.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, June 29, 2012

GeRMaN VS ItaLy..



Aku tak minat bola.. sumpah! Tapi suka jugak gossip² panasnya... aku dengar tadi kat Radio German bila bertemu Italy tak pernah menang... Beberapa jam lagi Italy akan bertemu Germany.. Jadi agak-agak korang siapa yang akan bertemu Spain di final nanti?  Hurmmm... aku harap Italy mengekalkan kejuaraan dan bertemu Spain...


Monday, June 25, 2012

DOA Buat EMaK..


Tak dapat aku bayangkan hidupku tanpa emak.. coz I love her soooo much.. I'm afraid to lose her.. selama nie mak lar tempat aku luah perasaan.. kongsi kegembiaraan.. mengadu kesakitan.. minta pendapat.. minta tunjuk ajar.. walaupon kadang² mak juga lawan aku berdebat.. aku tak boleh tak tengok mak aku dalam jangka masa yg lama.. aku RINDU.. aku juga selalu rindu nak makan hasil air tangan mak.. makanan terenak di dunia..

Mak suka ajar aku ayat² atau doa² yg dirasakannya bermanfaat untuk diamalkan.. mak kalau makan benda sedap.. tak pernah lupakan anak²nya.. dia mesti simpan utk setiap seorang.. mak aku.. sanggup pening kepaler jaga cucu dia.. sebab dia takot biler di tangan orang.. cucu dia nanti kena dera.. dahsyat sungguh fikiran mak.. mak selalu mendoakan anak².. cucu² dan semua orang yang dikasihinya.. kasih emak tak pernah pudar.. biar berapa banyak anak² menyusahkan dirinya.. dia tidak pernah mengalah mencuba memberikan yang termampu.. aku tak boleh tengok mak sedeh.. kadang² mak pendam perasaan... aku tau.. kadang² mak kecil hati.. aku tahu.. aku lebih memahami hati seorang ibu setelah diri ini bergelar ibu...

Aku harap aku dapat membahagiakan emak selama emak masih diberi masa menghirup rahmat dari yang Maha Esa..

INA SAYANG MAK!


Wednesday, June 20, 2012

7 TaHuN DaH..

Tujuh tahun dah.. tarikhnya.. hurrmm.. biar lar rahsia.. ecececehhh... cepat betul maser berlalu.. aku sebenarnya tak sempat nak prepare apa² pon sempena tahun ke-7 nie.. tapi harapnya.. tidaklah aku lupa sampai bila² pon hari bersejarah nie..

Malam tue.. maser tgh soruuu tetengah malam.. jarum jam hampir jer ke pukul 12.00.. aku perasan En. Ady terkochoh² masuk bilik.. dan aku raser aku tahu kenaper..

Ya.. this is the word..

..and some more words..
Aku jumpa kotak nie atas bantal kat tempat tido aku.. tapi yg nie aku dah ubah letak atas karpet..

bukan takat perkataan tadi.. nie.. ada kad kecik jugak sebelum kotak itu kubuka..

Perkataan tadi adalah dari kad ini..
Cantik kan kad nie..
So simple.. se-simple pemberi kad ini..
Terima kasih abang..
Bersama² kad ini.. ada ini.. si monyet bermulut merah yg lebar.. mewakili senyuman En. Ady sepanjang hayat bersama aku kot.. ekekekeke

Nothing so special.. dan aku mmg suka kesederhanaan.. kitorang datang sini lagie..

Ini menu dan harga dia.. aritue rasernyer tak sempat amik gambar nie..

Memenuhi hasrat hati.. menunggu dengan sabar..
Tak lamer pon tunggu.. sekejap jer..
Sampai sudah..
Aper lagie.. makan lar kan.. seperti biasa.. aku amik lembu.. En. Ady amik kambing..
dan.. aku tak lepaskan peluang cuba yang ini juga.. sedap..
Alhamdulillah.. semoga limpah rahmat dariNya sentiasa melindungi ikatan kami..
Amin..


Monday, June 18, 2012

ReALiTi SeNTuHaN LeLaKi & PeReMPuAN..


Inilah Terjadi Bila Bersentuhan dgn bukan mahram...must read...!!!



Pada lelaki dan perempuan yang naif diluar sana.Inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan pakwe/makwe masing-masing diluar sana...Lihat tanda merah dalam gambar di atas

Kajian menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi dikawasan tersebut.Jadi berpegan...gan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang.Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata...

Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)

benarlah Hadis Nabi bersabda:

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

********************


I'm not that innocent.. I've been in love.. I'd 'couple'.. I had 'dated' someone.. but I'd never make my hand 'second hand'.. semua orang pernah remaja... sentiasa teruja dan ingin mencuba sesuatu.. tetapi.. iman dan prinsip diri membataskan segalanya.. sentiasa ingat.. maruah harus di tempat paling utama...


JaMBaTaN² Di DuNiA..

Sangat² setuju.. aku telah lalui semua jambatan² itue..


Sunday, June 17, 2012

JaNGaN ReMeHKaN iBUMu..

JANGAN SESEKALI MEREMEHKAN IBU (WANITA)
HARGAILAH MEREKA !

Tahukah Anda ?


1. Wanita mengandungkan janin/buah hatinya dalam kandungannya selama +- 9 bulan 10 hari tanpa sedikitpun waktu melepaskannya. Jika dikirakan rata-rata berat kandungannya adalah 1 kg maka selama itu wanita mengandungkan beban seberat (1kg x 30hari x 9bulan) + 10hari = 2,700 kg atau 2.7 Ton!!!. Sesudah melahirkan, wanita ma...sih saja mendukung bayinya, sedangkan seorang suami apabila mendukung anaknya sebentar saja sudah merasa lelah, letih, dan pelbagai alasan yang lain.

2. Setiap hari seorang wanita memasak untuk dirinya dan keluarganya. Jika di dikirakan seorang wanita memasak mulai umur 17 hingga 55 (berarti 38 tahun) dan setiap hari ia memasak untuk 2 orang maka ia memasak sebanyak untuk 2 x 365 x 38 = 27.740 orang.

3. Setiap hari wanita membersihkan rumah/ tempat aktivitinya misalnya menyapu. Misal dikira setiap hari ia membersihkan ruangan/rumah berukuran 4 x 10 = 40 m2 dan ia menyapu sejak usia 15 tahun hingga 45 tahun (bererti 30 tahun) maka ia membersihkan seluas 40 x 365 x 30 = 438,000 m2. atau seluas 105 kali luasnya padang sepakbola.

4. Jika setiap hari seorang wanita mencuci pinggan mangkuk yang dikirakan mempunyai tinggi lebih kurang 20 cm dan mencuci selama 30 tahun maka tingginya mencapai 20 x 365 x 30 = 219,000 cm = 2,190 m atau hampir 5 kali tinggi menara berkembar Petronas. Belum ada bangunan di dunia yang mencapai tinggi 2,190 m.

5. Jika setiap hari seorang wanita mencuci baju dengan dikirakan panjang jemuran 5 meter setiap hari maka selama 30 tahun panjang jemuran akan mencapai = 5 x 365 x 30 = 54,750 m = 54.7 km.

LUAR BIASA... Dahsyatnya kekuatan seorang ibu (wanita). Tentu saja masih banyak lagi kekuatan ibu yang tidak mampu difikirkan oleh kita. Ketika melahirkan kita pun , seorang ibu menggunakan semua dayanya untuk membuat kita muncul di dalam dunia ini, dengan kekuatan antara hidup dan mati.

Pernah mendengar pepatah “Dibalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang wanita hebat di belakangnya”. Pepatah ini ternyata juga benar, seorang ibu (wanita) mempunyai kekuatan tersembunyi untuk melakukan hal itu.

Ada suatu riwayat yang mengutamakan seorang ibu, menunjukkan bagaimana kedudukan ibu (wanita) dalam Islam itu mulia.

--- Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab lagi: Kemudian ayahmu. (Shahih Muslim No.4621)

 

MULIAKAN...! HORMATI...! & DO'AKAN SELALU IBUMU...!

Terima kasih Mak!


Saturday, June 16, 2012

DePaN KeR TePi NiE??


Cer korang tengok gambar nie betul²...

Korang raser gambar nie diambil dari depan atau sisi??

Hurmmm... pada pandangan majaziku yg sedikit kukerutkan... aku raser.. gambar nie diambil dari dua posisi yg dicantumkan jadik satu... supaya terhasilnya ilusi ini..

Cer tengok mata dia.. kening dan mata tu adalah dari pandangan sisi..
Hidung.. hidung tue hidung dari depan..
Mulut tue.. mulut pon dari pandangan depan..
Pendek kata gambar nie sebenarnya gambar pandang depan.. cumanya digantikan kening dan mata dari sisi.. dan gambar tu dipotong seperti gambar dari sisi supaya.. kita pening...

HaHaHa!!


Wednesday, June 13, 2012

Aku YaNG PeRaSaN BzzZZzzz

Dah lama tak bersiaran.. agak rindu jugak lar kan dengan blog dah lama tak berpenghuni nie.. life been quite tight lately... macam² ceriter.. tak tau nak mula dari mana... me.. still sound.. baru jer baik dari sakit tekak.. tiga hari aku menderita bercakap macam robot.. suara hampir hilang.. gilerr perit.. people keep asking.. kenaper leh jadik camtue... well... the simplest explaination is the weather... didn't anyone notice the temperature nowaday been a bit over hot.. malam² pon susah nak tido kan..

Baru jer balik dari birthday party anak buah tadi... birthday yang pertama... anak adik aku Syed Ali Imran.. anak dia sebaya ngan si Amna.. beza 3 bln jer.. and the best thing is anak Dekly namanya sama ngan anak sulong aku si Alyaa... tarikh lahir pon dedekat jer kan.. dia 10/6/11 Alyaa 14/06/06... hmmm.. birthday Alyaa hari Khamis nie.. tapi hadiah birthday dah dapat pon... kali nie bawak dia pilih sendiri hadiah yg dia nak... dan puas menunggu.. ambik yg nie.. letak yg tu... nak pulak yg nun... bukan dia sorang memilih cik... sumer adik beradik ekot memilih.. kalahkan org yg punya birthday.. harus ler hadiah utk sorang kuar utk 4 orang... macam tuelar halnya biler dah ramai anak... idak lar kita sampai hati beli kat kakak adik² nengok jer..

Sebelum ke party.. kitorang ke kenduri kawen dulu.. yerlah.. musim cuti nie kan sama dengan musim mengawan... oppsss! Musim mendirikan masjid.. esok kan sekolah dah nak bukak.. gunakan hari² terakhir percutian dengan sebaik²nyer... fuhhh... letih mikior nak mengharung jem semula... nak sediakan baju budak²..  beg dorang.. bekal diorang... ahhhhh.... blm masuk baju duduk umah Tok sementara ayahbonda balik... dan beg susu si Amna... macam²...

Aku memang sangat takder maser update segala tok nenek sebenarnya... FYI kami warga Warisan.. masih dalam proses settle down kat tempat baru.. dengan kata lain.. berpindah pejabat.. dari  Chulan Tower ke Istana... wowww... saya orang Istana sekarang tau.. dia punyer fasa tu lama.. dari mem-packing... memindah.. dan sekarang harus menyusun dan meng-unpack.. dalam keadaan kelam kabut pindah memindah tue.. datang pulak satu dugaan di dalam keserabutan.. aku terpaksa pulak menduduki peperiksaan KPSL N41... gilooo.. aku ingat exam tu dah tak jadik... yerlah kecoh² pasal SBPA lar.. pemansuhan lar.. so aku pon rileks² jerlar.. satu haram tak study... tup² 4 hari jer lagi nak exam aku dapat tau nama aku naik.. tak pegi kang nama kena blacklist kan... so nak tanak serah diri jer... masa tu lar terhegeh² nak cari buku.. dalam masa 4 hari tu lar aku berjuang... wohooo... hingga ke lelapan mata yg terakhir.. hahaha... study lar sangat.. kat opis boleh lar konsetret 4.. 5 jam... yelah barang sumer dah bungkus maser tu kan.. komputer internet sumer yilek... aku jadik penunggu kotak yang beriman... sabar menanti hingga mesin punch card menyanyi... sebab kat rumah.. tak der nyer makner nak bukak buku... banyak sangat gangguan... cobaan.... jadi aku pasrah... kata exam open book.. cuma betul tak betul jerlah mukasurat dibuka tue.. jawapan semua dalam bentuk esei.. dan semuanya berdasarkan undang² dan fakta... poning lalat jugak lar nak pilih jawapan yg betul.. dan.. yg paling tak tahan... kekuatan tangan nie nak menulis... 3 jam menulis tanpa henti... kalau berenti lama²... alamat tak abis lar jawap soalan...

Sekarang semua telah berakhir.. cumanya perjalanan baru ke tempat baru... kebiasaan baru.. duit minyak dah jadik double.. sebab route baru ke opis sekarang kena harung lagi banyak jem... jem mengajar kita erti kesabaran... kalau tak sabar time² jem nie konpem masuk spital... darah tinggi mencanak² naik.. so.. leks² jer..

Jom tengok opis aku.. gambar² kat bawah nie dah lama.. maser memula dapat tau kitorang kena pindah.. kira nie sesi lawat tapak lar...

Dah penuh pon tempat nie ngan orang Bahagian Pentadbiran..

Nie bilik Pn. Anisa.. PA Dato'..

nak posing jugak.. hehehe.. tengok pipiku.. tembam kan..

Dalam perjalanan tengok tempat aku pulak.. bahagian aku ngan Pentadbiran terpisah.. kami nun kat belakang..

Alang² dah sampai kan.. kita pegi lar tengok pameran kan..

Korang dah tengok??  Tinggal baper hari jer lagi nie..

Rantai permaisuri kot nie.. sumer nak cepat.. aku sempat snap² jer..


Baju upacara rasmi..

Mahkota.. woWWwww.. agak² baper RM?

Haa.. ekslusif di sini sahaja.. tau bangunan apa nie??

Ini lar bangunan kitorang bakal pindah secara kekal.. sekarang tengah renovate.. mungkin dalam setahun jugak lagi baru kitorang pindah ke sini.. PINDAH Lagie... kaaaaannnnn... hmmmmpppp! ~sigh~

Ohh.. ada lak gambar nie.. bangunan nie yg sebenarnya dicadangkan pada awalnya sebagai opis kitorang.. tapi tak jadik.. dekat jer ngan opis kat atas tue..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails