.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, March 30, 2012

tHe NiTe WHeN tHe WoRLD GOeS DaRK ONCe AGaiN..


Rasanyer ramai yang dah tau... mari kita berikan sokongan walaupun kecil biler semua orang buat.. impaknya besar.. sayangkan generasi kita... sayangi bumi kita.. tinggalkan bumi yang masih bernafas buat mereka... bumi sudah tua... bumi sudah tenat... berikan 'Dia' masa...

Mari kita bergelap!



TeRSeNTuH HaTiKu..


Demi meneruskan kelangsungan hidup, ibu ini sanggup mengenepikan masa berpantangnya untuk mencari kerja bagi menyara keluarga. Biarpun ujian yang dilalui sangat berat tetapi ibu ini terus tabah mengharunginya.

Rutin hariannya kini sebagai pekerja di dobi Uncle Samad dimanfaatkan sepenuhnya. Norzarina Suhaimi, 30, bersyukur kerana masih ada lagi insan yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya. Jika dahulu kehidupannya umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang tetapi kini dengan sedikit pendapatan yang diperoleh sebagai pembantu kedai dobi dapat dia meringankan bebanan suami, Mohd Azman Jidin, 27, yang bekerja di sebuah kilang perabot di Subang.

Ibu tiga anak ini menceritakan bagaimana dia mengerah tenaga mencari pekerjaan walaupun ketika itu masih dalam tempoh berpantang anak ketiganya. Usahanya bertanyakan kepada pemilik dobi telah membuka pintu rezeki buatnya.

Kasihan melihat kesempitan hidup keluarga ini, pemiliknya bukan sahaja menawarkan pekerjaan malah menyewakan sebuah bilik kecil untuk dihuni oleh keluarga ini dengan kadar sewa RM100 sebulan. Sebelum ini Norzarina dan suami menyewa rumah mahupun bilik yang ada di Pangsapuri Resak berdekatan UiTM, Puncak Perdana. Kesempitan hidup membuatkan pasangan ini seringkali berhadapan dengan bebanan kewangan yang menghimpit.

Di kedai dobi Uncle Samad inilah dunia mereka sekeluarga. Biarpun kecil tetapi Norzarina bersyukur kerana kehidupannya lebih baik berbanding dahulu.

“Saya bersyukur sebab waktu saya tidak bekerja, kehidupan kami amat tertekan. Mana hendak bayar sewa, hendak beli susu mahupun makan pakai untuk anak-anak. Sekarang, walaupun tinggal di dalam bilik kecil, kehidupan kami lebih baik lagi,” tutur ibu muda ini ketika ditanya tentang kediamannya itu.

Nostalgia Kelahiran Triesya
Fatin Norsyaqilla Qhairiena,7, Triesya Norsyazliana Qhairieah, 5 dan Damia Norsyamimie Qhairanie, 7 bulan masih belum mengerti apa-apa tentang kehidupan yang penuh cabaran ini.

Di bilik kecil yang memuatkan sebuah katil bujang, almari pakaian mini dan sebuah peti televisyen comel itulah mereka membesar. Namun, mereka tidak pernah merungut malah bersyukur dengan kediaman baharu yang mereka peroleh. Rutin hariannya bekerja di kedai dobi yang terletak bersebelahan dengan bilik yang disewanya memudahkan urusan pemantauan dua anak yang ditinggalkan.

Ketika si kakak sulung, Fatin yang sudah masuk ke darjah satu ke sekolah, Norzarina terpaksa meninggalkan Triesya bersama Damia. Biarpun jauh di sudut hatinya berasa risau tentang keselamatan anak-anak tetapi apakan dayanya kerana tidak mampu untuk mengupah orang menjaga mereka.

Apatah lagi anak keduanya, Triesya disahkan menghidap hydrocephales sebaik sahaja dilahirkan ke dunia. Penyakit yang dialami membuatkan Triesya hanya mampu berbaring dan memerlukan bantuan penuh daripada ibunya untuk makan, minum, memakai pakaian mahupun bergerak.

“Semasa mengandungkan Triesya, doktor memaklumkan yang anak saya ini akan lahir cacat. Waktu itu, lagi dua minggu Triesya akan dilahirkan. Tiada siapa yang mahukan anaknya lahir cacat namun ia sudah ketentuan-NYA. Walau apa pun terjadi, saya reda untuk terima hakikat ini.

“Doktor beri saya dua pilihan sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan. Risiko normal boleh membawa kematian, akhirnya saya akur dengan bersalin secara pembedahan. Bila lahir, ada air berlebihan di dalam kepala Triesya yang membuatkan bahagian itu membesar.

Semasa berusia 27 hari, doktor melakukan pembedahan untuk memasukkan alat yang boleh mengawal air di dalam kepalanya.

“Selepas empat hari, Triesya dibenarkan pulang. Tetapi dia demam panas selama seminggu. Apabila dirujuk ke hospital, rupanya alat tersebut terkena jangkitan kuman. Sekali lagi, kepala Triesya perlu dibedah.

Setiap hari kepala Triesya akan membesar sebanyak 1cm. Oleh itu doktor perlu menebuk kedua-dua belah kepalanya untuk membuang air berlebihan itu. Bulan seterusnya, doktor belah sebelah kiri, bulan seterusnya, sebelah kanan pula.

“Ketika itu tubuh Triesya semakin menyusut sehingga tinggal tulang sahaja. Semasa usianya lima bulan, doktor mahu melakukan pembedahan sekali lagi tapi tubuh Triesya sudah tidak mampu untuk menerimanya.

Akhirnya saya berbincang dengan suami untuk bawa Triesya pulang. Saya reda dengan apa juga kemungkinan yang akan terjadi. Kata doktor, kalau Triesya balik dia hanya mampu hidup dalam tempoh sebulan tanpa bekalan ubat.

Saya sudah tidak mampu melihat pembedahan demi pembedahan ke atas tubuh kecil Triesya. Saya nekad dan menandatangani surat yang dihulurkan oleh doktor dengan seribu satu pertanyaan yang bersarang di dalam hati,” luah Norzarina sayu.

Tiada Kenderaan Ke Hospital
Namun demikian doktor hanyalah manusia yang mampu merancang tetapi Allah SWT juga yang menentukan segalanya. Nyawa Triesya yang diramalkan mampu bertahan sebulan sahaja selepas lahir terus dipanjangkan usianya sehingga kini oleh Yang Maha Kuasa.

Walaupun demikian, si ibu tetap berasa bimbang dengan masa depan anak keduanya itu. Pengalaman menjaga Triesya selama enam bulan di hospital menjadi panduan berguna buat Norzarina sehingga ke hari ini.

Anak keduanya sangat sensitif dan mudah dijangkiti demam atau batuk. Bahkan jangkitan tersebut akan menyebabkan Triesya mengalami kekejangan otot. Oleh itu dia perlu dijaga dengan teliti dan rapi.

Selain dari itu, masalah tiada kenderaan untuk membawa Triesya ke klinik mahu pun hospital turut membuatkan mereka bimbang jika Triesya sakit.

“Kenderaan kami cuma motosikal sahaja. Kalau Triesya demam sukar hendak membawanya ke klinik atau pun hospital. Kalau ikutkan sebenarnya Triesya perlu melakukan rawatan fisioterapi di hospital dan rawatan susulan lain tetapi saya sudah lama tidak membawanya kerana tiada kenderaan. Saya dan suami perlu bekerja.

Syukurlah Triesya jarang diserang sakit cuma kebelakangan ini air liurnya kerap meleleh. Dia sudah tidak berupaya untuk menelan. Triesya tidak boleh mengeluarkan kahaknya sendiri malah tubuh sebelah kirinya kurang aktif berbanding sebelah kanan,” ujarnya sayu.

Bantulah Triesya Melihat Dunia Luar
Pemakanan anak yang tidak sihat seperti Triesya bukan seperti kanak-kanak normal lain. Triesya hanya boleh makan makanan yang lembut sahaja. Makanan rujinya adalah bijirin dan dia memerlukan sehingga lapan tin bijirin setiap bulan. Sebelum ini Norzarina membelikan susu khas untuk usia anaknya tetapi sejak menimang anak ketiga sumber kewangannya terpaksa diagihkan.

Kesempitan hidup itu memaksa Triesya berkongsi susu dengan adiknya yang masih usia bayi. Bahkan Triesya juga masih menggunakan lampin pakai buang yang sudah tentu memerlukan kos yang tinggi.

Bagaimanapun ibu ini bersyukur kerana Triesya mudah dijaga. Selepas dimandikan dan diberi makan dia tidak akan merengek lagi. Mujur dobi tempat saya kerja bersebelahan dengan bilik sewa, sesekali saya jenguk dia untuk lihat keadaannya selain mengalih-alihkan tubuhnya yang penat berbaring.

Norzarina bukan sengaja membiarkan anak-anaknya sekadar bermain hanya di dalam bilik kecil tersebut tetapi dia tidak mampu membawa Triesya terutamanya menghirup udara segar di luar. Dengan berat Triesya mencecah 30 kg, dia dan suami tidak mampu mengangkatnya. Justeru, dia sangat mengharapkan bantuan kerusi roda daripada pihak tertentu agar Triesya dapat melihat dunia luar yang sangat luas.

Itulah hakikat hidup anak kecil ini. Dunianya hanya di dalam bilik kecil bersebelahan kedai dobi tempat ibunya mencari rezeki. Bagi pembaca yang mahu menghulurkan bantuan boleh salurkan bantuan kewangan ke nombor akaun 162200057035 Maybank atas nama Norzarina Suhaimi.

Tuesday, March 27, 2012

SuSu TeRakHiR BuAt ANaKkU..

Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...
 

BaYi KeLuAR DaRi LuMPuR.. SUBHANALLAH!!

Menurut sumber, bencana banjir besar yang berlaku di Bangladesh yang telah menenggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh banjir dan terkubur di dalam tompokan lumpur.

Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian suatu keajaiban terjadi dimana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur itu telah melahirkan bayinya yang timbul diatas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa.

Dengan kebesaran ALLAH, bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada didalam rahim ibunya yang sudah mati di dalam lumpur.

sumber http://forum.rjeem.com/t68956.html


Tuesday, March 20, 2012

MaNGSa PeNCuLiKAN!


Kat mana² pon dah tak selamat sekarang.. di sekolah.. tempat kerja.. kawasan kejiranan.. mahupun di rumah sendiri.. sama² lah kita doakan keselamatan adik ini dan mohon Allah lindungi insan² yang teraniaya.. keluarga kita dan semua orang² yg kita sayang dari makhluk² yang tiada hati dan perasaan.. dilahirkan manusia.. berhatikan syaitan... Allah Maha Besar!!  Ingat setiap apa yg kita lakukan ada yang melihat... cepat atau lambat.. kalau tidak dibayar cash.. kredit anda akan dituntut di akhirat kelak... sedarlah dan bertaubat sebelum terlewat.. hidup kita tidak menongkat dunia!

Monday, March 19, 2012

Friday, March 16, 2012

ARe U My ReAL FRiEND??



Thursday, March 15, 2012

AMNa 1st BisCuiT..

Amna dah boleh makan.. yeay!!  Amna dah 6 month++ pon.. ini first time dia makan biskut Milna.. aku sajer nak tengok gaya dia makan sendiri.. sama cam kakak² dia dulu.. gambar itu harus ada.. dapat jer biskut tu kat tangan dia.. takyah ajar.. mmg terus jer ke mulut..

Aikk Bonda amik gambar eak.. kena makan sopan² nie...

Raser dia.. hurmm ok.. walaupon keras tapi best.. cair di mulut.. hurmmm.. biskut aper nie Bonda.. Biskut Milna.. haaa..
Besar sangat lar Bonda..
Biler lar nak abis nie..
Apa tengok².. haa.. saya comot??!
 Huhuhu.. mata dah ngantok.. tapi biskut nie tak abis lagie..

 Penat dah nie..

 Yelah.. saya tau saya comot.. tunggu lar saya pandai makan nanti.. sumer benda saya nak makan.. tak comot dah maser tue.. comey jer tau!

 Haa.. amik. amik lar gambar Bonda.. saya pasrah dalam kecomotan..

Pasnie nak tido.. Bonda mandikan saya eak..

Errr.. Bonda jangan luper bersihkan nie juga.. ehehehe


Tuesday, March 13, 2012

BeRMiMPi MATI!

Sebenarnya, ada benda yang nak dishare. Sempat terbangun pukul 5 pagi tadi. Malas nak bangun terus, tidur pun pukul 1 lebih. Berat mata sungguh. Aku hanya membaca doa ringkas. Rugi aku tidak ambil peluang ini nanti ada yang merajuk.

Aku tidur semula dan termimpi.

Jelas lagi mimpi tersebut. Aku sedang menaiki bas dalam perjalanan ke tempat yang jauh. Tidak pasti arah tuju. Mungkin Pahang atau Terengganu. Yang pasti cuma keadaan sekeliling yang belatarbelakangkan lereng-lereng bukit.

Lagaknya seperti menaiki bukit di Cameron Highland.

Hati aku berbisik kecil "andaikatalah bas ini tergelincir di bahu jalan....pasti jatuh dan aku akan mati!!"

Lorong-lorong yang dilalui cukup sempit dan amat tajam. Membelok simpang dengan penuh slumber, jantungku pula bagai ingin tercabut! Mungkin pemandu bas ini sudah biasa. Dengan rentak nadi berhati-hati, aku merenung keras setiap belokan bas.

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena, bas tergelincir dari track jalannya. Dalam sekelip mata sahaja, sesaat aku bernafas terasa graviti bumi menarik-narik aku dan para penumpang untuk jatuh terhempas ke gaung yang dalam.

"Ah!!! Sudah.....!! Betul sudah apa yang aku kata!"

Dalam pada itu, sempat aku menjerit kepada orang sekelilingku yang masih lagi bisu terperanjat.

"Mengucap semua!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ingat Allah!!"

Sejurus itu. Aku mengucap kalimah syahadah di dalam Bahasa Arab dengan maknanya sekuat hati aku agar masih ada insan yang boleh berfikir waras terus mengucap sama. Agar masih ada sisa baki untuk terus aku berdakwah walau bayangan malaikat Izrael menyapa dingin. Agar diriku berpeluang mati dalam beriman. Agar masih ada peluang untuk aku tempah banglo di jannah.

Aku ingin masuk syurga bersama-sama mereka. Tidak mahu matiku mati katak. Tidak mahu matiku mati yang sia-sia. Tidak mahu matiku mati yang kesepian. Aku nak mati bersama masuk jannah pun bersama.

Entah macam mana sel-sel otak masih lagi rajin bekerja menghantar impulse dengan sebuah pertanyaan "Apa bekalan yang aku nak bawa ni???"

Spontan lidah hati aku menjawab "Facebook!"

Biarlah aku tinggalkan Facebook untuk mereka tatap dan ambil ibrah. Itulah kenangan terindah sepanjang aku bergelar manusia. Aku ini hidupnya penuh dosa dan noda. Aku menulis pun dengan tangan yang bermandikan darah dosa. Belum sempat men"cuci" sehabis mungkin. Aku hanya sempat meminimakan kekotoran. Semoga masih ada peluang untuk aku di dunia sana.

Dan betullah apa yang diperkatakan di status Facebook yang berbunyi :

"Kenapa perlu rajin tulis status yang baik di Facebook? Biar kalau mati, yang tinggal di dalam Facebook kita adalah yang baik-baik sahaja.Dan sepanjang orang membuka dan membacanya semula nanti,tetap mengalir pahalanya kepada kita di sana."

Sekali lagi. Betullah apa yang dibacakan oleh baginda :

"...Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu..." - potongan daripada khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW.

Allah.....aku jahat. Sangat jahat. Aku mengaku Allah. Bolehkah air mata ini menjadi saksi nanti?
 

PeRKaRa² YaNG BeRuBaH SeTeLaH PuNyA ANaK..

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

Monday, March 12, 2012

5 PeRaNaN SeORaNG AyAH..

Jika seorang ibu adalah ketua keluarga, maka ayah pula adalah pengasas keluarga tersebut. Dia memainkan pelbagai peranan penting tidak kira kecil ataupun besar. Satu komuniti yang kuat di dalam sesebuah negara yang teguh pentadbirannya terbentuk daripada keluarga-keluarga yang dibimbing oleh golongan ayah di rumah. Ayah membimbing, memberi... kuasa serta menjadi mentor kepada keluarga dan rumahtangga. Anak-anak dilindungi daripada bahaya dan sebarang kecederaan. Ayah mengajar anak-anaknya menjadi seorang yang tabah, kuat dan berjaya di dalam hidup mereka.

AYAH SEBAGAI SEORANG PENSTABIL

Salah satu peranan penting seorang ayah adalah menjadi penstabil di dalam sebuah rumah. Seorang ayah perlu membimbing anak-anak mereka ke arah ke stabilan keluarga dan rumahtangga. Kehadiran ayah di dalam menangani cabaran-cabaran di luar rumah seperti suasana kemasyarakatan yang tidak baik dapat membantu perkembangan anak-anak

AYAH SEBAGAI SEORANG PELINDUNG

Si isteri dan keluarga perlu berasa dilindungi daripada dunia luar yang serba tidak menentu. Ayah perlu menjadi seorang pelindung kepada keluarganya did alam apa jua keadaan sekalipun. Setiap anak perlu melihat ayah mereka sebagai seorang hero idola mereka. Ayah juga perlu memberi keselesaan kepada anak-anaknya.

AYAH SEBAGAI SEORANG YANG DICONTOHI

Apabila anak-anak dibesarkan oleh seorang ayah yang komited, kemungkinan besar mereka berjaya dalam hidup pada masa hadapan adalah sangat tinggi berbanding dengan anak-anak yang dibesarkan oleh seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Ia bukanlah mengatakan bahawa anak-anak yang dibesarkan tanpa seorang ayah tidak akan berjaya dalam hidup mereka, tetapi tahap kejayaan anak-anak yang mendapat bimbingan seorang ayah itu adalah lebih tinggi. Ayah memberi keberanian dan keyakinan kepada anak-anak mereka. Memandangkan anak-anak sentiasa memerhatikan tingkah laku ibu dan bapa mereka, banyak perkara-perkara baru tentang kehidupan yang dipelajari mereka. Maka dengan itu adalah amat penting si ayah menunjukkan karakter yang baik tentang kehidupan kepada anak-anak mereka agar si ayah menjadi sumber inspirasi mereka.

AYAH SEBAGAI SEORANG PENCARI NAFKAH

Seorang ayah perlu menyediakan, pakaian serta tempat tinggal untuk keluarganya. Seorang ayah harus melakukan apa sahaja untuk menjaga kebajikan keluarganya tidak kira apapun pekerjaan yang dilakukan olehnya asalkan kerja itu halal dan mulia.

AYAH SEBAGAI SEORANG PENDISIPLIN

Anak-anak perlu dibimbing sejak zaman kanak-kanak mereka lagi. Ayah haruslah menjadi pendisiplin kepada keluarganya. Anak-anak perlu menyingkirkan tabiat-tabiat buruk yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka. Si ayah perlu mengajar nak-anaknya bahawa sikap tamak, menipu, berbohong, mencuri, bersikap kurang ajar serta tingkah laku buruk adalah sikap-sikap yang tidak baik. Sebagai ketua keluarga di rumah, seorang ayah bertanggungjawab dalam mendisiplinkan anak-anak. Langkah-langkah mendisiplinkan anak-anak boleh diambil oleh si ayah jika anak-anaknnya melakukan kesalahan adalah seperti menyekat elaun perbelanjaan serta melarang mereka daripada bermain. Si ayah juga boleh memukul anaknya jika kesalahan yang dilakukan mereka berulangkali atau mereka tidak mengendahkan kata-kata si ayah. Tujuan seorang ayah mendisiplinkan anak-anaknya adalah bagi membantu mereka menjadi seorang yang berguna kelak. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Kepentingan sorang bapa di dalam sesebuah keluarga tidak boleh dinafikan. Peranan seorang ayah di dalam sesebuah keluarga sememangnya amat penting. Anak-anak cenderung menjadikan ayah mereka sebagai idola atau model mereka, maka dengan itu, si ayah perlu menjadi contoh utama kepada mereka.



Thursday, March 8, 2012

Wednesday, March 7, 2012

ReNuNGLaH JaRi² KiTa..




‎1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu ...Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put your hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita ♥


Monday, March 5, 2012

HaKiM YaNG PuNYa NuRaNi..

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa s...ebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
 


Friday, March 2, 2012

..KeKuAtAN & KeLeMAHaN..

Awak tahu..
Saya sayang awak.. tapi saya susah nak tunjuk..
Bila saya buat apa².. orang pertama yang saya fikirkan adalah awak..
Tapi saya tak pasti.. awak pernah fikirkan saya atau tidak..

Awak tahu..
Awak lar punca kekuatan dan semangat saya..
Saya rasa awak juga tak tahu..
Awak jugalah puncanya membuatkan hari saya down.. tidak berseri.. lemau dan basi..


Kata² dan percakapan awak bagaikan radio menjadi halwa telinga saya..
Saya suka sangat dapat habiskan masa berdua bersama² awak.. mendengar cerita² awak..
Tapi... kadang² awak sedar atau tidak.. kata² awak jugalah menjadi belati menoreh² perasaan saya..

Awak buat saya ketawa.. tapi dalam masa yang sama awak buat saya menangis..
Saya benci awak.. tapi masih juga sayangkan awak..
Mungkin sebab sayang lah saya mudah tersentuh dengan setiap perbuatan awak..
Kerana.. awaklah kekuatan dan awak jugalah kelemahan saya..


NaK TaU SeJaRaH LoLi AiS??


Loli ais pertama yang direkodkan dicipta secara tidak sengaja pada tahun 1905 oleh seorang budak lelaki berumur 11 tahun bernama Frank Epperson dari San Francisco, yang tertinggal segelas air soda di belakang rumahnya dengan kayu pengacau di dalam gelas tersebut. Pada malam itu, suhu jatuh ke bawah paras beku; akibatnya, apabila Epperson kembali untuk minum air tersebut, dia mend...apati air sodanya itu sudah beku, dan setelah dia melalukan air panas pada gelas itu, dia berupaya untuk menanggalkan (dan seterusnya memakan) air soda beku itu dengan menjadikan kayu pengacau tersebut sebagai tangkainya. loli ais mula diperkenalkan kepada umum buat pertama kalinya di Oakland untuk ahli bomba pada tahun 1922. Pada tahun 1923, Epperson memohon paten bagi "ais beku pada tangkai" yang dipanggil Epsicle, dan seterusnya dinamakan semula sebagai Popsicle. Jenama tersebut kini merupakan antara jenama loli ais paling popular di Amerika Syarikat.

Sumber : Info Dunia

lolicon loli ais ais history first recorded accidentally created in 1905 by a 11 year old male slave named Frank Epperson of San Francisco, who left behind a glass of soda water behind his home with wood jamming in the glass. That night, the temperature dropped to below freezing levels; as a result, when Epperson returned to drinking the water, she found the water sodanya it has been frozen, and after he conveniently to hot water in a glass, he is attempting to uninstall (and beyond consuming) frozen it with soda water made of wood such as jamming the stem. lolicon ais began to be introduced to the public for the first time in Oakland for expert bomba in 1922. In 1923, Epperson pleading patent for "frozen ice on the stalk" called the Epsicle, and so named originally as a Popsicle. Jenama is now between jenama lolicon ais the most popular in the United States.

Source: World-has-Info ^ _ ^ (Translated by Bing)

Thursday, March 1, 2012

..BeAuTiFuL AMNa..

Setiap hari bangun pagi.. lepas tukar diaper dia.. aku akan dukung dia depan cermin.. dan berkata.. "Anak cantik Bonda mana?? Anak cantik Bonda mana??"  Otomatik dia tersenyum.. kadang² ketawa..

 Maser nie kitowang tgh tengok tv.. sila abaikan kaki yg berbulu itu.. bukan kaki aku eak.. hehehe

 Macam² telatah Amna sekarang.. hobi paling dia suka sekarang.. hmmm... menggigit dan menjilat.. apa² pon.. jgn dekat ngan mulut dia..

 Sepenuh hati..

Nie kalau kita amik atau mender nie jatuh.. sure nangis pitch paling tinggi..

Haa.. macam nie..

Kadang².. dia suka termenung juga.. memikirkan masa depan kot.. hehehe

Sib baik aku dah amik langkah keselamatan..

Dah pakai implanon..

See.. sedapnyer lar kaki dia tue..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails