan melodi yang menyentuh hati.. in realiti.. ramai orang perempuan yg menghadapi dilema seperti yg dilirikkan dalam lagu tue.. menyayangi.. menyintai seseorang yang tidak menghargai dirinya.. hidup bebas.. hati terkurung.. batin terseksa.. merana.. kecewa... Mudah² Allah lindungi kita semua dari perasaan kecewa dan putus asa... Ameennn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails